Jumaat, 22 Februari 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Sewa paha untuk iklan

Posted: 22 Feb 2013 12:48 AM PST

Foto11 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
 
Tokyo: Ia negara yang terkenal kerana cara unik untuk mengiklankan produk.

Tetapi, Jepun kini melangkah satu tapak ke depan dengan wanitanya menyewakan paha mereka untuk syarikat memasarkan produk masing-masing dengan kadar bayaran tertentu.

Dengan tanggapan bahawa iklan yang baik perlu diletakkan di tempat orang akan memberikan tumpuan, paha wanita sudah pasti menjadi pilihan paling sesuai.

Dan strategi pemasaran pintar itu sudah terbukti menjana kejayaan.

Setakat November lalu, kira-kira 1,300 wanita muda mendaftarkan paha mereka untuk dijadikan ruang iklan dengan syarikat perhubungan awam, Absolute Territory dan jumlah itu semakin meningkat.

Paha mereka ditampal iklan dan mereka menjalani kehidupan seperti biasa, memakai skirt pendek dan mempamerkan anggota itu sebaik mungkin.

Selagi iklan itu berada di paha mereka selama lapan jam sehari atau lebih, tugas mereka selesai dan mereka akan dibayar.

Sebagai bukti mereka melakukan tugas berkenaan, peserta perlu memuatnaikkan gambar mereka 'memakai' iklan itu pada laman Facebook, Twitter atau laman sosial lain milik mereka.

Dan bukan setakat syarikat pengeluar produk saja mendapatkan khidmat mereka.

Sebuah kumpulan rock, Green Day juga menggunakan khidmat sama untuk mempromosi album baru mereka, !Uno!

Menurut jurucakap Absolute Territory, Eichi Atsumi, garis panduan perlu dipatuhi ialah mereka mendaftar menjadi iklan bergerak itu perlu mempunyai rangkaian 20 atau lebih orang dalam laman sosial dan mereka mesti berusia 18 tahun ke atas. - Daily Mail

Terima Kasih Cintaku..

Posted: 22 Feb 2013 12:41 AM PST

11 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Perempuan muda itu duduk terdiam membisu, Air matanya mengalir dipipinya ranum memerah. Dirinya tidak pernah menyangka suaminya mengucapkan kata-kata yang begitu lembut ditelinganya "Terima kasih Cintaku.." Sejuta bunga menebarkan semerbak harum mewangi seolah ditaman bunga. Laki-laki yang ada didepannya sosok suami yang telah mendampingi hidupnya. Ia begitu menghormatinya. Ia merasa bukanlah perempuan yang cukup pantas untuk sang suami, tidak cantik, tidak cerdas. Namun perempuan sederhana dan biasa saja, tidak istimewa. Namun berbeda dengan suaminya selain wajahnya yang menarik, baik, cerdas dan santunan mempesona bagi dirinya juga setiap perempuan yang pernah mengenalnya.Setelah sekian lama pernikahan dan memiliki seorang anak, belum pernah terucap kata mesra dari bibir suaminya. Dirinya sangat berharap mendengarkan suara dan kata-kata romantis itu.

Sebenarnya sebagai seorang istri, dirinya tidak pernah meragukan cintanya. Semua wujud cinta dan kasih sayang diwujudkan dalam segalanya. Tapi entah kenapa dirinya merasa ada yang kurang. Semua pikiran jelek itu ditepisnya. Sampai pagi itu sebelum suaminya berangkat ke kerja. Terdengar bisikan kata mesra itu. "Terima kasih cintaku.." Bisikan itu begitu lembut seolah membawanya terbang ke awan. Entah kenapa dia malah bertanya, "Terima kasih untuk apa Mas?" Suaminya tersenyum mendengarkan pertanyaan sang istri, "Untuk cintamu selama ini, aku mengagumimu." Dalam diam duduk membisu. Air matanya mengalir dipipinya ranum memerah. Kata-kata itu terasa sebagai hadiah terindah dalam hidupnya dari orang yang sangat dicintainya.

Rasulullah mengingatkan kita bahwa "Tidaklah bersyukur kepada Allah, bila seseorang tidak berterima kasih atas kebaikan sesamanya." (HR. Ahmad, at-Tirmidzi & Abu Dawud). Sungguh sepatutnya kita mampu menghargai kepada pasangan hidup kita, penghargaan itu tidak harus berupa pemberian materi, berharga mahal yang justru terasa kering dari sentuhan hati maupun ungkapan tulus. Penghargaan yang terindah adalah menyampaikan membisikkan kata mesra padanya. Ungkapan setulus hati penuh dengan rasa cinta dan kasih sayang merupakan wujud yang tak ternilai harganya sehingga kita selalu mampu memupuk keluarga dengan kehangatan dan kemesraan. Lantas sudahkah anda hari ini mengucapkan kata mesra kepada pasangan hidup anda? "Terima kasih sayang atas cintamu selama ini."


Pendapatan tak sampai RM10

Posted: 22 Feb 2013 12:25 AM PST

Johar 11 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Johar menunjukkan sampan tersadai dan lengang tanpa pelanggan.
 
HUTAN MELINTANG - Kemerosotan penumpang sampan tambang semakin terjejas teruk di Kampung Kota, di sini sehingga pendapatan yang diperoleh tidak mencecah RM10 sehari.

Pemilik sampan, Johar Loyek, 65, berkata, perkhidmatan dari Kampung Kota yang membawa penumpang menyeberangi Sungai Bernam ke pekan Sabak Bernam, Selangor mengalami kemerosotan jumlah penumpang, sejak 10 tahun lalu.

Menurutnya, ramai penduduk lebih gemar menggunakan kereta atau motosikal sendiri untuk berulang alik ke Pekan Sabak Bernam menerusi jambatan Sungai Bernam.

"Namun, kebelakangan ini, jumlah menumpang makin tiada menyebabkan pengusahanya mengeluh kerana pendapatan yang sedikit," katanya.

Johar berkata, pada era 50-an hingga akhir 70-an , Jeti Kampung Kota menjadi lokasi sibuk setiap hari dengan sampan tambang membawa penumpang termasuk murid sekolah yang bersekolah di kawasan Sabak Bernam, Selangor.

"Suasana kesibukan itu semakin suram setiap tahun sejak jambatan Sungai Bernam siap dibina dalam tahun 80-an.

"Jika dahulu, pengayuh dan pemilik sampan mampu menjana pendapatan antara RM30 hingga RM50 sehari, tetapi sekarang hendak dapat RM10 sehari pun susah kerana kurang penumpang," katanya.

Katanya, pengusaha, mengenakan tambang RM1 seorang bagi satu perjalanan dan kini hanya empat sampan tambang sahaja beroperasi berbanding 15 sampan t sebelum ini.

"Kini pengusaha hanya dapat menjana pendapatan pada hari Jumaat, kerana ramai penduduk tempatan keluar ke Pekan Sabak Bernam untuk membeli barangan di pasar sehari di kawasan berkenaan," katanya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Kota (JKKK) Razali Rani, 57, berkata, pihaknya pernah memohon enjin sangkut kepada kerajaan kerana pengusaha tidak mampu mendayung menyeberangi sungai dalam jarak 300 meter akibat faktor usia.

"Malangnya permohonan itu tidak mendapat perhatian pihak berkenaan dan saya bimbang perkhidmatan sampan tambang akan pupus jika tidak ada langkah drastik diambil.

"Saya harap industri sampan tambang ini mampu dikekalkan kerana ia menjana pendapatan penduduk malah meminta pemimpin membantu menangani masalah itu," katanya.

sinar/-

Bayi hidup dikatakan sudah tak bernyawa

Posted: 22 Feb 2013 12:22 AM PST

11 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Jakarta: Sepasang suami isteri mengheret sebuah hospital ke mahkamah kerana cuai dan tidak bersungguh-sungguh menyelamatkan anak mereka yang baru dilahirkan, kelmarin.

Dalam kejadian itu, pasangan Ali Zuar dan Mayarni terkejut diberitahu, anak sulung mereka meninggal dunia jam 2.30 petang.

Mereka membawa mayat bayi terbabit ke rumah namun, kata Ali, apabila tiba di rumah, mereka terkejut apabila bayi itu masih bernafas. "Kami meminta bantuan jiran dan ada yang memberikan oksigen.
"Perlahan-lahan, badan anak kami yang membiru bertukar menjadi merah," katanya. - Detik

Medan selera R&R Gunung Semanggol ditutup

Posted: 21 Feb 2013 11:56 PM PST

11 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Medan selera di hentian rehat dan rawat (R&R) Gunung Semanggol arah ke selatan di Km194.6 Lebuhraya Utara-Selatan ditutup hingga awal Mac bagi kerja-kerja menaik taraf.

Menurut kenyataan PLUS (M) Berhad hari ini, kemudahan surau, stesen minyak, restoran makanan segera, tandas awam dan motel di R&R berkenaan beroperasi seperti biasa. - BERNAMA

Kelapa hempap kepala

Posted: 21 Feb 2013 11:48 PM PST

11 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

FotoRantau Panjang: Malang buat seorang penoreh getah berusia 50 tahun apabila sebiji kelapa muda jatuh tepat ke kepalanya mengakibatkannya pengsan ketika berbual dengan rakan dan isterinya di pekarangan rumah di Kampung Tasek Bakong, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.15 petang itu, warga Thailand, Mat Jidin Teh, 50, berbual dengan rakannya, Ibrahim Ismail, 56, serta isterinya, Rosidah Daud, 52, apabila buah kelapa muda seberat tiga kilogram jatuh dari pokok setinggi enam meter.

Mangsa turut cedera di kepala dan sedar semula daripada pengsan lalu mengerang kesakitan di pangkuan isterinya sebelum dibawa ke Hospital Pasir Mas menggunakan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Rantau Panjang.

Bagaimanapun, mangsa dibawa pula ke Hospital Sungai Golok, Thailand oleh ahli keluarganya untuk rawatan lanjut.
MAT JIDIN dibawa ke ambulans JPAM untuk menerima rawatan.

Keadaannya kini dilaporkan stabil, namun tidak boleh mengerakkan badan dan tidak boleh membuang air kecil serta besar.

sinar/-

Kanak-kanak 4 tahun derita kanser mata

Posted: 21 Feb 2013 11:46 PM PST

11 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

kanser mata
Keadaan mata kiri Muhammad Azim ketika berada di rumahnya sebelum dibawa ke Hospital Kuala Krai dan dipindahkan ke HUSM Kubang Kerian.
kanser mata
Gambar terkini keadaan bonjolan pada mata Muhammad Azim ketika menerima rawatan di HUSM Kubang Kerian.
 
KUALA KRAI - Seorang kanak-kanak penghidap kanser mata berusia empat tahun dari Kampung Keroh, dekat sini, terlantar di hospital sejak awal bulan ini selepas keadaan penyakitnya itu bertambah teruk.

Kanak-kanak malang itu, Muhammad Azim dibawa ke Hospital Kuala Krai pada 3 Februari lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, dekat Kota Bharu, kerana berlaku pendarahan.

Ibunya, Nik Zuraidah Nik Yali, 39, berkata, sejak dikesan mula tumbuh pada pertengahan 2011, bonjolan kecil di kelopak mata kiri anaknya itu seolah-olah 'hidup' apabila semakin hari semakin membesar.

"Sejak disahkan menghidap Retinoblastoma atau sejenis kanser mata kanak-kanak, sudah banyak kali anak saya menjalani pembedahan dan kimoterapi tetapi keadaannya tidak banyak berubah.

"Kami hantar dia ke HKK baru-baru ini untuk buang ulat dalam bonjol tetapi masa dibersihkan, ada pendarahan dan terpaksa dipindahkan ke HUSM Kubang Kerian sehingga hari ini," katanya, semalam.
Nik Zuraidah berkata, sejak Muhammad Azim berada di HUSM, dia dan suami, Nor Hazri Ahmad, 40, terpaksa bergilir-gilir menjaganya menyebabkan salah seorang daripada mereka terpaksa meninggalkan kerja.

"Kami terpaksa bergilir-gilir kerja sebab nak jaga dia. Saya kerja seminggu, kemudian cuti untuk jaga anak di hospital dan suami pula kerja seminggu.
"Saya tak tahu sampai bila kami kena bergilir-gilir begini kerana kali terakhir anak saya masuk wad, ambil masa tiga bulan baru dibenarkan keluar sedangkan kami berdua hanya kerja kilang papan," katanya.

Katanya, dengan pendapatan tidak menentu suami yang hanya dibayar gaji mengikut hari bekerja manakala pendapatannya pula sekitar RM500, keadaan itu amat membebankan mereka sekeluarga.

"Kami kena belanja tidak kurang RM150 seminggu sejak Muhammad Azim dimasukkan ke HUSM dan pada masa sama, ada dua lagi anak kami di rumah masih bersekolah dan perlu ditanggung," katanya.

Menurutnya, walaupun dia ada menerima RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bantuan itu hanya cukup untuk menampung perbelanjaan harian.

Sementara itu, Nik Zuraidah merayu agar permohonannya untuk mendapatkan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) bagi meringankan beban kewangannya diberi pertimbangan sewajarnya pihak berkenaan.

"Saya hantar sendiri permohonan ke Balai Islam Lundang pada Julai tahun lalu tetapi sampai sekarang masih tidak ada jawapan. Kalau dapat wang zakat Maik, boleh ringankan beban belanja kami di hospital," katanya.

sinar/-

Geram habis

Posted: 21 Feb 2013 11:45 PM PST

Foto11 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Kuala Lumpur: Seorang suspek kes rogol menerima perintah tahanan reman ke atasnya dalam keadaan koma dan terlantar di katil hospital selepas dia parah akibat dibelasah keluarga mangsa.

Lelaki berusia 28 tahun itu disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang meminta perlindungan di rumahnya di Bukit Puchong, di sini, kelmarin.

Difahamkan, lelaki terbabit (suspek) dikejarkan ke HKL jam 9 malam, selepas dibelasah sekumpulan antara tiga hingga lima lelaki dipercayai keluarga remaja perempuan yang dirogolnya itu ketika suspek berada di Setapak.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata akibat kejadian itu suspek cedera parah di kepala, selain empat tulang rusuk kanannya patah dan kini dilaporkan koma di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini.

SUSPEK kes rogol terlantar di hospital.

"Suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK)," katanya ketika dihubungi, semalam.

metro/-

Pesta Ponggal: Ribuan Kaum India Ke Ceramah Pakatan

Posted: 21 Feb 2013 11:39 PM PST

11 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


Banting 20 FEB: Kesedaran masyarakat India yang semakin meningkat terhadap kelemahan pentadbiran Umno begitu membanggakan, sekaligus menafikan dakwaan kononnya sokongan kaum itu terhadap Pakatan Rakyat menurun, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN berucap pada sambutan Pesta Ponggal di Dewan Sri Jugra, Banting malam tadi dipenuhi ribuan masyarakat India yang berpusu-pusu mahu melihat pemimpin berjiwa rakyat itu.

"Terima kasih banyak, begitu ramai yang hadir, menunjukkan kesedaran masyarakat India yang semakin tinggi. Ada orang kata sokongan orang India sudah berkurangan, tapi saya tak percaya sebab saya turun dan lihat sendiri," kata Anwar.

Beliau turut disambut kalungan bunga serta turban dan selendang sebagai tanda menghormati bakal Perdana Menteri itu.

"Ini mesti ada yang cakap saya ikut budaya India pula. Saya tak takut, cakaplah saya apa pun, yang penting saya tahu saya pakai ini sebagai tanda menghormati budaya masyarakat India," kata Anwar disambut sorakan penyokong.

Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan kaum India agar menuntut hak mereka yang dinafikan kerajaan sejak merdeka tetapi dengan syarat tuntutan itu tidak bersifat perkauman.

"Saya selalu turun dan dengar tuntutan orang India. Tapi saya nak ingatkan, kita boleh tuntut, asalkan jangan buat tuntutan macam Perkasa. Bila saya kata pendidikan percuma, maksudnya ia terpakai untuk semua rakyat Malaysia," katanya.

"Begitu juga bila saya kata hormat agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan, saya kata hormat hak orang lain untuk beragama. Kalau kita main sentimen perkauman samalah kita macam Perkasa," katanya lagi.

"Sebab itu saya cakap, kami Pakatan Rakyat bersedia untuk mentadbir dengan adil kepada semua rakyat, tak kira dari segi hak, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan," kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin. -KD

Hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.


'Trak ini akan bawa kita ke Putrajaya'

Posted: 21 Feb 2013 11:35 PM PST

11 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


IPOH: "Trak Negara Berkebajikan ini akan bawa kita menuju ke Putrajaya", kata Mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin ketika berucap di atas trak Negara Berkebajikan yang singgah di Kg Manjoi, Ipoh semalam.

Menurutnya, trak tersebut akan membawa kemaraan rakyat untuk meneruskan gelombang perubahan dalam PRU13 nanti.

Nizar berkata, pendekatan baru PAS ini menjadi igauan ngeri kepada BN yang semakin tidak tentu arah untuk menarik sokongan rakyat bagi mempertahankan kuasa mereka.

"Ini akan menjadi satu cara untuk PAS bergerak ke seluruh negara bagi memberikan maklumat kepada rakyat berdepan PRU13 nanti," katanya dalam ucapan ringkas.

Kehadiran trak tersebut menjadi tarikan ratusan masyarakat khususnya penduduk setempat di Manjoi yang menunggu lama untuk melihat lebih dekat walaupun hujan turun dengan lebat.

Ternyata kehadiran trak itu memberi impak positif kepada rakyat yang melihat pendekatan tersebut menggambarkan PAS bersedia dan mampu mentadbir Negara.

Ini adalah singgahan sulung trak sebelum meneruskan perjalanan ke Kedah untuk menjalankan program-program yang telah dijadualkan.

Turut bersama ialah AJK PAS Pusat, Asmuni Awi, Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh serta penolongnya Safarizal Saleh.
 
harakah/-

Pemberontak Sudan tawan lapangan terbang

Posted: 21 Feb 2013 11:32 PM PST

11 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Pemberontak Sudan tawan lapangan terbang
Pemberontak Blue Nile mengisytiharkan berjaya menawan Lapangan Terbang Kurmuk bersempadan dengan Ethiopia, kelmarin
 
KHARTOUM - Pemberontak di sempadan Sudan yang digelar Blue Nile mengisytiharkan berjaya menawan lapangan terbang di wilayah luar bandar berhampiran sempadan Ethiopia selepas beberapa pertempuran bulan ini.

Jurucakap pemberontak Pergerakan Pembebasan Rakyat Sudan Utara (SPLM-Utara) Yasir Arman berkata, mereka hanya beberapa kilometer dari El Kurmuk, bandar utama di tenggara Blue Nile.

"Sekarang kami sedang berusaha untuk menawan bandar Kurmuk selepas berjaya mengawal landasan kapal terbang di bandar itu," katanya.

Sementara itu, jurucakap tentera Sudan, Al Sawarmi Khalid menafikan tentera telah kehilangan sebuah wilayah di negara itu.

"Tentera udara kami melancarkan setiap jam serangan ke atas Muffa, kira-kira 20 kilometer dari Kurmuk. Pemberontak belum lagi berjaya menawan lapangan terbang tersebut," katanya.

Konflik di Blue Nile bermula September 2011, selepas beberapa bulan Sudan Selatan berada di bawah Perjanjian Keamanan 2005 untuk menamatkan perang saudara selepas dua juta penduduknya maut dalam pertempuran tersebut. - Reuters

Penagih menyamar orang kampung

Posted: 21 Feb 2013 08:30 PM PST

11 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA KANGSAR - Polis percaya dapat menyelesaikan enam kes samun di Selangor, Pahang dan Pulau Pinang termasuk kes bunuh di Melaka tahun lalu dengan tertangkapnya seorang penagih dadah di Kota Lama Kiri di sini, kelmarin.

Suspek berusia 33 tahun itu dikatakan tinggal seorang diri di sebuah rumah kayu yang ditinggalkan pemiliknya, dipercayai cuba menyembunyikan diri dan bekerja kampung bagi mengaburi identitinya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Gaffar Muhammad berkata, lelaki berkenaan ditahan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik berdasarkan maklumat orang awam dan hasil risikan.

Menurutnya, ketika ditahan, suspek tidak mempunyai MyKad dan telah memberikan nama palsu bagi mengelakkan polis menyiasat lebih lanjut terhadap kes lampaunya.

"Namun, nama suspek tidak wujud dalam Jabatan Pendaftaran dan siasatan lanjut mendapati nama sebenar suspek yang beralamat di Gombak Setia, Kuala Lumpur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

"Suspek dikehendaki dalam enam kes berasingan melibatkan kes dadah pada 2003, empat kes samun di Sungai Buluh, Prai, Klang dan Selangor dan satu kes bunuh di Melaka," katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Abdul Gaffar berkata, suspek ditahan dan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

sinar/-

Bubar Parlimen: Hari ini atau bila pun apa bezanya?

Posted: 21 Feb 2013 08:00 PM PST

11 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Hari ini telah dispekulasikan sebagai hari pembubaran Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri. Ramai telah menghubungi saya sama ada berita itu benar atau tidak. Jawapan saya standard, "saya tidak tahu, tanya Najib atau Rosmah". Siapa kita untuk mengetahui perkara penting itu. Terpenting bagi kita ialah dengan memberikan perimbangan serta berfikir sejenak sebelum memangkah semasa dalam bilik mengundi itu nanti.

Bagi saya sama ada pembubaran itu dilakukan pada hari ini tidak penting. Yang penting kita sudah bersedia untuk melakukan yang terbaik untuk negara kita. Kita jangan tertipu dengan dakyah karut yang kita ikuti selama ini. Di negara ini kita boleh mengundi sesiapa sahaja dan tidak seperti apa yang didakyahkan yang negara kita ini hanya selamat jika UMNO memerintah. Sememangnya pimpinan UMNO sedang mendagu dan merayu supaya diberikan peluang sepenggal lagi seperti yang diminta oleh Najib di Kuching semalam.

Najib merayu untuk BN di berikan sepenggal lagi seolah BN telah memerintah hanya sepenggal yang lalu. Beliau terus merayu agar diberikan sepenggal lagi walaupun telah di beri peluang sejak merdeka dahulu memerintah negara ini. Sepatutnya yang merayu untuk meminta sepenggal itu adalah pihak pembangkang bukannya pihak kerajaan. Tetapi tidak mengapalah, kerana rakyat ramai yang membuat keputusan sama ada untuk memberikan BN sepenggal lagi walaupun telah berpenggal-penggal mentadbir kita.

Sebenarnya Najib masih belum berkeyakinan untuk membubarkan Parlimen, tetapi oleh kerana penggal Parlimen sudah sampai ke penghujung nya maka beliau akan terpaksa membubarkannya juga atau dibiarkan sahaja penggal ini terbubar dengan sendirinya pada 28hb April nanti. Itu tidak ada apa-apa salahnya jika Najib memilih untuk berbuat demikian.

Tidak ada sebab untuk Najib tergesa-gesa untuk membubarkan Parlimen itu sedangkan jika beliau membubarkan Parlimen pada hari ini Najib tetap mencatat rekod seorang Perdana Menteri yang tidak dipilih oleh rakyat. Persepsi itu tidak dapat di hilangkan jika Najib membubarkan Parlimen hari ini atau besok. Sudah alang-alang tunggu sahaja sampai penghujung bulan April nanti.

Tindakan Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri tidak juga menjadi kesalahan kerana sebagai sebuah negara Persekutuan, Dewan Legislatif Negeri itu adalah hak negeri untuk menentukan tarikh pilihanraya bagi kawasan-kawasan Undangan Negerinya. Jangan kita persoalkan tindakan itu kerana ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Negeri Selangor dan Persekutuan kita. UMNO tidak payah sibuk dengan urusan kerajaan Negeri Selangor kerana UMNO sudah ditolak oleh rakyat Selangor.

Kerja dan tugas UMNO yang penting sekali sekarang ialah untuk menentukan yang mereka melaksanakan tugas mengikut peruntukan undang-undang negara. UMNO sendiri mempunyai masalah besar. Biarkan PAS, DAP serta PKR dengan urusan mereka kerana mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk mempastikan perancangan untuk melakukan perbezaan dengan BN jika mereka diberi peluang untuk mentadbir Putrajaya selepas PRU  ini.

Tidak salah untuk UMNO bertahan, tetapi untuk bertahan UMNO sendiri tidak berkeyakinan. Ramai di antara pemimpin mereka menzahirkan perasaan mereka kepada saya sehari dua ini. UMNO mempunyai banyak 'factions' dan mempunyai 'warlords' mereka termasuk Dr Mahathir sendiri. UMNO sedang menghadapi tekanan dari rakyat dan dalam pada menguruskan tekanan rakyat itu, parti itu sendiri wujud tekan menekan sesama sendiri.

Puak Dr Mahathir memberikan sokongan kepada Muhyiddin dan jika boleh mereka mahukan Najib berhenti untuk memberikan Muhyiddin peluang menerajui PRU ke13 ini. Serba salah puak Mahathir ini nampaknya. Begitu juga puak Muhyiddin. Kalau hendak berkeras untuk menekan Najib, pilihanraya sudah hampir dan akan menjejaskan keputusannya nanti. Tidak berkeras pun tidak boleh kerana UMNO sedang dalam keadaan telur di hujung tanduk.

Satu isu yang terbesar akan mereka (UMNO) hadapi ialah masalah calon pilihanraya untuk UMNO dan BN. Jika Najib biarkan Muhyiddin menentukan calon UMNO ia serupa lah memberikan parang tajam kepada Muhyiddin untuk Timbalannya itu gunakan untuk memenggal politik Najib seperti yang di kehendaki oleh Mahathir. Setakat yang saya tahu sudah berbelas Ketua Bahagian yang dulunya adalah pengikut totok Najib dengan senyap-senyap telah berpihak kepada Muhyiddin.

Tidak tahu lah kita sama ada Najib maklum tentang perkara ini tetapi yang pastinya mereka sudah hilang keyakinan terhadap Najib. Mereka ingin bergantung kepada dahan yang baru tetapi tidak tahulah kita sama ada mereka terasa bahawa dahan yang baru ini pun akan tumbang bersama pokok besarnya (UMNO) dalam pilihanraya nanti. Bagi UMNO, parti ini sudah sampai ke persimpangan.

UMNO tidak mempunyai jalan selain dari mengakui kesulitan mereka dalam pilihanraya kali ini. Itu pun tidak mengapa kerana dalam demokrasi sememangnya UMNO boleh di jatuhkan seperti yang dialami oleh mana-mana parti di dalam mana-mana negara demokrasi. Tetapi UMNO tidak rela menghadapi kekalahan kerana masing-masing 'warlords' dalam UMNO itu mempuyai rekod buruk masing-masing yang mereka takutkan jika parti itu tidak berkuasa lagi.

Mahathir tersangat takut jika Pakatan Rakyat menang dan Anwar menjadi Perdana Menteri. Mahathir bukan sedikit masalah yang beliau lakukan terhadap diri beliau sendiri semasa memegang kuasa dahulu. Itulah yang menyebabkan beliau bermatian menegakkan benang basah UMNO hari ini. Najib pun begitu. Beliau takut jika Pakatan menang dan terpaksa menghadapi Anwar jika Pakatan menang.

Jika UMNO menang dengan tipis sekali pun, Najib terpaksa menghadapi hari akhir kepimpinan beliau dan ini juga menakutkan beliau sendiri. Apakah Muhyiddin mampu untuk tidak mengambil tindakan terhadap Najib jika beliau mengambil alih kuasa? Najib tahu dalam UMNO tiada siapa yang mempunyai 'allegiance' terhadap pemimpin yang mereka sokong sebelumnya. Najib akan menangis keseorangan. Itu sudah banyak berlaku dalam UMNO kerana setiap pemimpin dalam UMNO itu adalah pimpinan yang lemah dan mereka hanya diikuti oleh mereka yang berkepentingan peribadi. Semua mereka itu akan mengikut dan bersama-sama mengutuk pimpinan yang telah pergi yang pernah mereka dukung dahulu.

UMNO sudah tidak ada lagi pemimpin yang 'magnanimous' seperti dahulu. Dendam mendendam sudah menjadi amalan mereka. Kata perpatah Melayu, 'mati ayam mati tungau' Berhenti sahaja Najib maka Najib akan terpaksa menghadapi zaman gelap beliau sampai akhir hayat.

Najib sekarang memang tidak boleh bertahan lagi. Hanya jika beliau ada sedikit kemampuan untuk berfikir sahaja boleh menyelamatkan beliau dari menghadapi zaman gelap beliau nanti.

Najib tahu Mahathir tidak akan membela beliau dan Muhyiddin jauh sekali untuk melakukannya. Apa tah lagi jika UMNO yang sekarang mempunyai kecenderungan untuk tewas dalam pilihanraya kali ini bersama parti komponennya MCA dan MIC yang sudah pasti akan tewas kali ini. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

S'gor anjur pertandingan video dan reka fesyen

Posted: 21 Feb 2013 07:45 PM PST

11 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Ummah Centre akan menganjurkan pertandingan rekacipta video pendek serta pertandingan rekacipta fesyen dan pakaian wanita bertujuan untuk mencungkil bakat kreatif khususnya generasi muda masa kini.

Bagi pertandingan rekacipta video, terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu "Selangorku Wajah Malaysia" dan "Muslim Style".

Jumlah hadiah keseluruhan yang ditawarkan untuk kategori video adalah sebanyak RM36,500 manakala RM 30,000 bagi reka fesyen pakaian wanita.

"Saya mengharapkan agar program ini menjadi ruang untuk anak muda dan belia mengetengahkan bakat kreatif masing- masing disamping mempromosi pentadbiran kerajaan negeri Selangor sebagai model sebuah
kerajaan yang baik di Malaysia," kata Exco Adat Istiadat Melayu, Belia dan Sukan Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh didapati di laman web www.ummahcentre.com

harakahdaily/-

Pelihara 700 anjing

Posted: 21 Feb 2013 07:30 PM PST

Foto11 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

"Semua haiwan ini umpama anak- dan saya tidak akan menjual mereka, sebaliknya akan terus membela semuanya sehingga saya mati," kata Md Azmi Ismail, 55, yang memelihara kira-kira 700 anjing dan lebih 100 kucing yang dikutip bersama isterinya, Halija Idris, 65, dari jalanan. 

Bekas kontraktor itu berkata, dia sudah lali dicemuh masyarakat dan dianggap pelik kerana sanggup tinggal bersama ratusan haiwan itu di pusat perlindungan diuruskannya di tanah rizab kerajaan kira-kira 500 meter di belakang Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini.

"Saya sudah lali dicemuh, tetapi sifat menyayangi haiwan membuatkan saya dan isteri sentiasa tabah berdepan cabaran," katanya yang lebih mesra dengan panggilan Pak Mi.

Menurutnya, sebelum ini dia pernah ditawarkan harga lebih RM1,000 oleh pihak yang ingin membeli anjing peliharaannya, tetapi dia menolak kerana perasaan sayang pada haiwan peliharaanya itu.
MD Azmi bermain bersama anjing peliharaannya di Alor Setar.

Pak Mi berkata, biarpun apa jua tanggpan negatif masyarakat terhadapnya dia akan terus memelihara haiwan berkenaan kerana kasihan melihat nasib anjing dan kucing yang terbiar di tepi jalan.

metro/-

5,000 Rakyat Pelbagai Kaum Julang Plakad ‘Anwar PM Ke-7′ Di Klang

Posted: 21 Feb 2013 07:16 PM PST

11 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas, Klang disambut meriah dengan plakad 'Anwar PM ke-7′.

Ketua Umum KEADILAN itu tiba ketika Tan Sri Khalid Ibrahim sedang berucap sekitar jam 11 malam sebelum Menteri Besar Selangor itu mengumumkan ketibaan Anwar.

Berikutan itu, rakyat baik Melayu, Cina dan India menjulang plakad berkenaan dengan disertai gema sorakan sebelum Anwar bergambar kenangan dan memulakan ucapan.

Plakad itu disediakan atas inisiatif Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri yang diedar kepada sebahagian dari lebih 5,000 hadirin.

Turut berucap pada program itu ialah Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid; Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

Anwar pada 17 Februari lalu disambut dengan plakad yang asalnya disediakan untuk Datuk Seri Najib Razak tetapi orang ramai mengubahsuaikannya kepada 'I Love (New) PM'.

Ia berlaku pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) di Kolej New Era di Kajang yang dihadiri Najib secara berasingan. -KD


Rakyat setempat teruja treler Negara Berkebajikan

Posted: 21 Feb 2013 07:11 PM PST

11 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


BAYAN BARU: Pengunjung sekitar tapak perniagaan up-town Bandar Perda di sini teruja dengan treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS yang dijadikan pentas ceramah dalam masa yang singkat.

Konvoi jelajah yang tiba di destinasi kedua pada pukul 10.30 malam tadi selepas Manjoi, Perak memberi peluang kepada penduduk sekitar untuk melihat lebih dekat keistimewaan treler tersebut.

Dalam pada itu, pihak Badan Bertindak Hapuskan Tol Jambatan Pulau Pinang (Hapus) turut mengambil kesempatan untuk berucap di pentas ceramah treler itu.

Pengerusinya, Zolkifly Md Lazim berharap rakyat Pulau Pinang terus mengekalkan pemerintahan Pakatan Rakyat demi pembelaan yang lebih terjamin.

Malah menurut beliau lagi, Hapus akan terus berjuang untuk menuntut agar kerajaan menghapuskan tol jambatan Pulau Pinang dan bukannya bertindak menyambung terus konsesi.
"Rakyat Pulau Pinang perlu terus mengekalkan pentadbiran yang ada sekarang demi kesejahteraan yang berkekalan.

"Dengan tindakan ini saja kehidupan kita akan terus terjamin, pembelaan rakyat terus diutamakan sepenuhnya," kata beliau.

Zolkifly yang bangga kerana dapat berdiri di atas pentas treler jelajah yang menjadi kebanggaan PAS itu merasakan ia merupakan satu isyarat jelas Pakatan Rakyat akan tampil sebagai Kerajaan Pusat pada pilihanraya umum nanti.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Bayan Baru, Dzulfahmi Abu Bakar menghargai anggota konvoi jelajah itu dan komitmen mereka merupakan pemangkin kepada kejayaan PAS pada pilihanraya nanti.

Beliau yang mahu setiap anggota jentera PAS dan rakyat terus memberi sokongan kepada konvoi jelajah yang singgah di setiap daerah dan negeri.

Katanya, dengan adanya konvoi jelajah itu, PAS dapat mendekati rakyat dan menyampaikan segala maklumat yang perlu diketahui mereka.

harakah/-

Makcik Chan terharu petugas PR baiki rumah

Posted: 21 Feb 2013 07:00 PM PST

11 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -




Sukarelawan Pakatan Rakyat bergotong-royong membaiki rumah Makcik Chan.

KUALA LUMPUR: Makcik Chan Ah Moi, 80, sebak apabila Pakatan Rakyat Kulaijaya mengotakan janji untuk menggantikan kayu dan bumbung rumahnya yang bocor di sana sini.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan Aliman, seminggu lalu beliau dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kulai serta sukarelawan PAS melakukan ziarah Tahun Baru Cina di Kampung Baru Sedenak.

"Apabila mengunjungi Makcik Chan, dia mengadu keadaan rumahnya yang daif dan menyedihkan," ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.

Beliau berkata, Makcik Chan telah meminta tolong dengan MCA tetapi tiada tindakan.

"Alhamdulillah, kelmarin, 19 Feb lalu, gotong royong menggantikan kayu yang reput dan bumbung bocor dilakukan oleh hampir 20 orang sukarelawan dari PAS, PKR dan DAP.

"Dari jam 9.30 pagi gotongroyong dibuat, hampir 4 petang siap sepenuhnya.

Menurut Mazlan lagi, Makcik Chan sangat terharu dan asyik mengesat air mata kerana gembira yang amat sangat setelah bertahun-tahun air memasuki ke dalam rumahnya jika hujan tetapi tiada siapa yang simpati.

harakah/-

Habuan 9 janda

Posted: 21 Feb 2013 06:00 PM PST

11 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

FotoKuala Lumpur: "Saya anggap ini sebagai satu kerosakan akhir zaman. Saya kesal kerana kamu semua jadikan pusat (karaoke) sebagai tempat kerja bagi ibu tunggal sedangkan banyak lagi tempat lain kamu boleh cari rezeki halal."

Demikian teguran Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Abdul Walid Abu Hassan sebelum menjatuhkan didenda RM2,800 setiap seorang atau penjara 40 hari ke atas sembilan ibu tunggal, semalam.

Mereka dikenakan hukuman itu selepas semuanya mengaku bersalah atas tuduhan mengingkari fatwa mufti dengan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat karaoke, Jun tahun lalu.

"Saya harap kamu semua bertaubat dan menjadi seorang yang lebih baik satu hari nanti," kata Abd Walid lagi.
ANTARA wanita yang didenda oleh Mahkamah Tinggi Syariah kerana bekerja sebagai GRO.

Mereka terbabit ialah Erni Juita Ismail, 47; Siti Farahdilla Azua Kasim, 26; Rita Yakir, 29; Rabihah Ahmad, 37; Nor Azilah Isa, 38; Eparizan Abdullah, 30; Noriza Mohd Nor, 35; Zaiton Zainal, 42, dan Rosnita Mawardi, 35.

metro/-

10 wanita GRO Melayu dihukum

Posted: 21 Feb 2013 06:00 PM PST

11 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Sepuluh orang pegawai perhubungan pelanggan (GRO), dengan sembilan daripada mereka mendakwa ibu tunggal, didenda RM2,800 atau penjara 40 hari oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam atas tuduhan melanggar dan mengingkari fatwa mufti dengan bekerja di sebuah pusat karaoke pada Jun tahun lalu.

Mereka didakwa mengingkari dan melanggar Fatwa Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 1 Januari 2004 dengan bekerja sebagai GRO di pusat karaoke D'Carnival Lounge, No. 333-335, Batu 2½, Jalan Ipoh di sini antara pukul 1.40 pagi dan pukul 3.15 pagi pada 24 Jun tahun lalu.

Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan memutuskan hukuman tersebut selepas menerima pengakuan salah kesemua tertuduh.

Beliau turut mengarahkan kesemua tertuduh supaya berkelakuan baik selama setahun dengan dipantau Unit Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan dikenakan bon jaminan sebanyak RM1,000. Sekiranya gagal berkelakuan baik jaminan tersebut akan ditarik balik.

Kesemua tertuduh ialah Erni Juita Ismail, 47, Siti Farahdilla Azua Kasim, 26, Rita Yakir, 29, Rabihah Ahmad, 37, Nor Azilah Isa, 38, Eparizan Abdullah, 30, Noriza Mohd. Nor, 35, Zaiton Zainal, 42, Rosnita Mawardi, 35, dan Nisah Yaman, 32.

Salah seorang tertuduh, Farahdilla mempunyai sehingga 40 keping kad tempahan daripada pelanggan untuk menari pada malam itu.

sinar/-


MB lawat keluarga mangsa terjatuh dalam sungai

Posted: 21 Feb 2013 05:00 PM PST

11 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Adul Aziz Nik Mat, semalam meluangkan masa mengunjungi keluarga adik Muhammad Arif Mohd Nordin yang dipercayai terjatuh ke sungai Kelantan beberapa hari lalu.

"Baru semalam saya pulang dan hari ini saya telah dimaklumkan oleh setiausaha saya berhubung kejadian ini.

"Saya juga mengucapkan takziah pada ibubapa mangsa dan berdoa semuga pencarian beberapa hari ini Allah gantikan dengan yang baik,"ujarnya.

Adik Mohd Arif yang juga bekas pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kota Bharu dikatakan terjatuh ke dalam sungai itu ketika melalui pelantar besi pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra dengan menaiki motosikal.

Dia melalui kawasan itu bersama dua lagi rakan yang berjalan kaki melintasi pelantar besi itu menuju ke arah Pasir Pekan, Tumpat.

Dalam kunjungan itu semalam juga, Tuan Guru mengucapkan terima kasih kepada kesungguhan pasukan penyelamat termasuk anggota Bomba dan Penyelamat, Polis berusaha mencari mangsa.

Berhubung kejadian itu, beliau meminta ibubapa menasihati anak-anak supaya tidak menunggang motosikal sekiranya mereka tidak mempunyai lesen memandu.

"Jika tidak ada lesen mereka ketakutan dan akan bertindak sendirian walaupun akan meragut nyawa mereka,"ujarnya.

Tuan Guru turut menyampaikan sumbangan kepada bapa mangsa, Mohd Nordin Mohd Long, 50.

Sebelum itu Tuan Guru mendengar taklimat yang disampaikan pasukan keselamatan. Hadir sama Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim.

Ibu mangsa, Fatimah ketika ditemui melahirkan rasa terharu di atas kunjungan Tuan Guru yang tidak diduga itu.

Beliau mengucapkan terima kasih di atas kesudian Tuan Guru yang turut berkongsi kedukaannya bersama anggota keluarga.

Semalam merupakan hari keenam usaha mencari dilakukan di tepi Sungai Kelantan dan sekitarnya.

Tiada ulasan:

Nuffnang