N45 Dr Halimah Ali |
UNTUK ISLAM PERUNTUKAN NAIK 300 PERATUS Posted: 09 Dec 2012 08:33 PM PST Pemuda PAS Selangor ucap tahniah kepada Guan Eng SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengucapkan tahniah di atas keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kerana telah menaikkan peruntukan hal ehwal agama Islam sebanyak 300 peratus. Walaupun sering dilabel sebagai anti Islam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang merupakan Setiausaha Agung DAP, lebih bertanggungjawab untuk membantu Umat Islam di Negeri Pulau Pinang berbanding semasa zaman kerajaan Barisan Nasional di bawah kendalian parti Gerakan. Demikian kata Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini. Bagi beliau, kerajaan Pusat juga sepatutnya berasa malu kerana tidak prihatin untuk memartabatkan agama Islam di dalam negara ini apabila tidak memperuntukkan bajet tambahan kepada Sekolah Agama Rakyat di dalam pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini. "Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut mengecam kenyatan rasis yang tidak bertanggungjawab daripada Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, yang cuba untuk menimbulkan prasangka jahat dan menghasut rakyat terhadap tindakan murni yang dilakukan YAB Lim Guan Eng," katanya. Beliau merujuk kepada kenyataan pemimpin Gerakan itu yang mendakwa, Lim Guan Eng melaksanakan Islamisasi dalam pentadbirannya di Pulau Pinang. Padahal, menurutl Lim Guan Eng, apa yang beliau lakukan adalah memberikan sesuatu kepada yang berhak selepas dinafikan selama ini oleh kerajaan BN. Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menganggap serangan rasis Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang adalah hasil daripada sikap 'penakut dan pengecut' Umno Pulau Pinang di dalam memperjelaskan hal ehwal agama Islam kepada rakan sekutu mereka di dalam Barisan Nasional. Umno, katanya, yang selalu 'berkokok' sebagai parti yang memperjuangkan Islam dan sering memperlekehkan PAS menjadi 'kuda tunggangan DAP dan PKR' di dalam isu agama Islam akhirnya menjadi bacul dan dayus dengan membiarkan MCA dan Gerakan berterusan menghina agama Islam secara terbuka. "Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dengan ini menyeru sekalian umat Islam untuk menolak Umno di dalam pilihanraya umum ke 13 nanti kerana kegagalan Umno untuk menjaga dan memartabatkan agama Islam sebagai agama rasmi Negara," katanya. Selain itu, katanya lagi, Umno juga sering menggunakan Islam semata-mata untuk kepentingan politik sempit mereka tanpa mempedulikan keutamaan untuk member kefahaman yang sebenar berkenaan Agama Islam secara mnyeluruh kepada masyarakat. HARAKAHDAILY |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan