Sabtu, 26 Januari 2013

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Menghadiri Majlis Wanita Bersama PERKEP

Posted: 26 Jan 2013 03:58 AM PST




Hari ini, 26 Januari 2013 telah meluangkan masa untuk menghadiri Majlis Wanita bersama PERKEP di BN 9 PGA Kubang Badak. Sempena dengan program ini pelbagai aktiviti telah diadakan. Majlis dimulakan dengan tahlil dan bacaan Yaasin, seterusnya penyampaian khairat kematian kepada salah seorang warga PERKEP, dan penyampaian sumbangan kecemerlangan pendidikan kepada anak PERKEP yang mendapat keputusan cemerlang.

Selepas minum pagi, program diteruskan dengan pertandingan menghias cupcake bagi anak-anak PERKEP yang berumur 7 tahun ke bawah, dan demo gubahan oleh ahli PERKEP sendiri. Majlis diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada peserta cupcake. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan jalinan ukhwah tidak terputus di sini sahaja.

Ceramah Agama Sempena Maulidur Rasul 1434H

Posted: 26 Jan 2013 03:42 AM PST






Pada 24 Januari 2013 yang lalu, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seberang Takir telah menganjurkan ceramah agama bersempena dengan Maulidur Rasul 1434H bertempat di Masjid Tok Jembal, Seberang Takir. Penceramah jemputan pada malam itu ialah Y.Bhg. Ustaz Abdul Halim bin Awang @ Sulong, pensyarah di Fakulti Kontemporari Islam UniSZA. 

Terima kasih diucapkan kepada Y.Bhg Ustaz kerana sudi memberi ceramah. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan dari masa ke masa di kemudian hari InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Nuffnang