. |
Bendera PKR Dan PAS Dicalit Degan Lambang Salib Posted: 25 Jan 2013 08:09 AM PST http://msomelayu.blogspot.com/2013/01/bendera-pkr-dan-pas-dicalit-degan-salib.html BERITA
Selain bendera itu dicop dengan lambang salib ianya juga ditulis dengan perkataan-perkataan buruk menghina kedua-dua parti itu, ini menggambarkan si pelakunya seorang yang belum tamadun ataupun "gedebe tahi kucing." Cara berpolitik tidak bermoral ini juga menunjukkan pihak yang melakukan perbuatan itu dalam keadaan terdesak dan nazak. Tidak dipastikan apakah perletakan lambang salib itu pada bendera kedua-dua parti itu yang telah dipasang, atau ia disiapkan awal-awal kemudian dipasang malam tadi. Beberapa helai bendera yang dicop lambang salib itu telah diturunkan. Satu laporan polis berhubung kejadian itu dikatakan telah dibuat pagi ini. Kegiatan atau perbuatan seperti ini sepatutnya tidak berlaku dan semua pihak harus berkempen secara tertib mengikut lunas-lunas demokrasi. Pihak polis dan juga SPR perlu memastikan ia tidak merebak. Paling penting pastikan apakah ia perbuatan salah satu pihak yang bertentangan di antara satu sama lain atau pun ada anasir-anasir lain yang berniat jahat melaga-lagakan kedua-dua pihak. Dibimbangi sekiranya perkara jahat ini tidak dibenteraskan kemungkinan ia boleh mencetuskan sesuatu yang lebih buruk kelak apabila ada pihak yang tidak dapat mengawal keadaan bertindak membalas balik perbuatan itu. Perletakan lambang salib ini mungkin ada hubung kait dengan isu kalimah Allah dan juga provokasi oleh pihak tertentu yang memperbodoh-bodohkan rakyat kampung kononnya kalau Pakatan Rakyat memerintah Malaysia ianya akan dikuasai oleh Kristian.[wm.kl.11:36 am 25/01/13] |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan