Ahad, 13 Januari 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Perhimpunan KL112 jadikan PRU13 pertempuran lebih menarik

Posted: 13 Jan 2013 05:41 AM PST

1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -




KUALA LUMPUR, 13 Jan – Perhimpunan raksasa di Kuala Lumpur semalam menghidupkan semula impian Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Putrajaya dari Barisan Nasional (BN) yang menggunakan gabungan dasar dan pemberian untuk menggembalikan sokongan, kata penganalisis politik.

Penganalisis memberitahu The Malaysian Insider kemampuan PR untuk menghimpunkan sehingga 100,000 bagi Himpunan Kebangkitan Rakyat dan kepentingan orang ramai dalam isu-isu diperjuangkan akan menjadikan pilihan raya umum (PRU) pertempuran hebat untuk kedua-dua gabungan.

PR menganggarkan hampir 500,000 hadirin pada perhimpunan di Stadium Merdeka yang ikonik itu tetapi polis berkata paling ramai 45,000 orang.

Videographer David Lim berkata perhimpunan kali ini berjaya. – Gambar-gambar oleh Boo Su-Lyn
"Tidak kira apa angka sebenar hadirin, gambar dari udara daripada peristiwa itu menunjukkan peserta yang sangat ramai, mencerminkan keupayaan pembangkang dan badan bukan kerajaan untuk menggerakkan orang ramai," kata Ibrahim Suffian dari Merdeka Centre.


"Tetapi selain daripada mempamerkan keupayaan penganjur, ia juga menunjukkan semangat dan tenaga penentangan terhadap kerajaan, memberi penekanan hakikat pertandingan pilihan raya akan datang tidak syak lagi akan menjadi yang paling sukar dihadapi parti pemerintah dalam sejarah," tambahnya.

Pengarah Center for Policy Initiatives Dr Lim Teck Ghee mengatakan perhimpunan tersebut merupakan "kemenangan nyata" bagi kedua-dua parti pembangkang dan badan bukan kerajaan, memetik kehadiran besar-besaran, tingkah laku berdisiplin peserta dan konsensus "menggerunkan" yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam menentang pemerintahan Barisan Nasional (BN).

"Semua petunjuk ini akan menyebabkan kekecewaan dalam BN," katanya.

Akan tetapi penganalisis dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff memberikan pandangan berbeza.

"Apabila perhimpunan besar seperti ini tidak terganggu dan berjalan dengan begitu aman, mengapa ianya tidak menarik satu juta penyokong seperti dijanjikan oleh Pakatan Rakyat?" soalnya.

Menjelang acara tersebut, penganjur perhimpunan menganggarkan kehadiran seramai satu juta orang, walaupun kapasiti tempat duduk di Stadium Merdeka hanya memuatkan 30,000 orang.

Perhimpunan yang memperlihatkan orang berpakaian t-shirt dalam warna berbeza bagi menggambarkan isu diperjuangkan, dianjurkan oleh kedua-dua pemimpin politik dari PR dan pelbagai kumpulan masyarakat sivil sebagai wadah terakhir mengetengahkan tuntutan mereka sebelum pilihan raya umum diadakan menjelang Jun.

"Jadi, satu kesan dari peristiwa ini adalah kita tidak boleh sentiasa percaya dengan semua yang pihak-pihak ini beritahu kita. Mereka sentiasa menaikan angka.

"Kadang-kadang, mereka hanya perlu menjadi realistik. Anda tidak boleh menjanjikan sesuatu yang di luar jangkauan anda ... anda hanya akan memberikan harapan palsu," kata Agus.

Akan tetapi dari sisi positif pula, pensyarah itu mengatakan perhimpunan yang berjalan lancar itu, berkemungkinan perhimpunan awam terbesar dalam tahun-tahun kebelakangan ini, harus ditandakan sebagai satu penanda aras kepada pertumbuhan demokrasi di Malaysia.

Beliau mengatakan suasana karnival perhimpunan dan peserta dari pelbagai bangsa dan latar belakang turun bersama-sama untuk dengan satu tujuan cukup untuk menyebabkan seseorang menitiskan air mata.

"Ia menyebabkan semua orang gembira untuk mendapatkan permit. Ia menunjukkan kita rakyat Malaysia sudah boleh mengekspresikan hak kita secara aman. Ini adalah apa yang dikatakan sebagai demokrasi," katanya.

Agus menambah salah satu kesan terbesar dari perhimpunan ini adalah ia membantu pengundi membuat keputusan mereka untuk pilihan raya dengan meletakkan mereka dalam "kedudukan terbaik untuk menilai parti mana adalah yang terbaik".

Pemimpin de facto PR Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat beberapa janji pilihan raya dihadapan orang ramai yang kebanyakannya Melayu di Stadium Merdeka.

Kerani Laila Mahmud mengatakan bahawa kos sara hidup semakin meningkat.
Bercakap kepada The Malaysian Insider selepas perhimpunan, ramai peserta perhimpunan kelihatan bersemangat dan bersungguh-sunguh mahukan berlakunya perubahan terhadap penguasaan di Putrajaya selepas PRU ke 13.

"Ini adalah kemuncak sebelum PRU 13," kata Md Ishak, seorang Dispatch merujuk kepada pilihan raya.

"Kami marah kepada kronisme. Mereka merompak kita. Kami sangat marah kepada pemimpin sekarang."

"Saya merasa positif selepas acara ini. Saya selalu marah kepada BN," kata lelaki berumur 36 tahun itu sambil menambah beliau akan mengajak rakan-rakannya untuk mengundi dalam pilihan raya akan datang.

Laila Mahmud seorang kerana mengatakan, selepas mendengar isu-isu dibangkitkan semasa perhimpunan, beliau merasakan kerajaan BN harus digulingkan.

"Di bawah kerajaan hari ini, semuanya mereka kawal. Kami tidak boleh menyatakan ketidakpuashatian kami," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Suara rakyat tidak didengari oleh kerajaan hari ini," tambahnya.

Laila juga menyatakan keyakinannya dengan kemampuan PR untuk menggantikan BN sebagai sebuah kerajaan persekutuan berkredibiliti.

"Mereka memperjuangkan apa yang rakyat tak boleh dapat. Contohnya harga minyak, barangan, kebebasan untuk memilih kerajaan, pilihan raya adil," katanya.

Pekerja kilang Shamsuddin Hassan, 37 tahun berkata perhimpunan menunjukkan kebangkitan rakyat.

"Ia menambahkan keyakinan kami untuk menukar kerajaan," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Saya rasa Pakatan lebih baik. Kita dengar sebentar tadi tentang pelbagai isu, contohnya isu lembu, orang yang bersalah, isu royalti minyak, tambah Shamsuddin merujuk kepada skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang menyebabkan seorang menteri meletakan jawatan.

Nasrias Awang seorang suri rumah yang memandu dari Besut, Terangganu untuk menyertai perhimpunan mengatakan BN harus ditendang keluar sebagi kerajaan pusat.

"Saya yakin Pakatan Rakyat akan membawa sesuatu yang baik. Saya yakin perhimpunan akan membangkitkan semangat dikalangan rakyat," katanya yang berusia 45 tahun itu.

Sumber : http://www.themalaysianinsider.com

Chong Wei juara Terbuka Korea

Posted: 13 Jan 2013 05:30 AM PST

1 Rabi'ul Awal   1433H. [MOD] -


Datuk Lee Chong WeiDatuk Lee Chong Wei
KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei muncul juara Terbuka Korea selepas menumpaskan pemain muda China, Du Pengyu dengan keputusan 21-12, 21-15 di Seoul, hari ini.

Chong Wei yang juga pilihan utama kejohanan, hanya mengambil masa 50 minit untuk menundukkan Du Pengyu sekali gus merangkul gelaran pertama pada Kejohanan Super Siri Musim 2013. 

Pada edisi tahun lalu, Chong Wei mengalahkan Du Pengyu 21-8, 21-13, pada peringkat separuh akhir sebelum merangkul kejuaraan itu dengan menundukkan musuh tradisinya, Lin Dan dari China, 12-21, 21-18, 21-14, di final. 

Tebusan imbas saat cemas bersama buruan polis

Posted: 13 Jan 2013 05:16 AM PST


1 Rabi'ul Awal  1433H. [MOD] -


BUKIT MERTAJAM 13 Jan. - MANGSA tebusan, Muhammad Khairul Anas Fadzli menunjukkan motosikalnya yang digunakan oleh tahanan yang menjadikannya sebagai tebusan, Mohamad Khairulnizam Abdul Rani, ke kawasan hutan di belakang Sekolah Kebangsaan Indera Muda di sini, malam tadi. -BERNAMA
BUKIT MERTAJAM 13 Jan. - Muhammad Khairul Anas Fadzli menunjukkan gambar penjenayah, Khairul Nizam Abdul Rani yang menculiknya dan menggunakan motosikal miliknya ke kawasan hutan di belakang Sekolah Kebangsaan Indera Muda di sini, malam tadi. - BERNAMA

Seorang remaja yang dijadikan tebusan oleh salah seorang tahanan yang lolos dalam kejadian Isnin lepas melalui detik cemas selama empat jam ketika 'bersama' dengan lelaki itu semalam.

Mohd Khairul Anas Fazli, 20, berkata beliau dipaksa oleh tahanan itu, Mohd Khairulnizam Abdul Rani, 26, untuk membawanya ke beberapa lokasi di sekitar Sungai Bakap dan Bukit Mertajam untuk menemui anggota keluarga dan kenalan lelaki itu.


Menceritakan kejadian itu, katanya dia berada di rumah rakannya di Bukit Indera Muda sekitar 8.30 malam Sabtu sebelum didatangi lelaki berkenaan yang menendang pintu rumah.



"Dia kenal kawan saya, sebab itu dia datang sana (Bukit Indera Muda). Dia datang dalam keadaan agresif dengan bertindak menendang pintu dan sebaik ia dibuka dia masuk bilik air sebelum meminta salah seorang daripada kami hantarkannya ke rumah kakaknya di Sungai Bakap. Bila kami tak mahu, dia ugut nak ambil motosikal saya," katanya ketika ditemui di Bukit Mertajam hari ini.



Mohd Khairul berkata Mohd Khairulnizam bertindak menunggang motosikalnya dan membawanya ke Sungai Bakap melalui jalan Bukit Teh di Bukit Mertajam, tetapi dia tidak dapat ingat laluan selepas itu berikutan dikelilingi ladang kelapa sawit.



"Tiba di Sungai Bakap, kakak dia (Mohd Khairulnizam) tiada di rumah. Selepas itu dia bawa saya ke rumah rakannya juga di Sungai Bakap, tetapi rakannya itu juga tak ada. Kemudian dia berpatah balik ke Bukit Teh, melalui Machang Bubok, seterusnya ke rumah rakannya di Bandar Perda dan Bukit Mertajam. Namun mereka juga tiada di rumah.



"Sepanjang perjalanan, macam-macam perkara yang bermain di fikiran. Saya tak berani jerit minta tolong sebab takut dia buat sesuatu yang mungkin mengancam nyawa saya. Tetapi, sebaik tiba di Bukit Mertajam, saya mendapat akal dan minta untuk menunggang motosikal lalu bawanya ke Berapit dan beritahu dia di sana selamat jika hendak bersembunyi," katanya.



Mohd Khairul berkata dia memberanikan diri untuk berbuat demikian selepas melihat lelaki itu seperti terdesak untuk menyembunyikan diri kerana enam hari menjadi buruan polis.



"Saya sengaja buat helah dengan minta dia (Mohd Khairulnizam) main Internet dahulu di kafe Internet (Berapit) sebab nak ambil adik balik kerja dan berjanji untuk datang semula mengambilnya di sana selepas itu. Dia kata tak ada duit dan saya beri dia RM5.



"Sebaik berjaya melepaskan diri, saya terus memecut motosikal ke balai polis (Kubang Semang) dan maklumkan kepada polis dia ada di sana," katanya.



Sementara itu, Muhamad Shafiq Abdul Rahman, 18, berkata salah seorang tahanan iaitu Mohd Farid Akhtar, 24, datang ke kedai bapanya di Kampung Petani, di sini meminta makanan dan minuman sebelum ditahan polis di situ.



Katanya lelaki itu dilihat berjalan kaki seorang diri kira-kira 8.30 malam dalam keadaan tidak bermaya serta tidak memakai kasut sebelum beberapa pelanggan yang ada di situ memanggilnya ke kedai.



"Mereka tidak sangka dia merupakan tahanan yang dicari polis berikutan keadaan fizikalnya berbeza di dalam gambar yang diedarkan.



"Kami hanya tahu dia tahanan selepas dia sendiri minta pelanggan di situ hantarnya ke balai polis berdekatan. Kami telefon polis dan mereka datang 15 minit kemudian. Sebelum itu, mereka (pelanggan) beri dia makan nasi lemak dan minta saya bancuhkan teh 'o' ais kepadanya," katanya.



Muhamad Shafiq berkata lelaki terbabit turut memberitahu rakan tahanannya itu sudah membuat perancangan untuk melarikan diri sejak enam bulan lepas dan merancang akan terus ke negara jiran jika berjaya.



Semalam, polis menahan Mohd Farid Akhtar, 24, ketika meminta makanan di sebuah kedai makan di Kampung Petani, Kubang Semang pada 9 malam, manakala Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, menyerah diri di Pasar Awam Penanti pada 10 malam, sementara Mohd Khairulnizam Abdul Rani, 26, ditahan dalam sebuah kafe Internet di Berapit, Bukit Mertajam pada 1.15 pagi. 



Dalam kejadian 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.



Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam pada Khamis.



Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe Mafia.



Bernama

Masya Allah! Perhimpunan Apakah Ini?

Posted: 12 Jan 2013 03:48 PM PST

1 Rabi'ul Awal1433H. [MOD] -
http://cikgupj.blogspot.com





















Tiada ulasan:

Nuffnang