Khamis, 17 Januari 2013

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


RUTIN YB bersama pengantin

Posted: 17 Jan 2013 06:19 AM PST

SPR BERSEKONGKOL DENGAN JPN DULU, KINI,...

Posted: 17 Jan 2013 02:35 AM PST


Bekas pegawai JPN dakwa SPR arah beri IC 

 RCI: Pelarian imbas pengalaman terima IC 

Saksi RCI kata tak terima arahan dari setpol


Dr M pertahan beri kewarganegaraan kepada pendatang Sabah, bertegas ikut undang-undang


SHAH ALAM, 17 Jan — Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan pemberian status warganegara kepada warga asing di Sabah dan menegaskan ia dilakukan kerana mereka berhak dan dilaksanakan mengikut lunas undang-undang, kata bekas perdana menteri itu semasa disoal wartawan pada sidang media di Wisma Karangkraf.
Mahathir berkata selagi seseorang individu tersebut memenuhi syarat seperti fasih bertutur dalam bahasa Melayu dan menetap di Malaysia mereka berhak untuk mendapat status sebagai rakyat Malaysia.
"Semasa saya jadi perdana menteri, memanglah saya berkuasa menentukan pelaksanaan dasar kerajaan.
"Kerajaan menerima warga asing jadi warganegara jika memenuhi syarat tertentu, malahan mereka yang berada disana bukan satu dua hari tetapi sudah 20-30 tahun dan mereka bercakap bahasa Melayu berhak jadi rakyat Malaysia," kata Mahathir semasa memberi maklum balas terhadap kenyataan saksi inkuiri Suruhanjaya Di Raja (RCI) berkenaan pendatang haram yang mengatakan pentadbirannya terlibat dalam pemberikan kad pengenalan di Sabah pada 1993-1994.
Mahathir walaubagaimanapun mengakui terdapat pihak yang tidak senang dengan langkah pemberian kewarganegaraan tersebut tetapi menyatakan langkah tersebut dilakukan mengikut undang-undang.
"Jadi, masalahnya ialah apabila ada orang tidak senang bila ada yang jadi rakyat Malaysia walaupun individu tersebut sudah lama menetap di Malaysia, itu yang timbul masalah.
"Saya akui saya bagi (kewarganegaraan), di zaman pentadbiran saya ada diberikan," tambah Mahathir.
sumber: Malaysian Insider
Seorang pelarian dari Filipina memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja berhubung masalah pendatang asing di Sabah bahawa beliau dan individu lain dijadikan warganegara Malaysia tanpa usaha mereka sendiri.

Ismail Balaka berkata beliau menerima kad pengenalannya tiga bulan selepas satu kumpulan misteri melawat penempatannya di Kinarut untuk mendapatkan butiran peribadinya.

Katanya, beliau tidak dapat mengingati tarikh kejadian tersebut.

Tambahnya, kumpulan itu datang dengan menaiki satu kenderaan tidak bertanda dan menghimpunkan semua penduduk kampung tersebut pada satu tarikh.

Katanya, kumpulan itu meminta penduduk kampung tersebut mengisi borang, dan turun mengambil cap jari dan gambar mereka.

Katanya lagi, beliau pada masa itu tidak tahu apakah tujuan kegiatan tersebut tetapi diberitahu seorang rakannya bahawa ia adalah untuk kad pengenalan.

Selepas menerima kad pengenalan tersebut, beliau dapat memohon untuk mendapatkan kad penempatan yang dikeluarkan unit penempatan di Jabatan Ketua Menteri.

Ismail mengakui bahawa beliau tidak pernah memiliki pas lawatan pelarian, kad penempatan sementara atau kad penduduk tetap sebelum memperolehi kad pengenalan biru itu.

Beliau tiba di Sabah dengan satu bot nelayan pada 1975 dari Pulau Ubian, Filipina ketika melarikan diri dari konflik di kawasan tersebut.
(http://www.malaysiakini.com/news/219228)
-------------------------------------------------------------------

Dua bekas orang kanan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dikaitkan oleh saksi-saksi yang memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk jadi pengundi di Sabah.


Bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah memberi
keterangan bahawa dia dan yang lain-lainnya menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin (kanan), yang ketika itu merupakan setiausaha politik kepada Dr Mahathir, untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.

Yakup Damsah, yang ketika itu ketua JPN Tamparuli, memberitahu RCI bahawa beliau dan pegawai lain JPN telah diterbangkan dari Sabah ke Kuala Lumpur.

Katanya, selepas menerima arahan dari pengarah JPN Sabah ketika itu, Abdul Rauf Sani, mereka diminta pergi ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di kediaman Abdul Aziz di Kampung Pandan.

Beliau berkata mereka ditugaskan untuk menandatangani kad pengenalan yang akan diberikan kepada pendatang, yang kemudiannya dilamina di ibu pejabat JPN di Petaling Jaya dan dihantar ke JPN Kota Kinabalu untuk pengagihan.

Ditahan di bawah ISA

Yakup berkata, mereka telah diberi taklimat mengenai tugasan khas oleh seseorang yang mereka tidak diketahui, bernama 'Mat Nor'.

"Beliau minta kami mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang," katanya.

Yakup, yang kemudiannya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), berkata dia sedar bahawa operasi itu adalah haram, tetapi dia mengikuti arahan kerana dia adalah seorang penjawat awam.

"Kami telah diberitahu bahawa kami akan dilindungi daripada sebarang tindakan undang-undang," katanya.

Yakup berkata, kumpulannya menandatangani sebanyak 40,000 kad pengenalan biru dalam tempoh sebulan, berdasarkan borang permohonan yang telah diisi yang diberikan kepada mereka.

Katanya, mereka tidak melihat borang secara terperinci, "kita hanya tandatangan..."

"Kami tahu mereka adalah pendatang, kebanyakannya warga Indonesia dan Filipina, tetapi kami tidak tahu sama ada mereka pendatang yang sah atau tidak," katanya.

Beliau menambah bahawa niat tindakan mereka itu adalah untuk meningkatkan bilangan pengundi Islam di Sabah dan untuk memastikan bahawa mereka akan mengundi untuk Umno dalam pilihan raya 1994 di negeri Sabah.

Pada masa yang sama, kata Yakup, kumpulannya juga terlibat dalam operasi lain, di mana mereka tidak memberikan kewarganegaraan kepada pendatang tetapi memberi mereka resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput, semata-mata untuk tujuan pilihan raya.

Bekas timbalan menteri dalam negeri juga dikaitkan

Sebelum itu, dalam keterangannya, bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin yang menggantikan Abdul Rauf, mendakwa operasi itu bermula hampir dengan tarikh pilihan raya.

Ramli mendakwa operasi itu dijalankan selepas secara peribadi menerima arahan dari timbalan menteri dalam negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai operasi itu, Ramli mendakwa beliau telah diarahkan untuk mengeluarkan resit kad pengenalan kepada pendatang asing menggunakan butiran mereka yang sudahpun ada dalam daftar pemilih tetapi tidak pernah mengundi sebelumnya.

Beliau mendakwa menerima panggilan dua minggu sebelum pilihan raya negeri Sabah pada 1994 untuk menemui Megat Junid di sebuah hotel.

Beliau mendakwa telah diarahkan untuk membantu memastikan akan kemenangan kerajaan negeri yang disokong oleh kerajaan persekutuan.

Ramli mendakwa telah diarahkan untuk mengeluarkan resit JPN menggunakan nama dan nombor IC pengundi yang sudah ada dalam daftar pemilih dengan tujuan bagi memboleh mereka mengundi.

Resit JPN adalah slip kad pengenalan sementara yang dikeluarkan sebelum menerima kad pengenalan sebenarnya. Dokumen tersebut adalah memadai untuk mengundi, jelas beliau.

Personaliti lain yang hadir di hotel tersebut ketika itu ialah Datuk Osu Sukam yang menjadi ketua menteri Sabah pada tahun 1999.

Ketika dihubungi lewat petang ini, jawapan ringkas Aziz ialah: "Saya tak ingat apa-apa mengenai perkara itu. Terima kasih.
(http://www.malaysiakini.com/news/219122)
--------------------------------------------------
Bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, Abdul Rauf Sani mengakui bahawa beliau mengetuai satu pasukan yang memproses kad pengenalan untuk pendatang tanpa izin yang tidak layak.

Bagaimanapun, beliau mendakwa bahawa beliau bertindak sendirian dan tidak menerima arahan daripada pemimpin politik.

Katanya, sekiranya ia merupakan arahan, ia akan diterima dalam bentuk bertulis, kata Abdul Rauf dalam keterangannya kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai isu pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Beliau mengesahkan bahawa beliau dan kakitangannya beroperasi daripada kediaman bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Abdul Rauf menegaskan bahawa Abdul Aziz tiada peranan dalam operasi tersebut.

Katanya, semua orang mengenali Abdul Aziz sebagai setiausaha politik namun mereka tidak melaksanakan apa yang dikatakan bekas setiausaha politik itu.

"Penjawat awam tidak terima arahan dari setiausaha politik," katanya.

Pegawai pengendali RCI, yang mewakilli pejabat peguam negara, turut meminta beliau mendedahkan sebab menjalankan operasi di kediaman Abdul Aziz.

Bekas ketua JPN daerah Tamparuli Yakup Damsah yang merupakan sebahagiaan dariapada kumpulan dikenali dengan unit 'G17' - yang berpengkalan di ibu pejabat JPN di Kota Kinabalu - beroperasi di kediaman Abdul Aziz.

Yakup mendakwa dalam operasi itu mereka diminta menandatangani kad pengenalan yang akan diberikan kepada pendatang asing.

Abdul Aziz ketika dihubungi semalam berkata beliau tidak dapat mengingati peristiwa seperti itu.
(http://www.malaysiakini.com/news/219212)
------------------------------------------------------------------------
Seorang bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini memberi keterangan berhubung dakwaan kerjasama pihak berkuasa untuk mengubah demografi pemilih Sabah pada tahun 1990-an.

Mohd Nasir Sugip ketika memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai masalah imigrasi Sabah hari ini mendakwa jabatannya pernah menerima arahan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk memberi kad pengenalan kepada pendatang asing untuk membolehkan golongan itu mengundi.

Mohd Nasir yang pernah ditahan bawah ISA sebelum ini mendakwa operasi yang digelar "Ops Durian Buruk" itu dijalankan antara tahun 1992 hingga 1995.

Dakwanya, pengarah SPR Sabah pada masa itu, Wan Ahmad Wan Yusof menyerahkan senarai 16,000 nama untuk diklasifikasikan sebagai pengundi "Bumiputera Islam".

"Bos saya, pengarah JPN Sabah Ramli Kamarudin kemudiannya secara lisan memberitahu saya untuk menjalankan projek ini," katanya.

Mohd Nasir turut mengaitkan tiga lagi individu yang hadir ketika arahan itu dikeluarkan.

Bagaimanapun, nama individu berkenaan tidak dapat diperolehi memandangkan pegawai RCI – wakil daripada pejabat peguam negara – enggan memberi kerjasama.

Katanya, beliau mengikut arahan tersebut dan mengambil pegawai yang tidak dinamakan di peringkat negeri untuk operasi berkenaan.

Mohd Nasir mendakwa, operasi berkenaan melibatkan tindakan memberi kad pengenalan kepada pendatang asing dan mengeluarkan nombor kad pengenalan berdasarkan tarikh lahir, foto dan nama yang diberikan SPR.(http://www.malaysiakini.com/news/219096) Sumber: Malaysiakini

Tiada ulasan:

Nuffnang