:: cina islam | 2011 :: |
- ADUN Titi Serong Lapor Polis Kain Rentang provokasi keagamaan
- 232 maut kebakaran kelab malam di Brazil
- Cubaan rampasan kuasa, 94 suspek dibicarakan
ADUN Titi Serong Lapor Polis Kain Rentang provokasi keagamaan Posted: 27 Jan 2013 05:12 PM PST Kain rentang Provokasi di Kuala kangsar. 16 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KUALA KANGSAR : ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim telah membuat satu laporan Polis berhubung dengan Kain Rentang berunsur provokasi keagamaan yang di pasang oleh pihak yang tidak bertanggung jawab di bulatan Double Lion Kuala Kangsar. Beliau hadir di IPD Kuala kangsar bersama 20 orang penyokongnya pada jam 10.00 pagi dan beredar sekitar jam 11.15 pagi sesudah selesai membuat laporan. Beliau hadir bagi membuat laporan bagi mewakili PAS Kawasan Kuala Kangsar. Semasa ditemui selepas itu beliau menjelaskan mengenai sehelai kain rentang yang telah digantung berhampiran Bulatan Double Lion, Kuala Kangsar, Perak. Ia telah disaksikan pada jam 2.30 pagi pada 26hb. Januari 2013 (Sabtu) lepas. "Namun begitu sekitar jam 8.00 pagi kain rentang itu di dapati telah tidak ada lagi" katanya. "Ini merupakanmerupakan permainan politik kotor pihak-pihak yang terdesak dalam suasana PRU Ke 13 yang semakin hampir. Untuk ini saya mengharapkan pihak berkuasa mengambil serius dengan laporan yang kami buat pada hari ini dan akan mengambil suatu tanggungjawab serta tindakan wajar ".Jelasnya Menurut Drs Khalil juga, tindakan ini adalah tidakan mereka yang sudah kehabisan modal untuk berkempen secara anak jantan, lalu mereka mengambil langkah terdesak seperti yang dilakukan. "Saya juga nasihatkan kepada semua penyokong Pakatan Rakyat dan khususnya penyokong PAS di Kuala Kangsar supaya jangan cepat melatah dengan provokasi sedemikian rupa" Katanya. "Kita akan menghormati peraturan dan undang-undang yang sedia ada dan yakin pihak Polis dan majlis Perbandaran Kuala Kangsar mampu menangani isu banner provokasi dimasa akan datang" katanya. |
232 maut kebakaran kelab malam di Brazil Posted: 27 Jan 2013 03:51 PM PST SANTA MARIA: Sekurang-kurangnya 232 orang maut apabila sebuah kelab malam yang dipenuhi pelajar universiti terbakar di bandar Santa Maria, selatan Brazil awal pagi tadi. Mereka yang terselamat berkata, mereka lari menyelamatkan diri ketika api marak dalam kelab yang sesak di bandar universiti itu menyebabkan sejumlah besar daripada mereka dipijak dan sesak nafas akibat terhidu asap tebal. Kejadian itu dipercayai paling buruk dalam lebih sedekad sejak kebakaran di pusat membeli-belah dan disko di tengah bandar Luoyang, China yang menyebabkan lebih 300 orang terkorban pada 2000. Seorang mangsa yang terselamat, Michelle Pereira berkata, kebakaran bermula apabila seorang ahli kugiran melambung mercun di udara menyebabkan kebakaran di bahagian siling dan api terus marak di seluruh kelab malam terbabit. - A |
Cubaan rampasan kuasa, 94 suspek dibicarakan Posted: 27 Jan 2013 03:48 PM PST 15 Rabiul Awal 1434HABU DHABI 28 Jan. - Sebanyak 94 orang akan dibicarakan di sebuah mahkamah Emeriyah Arab Bersatu (UAE) atas dakwaan cuba melakukan rampasan kuasa di negara ini.Agensi berita WAM yang memetik kenyataan Peguam Negara, Salim Saeed Kubaish berkata, kesemua defendan dituduh menubuhkan kumpulan pelampau agama dan melakukan perancangan rahsia untuk rampasan kuasa pada tahun lalu.Katanya, suspek turut dituduh mendapat bantuan daripada beberapa tokoh luar negara dan antarabangsa serta pertubuhan asing dengan tujuan untuk memburuk-burukkan imej negara ini. Mereka memberi maklumat salah tentang negara ini dengan harapan mendapat sokongan antarabangsa untuk mendesak kerajaan dan melemahkan hubungan luar negara," jelasnya. - dpa |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan