Khamis, 28 Februari 2013

.

.


Utusan Rugi RM15.50juta, Teruskan Boikot Sampai Ia Diisytihar Muflis

Posted: 27 Feb 2013 03:21 PM PST


Utusan catat kerugian sebelum cukai RM15.50j

Utusan Melayu (M) Bhd mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM15.50 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM16.356 juta pada tempoh yang sama sebelumnya.

Perolehan susut kepada RM349.19 juta berbanding RM366.55 juta sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Utusan Melayu berkata perolehan yang lebih rendah itu berpunca daripada segmen penerbitan dan pengedaran yang mencatat perolehan yang lebih rendah, sebanyak 8.6 peratus serta pelupusan sebuah unit dalam segmen percetakan.

Utusan Melayu berkata tahun ini akan terus mencabar untuk kumpulan itu berikutan saingan sengit dalam penguasaan pasaran perbelanjaan pengiklanan dalam kalangan media.

Bagaimanapun kumpulan itu akan terus memanfaatkan akhbar kompaknya, Kosmo, untuk perolehan iklan yang lebih tinggi.

"Kami juga akan memanfaatkan segmen teknologi maklumat dan multimedia yang merekodkan perolehan yang meningkat sekali ganda tahun lepas.

"Segmen itu dijangka meningkatkan sumbangannya terhadap kumpulan itu," katanya. - Bernama

Ulasan GB

Mahkamah telah beberapa kali mengisytiharkan akhbar Utusan penyebar fitnah.

Justeru itu, akhbar Pemfitnah No 1 negara ini tidak perlu diberikan sebaranbg simpati dan rasa kasihan. Jika kita bersimpati dan kasihan kepadanya bererti kita bersubahat dan mendapat dosa dengan fitnah-fitnah yang ia lakukan.

Sekarang ia mengharapkan akhbar KOSMOnya untuk menjana pendapatan. Pastikan juga akhbar tersebut diboikot sama.


p/s Ada yang bertanya GB bagaimana pula nasib pekerja dan wartawan yang rata-rata beragama Islam di sana? Jawab kita ialah kita doakan mereka diberikan pekerjaan lain yang lebih mulia dan para wartawan itu diberikan hidayah menghentikan penulisan fitnah dan dosa disamping menjadi wartawan yang menulis kerana Allah yang menegakkan kebenaran dan keadilan.
 

‘Tiap kali PRU tawar geran tapi tak pernah dapat’

Posted: 27 Feb 2013 02:26 PM PST


Abdul Razak di kawasan rumahnya yang tiada bekalan elektrik dan air.

BENTONG: "Tinggal di kawasan Menteri Besar tidak ada kelebihannya jika kami hanya layak digelar penumpang seperti pendatang tanpa izin," keluh warga Abdul Razak Ali, 65, dari Kampung Chemomoi dekat sini.

Menurutnya, beliau telah lebih 40 tahun tinggal di situ dengan mengusahakan lima ekar sawit tetapi oleh kerana tidak mendapat geran hak milik beliau dinafikan sebarang bantuan seperti daripada Risda.

"Saya dah mohon geran tanah lot tapak rumah dan kebun sejak daripada zaman mendiang Tan Sri Chan Siang Sun jadi ahli parlimen Bentong lagi.
 
"Tiap-tiap kali pilihan raya umum (PRU) ada tawaran untuk diberi geran, dah beberapa kali janji tapi sampai ini tak dapat. Saya percaya tak lama lagi ada yang akan datang tawarkan untuk beri geran. Dah jadi macam umpan untuk undi.

"Apa yang saya bimbangkan apabila tidak ada geran bila-bila masa kerajaan boleh ambil. Jadi sebelum 'pejam mata' saya rayulah dilulus geran kami, kalau tidak apa lagi yang dapat saya wariskan kepada anak-anak," keluhnya.

Abdul Razak berkata, Datuk Seri Adnan Yaakob sebagai wakil rakyat di sini, memang ada sesekali datang tetapi biasanya hanya mengagihkan wang atau bantuan sedangkan bagi penduduk di situ geran tanah lebih penting bagi menjamin kehidupan mereka.

Kampung Chemomoi dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelangau dibuka sekitar tahun 1959 oleh penduduk tempatan dan mereka yang berhijrah dari Negeri Sembilan. Nama Felda Chemomoi diambil daripada nama kampung berkenaan yang terletak bersebelahan.

Pada masa ini terdapat kira-kira 100 keluarga dalam kampung berkenaan yang sebahagian besarnya bekerja kampung sebagai petani.

Seorang lagi penduduk, Zainuddin Samad, 54, (kiri)pula kecewa berikutan tanah seluas setengah ekar tapak rumahnya masih tiada geran hak milik.

Katanya, sudah enam kali beliau mohon, dan sejak itu sudah beberapa kali kakitangan pejabat tanah datang ukur tanah sekeliling rumahnya tetapi lepas itu terus senyap.

"Saya hairan bagaimana kerajaan melaungkan janji ditepati, sedangkan janji kepada kami penduduk kampung yang berada dalam kawasan Menteri Besar Pahang ini tidak pernah ditepati.

"Kenapa buat rakyat macam pendatang asing. Kami bukan minta hak orang lain, kami minta hak kami sendiri di tanah yang kami telah hidupkan berpuluh tahun," tegasnya.

Mohd Borhan Abdul Razak, 30, pula kesal akibat tidak ada geran tanah, rumah yang baru dibinanya tidak dapat diduduki berikutan tidak diluluskan permohonan memasukkan bekalan air paip dan elektrik.

Bagi Yang Dipertua PAS Kawasan Bentong, Abdul Hamid Bahatim, Adnan sudah 26 tahun menjadi wakil rakyat di sini sepatutnya sudah boleh selesaikan masalah rakyat terutama tanah.

Katanya, oleh kerana kesibukannya sebagai Menteri Besar duduk di Kuantan. Dia juga Pengerusi Umno Negeri, Ahli Majlis Tertinggi Umno jadi sudah tentu beliau sibuk sehingga ketiadaan masa untuk selesaikan masalah rakyat.

"Hal berkaitan tanah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri jadi jika menteri besar mahu beliau boleh keluarkan geran untuk penduduk di kawasannya.

"Malangnya pada masa ini masalah tanah rakyat Umno jadikan sebagai umpan kepada pengundi. Tak sepatutnya permohonan geran tanah rakyat dibiarkan sampai puluhan tahun dengan hasrat nak pancing undi. Ada ugut pulak, kalau nak geran kena undi BN," ujarnya.

Kata Abdul Hamid, sebab itulah tawaran Pakatan Rakyat Pahang amat relevan iaitu antaranya menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah kediaman serta menstruktur semula Kampung-kampung  Baru dan Kampung Tersusun.

Tambahnya, selain itu, PR Pahang juga berjanji untuk menyelesaikan permohonan tanah yang tertunda sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat.

Katanya, masalah tanah banyak di kampung-kampung tradisi dan Felda dan beliau melihat sekarang rakyat dah mula sedar.

Tiada ulasan:

Nuffnang