:: cina islam | 2011 :: |
- Peniaga untung besar di perkarangan stadium
- Saya bukan nak bayar, saya nak minta - Mohd Sabu
- Padang Stadium jadi tempat solat Zohor
- HKR: Solat Subuh macam Jumaat di Masjid Negara
- Kapasiti Stadium Merdeka Hampir Penuh
- Laporan langsung HKR 12 Jan, Kuala Lumpur
Peniaga untung besar di perkarangan stadium Posted: 12 Jan 2013 12:45 AM PST 29 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Para peniaga yang membuka perniagaan mereka di perkarangan Stadium Merdeka hari ini mencatatkan untung besar. Berbanding dengan perhimpunan yang kecoh sebelum ini, kali ini perniagaan berjalan dengan lancar apabila polis memberikan kerjasama penuh. Sebelum ini, setiap kali selepas perhimpunan, media Umno dan BN melaporkan peniaga mengadu kerugian akibat dari kekecohan yang berlaku. Ini kerana, peserta perhimpunan terpaksa bertembung dengan polis. Malaysiakini melaporkan, seorang peniaga Mansur Ahmad, 56, berkata, dia berjaya menjual 500 kebab hari ini. "Hari ini, saya dapat untung lebih RM1,000," katanya gembira. Malam tadi, Mansur membuka kedainya di Kelab Sultan Sulaiman, tempat perhimpunan para HKR112. Anaknya, Faeza Mansor, 28, yang menjual sop dan mee di sebelah gerai Mansor berkata, perniagaan mereka kali ini luar biasa keuntungannya. "Kakak saya sudah mengaku kalah untuk memotong daging lagi. Dia sudah terlalu letih," katanya dengan senyuman gembira. Faeza dibantu oleh enam adik beradiknya dalam perniagaan hari ini. Selain itu, air dalam botol dan tin turut menjadi tumpuan peserta perhimpunan kali ini. HARAKAHDAILY/- |
Saya bukan nak bayar, saya nak minta - Mohd Sabu Posted: 12 Jan 2013 12:30 AM PST 29 Safar 1433H. [MOD] - (Mohamad Sabu, pengarah himpunan memberikan ucapan) KUALA LUMPUR: Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112), Haji Mohamad Sabu berkata, ada pihak yang mendakwa setiap peserta himpunan ini dibayar RM150. "Mereka kata, setiap peserta himpunan ini dibayar RM150 seorang. Betul atau tidak," tanya Mohamad Sabu dengan disambut "tidak" oleh peserta perhimpunan. "Saya bukan nak bayar tuan-tuan, tetapi saya nak minta duit dari tuan-tuan. Boleh atau tidak," yang disambut dengan "boleh" oleh ratutsan ribu yang memenuhi stadium ini. Beliau kemudiannya melancarkan kutipan derma dari semua yang hadir dengan sasaran setengah juta ringgit. Kata beliau, derma ini diperlukan untuk membayar bil penggunaan Stadium Merdeka dan sebagainya. Mohamad Sabu berkata demikian ketika memberikan ucapan aluan di HKR112 di Stadium Merdeka. Sebelum beliau, penyanyi Ito menyampaikan dua lagu iaitu Ubah dan sebuah lagi lagu. Sastrawan Negara, Datuk A Samad Said telah mendeklamasikan satu sajak yang beliau sifatkan sajak kini menjadi senjata. Pengacara majlis, Datuk Johari Abdul memaklumkan, pihak penganjur terpaksa membayar RM100,000 untuk menggunakan stadium ini. "Saya difahamkan, jika kita guna stadium di Kota Bharu kita perlu bayar RM8,000 sahaja," katanya. Dalam ucapan itu juga, Mohamad Sabu merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengelola Stadium Merdeka yang membenarkan himpunan ini diadakan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang memberikan kerjasama. Turut diucapkan terima kasih adalah polis yang telah memberikan kerjasama untuk membolehkan himpunan ini diadakan. "Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu Datang ramai-ramai, selamatkan negaraku," kata Mohamad Sabu. Menurut beluau, selain Kuala Lumpur, turut mengadakan perhimpunan kali ini adalah bandaraya seluruh dunia termasuk Melbourne, Auckland, London, Jordan dan juga lain-lain. HARAKAH/- |
Padang Stadium jadi tempat solat Zohor Posted: 12 Jan 2013 12:23 AM PST 29 Safar 1433H. [MOD] - (Ribuan umat Islam menunaikan Solat Zohor di atas padang bersejarah ini) KUALA LUMPUR: Kalau selama ini Stadium Merdeka menjadi tempat main bola dan konsert, mungkin buat pertama kalinya, Stadium Merdeka menjadi tempat solat umat Islam. Beribu-ribu peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) menunaikan solat Zohor di atas padang yang penuh bersejarah ini. 31 Ogos 1957 padang inilah menjadi tapak perisytiharan kemerdekaan negara yang berlaku 55 tahun lalu. Hari ini, umat Islam menunaikan solat Zohor di atasnya secara berjamaah. Mereka berkumpul hari ini untuk menyertai HKR112 yang bermula jam 2 - 5 petang ini. (Stadium mulai penuh pada jam 1.58 petang) HARAKAH/- |
HKR: Solat Subuh macam Jumaat di Masjid Negara Posted: 11 Jan 2013 10:12 PM PST 29 Safar 1433H. [MOD] - Sejak malam tadi, mereka mula berpusu-pusu memasuki kota raya untuk menyertai himpunan aman yang dibenarkan oleh Perlembagaan negara. Pagi ini, suasana solat Subuh di Masjid Negara bagaikan solat fardu Jumaat apabila ribuan peserta memenuhi ruang solat. Beberapa gambar yang dipetik daripada laman sosial Facebook dan penulis blog menceritakan suasana tersebut. |
Kapasiti Stadium Merdeka Hampir Penuh Posted: 11 Jan 2013 10:08 PM PST |
Laporan langsung HKR 12 Jan, Kuala Lumpur Posted: 11 Jan 2013 09:52 PM PST 29 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) berlangsung di Kuala Lumpur hari ini. Perhimpunan ini mendapat jaminan keselamatan dari pihak polis dan kelulusan dari pihak stadium. Perhimpunan rasmi di Stadium Merdeka akan bermula jam 2 hingga 5 petang ini. Bagaimanapun pergerakan peserta dari tempat berkumpul menuju ke Stadium Merdeka dijangka bermula awal pagi ini. 12.55 pm - [Jalan Sultan] Kumpulan dari Jalan Sultan sedang bergerak menuju ke stadium. 12.50 pm - [Kg.Baru] Kumpulan dari Kelab Sultan Sulaiman meneruskan perjalanan ke Stadium Merdeka, berasingan dengan kumpulan dari KLCC. 12.45 pm - [Stadium Merdeka] Suasana terkini di Stadium Merdeka jam 12.45 pm 12.40 pm - [Jalan Sultan] Peserta Jalan Sultan mula bergerak ke stadium melalui Jalan Hang Jebat. Mereka melaungkan hidup rakyat, tutup Lynas, selamatkan Pengerang. 12.35 pm - [Pasar Seni] Polis di Jalan Tun SH Lee menjaga laluan kumpulan wanita pakatan yang bergerak dari Pasar Seni ke Stadium Merdeka. 12.30 pm - [KLCC] Kumpulan KLCC akan bergabung dengan kumpulan dari Kelab Sultan Sulaiman. Kini kumpulan Kelab Sultan Sulaiman sedang menunggu kumpulan dari KLCC di Jalan Ampang bersebelahan Wisma TES. Suasana terkawal dan santai. 12.25 pm - [PDRM] Gelagat peserta menyantuni PDRM yang mengawal keselamatan. 12.20 pm - [Pasar Seni] Kumpulan dari sini mula bergerak ke Stadium Merdeka. Kira-kira 1000 orang menyertai pergerakan dari sini. 12.20 pm - [Jalan Sultan] Hujan renyai-renyai mula turun. Sekitar 2000 orang peserta berada di sini. Ada sekumpulan kecil sudah bergerak ke stadium. 12.15 pm - [KLCC] Keadaan semasa pergerakan kumpulan dari KLCC mencecah puluhan ribu orang peserta. 12.15 pm - [Stadium Merdeka] Keadaan dalam stadium kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi. 12.10 pm - [Masjid Negara] Azmin Ali, Nizar Jamaludin tiba di perkarangan Masjid Negara dan memberi ucapan kepada para peserta yang masih di sini. Sebahagian besar peserta sudah bergerak ke stadium. 12.05 pm - [KLCC] Peserta dari KLCC hampir 15000 bergerak memasuki Jalan Sultan Ismail menuju ke stadium. Mereka melaungkan hidup rakyat, royalti sepanjang perjalanan. 12.05 pm - [Masjid Negara] Puluhan ribu masih berada di Masjid Negara. Mereka perlahan-lahan berjalan ke Stadium Merdeka. 12.00 pm - [Dataran Merdeka] Polis sedang berkawal di sekitar Dataran Merdeka. Tiada peserta di sini kerana laluan ditutup. 11.55 am - [Jalan Sultan] Suasana di sini meriah dengan penyokong anti Lynas. Turut kelihatan peserta baju kuning, riuh dengan tiupan trompet. 11.50 am - [Pasar Seni] Wanita Pakatan Rakyat sedia bergerak. Mereka membawa belon, sepanduk dan kain rentang suara perubahan wanita. Hampir 2000 orang berada di sini. 11.45 am - [Kg.Baru] Kumpulan yang berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman hampir 1000 orang mula bergerak ke Stadium Merdeka. Mereka akan bergabung dengan kumpulan KLCC dan kumpulan Jalan Sultan. 11.40 am - [KLCC] Hampir 10000 sudah berkumpul di KLCC. Wakil-wakil NGO telah memberi ucapan. Mereka mula berjalan menuju ke Stadium Merdeka. 11.35 am - [Petaling Street] Keadaan di Petaling Street. 11.30 am - [Masjid Negara] Kumpulan dari Masjid Negara mula menuju ke stadium. 11.25 am - [Pasar Seni] Kumpulan wanita di Pasar Seni. Mereka mengenakan pakaian berwarna ungu. 11.20 am - [Masjid Negara] Pasukan Unit Amal menerima taklimat terakhir sebelum mengawal perjalanan peserta ke Stadium Merdeka. 11.15 am - [Masjid Jamek] Jalan menghala ke Dataran Merdeka dan ke Sogo mula ditutup. Kumpulan dari Jalan TAR berhampiran Masjid Jamek mula berjalan menuju ke stadium. 11.10 AM - [Sogo] Pasukan bermotosikal dilihat melalui jalan ini menuju ke Stadium Merdeka. 11.05 am - [Stadium Merdeka] Suasana terkini di Stadium Merdeka. Peserta berpusu-pusu masuk ke dalam stadium. 11.00 am - [KLCC] Terkini di KLCC hampir 2000 orang peserta sudah berada di sini. Kelihatan Datuk Kamaruddin Jaffar tiba di sini. 10.55 am - [Brickfield] Kumpulan di sini sudah mula bergerak. Mereka akan bercantum dengan kumpulan dari Masjid Ar- Rahman UM sebelum menuju ke Stadium Merdeka. 10.50 am - [KLCC] Hampir 1000 orang sudah memenuhi perkarangan KLCC. 30 anggota Unit Amal dilihat sedang menerima taklimat. Mazlan Aliman, Dr. Dzulkefly Ahmad, Dr. Syed Azman akan mengetuai di sini. 10.45 am - [Masjid Ar-Rahman, UM] Kumpulan dari sini mula berjalan menuju ke Stadium Merdeka. 10.40 am - Biarpun bertongkat, seorang warga emas sanggup turun bersama-sama ke HKR. 10.30 am - [Masjid Negara] Suasana di Masjid Negara ketika ini. Jumlah peserta bertambah dengan mendadak. 10.25 am - [KLCC] Hampir 100 peserta kini sudah berada di sini. Di sini kumpulan Royalti Kelantan dan Terengganu akan mengepalai perjalanan ke Stadium Merdeka. Mereka mengenakan pakaian Merah dan Hitam. 10.20 am - [Brickfields] Kumpulan di sini sedang mengumpul peserta sebelum berjalan menuju ke Stadium Merdeka. Kelihatan komander, kartunis Zunar sedang berada di sini. 10.15 am - [Masjid Ar-Rahman, UM] Kumpulan dari sini akan mula berjalan sedikit masa lagi. Jarak dari UM ke Stadium Merdeka kira-kira 10km. 10.10 am -[PDRM] Aliran trafik sekitar Kuala Lumpur adalah lancar, kecuali Jalan Loke Yew ke Jalan Kinabalu sahaja sesak. 10.00 am - Video sokongan rakyat Malaysia di Jordan terhadap HKR 2013[Lihat Video]. Perhimpunan ini telah diadakan di Mu'tah, Jordan pada 11 Januari 2013 bertujuan untuk menunjukkan tanda sokongan penuh kami yang berada diluar negara khususnya di Jordan terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat 120113 yang berlangsung di Malaysia. 9.55 am - Dianggarkan lebih 5,000 peserta sudah berada di sekitar Masjid Negara ketika ini. Mereka masih menunggu komender bertugas sebelum berjalan santai menuju ke Stadium Negara. 9.45 am - Berikut adalah lokasi berkumpul sebelum bergerak ke Stadium Merdeka dan komander bertugas: 1. Amcorp Mall, Petaling Jaya. Komander: Ust Nasruddin Tantawi, Shamsul Iskandar, Sany Hamzan. 2. Masjid Arrahman, UM. Komander: Nurul Izzah, Ng Suee Lim, Safwan Anang, Adam Adli, Raja Iskandar. 3. Brickfields. Komander: Raja Ratnam, Faizal, Arutchelvan, Zunar - Kartunis, Maria Chin, M. Kula Segaran. 4. KLCC. Komander: Dato' Husam Musa, Teo Kok Seong, Mazlan Aliman, Zairil Khir Johari. 5.Kelab Sultan Sulaiman. Komander: Badrul Hisham (CheGu Bard) 6. Pasar Seni. Komander: Dr. Siti Mariah, Teresa, Teo Nie Ching, Elizabeth Wong. 7.Jalan Sultan. Komander: Fuziah Salleh, Ishak Surin, Wong Tack, Tan Kok Wai. 8. Masjid Negara. Komander: Khalid Samad, Azmin Ali, Dr Mujahid Yusuf Rawa. 9.40 am - Nombor HOTLINE Bilik Gerakan Peguam PAS adalah seperti berikut: 1. 01-112-835421 2. 01-112-835485 3. 01-112-836139 9.35 am - [PDRM] Keadaan Keselamatan di Kuala Lumpur adalah tenang dan terkawal. Aliran trafik di sekitar Kuala Lumpur adalah lancar. Anggota trafik telah siap sedia untuk kawalan lalu lintas sekitar lokasi utama di Kuala Lumpur. 9.30 am - [Jalan Sultan] NGO Hijau anti Lynas SMSL mula tiba. Wong Tack (gambar) sedang ditemuramah media. Mereka dijangka berjalan bermula dari kawasan Jalan Sultan. 9.25 am - [KL Sentral] Orang Asal turut tidak ketinggalan untuk menyertai himpunan hari ini. Mereka hadir dengan mengekalkan identiti mereka sendiri. 9.20 am - Perjalanan menuju ke Stadium Merdeka dilaporkan lancar. Tiada sebarang sekatan setakat ini. Biarpun himpunan rasmi hanya akan bermula jam 2 pm, namun sudah ramai tiba di stadium pagi ini. 9.15 am -[Jalan Sultan] Peserta sedang berkumpul dan ada sudah berjalan menuju ke Stadium Merdeka. 9.00 am - [Stadium Merdeka] Peserta mula tiba di Stadium Merdeka. Dilaporkan tiada sebarang halangan setakat ini sepanjang jalan menuju ke stadium. 8.40 am - [Masjid Negara] Perkarangan Masjid Negara mula dibanjiri peserta himpunan. Pelbagai kaum dilihat hadir di sini dengan memakai baju warna tema himpunan termasuk Hijau, Kuning, Merah dan Oren. 8.30 am - [Trafik] Jalan mula sesak di Lebuhraya Persekutuan dari Subang menuju KL. 8.00 am -[Jalan Sultan] Ramai yang sudah mula bergerak ke arah Lokasi HKR. Stadium Merdeka. 7.15 am - [Jln Tun Razak] Papan elktronik Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) memaklumkan trafik ke ibu negara bergerak lancar. Kelihatan anggota polis trafik ditempatkan di beberapa lokasi sepanjang Jalan Tun Razak menuju ke Pusat Bandar. 7.10 am - [Stadium Merdeka] Suasana stadium masih lengang namun beberapa peserta sudah tiba di sini. 7.00 am - [Stadium Merdeka] Sebahagian anggota Unit Amal DPPM membuat pemeriksaan perbarisan di perkarangan stadium sebelum memulakan tugas. DPPM mengerahkan 5,000 anggota Unit Amal bagi mengawasi himpunan hari ini. 6.30 am - Seusai solat Subuh, kelihatan para peserta mula mengunjungi warung-warung untuk sarapan pagi. 6.00 am - [Masjid Negara] Para peserta HKR memenuhi Masjid Negara untuk solat Subuh. HARAKAHDAILY/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan