Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Jom kita baiki masjid-masjid di Gaza yang musnah dibom Israel
- Inspektor disiasat cabul isteri orang
- Bil elektrik melambung tinggi selepas TNB tukar meter
Jom kita baiki masjid-masjid di Gaza yang musnah dibom Israel Posted: 04 Dec 2012 05:11 PM PST GAZA 5 Dis 2012 : Masjid menelan belanja lebih RM300,000 itu sudah melalui proses pecah tanah dan rancak dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia kepada Pertubuhan Penyayang Islam (Muslim Care) Malaysia sejak 14 November lalu. Presiden Pertubuhan Emaar For Development and Rehabilitation Gaza, Dr Anwar Abdul Aziz berkata, masjid dinamakan sebagai Masjid Muhammad Al Amin dianggap simbol kasih sayang rakyat Malaysia kepada penduduk Gaza. Menurutnya, banyak bangunan masjid di Semenanjung Gaza yang runtuh akibat sasaran serangan bom dan roket tentera Zionis baru-baru ini. "Menyedari masalah menimpa penduduk Gaza, pihak Muslim Care Malaysia segera melakukan kutipan derma kilat untuk membantu rakyat Gaza selain memastikan masjid yang runtuh dapat dibina semula secepat mungkin. Perjanjian persefahaman itu dimeterai antara Bendahari Agung Muslim Care Malaysia, Zulkifli Wahijan dan Anwar di pejabat operasi Pertubuhan Emaar For Development and Rehabilitation Gaza, di sini. Zulkifli yang ditemui berkata, masjid baru di Gaza yang sedang dibina itu masjid pertama hasil sumbangan ikhlas rakyat Malaysia. yang bersimpati terhadap warga Tebing Gaza. "Saya penuh yakin sasaran kutipan derma tabung kecemasan Gaza berjumlah RM1 juta menjelang penghujung Disember ini mampu diperoleh," katanya sambil memberitahu sumbangan boleh dibuat ke akaun Maybank 564490211159. |
Inspektor disiasat cabul isteri orang Posted: 04 Dec 2012 03:06 PM PST Usaha dakwah serta pemantapan akidah di kalangan anggota polis beragama Islam perlu dipertingkatkan lagi dengan penambahan bajet, kakitangan serta bidang kuasa pihak yang berkaitan. Inspektor disiasat cabul isteri orang 5 Dis 2012 SEREMBAN - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor disiasat kerana didakwa mencabul seorang kerani wanita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan pada minggu lalu. Pegawai berusia 40-an itu didakwa mencabul mangsa yang berusia 34 tahun di dalam lif di bangunan IPK Negeri Sembilan pada pukul 12 tengah hari, 29 November lalu. Sumber berkata, ketika kejadian pegawai polis berkenaan bersama mangsa berada di dalam lif sebelum lelaki terbabit secara tiba-tiba mencabul wanita berkenaan. Kata sumber itu, mangsa yang bertugas sebagai kerani pentadbiran di IPK kemudian memberitahu kejadian tersebut kepada suaminya sebelum pasangan itu membuat laporan polis. Difahamkan, mangsa terbabit juga mendakwa pegawai polis berkenaan yang sudah berkahwin sudah beberapa kali membuat gangguan seksual ke atasnya sebelum ini. Wanita itu turut mendakwa pegawai polis yang bertugas di bahagian narkotik pernah beberapa kali menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah selain pernah meraba punggung mangsa. Kejadian terbaharu itu menyebabkan wanita terbabit hilang sabar menyebabkan mangsa mengadu kepada suaminya sebelum membuat laporan polis. Sumber itu memberitahu, pegawai polis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat. |
Bil elektrik melambung tinggi selepas TNB tukar meter Posted: 04 Dec 2012 01:21 AM PST Dikongsikan di bawah ini beberapa isu kenaikan bil elektrik setelah ditukar meter baru oleh TNB. Mungkin rakan-rakan lain boleh berkongsi masalah ini sekiranya berlaku di tempat masing-masing. Apakah ini cara baru untuk mengumpul wang rakyat? BIL ELEKTRIK NAIK MENDADAK SETELAH TUKAR METER BARU Saya baru membeli sebuah rumah daripada seorang individu. Saya telah diminta untuk menukar meter elektrik rumah itu kepada nama saya. Jadi saya memohon pertukaran meter elektrik tersebut. Saya telah mendiami rumah itu 3 bulan sebelum meter elektrik tersebut ditukar kepada yang baru. Sejak saya tinggal dirumah itu bil elektrik saya tidak pernah mencecah RM20.00 sebulan tetapi selepas sahaja meter ditukar bil elektrik rumah saya naik mendadak sehingga RM 181.05 sebulan. Sumber : Aduanrakyat.com METER BARU TNB PENIPU. Aduan dan rungutan rakyat Puchong mengenai caj bil TNB yang naik mendadak 3 kali ganda! Bila sudah di pasang, saya pun tunggu bil letrik pertama. Bila dah sampai, terkejut saya sebab bukan tambah kurang tapi tambah tinggi! Saya pun google kat internet, jika ada komplen yang lain dari pengguna. Rupa-rupanya bukan saya sorang sahaja tapi banyak lagi yang komplen hal yang serupa. Jawapan TNB mudah sahaja, meter baru ni meter digital, lebih tepat dan bacaan yang diberi memang bacaan sebenar. Kadang-kadang terfikir juga saya, apa ke bodohnya TNB selama ni bila pasang meter yang memberikan bacaan yang tidak tepat sampai 300% lari dari bacaan sebenar. Sumber : UnclearEngineer TERKEJUT BIL MELAMBUNG Tenaga Nasional Berhad (TNB) digesa mengkaji semula pemasangan sistem meter digital yang didakwa masih banyak kelemahan sehingga membebankan penggunanya. Presiden Kemajuan Pelajar Tamil Malaysia, M Arjunan berkata, lebih 50 aduan mengenai masalah bil elektrik naik mendadak diterimanya sejak penukaran meter manual kepada sistem digital itu. Menurutnya, rumah persinggahannya di Bukit Beruntung turut mengalami nasib sama apabila bil semasa RM8.75 meningkat RM100 hampir setiap bulan. "Pada Mac lalu, bil dikenakan RM8.75 dan saya terkejut apabila bil Ogos mencecah RM1,211. Sumber : Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan