:: cina islam | 2011 :: |
- Wanita ditanduk badak selepas bergambar
- Bawani Tak Sangka Video Di Forum Itu Meletup
- Mewah cara haram
- Tentera Perancis lancar pertempuran darat di Mali
- Banjir lumpuh aktiviti pagi di Jakarta
- Bila "Anjing Tersepit" Dilepaskan: KJ Tak Mengaku Tarik Balik Kenyataan
- Helikopter terhempas di London
- Tertidur di landasan, maut digilis kereta api
- Dakwaan lantik Nizar kerana rasuah diadu ke Istana Perak
- 5 Hakim Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Utusan
- Fitnah Pisau.net untuk tutup skandal Zambry
- 87 orang maut di universiti Syria
- Saman Anwar: Azmin dakwa Khairy angkuh
- Perangai liar macam ibu
- Ops Tampal: Pemuda PAS perlu lapor jalan rosak
- Assad mahu bertanding 2014
- Janda ditipu ‘jemaah tarik duit’
- Hujah Bawani jauh lebih baik - Ambiga
- India, Pakistan setuju 'reda' ketegangan Kashmir
- Doktor ‘amuk’ 7 kali ditahan
- ‘Ingatkan sampah’
- [MAHKAMAH] UMNO Kalah Lagi: Anwar Menang Saman, Khairy Tarik Balik Fitnah
- Orang Melayu perlu merdekakan jiwa dan minda
- Kanak-kanak derita 'diserang' kudis
- Kiamat’ dalam kilang
Wanita ditanduk badak selepas bergambar Posted: 17 Jan 2013 12:36 AM PST 5 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - JOHANNESBURG - Seorang wanita, Chantal Beyer ditanduk seekor badak sumbu selepas dia bergambar dengan suaminya, Sven Fouche di depan dua ekor haiwan itu baru-baru ini di Taman Semula Jadi Aloe Ridge dekat sini. Sebelum gambar itu dirakamkan, seorang pemandu pelancong mengarahkan mereka berdiri di depan haiwan berkenaan. Beyer yang berusia 24 tahun ditanduk dari arah belakang menyebabkan tulang rusuk dan parunya patah. Dia kini dirawat di sebuah hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. - Agensi | ||
Bawani Tak Sangka Video Di Forum Itu Meletup Posted: 17 Jan 2013 12:32 AM PST 5 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang mencetuskan fenomena listen berkata, penyebaran video tersebut menunjukkan kepada rakyat tentang usaha pihak tertentu untuk menarik sokongan mahasiswa di universiti dalam suasana PRU13 yang semakin hampir. Menurutnya, program tersebut adalah salah satu agenda untuk brainwash mahasiswa supaya tidak memberi sokongan kepada pembangkang. "Kini rakyat di seluruh Malaysia telah membuka mata dan mengetahui apa yang berlaku di dalam universiti," katanya kepada Harakahdaily yang bertemu beliau di kediamannya di Air Kuning, Kampar semalam. Bawani menjelaskan, program yang diberi tajuk Forum Mahasiswa dan Politk itu membangkitkan pelbagai isu politik di negara ini khususnya melibatkan mahasiswa. Program yang bermotif politik itu, katanya turut diisi dengan pelbagai video yang mengutuk pembangkang seperti Himpunan Bersih, isu kontroversi melibatkan Nurul Izzah dan Himpunan Hapus PTPTN. Jelasnya, pelbagai isu telah diceritakan oleh panelis termasuklah mempertikai protes PTPTN oleh mahasiswa dan mengatakan tuntutan pendidikan percuma tidak masuk akal. "Saya cuba bangun mencelah untuk memberikan pandangan tetapi tidak dilayan dan saya menunggu sesi soal jawab. "Namun semasa sesi soal jawab saya tidak sempat kerana hanya dua soalan yang boleh ditanya dan saya mengambil keputusan ke pembesar suara dan memberikan pandangan berhubung apa yang dibangkitkan. "Saya terus memberikan hujah-hujah terutama isu pendidikan percuma tetapi belum sempat menghabiskan ucapan, moderator yang juga Presiden Suara Wanita 1Malaysia, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin telah enggan memberi saya peluang untuk menghabiskan ucapan saya dengan mengatakan listen, listen, listen seperti yang dapat dilihat di video itu," jelasnya lagi. Tegas beliau, ini adalah satu penindasan kepada mahasiswa yang berhak bersuara dan memberikan pandangan. Bawani berkata, sepatutnya moderator memberi peluang kepadanya menghabiskan ucapan kerana ia berkaitan isu yang dibangkitkan. Ketika ditanya apakah respons daripada rakan mahasiswa yang lain, beliau menjelaskan, pada mulanya semua memberikan respons negatif terhadap saya yang dilihat tidak respect kepada Sharifah Zobra. Namun katanya, selepas menonton kembali video tersebut, rakan-rakan memberikan sokongan padu kepadanya dan melihat tindakan Sharifah seolah-olah menyekat suara mahasiswa. Beliau yang diminta mengulas tentang video yang menjadi buah mulut masyarakat itu, Bawani sangat terkejut dengan sambutan tersebut dan menganggap ianya menggambarkan masyarakat prihatin dengan isu mahasiswa. "Ketika ini saya mendapat panggilan tanpa henti daripada rakan-rakan terutama daripada UUM yang memberikan sokongan padu kepada saya," jelasnya. Bawani secara peribadi berterima kasih kepada seluruh masyarakat yang memberikan sokongan padu kepadanya dan berharap suara mahasiswa terus menjadi perhatian masyarakat. -HD | ||
Posted: 17 Jan 2013 12:24 AM PST Georgetown: Rahsia kemewahan hidup dikecapi seorang nelayan dengan pendapatan mencecah RM1,500 sehari terbongkar apabila dia sebenarnya terbabit dalam kegiatan menjual air ketum. Kegiatan lelaki berusia 24 tahun dikesan apabila sepasukan anggota Polis Marin menyerbu pondok tempat dia memproses air ketum di perkampungan nelayan Sungai Batu, Teluk Kumbar, di sini, kelmarin. Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Batu Uban Asisten Komisioner Mohd Yusof Abdullah berkata, ketika serbuan di sebuah bangsal tidak bernombor kira-kira jam 2.30 petang itu, lelaki terbabit leka memasak air ketum. "Kami bertindak hasil maklumat orang awam dan juga risikan di kawasan itu dan ketika serbuan suspek tidak dapat melarikan diri kerana kawasan sudah dikepung. "Hasil serbuan itu, kami berjaya merampas 300 peket plastik berisi cecair daun ketum berjumlah 500 mililiter (ml) isi padu setiap sepeket dan 13 bungkus plastik hitam berisi daun ketum kering bersama peralatan memproses iaitu periuk besar, penimbang, tong dan dapur gas," katanya. Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati suspek positif dadah jenis ketamin dan mempunyai rekod lampau kes menjual air ketum. "Hasil siasatan juga mendapati suspek mengambil bekalan daun ketum itu dari Kedah dan menjualnya untuk penduduk tempatan sekitar Sungai Batu, Teluk Kumbar, Permatang Damar Laut dan Batu Maung," katanya. Menurutnya, nilai semua bekalan daun ketum yang dirampas itu dianggarkan RM8,000 dan suspek menjadikan bangsal terbabit untuk memproses daun ketum sebelum dijual kepada pelanggannya dengan harga antara RM5 hingga RM7 sepeket. "Kes ini disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara empat tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali," katanya. metro/- | ||
Tentera Perancis lancar pertempuran darat di Mali Posted: 17 Jan 2013 12:21 AM PST 5 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Tentera Perancis telah memulakan pertempuran daratan secara terus terhadap pejuang kumpulan Ansar al-Dine yang dikaitkan dengan al-Qaeda di Mali. Memetik Sanda Ould Boumana, jurucakap bagi Ansar al-Dine, wartawan Al Jazeera Nazanine Moshiri dari Bamako melaporkan Rabu lalu bahawa tentera Perancis telah bergerak 400 km ke utara dari ibu kota Mali dan menyerang Diabaly, sebuah bandar di tengah-tengah Mali. Beliau memetik Ould Boumana sebagai berkata bahawa "pertempuran berlaku 2km dari pusat Diabaly, jauh dari orang awam". Pejuang Ansar al-Dine dan sekutunya Tuareg menduduki utara Mali pada April 2012 "Sumber ketenteraan di tentera Mali memberitahu Al Jazeera bahawa pasukan khas Perancis berjuang di bandar," katanya. Edouard Guillaud, Ketua Kakitangan Tentera Perancis, berkata operasi daratan Perancis di negara Afrika Barat telah bermula dalam tempoh semalaman. Wartawan kami berkata tindakan ketenteraan tersebut dijangka bakal menjadi "sukar" bagi Perancis. "Ansar al-Dine dan lain-lain kumpulan pemberontak bersenjata yang mengawal kawasan tersebut mahir dengan rupa bumi tempat berkenaan, dan mereka mempunyai senjata yang sangat canggih," katanya, merujuk kepada pemberontak yang mengawal bahagian utara Mali. Beliau berkata kontinjen Nogeria yang pertama yang mempunyai kira-kira 190 askar dijangka tiba di Mali Khamis ini. Parlimen di Niger sedang menunggu kelulusan untuk menghantar kontinjennya sendiri yang mempunyai lebih daripada 500 orang askar, yang sedang menunggu di sempadan, lapor wartawan Al Jazeera, Moshiri. Pemberontak juga bertempur dengan tentera Mali dan Perancis Rabu lalu berhampiran Konna, sebuah bandar yang apabila ditawan pemberontak minggu lepas memaksa Perancis untuk melancarkan serangan ketenteraan, kata sumber keselamatan Mali. "Pertempuran sedang berlaku tidak jauh dari Konna antara Islamis dan tentera kita, dengan kita mendapat sokongan dari tentera Perancis," kata sumber keselamatan Mali. Satu sumber keselamatan serantau mengesahkan maklumat berkenaan, tetapi tiada maklumat berkenaan sokongan dari tentera Perancis. (aljazeera.com) harakah/- | ||
Banjir lumpuh aktiviti pagi di Jakarta Posted: 17 Jan 2013 12:16 AM PST JAKARTA - Hujan lebat yang turun sejak awal pagi Khamis menyebabkan sebahagian besar kawasan di Jakarta dinaiki air, termasuk kebanyakan jalan menuju ke pusat bandar sehingga melumpuhkan aktiviti harian. Beberapa tempat di pusat bandar seperti sekitar mercu tanda Jakarta di Bulatan Hotel Indonesia (HI) dilapor dinaiki air sehingga satu meter menyebabkan kesesakan lalu lintas dan ribuan kenderaan terpaksa berhenti kira-kira 100 meter dari bulatan untuk menunggu air surut. Kawasan lain yang turut ditenggelami air ialah sekitar bulatan Patung Kuda di Jalan Medan Merdeka Selatan dan sebahagian Jalan MH Thamrin serta kawasan Tugu Tani. Warga kota yang menaiki kereta api untuk ke tempat kerja di pusat bandar terpaksa turun di beberapa stesen seperti di Manggarai dan di Stesen Palmerah pada pagi ini kerana stesen kereta api selepas itu ditenggelami air. Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) melaporkan paras air Sungai Ciliwung di Manggarai berada pada 1.02 meter, melepasi paras 'Siaga I' iaitu 950 cm, menandakan banjir akan merebak ke kawasan yang lebih meluas di Jakarta. Ketua BNPB Syamsul Maarif dilapor memaklumkan perkembangan terkini kepada Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada pukul 9.10 pagi ini, termasuk ancaman banjir di kawasan kompleks Istana Presiden dan usaha pengurusan banjir oleh pihak berkuasa. Pihak berkuasa mungkin mengalirkan sebahagian lebihan air sungai Ciliwung itu ke Sungai Ciliwung Lama bagi mengelakkan empangan di Terusan Banjir Barat daripada pecah dan menyebabkan banjir semakin meluas. "Tidak menjadi masalah Istana dinaiki air banjir. Yang penting masyarakat terlindungi. Lakukan usaha pengurusan banjir dengan mengerahkan seluruh potensi nasional yang ada. "Tetap semua menyokong Kerajaan Pentadbiran Jakarta dan memberikan pendampingan. Untuk peringkat nasional semuanya di bawah pengurusan Ketua BNPB. Pantau terus perkembangan dan laporkan kepada Presiden usaha pengurusannya," kata Yudhoyono kepada BNPB. Sementara itu pelajar Malaysia yang menuntut di beberapa universiti di sekitar ibu kota telah dinasihat meningkatkan langkah keselamatan. Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia (PKPMI) Ahmad Nabieh Abqoari Rahmat berkata semua pelajar Malaysia di Jakarta berada dalam keadaan selamat dan pihaknya menasihatkan mereka yang tinggal di kawasan berisiko banjir supaya berpindah ke Malaysia Hall jika keadaan banjir semakin buruk. "Universiti Trisakti telah ditutup sementara kerana dinaiki air lebih satu meter. Bagi rumah-rumah pelajar Malaysia yang berpotensi dinaiki air, mereka dinasihatkan berpindah ke Malaysia Hall di Jakarta Pusat dan sering menghubungi PKPMI serta pihak Education Malaysia (EM) Indonesia jika memerlukan bantuan," katanya. Ahmad Nabieh berkata sehingga kini belum ada pelajar Malaysia yang berpindah atau dipindahkan, namun mereka dinasihat menyiapkan bekalan makanan untuk beberapa hari sebagai menghadapi kemungkinan berlaku banjir buruk di Jakarta. Banjir yang berlaku di beberapa kawasan di Jakarta sejak dua hari lalu menyebabkan hampir 10,000 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan setelah kawasan penempatan mereka, terutamanya di sekitar Sungai Ciliwung dan beberapa sungai lain, dinaiki air sehingga tiga meter. - Bernama | ||
Bila "Anjing Tersepit" Dilepaskan: KJ Tak Mengaku Tarik Balik Kenyataan Posted: 17 Jan 2013 12:10 AM PST 5 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Meskipun laporan media menyebut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin telah mencapai penyelesaian kes fitnah RM100 juta semalam, 'perang' membabitkan kedua-dua mereka berterusan di dunia siber. Kedua-dua Anwar dan Khairy berbalas mesej menerusi Twitter semalam bagi mengatakan kenyataan dan pendirian masing-masing. Susulan kepada kenyataan pagi semalam, Anwar sekali lagi menegaskan Khairy telah menerima balik kenyataan berbaur fitnah, yang didakwa dibuat lima tahun yang lalu. "Khairy tarik (balik) fitnah; saya tak teruskan saman," kata Anwar menjawab soalan beberapa pengikutnya yang bertanya apa sebenarnya berlaku ekoran kenyataan yang berbeza. Tengah hari semalam, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, "sila baca kenyataan penyelesaian, bukan Utusan; secara efektif, ia satu tindakan menarik balik (kenyataan)." Blog Anwar malam tadi menyebut, berikutan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Khairy bertentangan dengan keputusan dicapai di mahkamah, satu sidang media akan diadakan pagi ini di ibu pejabat PKR. Sidang media yang dijangka diadakan oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali antara lain menyentuh kes saman fitnah yang difailkan oleh Anwar dan penyelesaian direkodkan oleh mahkamah semalam. Dalam pada itu, bekas koordinator media Anwar pula menulis menerusi Twitter, "@Khairykj Tipu. Anwar tidak tarik saman. Ia satu penyelesaian. Terima penyelesaian bukti anda yang tarik balik kenyataan." Khairy dalam mesejnya menyebut bahawa "beliau saman saya. Beliau menarik balik kes." Laporan media menyebut kes saman fitnah RM100 juta yang difail Anwar terhadap Khairy pada September 2007 diselesaikan selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan. Penyelesaian itu direkod Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam semasa kes disebut di hadapan beliau. Peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Anwar memberitahu mahkamah kes itu diselesai memandangkan defendan (Khairy) bersedia untuk mengatakan beliau tidak mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan. "Tiada perintah untuk kos," katanya. Hakim Su turut berterima kasih kepada kedua-dua pihak kerana menjimatkan masa mahkamah. -SH Anwar dalam samannya mendakwa Khairy, yang ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya pada satu majlis politik di Kuala Kangsar pada Ogos 2007, yang disiar media cetak dan elektronik pada 3 Ogos tahun sama. Ulasan GB Ibarat anjing tersepit yang dilepaskan. Kalau dah mengaku kenyataannya itu palsu dan tidak tepat, bererti sudah enggan untuk masuk ke gelanggang, bererti, sudah KO terlebih awal. Selepas itu tuduh pihak lawan yang enggan bertempur. Bangang! | ||
Helikopter terhempas di London Posted: 17 Jan 2013 12:00 AM PST 5 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - LONDON - Sebuah helikopter melanggar sebuah kren dan terhempas di sebatang jalan raya di pusat bandar raya ini semasa waktu puncak semalam dengan dua terbunuh serta sembilan orang lagi cedera, kata pihak berkuasa semalam. Helikopter tersebut terhempas di selatan Sungai Thames berhampiran stesen kereta api bawah tanah di Vauxhall dekat bangunan agensi perisikan Britain, MI6. Polis berkata, seorang mangsa mengalami kecederaan yang serius. Perkhidmatan Ambulans London memberitahu, beberapa orang yang cedera ringan pula dirawat di sebuah hospital berdekatan. Seorang pegawai polis, Neil Basu mengesahkan juruterbang helikopter itu mati termasuk seorang orang awam. Mengulas nahas berkenaan, Kementerian Pertahanan menyatakan, helikopter berkenaan bukan milik tentera manakala kemalangan itu juga dipercayai bukan serangan pengganas. Rakaman saluran berita Sky News menunjukkan bangkai helikopter itu sedang terbakar di atas jalan raya dengan kawasan sekitarnya dipenuhi asap hitam. Beberapa saksi berkata, helikopter itu melanggar sebuah kren yang berada di atas bumbung bangunan penginapan setinggi 50 tingkat iaitu Menara Dermaga St. George. Seorang pekerja di kawasan berdekatan, Allen Crosbie berkata, letupan yang berlaku menyebabkan dia dan beberapa orang lain yakin bahawa bandar raya ini sedang diserang. "Saya 100 peratus yakin bahawa kejadian itu adalah serangan pengganas," kata lelaki tersebut. "Terdapat serpihan bangkai helikopter dan asap hitam berkepul-kepul," tambahnya. Punca nahas masih disiasat tetapi seorang pakar penerbangan, Chris Yates memberitahu, cuaca berkabus mungkin menjadi faktor kemalangan itu berlaku. Pihak berkuasa juga akan memeriksa sama ada kren tersebut mempunyai lampu navigasi. - Agensi | ||
Tertidur di landasan, maut digilis kereta api Posted: 16 Jan 2013 11:44 PM PST PASIR MAS - Seorang wanita dipercayai mengalami masalah mental maut selepas dilanggar kereta api, dekat Kampung Padang Tok La kira-kira jam 4.26 pagi, semalam. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, berdasarkan kenyataan saksi iaitu pemandu kereta api berkenaan, mangsa, Che Esah Mohamed, 53, tidur di atas landasan. Menurutnya, meskipun siren dibunyikan beberapa kali, mangsa tidak berganjak daripada tempat kejadian. "Berdasarkan kedudukannya yang berlunjur di atas batu manakala kepalanya di atas landasan, kita percaya mangsa tertidur di situ. "Berdasarkan hasil bedah siasat, kepala mangsa pecah manakala tangan kanannya patah dan maut di tempat kejadian," katanya, semalam. Beliau berkata, mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah. Sementara itu, penduduk, Ku Yahya Ku Tengah, 61, berkata, dia menyedari bunyi bising di luar rumahnya, namun tidak mengesyaki sebarang kejadian tidak diingini. "Saya dapati ramai anggota polis sedang memeriksa landasan kereta api, maka saya beranggapan mereka cuba mencari bahan bukti ketika menangkap penjenayah. "Saya hanya mengetahui kejadian sebenar selepas subuh, apabila penduduk mengerumuni tempat kejadian," katanya, semalam. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Pengkalan Pasir, Harun Daud berkata, Che Esah banyak menghabiskan masa di bandar dan semua penduduk mengenalinya. "Sikapnya juga disenangi masyarakat kerana tidak mengganggu penduduk mahupun peniaga," katanya. Ini merupakan kejadian kedua membabitkan kemalangan kereta api, di Pasir Mas, dalam masa sebulan. Sebelum ini, seorang pekerja sambilan Telekom Malaysia maut selepas terpelanting akibat dilanggar kereta api dari arah Pasir Mas ke Tanah Merah Pada 15 Disember lalu. Mangsa dikatakan cuba melintas landasan sambil memegang telefon bimbit, namun tidak mendengar laungan jiran dan penduduk yang berada berdekatan. Mangsa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan. sinar/- | ||
Dakwaan lantik Nizar kerana rasuah diadu ke Istana Perak Posted: 16 Jan 2013 11:41 PM PST 5 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - (Raja Iskandar membacakan kenyataannya kepada media selepas penyerahan memorandum) IPOH: Ekoran dakwaan media Umno perlantikan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak kerana rasuah dari Menteri Besar Kelantan, PAS Perak menyerahkan memorandum kepada Istana Perak hari ini. Penyerahan itu diketuai oleh Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Iskandar Alhiss dan AJK Dewan Ulamak PAS Perak, Ustaz Ibrahim Zakaria. Blogger Pisau.net sebelum ini mendakwa Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat telah memberikan tanah kepada DAP Perak untuk membolehkan Nizar dilantik sebagai MB. Laporan itu kemudiannya dipetik berminggu-minggu oleh media Umno khasnya Utusan dengan menyerang Tuan Guru Nik Aziz. Beberapa hari lalu, blogger Pisau.net memasukkan 'ralat' dalam blognya bertajuk "Pembetulan Fakta Tanah Ngeh dan Nga di Kelantan" Dalam ralat itu, Pisau.net memasukkan fakta bahawa "Raja Nazrin sendiri yang melantik Nizar pada ketika itu". harakah/- | ||
5 Hakim Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Utusan Posted: 16 Jan 2013 11:40 PM PST PUTRAJAYA: Lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang memihak kepada anggota Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Samad. Dalam keputusannya hari ini Mahkamah Persekutuan memutuskan tidak memberikan kebenaran kepada pihak Utusan untuk merayu sekaligus keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi sebelum ini dikekalkan. Mahkamah juga memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000-00. Lima orang Hakim yang bersidang di dalam rayuan hari ini adaalah Hakim Tan Sri Richard Malanjun, Hakim Datuk Bentara Luar Datuk Haji Hashim Bin Datuk Hj. Yusoff, Hakim Datuk Ahmad Bin Hj Maarof, Hakim Datuk Hasan bin Lah dan Hakim Datuk Jeffery Tan Kok Wha. Mahkamah Rayuan pada 24 Mei 2012 telah menolak dengan kos rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Utusan membayar gantirugi RM60,000-00 kepada Ahli Parlimen Shah Alam itu. Pada 21 November 2011 Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Tuan Prasad Sandhosham Abraham telah memutuskan bahawa artikel di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 10/9/2009 bertajuk ""ZULKIFLI BIDAS 'PAK JANGGUT' " adalah memfitnah ke atas YB Khalid Samad. Antara lain artikel tersebut menulis: "Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membidas individu yang digelarnya 'Pak Janggut' yang sanggup memutar belit ayat-ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seskyen 23, Shah Alam yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di kawasan itu. Menurutnya, 'Pak Janggut' turut menyalahkan umat Islam di Seksyen 23 kerana tidak bersikap adil dalam membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka. "Yang paling pelik, 'Pak Janggut' ini sanggup memutar belit ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil,"katanya." Untuk rekod, pada tahun 2010 Khalid Samad telah memfailkan Writ Saman ke atas Utusan melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Associates atas dakwaan artikel Utusan tersebut telah memfitnah beliau. Mahkamah Tinggi memutuskan perkataan 'Pak Janggut' di artikel tersebut adalah merujuk kepada Khalid Samad kerana sebelum artikel tersebut diterbitkan Khalid Samad ada menulis surat kepada penduduk seksyen 23 Shah Alam supaya mereka berlaku adil walaupun ke atas orang bukan Islam dalam isu penempatan semula kuil hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam. Utusan telah memfailkan rayuan ke atas keputusan Hakim tersebut di mana rayuan tersebut telah didengar di Mahkamah Rayuaan. Di Mahkamah Rayuan, Mahkamah telah membenarkan permohonan Notis Usul yang difailkan oleh peguam Khalid Samad bagi membatalkan rayuan Utusan atas alasan Notis Rayuan tersebut cacat kerana pihak Utusan telah gagal mendapatkan kebenaran Mahkamah Rayuan terlebih dahulu sebelum memfailkan rayuan mereka. Sekaligus rayuan tersebut adalah bercanggah dengan seksyen 68 (1) (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang memperuntukkan bahawa sebarang rayuan yang kurang dari RM 250,000-00 wajib mendapatkan kebenaran Mahkamah terlebih dahulu. Mahkamah Rayuan juga memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000-00 kepada Khalid Samad. Dengan penolakkan rayuan Utusan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini maka usaha Utusan untuk merayu ke atas keputusan yang memihak kepada Khalid Samad berakhir. Pada pendengaran rayuan hari ini , Khalid Samad diwakili oleh Cik Azhana binti Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Utusan diwakili oleh Encik Mohana Kumar dari Tetuan Shafiee Mohan. Menurut peguam Hanipa Maidin, Khalid akan memfailkan Notis Taksiran Kos di Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat bagi menuntut segala kos perbicaraan di Mahkamah Tinggi yang perlu dibayar oleh Utusan ke atas Khalid. harakah/- | ||
Fitnah Pisau.net untuk tutup skandal Zambry Posted: 16 Jan 2013 11:39 PM PST KUALA LUMPUR: 5 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Tindakan blogger Umno menarik balik tuduhan terhadap Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham dan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Meng berhubung pemberian tanah membuktikan cubaan Umno BN untuk memburukkan-burukan Pakatan Rakyat. Berminggu-minggu akhbar Umno Utusan Malaysia memainkan isu ini untuk memfitnah Pakatan Rakyat adalah semata-mata untuk menutup skandal yang membabitkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin percaya Umno sengaja membuat fitnah itu untuk mengalih pandangan masyarakat dari skandal melibatkan pemberian projek kepada pegawai khas Zambry. Sebelum ini, Nizar pernah mendedahkan di sidang Dun Perak berhubung satu perjanjian antara pemilik tanah Rumah Perak iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dengan Syarikat Al Creative Developers Sdn Bhd di mana ianya mempunyai hubungan dengan pegawai khas Zambry. Beliau menjelaskan, perjanjian pembangunan tersebut berdasarkan kepada BOT (build operate transfer) di mana pemaju akan diberikan konsesi selama 30 tahun untuk mengurus Rumah Perak. Adun Pasir Panjang itu berkata, pemaju tersebut dibenarkan membina sebuah hotel bertaraf 3 bintang setinggi 6 tingkat di tapak tanah Rumah Perak. Mohammad Nizar berkata, selepas disemak di Suruhanjaya Syarikat Malaysia terbukti syarikat tersebut tidak aktif. Dalam pada itu, Nizar turut mendedahkan isu pemberian konsesi balak dengan mendakwa kerajaan negeri tidak telus kerana meluluskan pemberian itu kepada individu sama yang menggunakan enam syarikat berlainan. "Skandal inilah yang saya timbulkan, untuk elakkan isu ini mendapat pandangan masyarakat akhbar Umno sengaja memfitnah isu pemberian tanah di Kelantan pula. "Akhirnya bloger Umno semudah itu menarik balik tuduhannya dan mengaku ada kesilapan fakta, takut dengan saman mahkamah," katanya kepada Harakahdaily. Menurut Nizar, blogger Pisau.net adalah blogger upahan Zambry untuk membuat fitnah itu. Pada 13 Januari baru-baru ini, blog Pisau.net membuat pembetulan terhadap kenyataanya berhubung pertukaran tanah dan jawatan Menteri Besar Perak dan menarik balik fitnahnya dengan mengatakan tidak berlaku pemberian tanah secara percuma. "Pisau mendapati berlaku percanggahan fakta yang tidak tepat yang diperolehi dari sumber sebelum ini dan berasa bertanggungjawab untuk memperbetulkan demi kebenaran," demikian sebagaimana dipetik dari blog terbabit. harakah/- | ||
87 orang maut di universiti Syria Posted: 16 Jan 2013 11:37 PM PST ALEPPO - Angka kematian akibat dua letupan kuat yang memusnahkan kampus sebuah universiti di sini meningkat kepada 87 orang, kata sebuah kumpulan pemerhati semalam sekali gus menjadikan serangan tersebut antara paling berdarah dalam konflik 22 bulan di Syria. Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan letupan itu ketika para pelajar menduduki peperiksaan kelmarin dengan pemerintah dan pihak penentang kini saling menuding jari. "Jumlah mangsa dalam letupan berkembar kelmarin meningkat kepada 87 orang," kata kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia. "Angka kematian juga dijangka meningkat kepada 100 orang berikutan proses mengenal pasti cebisan badan manusia yang berkecai masih dilakukan," tambahnya. Menurut kumpulan tersebut, sekitar 150 orang cedera dalam serangan itu dengan sebahagian mereka kini kritikal. Universiti berkenaan terletak di kawasan yang dikuasai tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad di sini, utara Syria. Lokasi tersebut menjadi medan pertempuran sengit melibatkan kedua-dua belah pihak sejak musim panas tahun lalu apabila tentera Bashar melancarkan serangan besar-besaran untuk mengekang kemaraan pihak penentang. Aktivis-aktivis penentang memberitahu, beberapa jet pejuang pemerintah membedil kampus tersebut tetapi seorang pegawai tentera berkata, letupan berkembar itu berpunca daripada peluru-peluru berpandu penentang yang tersasar daripada sasaran. Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan, lebih 60,000 orang dengan kebanyakan mereka orang awam terbunuh dalam konflik di Syria setakat ini. Konflik di Syria berlaku sejak Mac 2011 selepas para penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan bertempur dengan tentera Bashar bagi menuntut beliau meletakkan jawatan. Bashar dituduh penduduk gagal membawa pembaharuan dalam demokrasi dan kebebasan bersuara. - Agensi | ||
Saman Anwar: Azmin dakwa Khairy angkuh Posted: 16 Jan 2013 11:35 PM PST 5 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyifatkan kenyataan media Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berhubung penyelesaian kes saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam sebagai "angkuh dan satu pembohongan." "Kedua-dua kenyataan ini bukan sahaja angkuh dan satu pembohongan, ia juga bertentangan dengan syarat penyelesaian yang dimeterai dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh kedua-dua pihak pada 16 Januari 2013 (semalam)," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini. Azmin mendakwa tindakan Khairy yang memutarbelitkan persetujuan beliau sendiri di hadapan hakim boleh dikira menghina mahkamah. Kedua-dua kenyataan itu merujuk kepada pandangan Khairy yang disiarkan oleh Sinar Harian dan Sinar Harian Online, menyebut bahawa "beliau tidak menarik balik kenyataannya berkenaan Anwar tetapi cuma berkata apa yang dipetik itu tidak betul dan tidak tepat". Kata Azmin, Khairy juga cuba memberi gambaran seolah-olah Anwar memohon perkara itu diselesaikan di luar mahkamah kerana bimbang dengan perbicaraan penuh. Awal pagi tadi, Sinar Harian Online membawa laporan bahawa meskipun laporan media menyebut Anwar dan Khairy telah mencapai penyelesaian kes fitnah RM100 juta semalam, 'perang' membabitkan kedua-dua mereka berterusan di dunia siber. Kedua-dua Anwar dan Khairy berbalas mesej menerusi Twitter semalam bagi mengatakan kenyataan dan pendirian masing-masing. Susulan kepada kenyataan pagi semalam, Anwar sekali lagi menegaskan Khairy telah menerima balik kenyataan berbaur fitnah, yang didakwa dibuat lima tahun yang lalu. "Khairy tarik (balik) fitnah; saya tak teruskan saman," kata Anwar menjawab soalan beberapa pengikutnya yang bertanya apa sebenarnya berlaku ekoran kenyataan yang berbeza. Tengah hari semalam, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, "sila baca kenyataan penyelesaian, bukan Utusan; secara efektif, ia satu tindakan menarik balik (kenyataan)." Blog Anwar malam tadi menyebut, berikutan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Khairy bertentangan dengan keputusan dicapai di mahkamah, satu sidang media akan diadakan pagi ini di ibu pejabat PKR. Khairy dalam mesejnya menyebut bahawa "beliau saman saya. Beliau menarik balik kes." Laporan media menyebut kes saman fitnah RM100 juta yang difail Anwar terhadap Khairy pada September 2007 diselesaikan selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan. Penyelesaian itu direkod Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam semasa kes disebut di hadapan beliau. Peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Anwar memberitahu mahkamah kes itu diselesai memandangkan defendan (Khairy) bersedia untuk mengatakan beliau tidak mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan. "Tiada perintah untuk kos," katanya. Hakim Su turut berterima kasih kepada kedua-dua pihak kerana menjimatkan masa mahkamah. Anwar dalam samannya mendakwa Khairy, yang ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya pada satu majlis politik di Kuala Kangsar pada Ogos 2007, yang disiar media cetak dan elektronik pada 3 Ogos tahun sama. Berikut kenyataan penuh Azmin, dikeluarkan hari ini: Kenyataan Khairy Jamaluddin yang dipetik oleh Sinar Harian menyebut bahawa "beliau tidak menarik balik kenyataannya berkenaan Dato' Seri Anwar Ibrahim tetapi cuma berkata apa yang dipetik itu tidak betul dan tidak tepat." Seterusnya, beliau juga cuba memberi gambaran seolah-olah Datuk Seri Anwar memohon perkara itu diselesaikan di luar mahkamah kerana bimbang dengan perbicaraan penuh. Kedua-dua kenyataan ini bukan sahaja angkuh dan satu pembohongan, ia juga bertentangan dengan syarat penyelesaian yang dimeterai di dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh kedua-dua pihak pada 16 Januari 2013. Tindakan Khairy yang memutar belitkan persetujuan beliau sendiri di hadapan hakim boleh dikira menghina mahkamah. Syarat penyelesaian menyebut seperti berikut: "Since the defendant (Khairy Jamaluddin) is now prepared to say that he did not say the offending words as opposed to the position taken earlier, the matter ends there and stands resolved." Khairy dan Pemuda Umno sebelum penyelesaian ini bertegas bahawa Anwar adalah "pengkhianat perjuangan Melayu" dan "boneka Amerika Syarikat dan Yahudi". Malah, dalam transkip ucapannya yang menjadi bahas kes di mahkamah, secara jelas beliau menyebut perkara-perkara ini. Muka surat 10 transkrip ucapan yang dikemukakan dalam mahkamah: "Tuan-tuan, saya balik daripada Ijok, saya dengar dengan telinga saya sendiri, keluar dari mulut pemimpin Melayu di Ijok, daripada Anwar Ibrahim, yang mengatakan bahawa kita tak perlu lagi ada Dasar Ekonomi Baru, kita tak perlu lagi membantu orang Melayu. Sekarang ini Anwar sudah masuk kawasan-kawasan kaum Tionghua. Dia kata kita nak bina sekolah Cina, tak payah lagi ada Dasar Ekonomi Baru dan sebagainya. Tuan-tuan, sudah jadi macam ini, sudah sampai satu tahap di mana ada pemimpin Melayu yang sanggup menggadai kehidupan kita oleh kerana politiknya." Bukan sahaja beliau menuduh Anwar menggadaikan kehidupan orang Melayu, Khairy juga mengapi-apikan sentimen perkauman dengan membina kebencian terhadap pendidikan Cina yang cukup rapat dengan masyarakat Cina di negara ini. Muka surat 11 transkrip ucapan Khairy yang dijadikan bahas kes di mahkamah pula menyebut: "Pilihan raya yang akan datang adalah masa depan kita, adalah perjuangan kita. Adakah kita sanggup memberi laluan kepada Anwar yang menjadi boneka kepada Amerika? Yang menjadi boneka kepada Yahudi? Adakah kita sanggup memberi laluan kepada Pas yang sanggup menggadaikan khazanah asli bumi bertuah Malaysia ini kepada rakyat asing?" Dari transkrip ucapan yang menjadi rujukan kes saman di mahkamah, adalah jelas bahawa Khairy memfitnah Anwar dan menghina perjuangan Pas. Dakwaan Khairy bahawa kenyataan beliau disalah lapor oleh media, seperti yang dinyatakan kepada Sinar Harian adalah tidak benar, kerana prosiding perbicaraan mahkamah merujuk kepada transkrip ucapan beliau yang disediakan oleh peguam Umno sendiri dan bukannya mana-mana laporan akhbar. Oleh sebab itulah, syarat penyelesaian secara jelas menegaskan bahawa kes ini ditamatkan apabila Khairy bersedia menukar pendirian awalnya mengenai fitnahnya terhadap Anwar. Pendirian awalnya yang memfitnah Anwar sebagai pengkhianat perjuangan Melayu dan boneka Amerika Syarikat dan Yahudi terkandung dalam transkrip ucapan Khairy pada 1 Ogos 2007. Oleh yang demikian, apabila beliau menukar pendirian awalnya, ia bermakna beliau menarik balik fitnah tersebut yang terkandung di dalam ucapannya dan kempen Umno sebelum ini. Kenyataan-kenyataan susulan Khairy yang angkuh menggambarkan beliau sedikit pun tidak insaf dan tidak jujur. Beliau lebih rela berbohong daripada berterus terang kepada rakyat bahawa beliau telah menarik balik fitnah yang dibuatnya. Namun, lebih membimbangkan adalah kenyataan-kenyataan beliau yang berhubung pendidikan Cina di negara ini dan mengaitkannya dengan sentimen perkauman sempit yang melampau. Perkara ini perlu diberi perhatian serius dan untuk mengelakkan putar belit, Khairy harus menjelaskan pendirian beliau mengenai institusi pendidikan Cina yang ada di negara ini agar pendirian Pemuda Barisan Nasional dalam hal itu dapat dinilai oleh pengundi-pengundi. Setelah meneliti kenyataan-kenyataan susulan Khairy selepas dimeterai syarat penyelesaian, saya berpendapat ianya mempunyai unsur-unsur menghina mahkamah yang perlu dirujuk semula kepada mahkamah. sinar/- | ||
Posted: 16 Jan 2013 11:33 PM PST 5 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Johor Bahru: Tiga beradik menjadikan pusat hiburan di sekitar bandar raya ini umpama rumah kedua sejak beberapa tahun lalu berpunca daripada pengaruh negatif ibu mereka berusia 47 tahun yang sehingga kini masih terus mengunjungi pusat hiburan terbabit. Pada masa sama, tiga beradik terbabit turut membawa pulang kekasih masing-masing ke rumah keluarga di Skudai di sini, malah ibu mereka juga tidak mahu kalah dan turut melakukan perkara sama. Sejak beberapa tahun lalu, kediaman keluarga berkenaan umpama hotel murah dengan lelaki serta wanita keluar masuk khasnya menjelang awal pagi. Perkara terbabit diakui ibu kepada tiga beradik berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Safiah. SAFIAH (tengah) bersama dua daripada anaknya mengakui sukar meninggalkan tabiat buruk. Ketika ditemui, Safiah berkata, dia menganggap berhibur di pusat hiburan selain membawa kekasih pulang ke rumah sebagai hiburan semata-mata. metro/- | ||
Ops Tampal: Pemuda PAS perlu lapor jalan rosak Posted: 16 Jan 2013 11:11 PM PST 5 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor memuji tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor di atas perlaksanaan Ops Tampal Jalan yang telah dan akan terus dilaksanakan di semua jalan negeri termasuk jalan persekutuan di seluruh negeri dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT). "Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri cukup wajar memandangkan banyak aduan-aduan telah dibuat sebelum ini yang menjurus kepada masalah dan keresahan rakyat berkenaan jalan-jalan yang rosak dan berlubang di seluruh Selangor," kata ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan. Beliau berpendapat usaha baik itu adalah menepati agenda kerajaan negeri di dalam mendahulukan keselesaan rakyat sebagai kerajaan yang prihatin dan cakna terhadap segala permasalahan rakyat. Justeru, kata beliau pihaknya turut mengarahkan Pemuda PAS kawasan-kawasan untuk memberikan khidmat sukarela dengan turun padang melakukan pemantauan dan laporan sekiranya ada jalan-jalan yang rosak dan berlubang yang perlu dibaiki di kawasan masing-masing. harakah/- | ||
Posted: 16 Jan 2013 11:07 PM PST DAMSYIK - Presiden Syria, Bashar al-Assad akan bertanding dalam pilihan raya pada tahun hadapan, sekali gus menetapkan pendiriannya untuk tidak berundur, menurut timbalan menteri luar, kelmarin. Faisal Muqdad berkata, ia akan dijalankan mengikut sistem demokrasi dan presiden juga mempunyai hak untuk bertanding sekali lagi walaupun mungkin akan ditentang banyak pihak memandangkan konflik semakin meruncing di negara itu. "Assad dan calon yang mahu bertanding pada tahun depan juga akan turun padang bertemu dengan rakyat semasa berkempen," jelasnya. Dalam ucapannya pada 5 Januari lalu, Assad mengumumkan cadangan tiga langkah pelan damai yang ditolak bulat-bulat oleh kumpulan pembangkang dan negara Barat serta turut dikritik Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)-Liga Arab, Lakhdar Brahimi. Dalam perkembangan lain, sekurang-kurangnya 87 maut manakala lebih 100 cedera parah dalam insiden letupan berkembar di sebuah universiti di Aleppo pada hari pertama peperiksaan sedang berlangsung. Kumpulan hak asasi manusia Syria berpusat di Britain melaporkan angka kematian dijangka meningkat. Pihak berkuasa juga masih gagal punca letupan yang turut menyebabkan beberapa kereta dan dinding asrama musnah. Dalam satu kenyataan lain, aktivis mendakwa tentera pro-Assad telah melancarkan dua serangan udara pada masa tersebut manakala media tempatan pula menuduh kumpulan pemberontak yang bertanggungjawab ke atas kejadian itu. - AP | ||
Janda ditipu ‘jemaah tarik duit’ Posted: 16 Jan 2013 10:58 PM PST JOHOR BAHRU – "Siapa yang tidak gelap mata apabila ternampak timbunan wang sebegitu banyak, lebih-lebih lagi seorang janda beranak tiga seperti saya yang memerlukan duit untuk menanggung persekolahan anak-anak." Itu pengakuan Salina, 30-an (bukan nama sebenar) saat menceritakan pengalamannya menyertai kumpulan jemaah 'tarik duit'. Menurut Salina, jemaah berkenaan diketuai oleh seorang lelaki dikenali sebagai Bujal 40-an yang mendakwa mampu menghasilkan wang jutaan ringgit. "Jemaah turut disertai tujuh individu lain termasuk seorang doktor yang sanggup melabur sehingga puluhan ribu ringgit," katanya. Menceritakan detik perkenalannya dengan Bujal ketika menjalankan urusan perniagaannya, Salina mengakui lelaki itu mempunyai perwatakan alim selain pandai mempengaruhi orang lain dengan tutur kata sopannya. "Disebabkan seorang rakan baik turut menyertai jemaah ini, membuatkan saya turut terpengaruh, apatah lagi saat saya dan anak-anak memerlukan wang. "Disebabkan begitu percaya dengan pujukan Bujal, saya sanggup laburkan semua wang simpanan yang ada asalkan hasilnya berlipat kali ganda. "Akibat terlalu taksub dengan kebolehan Bujal itu jugalah saya tergamak menggunakan wang untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak," katanya. Selain menyerahkan wang, Salina juga diarahkan untuk menyediakan pelbagai barangan ketika 'upacara' menarik duit seperti tujuh helai kain satin berlainan warna, bekas bara, jarum, air mawar dan wang sebanyak RM180 atas nama bayaran fidyah. Menurut Salina, aktiviti sesat itu dijalankan di beberapa hotel sekitar bandar raya ini di mana ahli jemaah diarahkan untuk membaca surah lazim al-Quran ketika Bujal sedang menjalankan upacara. "Ia berlarutan selama empat bulan dan dijalankan pada 10 malam hingga awal pagi, Bujal akan menggunakan sehelai kain hitam dan kira-kira setengah jam kami membaca surah dia akan tunjukkan hasil wang diperolehi. "Jumlah wang diperolehi memang banyak. Bayangkan daripada sehelai kain berwarna hitam kemudiannya ada duit sebanyak itu. Menurut Salina, kemuncak aktiviti mereka berlaku sebelum Aidilfitri tahun lalu apabila pembahagian wang bermula. Salina mengakui dalam pembahagian itu, dia memperolehi 500 keping RM50 untuk dijadikan ibu duit yang boleh menghasilkan wang sehingga RM6 juta. "Bujal tidak membenarkan saya mengambil kesemuanya, dia hanya menyerahkan dua sampul surat, kononnya berisi sebanyak RM300,000. Namun, saya perlu mematuhi beberapa syarat sebelum melihat isi kandungan sampul surat itu apabila sampai di rumah. "Bujal minta saya membaca surah Al-Fatihah, Al-Kausar dan Ayat Kursi, semuanya mesti dibaca sebanyak 100 kali pada tengah malam. "Bagaimanapun belum sempat menyudahkan bacaan surah berkenaan, rakan baik menelefon dan memaklumkan apa yang diperolehi di dalam sampul surat yang diberi Bujal," katanya. Tanpa berlengah Salina pun melihat isi kandungan sampul surat itu dan dia terkejut apabila mendapati sampul surat berkenaan berisi kertas putih yang dipotong dan seberkas resit yang saiznya seperti wang kertas. "Siapa yang tidak terkejut, malah salah seorang daripada jemaah kami turut meninggal dunia akibat serangan jantung selepas mengetahui keadaan sebenar. "Bagaimanapun Bujal memberi alasan wang yang ditarik telah 'rosak' menyebabkan ia bertukar menjadi kertas kosong. "Bujal berjanji jika saya serahkan RM500 dia akan menjalankan upacara itu sekali lagi. Akibat terpedaya dengan janji manis saya sanggup meminjam wang daripada ah long kerana yakin akan dapat pulangan berlipat kali ganda," ceritanya. Bagaimanapun kira-kira seminggu kemudian, Salina akhirnya tersedar dia sebenarnya telah ditipu Bujal dan dalam masa yang sama ah long pula memburunya kerana wang RM500 yang dipinjamnya telah naik kepada RM1,500. Bujal pula menghilangkan diri, mujur seorang rakan baiknya bersimpati dan melangsaikan hutang berkenaan. "Walaupun saya hanya rugi sekitar RM3,000 namun ia begitu memberi pengajaran, selama empat bulan menyertai jemaah itu, perniagaan saya merudum kerana hilang fokus. Saya berkongsi cerita ini sebagai pengajaran kepada masyarakat supaya tidak mudah tertipu. "Akibat terlalu tertekan saya masih belum melaporkan kes ini kepada polis. Mungkin dalam masa terdekat saya dan rakan lain yang ditipu akan membuat laporan supaya lelaki penipu seperti Bujal menerima hukuman setimpal," katanya. Sinar | ||
Hujah Bawani jauh lebih baik - Ambiga Posted: 16 Jan 2013 10:31 PM PST 5 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: "Hujah dia jauh lebih baik dari moderator," kata Pengerusi Bersih 2, Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) ketika mengulas hujah yang diberikan Bawani KS dalam video klip popular, Listen..listen..listen. "Her argument outdid the moderator's (Sharifah Zohra)," tulis bekas Pengerusi Majlis Peguam itu dalam sms nya kepada The Malaysian Insider. Bawani, pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) ketika bercakap dalam forum 'Seiringkah mahasiswa dan politik?' anjuran Kelab Wanita 1 Malaysia (KW1M) berkata tidak wajar Ambiga dituduh punca 'anarkis' di negara ini. Beliau juga membela Datuk A Samad Said yang juga diberikan nama buruk dalam forum itu. Akibatnya, moderator forum itu, Sharifah Zohra yang juga Pengerusi KW1M menyekat beliau dari terus bercakap dengan menyebut perkata 'Listen' berulang kali. Video itu menjadi klip video paling top di Malaysia dengan lebih setengah juta iaitu 665,651 telah menontonnya sehingga berita ini ditulis. Perkataan 'Listen...listen...listen' kini menjadi trend dalam politik Malaysia dan pelbagai pihak mengaitkan pendapat mereka dengan perkataan ini. Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan telah membuat satu sajak khas mengenainya bertajuk 'Listen...Listen to Me ! Let Me Speak ..'. Selain itu, baju T (gambar) juga direkabentuk menggunakan perkataan ini. harakah/- | ||
India, Pakistan setuju 'reda' ketegangan Kashmir Posted: 16 Jan 2013 10:20 PM PST 5 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Tentera India dan Pakistan telah mencapai satu perjanjian untuk "meredakan" ketegangan tentera di sepanjang sempadan Kashmir yang menjadi pertikaian selepas kes keganasan baru-baru ini. Jagdeep Dahiya, jurucakap tentera India berkata "persefahaman telah dicapai antara kedua-dua pengarah-jeneral operasi ketenteraan untuk meredakan keadaan sepanjang garisan kawalan (Line of Control), Rabu lalu. Beliau berkata, komander tentera kanan bagi kedua-dua negara telah bercakap selama 10 minit melalui telefon sebelum mereka mencapai persetujuan dan bahawa Pengarah Am Tentera Pakistan berkata arahan ketat telah dikeluarkan untuk tidak melanggar perjanjian gencatan senjata ". Dahiya berkata tentera India yang ditempatkan di sepanjang sempadan juga tidak akan melanggar gencatan senjata yang dimeterai antara dua negara bersenjata nuklear pada pada tahun 2003. "Kami sentiasa mematuhi perjanjian gencatan senjata tersebut dan hanya bertindak balas," kata jurucakap itu. Tentera Pakistan mengesahkan perbualan telefon antara kedua-dua komander tersebut. Mereka menambah dalam satu kenyataan bahawa "Pakistan membuat bantahan keras" ke atas pembunuhan seorang askar mereka malam Selasa lalu. India tidak mengesahkan pembunuhan berkenaan tetapi berkata bahawa jika seorang askar telah meninggal dunia, ia mungkin adalah hasil tembakan tindakbalas India kepada tembakan dari Pakistan. (aljazeera.com) | ||
Posted: 16 Jan 2013 10:19 PM PST 5 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Subang Jaya: Berang anaknya ditukar ke kelas lain, sepasang suami isteri masing-masing berusia 40 dan 35 tahun yang juga doktor 'mengamuk' di Balai Polis Subang Jaya, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 8 pagi itu, pasangan terbabit turut dilapor memaki hamun dan mengugut pegawai serta anggota polis menyebabkan suasana di balai polis berkenaan kecoh. Berikutan itu, pasangan terbabit ditahan untuk siasatan lanjut. Difahamkan, pasangan sama dilaporkan pernah 'mengamuk' di sekolah anaknya lebih enam kali sejak 2010 namun berjaya ditenangkan dengan kehadiran polis. PASANGAN terbabit ditahan, kelmarin. Bagaimanapun, dalam kejadian kelmarin, polis tidak lagi mampu bertolak ansur dengan pasangan terbabit yang bukan saja memaki hamun sebaliknya mencabar serta mengugut pegawai serta anggota polis di balai polis berkenaan. metro/- | ||
Posted: 16 Jan 2013 10:15 PM PST 5 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Kota Kinabalu: "Pada mulanya, saya ingatkan sampah lalu mengangkat bekas plastik yang berisi beg plastik berwarna hitam itu kemudian membuang ke dalam tong sampah, namun pelik apabila bekas plastik itu agak berat. "Saya kemudian mengambil semula bekas plastik itu dan sebaik membuka, saya terkejut apabila melihat kaki manusia yang baru dilahirkan," kata Rosnie Suli, 57, yang menemui janin cukup sifat di tempat pembuangan sampah di kawasan Kompleks Api-Api Centre, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Rosnie dikatakan sedang membuang sampah di tempat pembuangan dan terkejut melihat bekas plastik mengandungi janin di dalam tong sampah kecil yang dibungkus dengan beg plastik berwarna hitam. Rosnie yang bekerja sebagai tukang bersih di kompleks berkenaan berkata, ketika kejadian dia bersama seorang lagi rakan sedang menjalankan kerja membuang sampah di tempat pembuangan sampah terbabit. ANGGOTA forensik menjalankan siasatan pada tong sampah kecil di tempat pembuangan sampah. "Saya mengangkat bekas plastik itu di dalam tong sampah kecil lalu membuang ke tong sampah besar di tempat pembuangan sampah. Namun, saya agak curiga kerana bekas berkenaan agak berat. metro/- | ||
[MAHKAMAH] UMNO Kalah Lagi: Anwar Menang Saman, Khairy Tarik Balik Fitnah Posted: 16 Jan 2013 10:07 PM PST 5 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai. Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi. Semalam, Khairy menarik balik kenyataan tersebut dan mengambil pendirian beliau tidak pernah berkata demikian. "Sekarang Khairy mengatakan beliau tidak pernah mengucapkan kata-kata tersebut. Ini bertentangan dengan pendiriannya sebelum ini. Pihaknya tarik balik dan kita berpuas hati," kata Anwar mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. "Khairy kata saya pengkhianat Melayu, dah tarik balik maksudnya saya ni pahlawan Melayulah…," seloroh Anwar yang berpuas hati dengan keputusan tersebut. Hadir sama mendengar keputusan yang dibacakan oleh Hakim Datuk Su Geok Yiam adalah Khairy dan seorang lagi peguam Anwar, Gobind Singh Deo. Ekoran tindakan Khairy itu, Anwar mengingatkan pemimpin Umno agar berhenti menggunakan saluran media sesuka hati untuk memburukkan imej beliau. Peguam mewakili Anwar, Haijan Omar turut berpuas hati dengan penarikan tersebut. "Dia (Khairy) menarik balik sebab bertentangan dengan pendirian beliau sebelum ini. Kita berpuas hati dan setuju untuk selesaikan," kata Haijan kepada pemberita. "Lagipun ia menjimatkan masa dan kos semua pihak," tambahnya. Anwar memfailkan saman tersebut pada 7 September 2007 dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Umno menfitnah beliau semasa menghadiri satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak, pada Ogos 2007. Menurut beliau, kenyataan fitnah itu disiarkan oleh media cetak dan eletronik dalam negara pada 3 Ogos 2007. Anwar juga mendakwa kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai oleh orang Melayu, yang tidak mengutamakan perjuangan orang Melayu serta hak mereka, dan beliau berkeupayaan untuk mengkhianati perjuangan dan hak orang Melayu demi mendapatkan sokongan bukan Melayu dalam negara. Beliau turut berkata, Khairy membuat kenyataan itu untuk menyindir bahawa beliau (Anwar) merupakan seorang ejen politik Amerika Syarikat dan pihak Yahudi, di samping bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya, dan Khairy menurutnya berniat jahat ketika membuat kenyataan itu yang merupakan satu pembohongan, tidak berasas dan tidak benar. Selain ganti rugi am, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, Anwar turut memohon injunksi bagi menghalang Khairy, atau ejennya, daripada mengulangi kenyataan itu. -KD | ||
Orang Melayu perlu merdekakan jiwa dan minda Posted: 16 Jan 2013 10:03 PM PST Kita sudah sampai ke penghujung penggal pilihanraya dan pemilihan itu akan diadakan dalam beberapa minggu sahaja lagi. Kali ini merupakan pilihanraya yang berkeadaan yang paling rumit dan mencabar bagi BN dan masa yang paling baik bagi Pakatan Rakyat untuk menunjukkan mereka (PR) sebagai 'coalition' alternatif yang akan menjadi pengganti kepada pemerintahan BN. UMNO sudah dianggap terlalu usang oleh sebahagian besar rakyat negara ini. Tanda yang paling jelas UMNO itu usang ialah ketidak-mampuan untuk mengubah keadaan dan persepsi buruk rakyat terhadap parti itu dengan keseluruhan kepimpinannya. Banyak pihak telah mengkritik dan memberikan pandangan yang berbagai-bagai untuk memperbaiki parti itu tetapi UMNO tetap dengan sikap dan perangai yang sama tanpa ada tanda-tanda untuk berubah kepada kebaikan. Segala kesalahan moral dan jenayah yang dilakukan oleh UMNO dan BN selama ini tetap terus berlaku dan rakyat sudah tiada pilihan selain dari melakukan yang drastik terhadap parti pemerintah itu. Betullah kata setengah pendapat orang, keadaan ini adalah kehendak yang 'natural' dan ianya berlaku kepada semua parti-parti dan pertubuhan siasah yang sudah lama dan usang dimana-mana. Ahli-ahli serta penyokong-penyokong tegar UMNO masih dalam sindrom penafian dan masih bertegas mengatakan UMNO akan menang dan ada yang mengatakan yang parti itu akan mendapat sokongan 2/3 dalam Dewan Parlimen kali ini. Tetapi hakikatnya tindakan mereka hanyalah untuk menyedapkan hati mereka sahaja kerana keadaan sebenarnya adalah di sebaliknya. UMNO masih terkial-kial dengan masalah dalaman mereka sendiri dan masalah seperti ini tidak memungkinkan mampu untuk memperbaiki peluang UMNO untuk mendapatkan mandat yang lebih baik. Malahan parti itu akan bertambah merudum dan akan terbukti dalam pilihanraya yang akan datang ini. Kalau UMNO hendak berubah pun ia terpaksa berlaku sebelum pilihanraya ini dan masa untuk membetulkannya sudah terlalu suntuk untuk melakukannya. Persoalannya apakah yang patut dilakukan oleh UMNO dalam masa yang amat suntuk ini jika ia masih mahu melihat sedikit saki baki kehadirannya dalam politik negara ini? Pertamanya mampukah UMNO melakukan perubahan dengan melakukan tindakan yang drastik dengan menggantikan keseluruhan barisan kepimpinannya dalam kerajaan dan parti dengan pemimpin parti itu yang tiada dalam barisan kerajaan dan MKT parti itu. UMNO tidak sedar yang masalah terbesar parti itu ialah di sebabkan persepsi buruk yang tidak terkira buruknya. Menggantikan barisan kepimpinan dengan orang lain secara keseluruhan adalah satu-satunya jalan bagi parti itu untuk dipandang oleh rakyat. UMNO sudah tidak dipandang lagi oleh rakyat, malahan ia tidak dihormati oleh ahli-ahlinya sendiri. Itulah sebabnya Najib boleh berikan bantuan BRIM1, BRIM2 dan apa-apa 'Rim' yang lain tetapi rakyat tetap tidak melihat UMNO itu sebagai parti yang relevan sekarang ini. Maksud saya rakyat sudah tidak senang dengan kehadiran UMNO itu sendiri. Itu masalahnya. Justeru, UMNO perlu membuang semua yang ada di dalam barisan MKT serta barisan kabinet sekarang ini. Tindakan setengah pimpinan dalam UMNO untuk menggantikan Najib dengan Muhyiddin tidak akan membawa apa-apa keuntungan kepada UMNO itu. Mereka semuanya adalah hasil dari acuan yang sama seperti yang di bentuik oleh Dr Mahathir dahulu. Orang yang patut menggantikan pimpinan UMNO ini seharusnya dari mereka yang tidak bersetuju dengan acuan ciptaan Mahathir ini kerana itu sahaja caranya UMNO untk menempilkan kepada rakyat yang UMNO sekarang adalah berimej baru dan ia akan membawa dan membina keyakinan yang baru. Saya telah lama menyebut ini semasa saya masih berada di dalam parti itu tetapi saya tidak digemari oleh pimpinan terutamanya di peringkat negeri. Kesabaran saya sudah habis dan saya telah begitu yakin yang UMNO tidak akan boleh baik lagi maka itu sebabnya saya meninggalkan parti itu dan mengambil keputusan 'to grow old with DAP' dan tidak akan berpatah balik. Tindakan saya itu telah mengundang banyak sokongan dan hanya saya sahaja yang merasakannya. Ramai orang Melayu di dalam UMNO telah menyuarakan sokongan terhadap tindakan saya itu dan saya membacanya melalui e-mail saya setiap hari sehingga hari ini. Saya merasakan degup nadi orang Melayu yang sudah tidak melihat UMNO sebagi parti yang relevan lagi. Tindakan saya bersama beberapa rakan yang lain telah membuka minda setengah orang Melayu dan mereka sekarang merasakan yang jika UMNO tiada orang Melayu tetap wujud bersama agamanya yang tidak terguris dan tercalar. Rupa-rupanya momokan UMNO yang mengaku parti itu sahaja yang menentukan masa depan orang Melayu itu tidak memberi makna apa-apa kepada kita semua. Ia hanyalah momokan UMNO semata-mata tidak lebih dari itu. Di negara ini ada seramai 18 juta orang Melayu dan Bumiputra dan yang menjadi ahli UMNO hanyalah 3 juta sahaja. Selebihnya tidak menjadi ahli UMNO pun tetapi mereka tetap dengan Melayu dan Islamnya. Malahan kumpulan ini tetap hidup dalam keadaan yang lebih baik kerana pemikiran mereka tidak ditentukan oleh UMNO. Mereka berfikir dengan pemikiran bebas mereka. Mereka bersikap lebih positif dan tidak bersandar kepada UMNO untuk meneruskan kehidupan mereka membina keluarga dan keturunan mereka denagn baik. Pemikiran mereka tidak dikongkong oleh retorik lapuk UMNO yang mengatakan 'melayu akan hilang di dunia' ini jika UMNO ditolak oleh rakyat. Mereka pula mempunyai pendapat berlainan dan terbukti benar. Mereka berfikir jika UMNO masih dibenarkan memomokan mereka, 'melayu itu akan hilang dunianya'. Pilihanraya ini merupakan peluang untuk orang Melayu untuk memerdekakan pemikiran mereka dan menjauhi momokan UMNO yang membunuh kemajuan pemikiran kita semua. - Merdeka! | ||
Kanak-kanak derita 'diserang' kudis Posted: 16 Jan 2013 10:02 PM PST 5 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUANTAN – "Setiap malam Mohd Darwish akan menangis kerana kulitnya gatal seluruh badan, kami semua juga tidak boleh tidur kerana tidak sampai hati melihat penderitaannya selain berusaha untuk melegakan kegatalannya." Demikian kata ibu kepada kanak-kanak berusia empat tahun, Wahida Zulkapli, 24 yang disahkan menderita sejenis kulit dikenal sebagai impetigo sejak dua bulan lalu. Kata Wahida, pada mulanya Mohd Darwish hanya mengalami kemerahan di bahagian kaki seakan ruam tetapi lama kelamaan ia menjadi seakan kudis sebesar syiling 20 sen. "Bermula daripada kecil ia mula merebak sehingga ke dua-dua belah kaki dan akhirnya ke seluruh badan dalam masa tidak sampai sebulan," katanya kepada Sinar Harian, kelmarin. Sudah pelbagai cara dilakukan untuk merawat penyakit anak sulungnya namun kata Wahida sehingga kini masih belum menunjukkan tanda akan pulih. "Saya sudah dua kali membawanya ke hospital dan doktor sudah memberi pelbagai ubat namun keadaannya tetap sama. "Setelah buntu memikirkan cara mengubati penyakit Mohd Darwish, kini saya mengambil langkah mengawal pemakanannya dan tidak memberinya makanan yang boleh menyebabkan kegatalan," katanya. Wahida juga tidak membiarkan Mohd Darwish tidak berbaju untuk mengelakkan anaknya itu berpeluh dan boleh menyebabkan kegatalan. "Saya sangat kasihan melihat keadaannya yang tidak selesa dan mula menggaru apabila terasa gatal sehingga ada bahagian kulit yang terkopek dan berdarah," katanya. Kata Wahida, dia tidak mampu untuk membawa anaknya berjumpa dengan pakar kulit memandangkan dia hanya suri rumah manakala pendapatan suami yang bekerja sebagai tukang rumah juga tidak menentu. Penderitaan Mohd Darwis mendapat perhatian Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang berkunjung ke rumahnya di Kampung baru, dekat sini. Beliau turut memberi bantuan ubatan bagi membantu melegakan penyakit kanak-kanak itu selain lampin pakai buang dan barangan keperluan harian bagi meringankan beban keluarga itu yang turut menjadi mangsa banjir pada 24 Disember lalu. Info Impetigo adalah jangkitan kulit yang biasanya menghasilkan lepuh atau sakit pada muka, leher, tangan dan kawasan lampin. Impetigo biasanya menyerang kanak-kanak. Seorang kanak-kanak mungkin lebih cenderung untuk menghidap impetigo jika kulit mengalami masalah seperti gigitan serangga, lecuhan atau luka kecil. sinar/- | ||
Posted: 16 Jan 2013 09:59 PM PST 5 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Hulu Terengganu: "Saya nampak Azmi menggelupur kesakitan manakala Pramod sudah tidak bergerak dan badannya berasap," kata Burhanuddin Atur Ali, 35, menceritakan kejadian letupan di Kilang Vila Sutera Sdn Bhd di Kampung FELCRA Bukit Kapah, Hulu Terengganu, malam kelmarin. Pekerja warga Bangladesh itu berkata, ketika kejadian dia sedang memunggah buah sawit kira-kira 10 meter dari tujuh rakannya yang sibuk memasukkan buah sawit ke dalam jentera penyuci hama buah sawit sebelum ia meletup pada jam 7.50 malam. Akibat letupan itu, empat daripada pekerja terbabit terbunuh iaitu penyelia kilang, Azmi Abdullah, 47; Mohd Razlan Mokhtar, 25, serta dua pekerja Nepal, Sanjib Kumar Pasman, 26, dan Pramod Kumar Ray, 30. Azmi dari Kampung Padang Tengir, Manir, Kuala Terengganu dan Pramod mati di tempat kejadian, Sanjib mati di Hospital Hulu Terengganu (HHT) manakala Mohd Razlan yang juga penduduk Kampung FELCRA Bukit Kapah, meninggal di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu. Tiga lagi pekerja hanya cedera ringan iaitu dua rakyat Bangladesh dikenali sebagai Ahmmed Ali, 39, dan Rezuyan Morom Ali, 45, serta seorang warga Nepal, Sabad Yadav, 44. Mereka dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan di HHT, semalam. metro/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan