Rabu, 5 Disember 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Semua Orang Islam Saudara Ku

Posted: 05 Dec 2012 12:11 AM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -

Semua orang Islam adalah bersaudara. Bukan separuh tetapi semua. Tidak kira bangsa apa, dari negara mana, jika beragama Islam maka kita bersaudara. 

Allah berfirman, "Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara". (al-Hujuraat, ayat 10)

Setiap orang Islam mesti berbaik-baik, menyintai dan sayang menyayangi antara satu sama lain.

Nabi Muhammad saw. bersabda : "Tiada sempurna iman seorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia cintai dirinya sendiri." (HR Bukhari dan Muslim)

Setiap kali melihat orang Islam, katakan, "Dia saudara ku, aku sayang kamu seperti aku sayangkan diriku sendiri".
tazkirah/-

Cucu berani mati

Posted: 05 Dec 2012 12:08 AM PST

PANJANG...Che Pah menunjukkan parang dan sabit yang digunakan cucunya, Nurul Shahira  yang mengejar penjenayah terbabit. Gambar kecil, Che Pah menunjukkan jarinya yang cedera.
21 Muharram 1433H. [MOD] -    


Dalam kejadian jam 8 malam di Kampung SC Belt, Labu Kubong, seorang wanita warga emas bersama cucu perempuannya panik apabila seorang lelaki bersenjatakan parang muncul di ruang tamu rumah ketika mereka berdua bersiap menunaikan solat Isyak.


Dalam keadaan kelam-kabut itu, penjenayah terbabit melibaskan parang menyebabkan wanita berkenaan, Che Pah Mat Isa, 74, menerima lapan jahitan di jari.

Bagaimanapun, cucu wanita itu, Nurul Shahira Mohd Nawai, 14, yang berang sebaik melihat neneknya tercedera melawan balik penyamun terbabit sebelum mengejar penjenayah itu.


Che Pah berkata, dia bernasib baik apabila diselamatkan cucu perempuannya itu dan bersyukur kerana terselamat selain terhutang budi dengan Nurul Shahira yang menggadai nyawa demi menyelamatkannya.

metro/-







23 tahun dikelilingi semak samun

Posted: 04 Dec 2012 11:55 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -


semak-samun

Ahmad (kiri) dan Ketua Cawangan Kampung Aulong Lama, Mohd Azmi Babajee ketika menunjukkan keadaan lot tanah yang berada bersebelahan rumah Ahmad kini
TAIPING – Umpama hidup dalam hutan, itulah yang dirasai seorang penduduk di Taman Aulong Lama, di sini apabila hampir tujuh lot tanah di sekeliling rumah ditumbuhi semak samun dan tidak dibersihkan sejak 23 tahun lalu.

Seorang penduduk, Ahmad Sharif, 56, berkata, tanah berkenaan dimiliki oleh individu yang tidak menetap di kawasan itu.

Dia turut mendakwa pemilik tanah berkenaan tidak pernah datang membersihkan tanah mereka.

"Pemilik tanah sememangnya tidak berdepan masalah ini, namun bagi saya sekeluarga, ia mendatangkan bahaya termasuk kehadiran binatang liar.

"Setiap hari begitu banyak nyamuk, kadang-kadang ada ular atau khinzir yang datang ke kawasan rumah. Situasi ini membimbangkan saya," katanya.

Ahmad berkata, sebelum ini pemilik tanah telah dimaklumkan bahawa masing-masing perlu mendirikan rumah dan jika tidak mereka harus bertanggungjawab untuk membersihkannya.

Tambahnya, pelbagai usaha pernah dilakukan bagi menyelesaikan masalah itu termasuk meminta bantuan Pejabat Daerah dan Tanah.

"Bagaimanapun, saya difahamkan, pihak Pejabat Daerah dan Tanah tidak mampu berbuat apa-apa kerana tanah tersebut adalah milik penduduk.

"Mungkin pihak berkenaan mempunyai kuasa untuk menghantar surat pemberitahuan yang meminta pemilik tanah agar membersihkan tanah masing-masing," katanya.

Katanya, dalam masa sama, diharap bukan sahaja pihak Pejabat Daerah dan Tanah tetapi pemilik sendiri mungkin boleh tampil untuk membersihkan kawasan berkenaan.

"Saya tidak mahu hingga berlaku sebarang kejadian tidak diingini baru pemilik mahu pun pihak bertanggungjawab memainkan peranan masing-masing," katanya.

sinar/-

Kalau Melaka tolak, akan rayu P Pinang

Posted: 04 Dec 2012 11:50 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -


MELAKA: Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek(gambar) kesal dengan sikap pihak pentadbiran Rumah Melaka di Kaherah yang menghalang 25 pelajar anak negeri Melaka dari menginap pusat penginapan tersebut.

"Apa alasan mereka sehingga menafikan hak anak negeri Melaka ini menduduki Rumah Melaka yang dikelolakan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

"Terbukti mereka menzalimi pelajar-pelajar tersebut yang terpaksa menumpang di penginapan kawan-kawan mereka dari negeri lain, jelas mereka menafikan hak pelajar-pelajar ini" ujar Kamaruddin pada majlis ceramah anjuran Majlis Tindakan Dun Ayer Molek, di sini malam tadi.

Beliau berkata hal ini telah diajukan kepada pihak yang bertanggungjawab di negeri ini tetapi mereka meminta beliau merayu kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam yang merupakan Pengerusi MAIM.

"Saya sudah tahu apa keputusan yang akan diambil oleh Ali Rustam jika saya membuat rayuan, jadi tidak perlulah saya berbuat demikian.

"Kalau benar Kerajaan BN Melaka mendahulukan rakyat mengapa mereka menzalimi pelajar-pelajar tersebut sedangkan mereka melaung-laungkan merekalah pejuang Melayu dan Islam," tambah Kamaruddin.


Minta kerajaan Pulau Pinang bantu


Menurut Kamaruddin, jika pihak pentadbiran Rumah Melaka (gambar) tersebut terus dengan tindakan menzalimi pelajar-pelajar terbabit, beliau tidak teragak-agak untuk membuat permohonan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membenarkan mereka menginap di penginapan pelajar kendalian kerajaan Pulau Pinang.

"Kalau pejuang-pejuang Melayu ini terus menzalimi pelajar-pelajar tersebut saya tidak teragak-agak untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk membantu supaya pelajar-pelajar ini dibenarkan untuk tinggal di Rumah Pulau Pinang di Kahirah.

"Kita akan minta bantuan dari orang yang dituduh sebagai anti Melayu, anti Islam dan kita tengok nanti siapa sebenarnya menzalimi orang Islam, orang Melayu," ujar Kamaruddin serius.

Kamaruddin juga kesal kerana MAIM yang mengutip zakat dari rakyat negeri melalui Pusat Zakat Melaka gagal memberikan hak kepada pelajar-pelajar terbabit sehingga mereka dizalimi sedemikian rupa.

Difahamkan pelajar-pelajar Melaka tersebut sudah beberapa bulan belajar di Kaherah tetapi sehingga kini permohonan mereka untuk menginap di Rumah Melaka tidak diluluskan sedangkan mereka adalah anak jati Melaka yang sememangnya layak untuk tinggal di pusat penginapan tersebut..
harakah/-

Simpang tiada lampu isyarat

Posted: 04 Dec 2012 11:41 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -


Simpang tiada lampu isyarat

Jalan Simpang Tiga Kunci Air Besar menjadi laluan utama pengguna dari beberapa kampung sekitar.
LANGKAP - Seramai 10,000 penduduk di beberapa kampung termasuk Simpang Tiga, Kunci Air Besar, Batu 38, terdedah dengan bahaya kemalangan maut akibat ketiadaan lampu isyarat di kawasan itu.
Persimpangan jalan itu menjadi laluan utama pengguna dari Ipoh ke Teluk lntan  mahupun dari Kampar  ke Sungai Manik.

Penduduk, Masrup Sukir 48, berkata, ketiadaan lampu isyarat di persimpangan jalan itu membahayakan pengguna termasuk pejalan kaki.

Menurutnya, kenderaan berat seperti treler sering dipandu  laju apabila ingin masuk ke simpang berkenaan.

Menurutnya,  tindakan itu menyebabkan beberapa kenderaan lain terpaksa berhenti mengejut akibat tindakan pemandu treler  yang enggan berhenti sebelum masuk ke simpang itu.

"Setiap bulan pasti berlaku kemalangan di kawasan ini kerana kesibukan laluan itu yang sering digunakan penduduk di beberapa kampung berhampiran.

"Selain itu, laluan tersebut sering menjadi trek perlumbaan mat rempit terutama pada waktu malam," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Degong, Abdul Aziz Mohamad, 60, berkata, beliau pernah merayu kepada pihak berkenaan sejak empat tahun lalu supaya memasang lampu isyarat di lokasi itu.

"Tetapi hingga sekarang pihak berkenaan tidak memberi jawapan dan belum juga membina lampu isyarat  di kawasan maut itu.

"Kami, tidak faham kenapa pihak berkenaan tidak serius  menangani masalah itu,apakah agensi itu  mahu melihat lebih ramai yang terkorban baru mahu bertindak?" katanya.

Pegawai Perhubungan Khas Ahli Parlimen Pasir Salak, Ramly Yusoff,  menjelaskan, pihaknya banyak menerima aduan penduduk dan perkara itu telah dikemukakan kepada pihak berkenaan supaya segera membina lampu isyarat di situ.
sinar/-

Tawaran kerja ditarik saat akhir: Remaja tuntut hak

Posted: 04 Dec 2012 11:23 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -


PRemaja tuntut hak

Mat Radi(kanan) dan anaknya, Mohd Amirul menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Taiping, baru-baru ini.
BAGAN SERAI - Seorang remaja tidak menyangka kegembiraan mendapat tawaran pekerjaan sebagai polis bantuan berakhir dengan kekecewaan apabila diarahkan pulang sewaktu melapor diri di sebuah kem latihan di utara tanah air.

Mohd Amirul Izwan Mat Radi, 21, berkata, dia memohon jawatan polis bantuan di sebuah syarikat pengurusan lapangan terbang sejak tahun lalu, seterusnya terpilih mengikuti ujian saringan fizikal serta temu duga yang diadakan pegawai syarikat itu pada bulan April lalu.

Menurutnya, dalam temu duga dan ujian saringan fizikal serta kesihatan yang dijalankan, dia melepasi kesemua ujian termasuk ujian penglihatan mata.

"Akhir Oktober lalu, saya menerima surat tawaran bekerja dan terpilih mengikuti kursus sebagai pelatih polis bantuan di syarikat berkenaan selama tujuh minggu.

"Syarikat meminta saya melaporkan diri bersama 500 pelatih lain pada 10 November lalu. Bagaimanapun, setibanya di sana, saya dimaklumkan tawaran kerja dengan syarikat itu ditarik balik disebabkan laporan perubatan menyatakan saya rabun jauh," katanya sewaktu ditemui media, di sini, semalam.

Mohd Amirul Izwan berkata, lebih mengejutkan, pegawai terlibat turut merampas surat tawaran kerja dan laporan perubatan tanpa sebarang penjelasan selain memintanya meninggalkan kem itu segera.

Menurutnya, tindakan pegawai itu atas alasan rabun jauh tidak masuk akal kerana dia melepasi kesemua ujian saringan fizikal dan kesihatan yang ditetapkan syarikat berkenaan pada April lalu.

Susulan kejadian itu, Mohd Amirul Izwan enggan keluar dari rumahnya di Taiping, akibat terlalu kecewa selain menyifatkan tindakan syarikat itu tidak mengikut prosedur yang betul.

"Sekiranya penglihatan saya bermasalah, bagaimana saya boleh melepasi ujian saringan? Saya terkilan pihak syarikat bertindak menyingkirkan saya walaupun sudah mengemukakan surat tawaran kerja," katanya.

Sementara itu, ayah mangsa, Mat Radi Hamid, 47, menuntut pihak syarikat bertanggungjawab di atas tekanan dialami anaknya susulan tawaran kerja ditarik balik tanpa mengikut prosedur betul dan bersedia mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat itu.

Beliau juga menuntut syarikat berkenaan membayar ganti rugi kerugian dialaminya setelah terpaksa membelanjakan hampir RM1,000 membeli barangan keperluan kursus sebagaimana diarahkan dalam surat tawaran.

"Demi menghantar anak mengikuti kursus, saya terpaksa meminjam wang adik sebanyak RM2,000 membeli barangan keperluan selain membiayai kos perjalanan kami sekeluarga ke utara tanah air.

"Saya kesal perkara ini berlaku ke atas anak saya dan kami bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Taiping untuk menuntut keadilan," katanya.

sinar/-

Kisah Nabi SAW Tegur Sahabat Ketawa

Posted: 04 Dec 2012 11:16 PM PST

lelaki ketawa nampak gigi21 Muharram 1433H. [MOD] -


Kisah Nabi SAW Tegur Sahabat Ketawa | Pada zaman ini banyak kita lihat orang saling ketawa sesama mereka. Ketawa tu tak salah tapi apa yang KisahBest.Mykesalkan, ketawa secara berlebihan itu boleh menyebabkan hati kita akan menjadi gelap. Seperti mana dalam satu kisah Rasulullah SAW dalam menegur sahabat yang sedang ketawa. Suatu ketika Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan untuk menunaikan solah lalu Baginda s.a.w. ternampak satu kumpulan orang yang sedang ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sekiranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku keadaan yang saya lihat ini."
Oleh itu, perbanyakkanlah mengingati maut. Tiada satu hari pun berlaku tanpa kubur berkata, "Aku ialah rumah kesunyian, rumah keseorangan, rumah debu dan rumah ulat-ulat."
Apabila seseorang mukmin dimasukkan ke dalam kubur maka kubur akan berkata, "Kedatanganmu dialu-alukan, tersangat baik kerana kamu telah datang kepadaku. Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi, engkaulah yang paling aku sukai. Hari ini engkau telah datang kepadaku, engkau akan melihat sebaik-baik layanan daripadaku." Selepas itu, kubur akan meluas sejauh mata memandang. Kemudian akan terbuka satu pintu yang melalui pintu itu akan masuk bayu dan wangi-wangian dari syurga secara berterusan.
Apabila orang yang berdosa dimasukkan, kubur akan berkata, "Tiada kata-kata aluan untuk kedatanganmu. Sangat jelek kedatanganmu. Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi engkaulah yang paling aku benci. Hari ini engkau telah diserahkan kepadaku, engkau akan melihat layan daripadaku."
Selepas itu kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuk akan berceragah antara satu sama lain. Kemudian 70 ekor ular akan menghamburkan bisa ke atas bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tinggal. Ular itu akan terus mematuk orang tersebut hingga ke hari kiamat.
Selepas itu, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Kubur merupakan satu kebun daripada kebun-kebun syurga atau pun satu lembah daripada lembah-lembah neraka." (Misykat)
Keterangan:
Takutkan Allah SWT ialah perkara yang sangat-sangat perlu lagi penting. Perkara inilah yang menyebabkan Rasulullah SAW sering duduk merenung. Mengingati maut akan menambahkan sifat takut kepada Allah SWT. Oleh sebab itulah, Rasulullah SAW menyarankan supaya kita sering mengingati maut kerana amalan ini penting dan memberi manfaat. Dan menjauhi ketawa secara berlebihan merupakan salah satu cara untuk kita tidak leka mengingat kepada maut.

Sorok mayat bayi dalam almari

Posted: 04 Dec 2012 11:10 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -


Ghuzlan Saleh

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh
KULIM - Cubaan seorang gadis berusia 20 tahun merahsiakan kelahiran bayinya terbongkar apabila bapanya menemui mayat bayi yang siap dibungkus di dalam almari pakaian anaknya di rumahnya di sebuah perumahan di sini, semalam.
Sebelum itu, bapa gadis berkenaan membawa anaknya berjumpa doktor di sebuah klinik di sini, untuk mendapatkan rawatan selepas anaknya mengadu sakit perut kira-kira jam 11.30 malam kelmarin.

Pada keesokan harinya, ibu gadis terbabit yang sedang mengemas dapur terjumpa satu objek dipenuhi darah yang diletakkan di dalam plastik dan dia segera memaklumkan penemuan objek itu kepada suaminya.

Untuk mendapatkan kepastian tentang penyakit dialami anaknya, bapa gadis berkenaan membawa bungkusan plastik mengandungi objek itu ke klinik di mana anaknya mendapatkan rawatan, memangkan semasa anaknya berjumpa doktor dia hanya menunggu di luar.

Rahsia mula terbongkar apabila doktor memaklumkan objek berkenaan merupakan uri wanita yang baru bersalin dan menasihatkannya untuk membawa anaknya mendapatkan rawatan di hospital.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, doktor yang merawat suspek di hospital mengesahkan suspek bersalin dan bayinya meninggal dunia.

"Bapa suspek meminta suspek menunjukkan lokasi di mana mayat bayi dimaksudkan itu disembunyikan dan menemuinya di dalam almari pakaian di bilik suspek.

Mayat bayi itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan doktor mengesahkan bayi itu meninggal dunia sebelum dilahirkan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

kosmo/-

MEMELIHARA JATI DIRI MUSLIM

Posted: 04 Dec 2012 11:03 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -


اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ
وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ  وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ  الله . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Saya  menyeru diri saya dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama  bersyukur dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. dengan  melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala yang dilarangan, mudah-mudahan kita menjadi insan yang beriman, bertaqwa serta selamat di dunia dan di akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Islam menganjurkan umatnya agar berakhlak dan berbudi pekerti mulia dalam setiap perbuatan mahupun tuturkata. Kerana kemuliaan dan kehormatan seseorang itu adalah dinilai melalui ketinggian keperibadian akhlak. Sejarah telah membuktikan bahawa umat yang maju adalah umat yang memiliki keperibadian akhlak yang tinggi sebaliknya umat yang tidak berakhlak akan menyebabkan ia menjadi lemah dan membawa kehancuran.         Kerana itulah, misi utama diutuskan junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia. Sebagaimana sabdanya :
إِنَّمَا بُعِثْتُ  ِلأُتَمِّمَ مَكَارِمَ اْلأَخْلاَقِ
Maksudnya : " Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang  mulia " ( H.R. Thabrani )


Sidang Jumaat Yang Berbahagia,
Kita sering mendengar tentang masalah yang menimpa umat Islam. Sesungguhnya seluruh dunia sekarang ini sedang menghadapi krisis keruntuhan akhlak yang cukup dahsyat. Sekiranya keadaan ini tidak dibendung dan diatasi sudah pasti akan membawa umat Islam ke lembah kehinaan dan kemurkaan Allah s.w.t.
Terdapat segelintir daripada kita yang telah hilang keperibadian sebagai seorang mukmin sejati, mereka seolah-olah kembali hidup seperti di zaman jahiliah. Dan yang lebih parah lagi, ada juga yang memisahkan dan mengasingkan urusan agama dengan urusan hidup seharian. Bahkan beranggapan bahawa agama tidak memberi apa-apa sumbangan dalam pembangunan bangsa dan negara.
Sebahagian daripada kita percaya bahawa hanya ilmu-ilmu dunia seperti ilmu sains dan seumpamanya sahaja yang mampu membawa manusia kepada kemajuan dan ketamadunan.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Terdapat segelintir masyarakat hari ini beranggapan bahawa akhlak merupakan hal individu yang tidak ada hubung kait dengan kuasa pemerintah serta mereka tidak mahu pihak berkuasa campurtangan dalam menentukan urusan peribadi mereka. Bahkan mereka tanpa segan silu mendesak agar setiap individu diberi kebebasan mutlak tanpa perlu kepada apa-apa sekatan atau undang-undang atas alasan sebarang sekatan adalah bertentangan dengan hak asasi manusia dan menggugat hak kebebasan individu.
Maka, fahaman seumpama ini sangat-sangat bertentangan dengan ajaran Islam yang dibawa oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w., kerana Islam merupakan suatu agama yang sempurna lagi lengkap mengatur seluruh kehidupan manusia meliputi pelbagai bidang seperti ibadah, mu'amalat, munakahat, jenayah dan sebagainya.
Dalam Islam, kemajuan material sahaja bukanlah kamajuan yang utama yang ingin dicapai, kerana Islam juga menitikberatkan soal pembangunan insan iaitu melahirkan insan yang berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, bermanfaat untuk diri sendiri, masyarakat dan negara.

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah,
Justeru, saya ingin mengajak tuan-tuan yang berada di hadapan saya, agar sama-sama menghayati dan memahami tanggungjawab memelihara jati diri sebagai seorang muslim dengan melaksanakan perkara-perkara seperti berikut :-

Pertama : Memiliki keimanan yang mantap
Hidup kita hendaklah sentiasa dipandu dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Sekiranya berlaku pengabaian terhadap pengukuhan keimanan kepada Allah, maka sudah tentu perjalanan hidup seseorang akan mudah diseleweng dan terpesong menurut kemahuan hawa nafsu semata-mata. Maka kerana itulah keimanan yang mantap adalah penting sebagai penghalang daripada terjerumus ke lembah maksiat, di samping ia mengatur perjalanan hidup yang selamat dan diredhai Allah s.w.t. Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 2 :
Maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allh (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah (bertawakal )".

Kedua : Berusaha menjadi insan berjiwa merdeka
Hendaklah sentiasa berusaha membebaskan diri dari sebarang belenggu, terutama belenggu penjajahan pemikiran-pemikiran yang sesat dan menyesatkan. Seterusnya kita hendaklah menolak fahaman serta amalan-amalan negatif yang boleh merosakkan dan menghancurkan umat Islam.
Oleh itu, perkara yang paling utama ialah membebaskan pemikiran kita dari sebarang bentuk ketergantungan kepada sesuatu yang lain selain dari Allah s.w.t. yang boleh membawa kita kepada syirik terhadap Allah.

Ketiga : Melaksanakan Amar Ma'aruf dan Nahi Mungkar
Sudah tentu kita tidak dapat lari dari tanggungjawab melaksanakan semua perintah Allah dan perkara-perkara ma'aruf serta meninggalkan semua yang mungkar, kerana ianya merupakan kewajipan kepada kita semua. Maka ia merupakan satu keutamaan dalam Islam bagi membawa umat manusia ke arah keselamatan dan kesejahteraan. Firman Allah dalam surah ali-Imran ayat 110 :
Yang bermaksud : "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)".

Dalam ayat ini, sekiranya setiap muslim melaksanakan tanggungjawab amar ma'aruf dan nahi mungkar, maka sudah pasti kita akan menjadi "khaira ummah" iaitu ummah yang unggul dalam erti kata menjadi ummah contoh yang diikuti sepanjang zaman.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَـا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.

Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak






Kes AES: 7 OKS hanya diberi amaran lisan

Posted: 04 Dec 2012 10:56 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -


\
KUALA LUMPUR: Daripada 914 orang kena saman (OKS) berhubung Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), hanya 22 dari mereka hadir pada sebutan kes di Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Lapan daripada jumlah 22 yang hadir itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dakwaan melanggar isyarat lalu lintas.

Hakim, Noorasyikin Sahat menetapkan 19 dan 20 Disember ini bagi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyerahkan dokumen berkaitan.

Bagi 14 orang yang mengaku melakukan kesalahan itu pula, tujuh dari mereka diberi amaran lisan, manakala tujuh lagi dikenakan kompaun sebanyak RM300 atau 3 hari penjara.

Kesemua mereka yang hadir ke mahkamah hari ini didakwa melakukan kesalahan kerana tidak mematuhi isyarat lampu merah di persimpangan Jalan Kelang Lama-Jalan Shapadu.

Persimpangan tersebut merupakan salah satu dari 14 lokasi yang telah dipasang kamera AES bagi fasa pertama oleh Kementerian Pengangkutan Jalan.

Sementara itu, baki OKS seramai 894 lagi yang tidak hadir hari ini dikeluarkan waran tangkap.

Sebutan kes hari ini sekali lagi mengejutkan banyak pihak sama seperti kali pertama pada 29 November lalu, apabila hanya dua daripada 120 OKS hadir ke mahkamah.

Peguam Zulhazmi Shariff yang juga merupakan penasihat undang-Undang kepada Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor berkata, melihat kepada keputusan amaran lisan yang diberikan oleh hakim hari ini menjelaskan setiap kesalahan AES tidak semestinya dikenakan bayaran denda RM300.

Malah beliau juga turut menyeru agar pemandu yang mendapat saman AES hadir ke mahkamah dan tidak perlu membayar saman tersebut di JPJ.

"Kita lihat bagaimana hakim memutuskan ada antara mereka hanya diberikan amaran lisan.

"Jadi pemandu yang mendapat saman tidak perlu ke JPJ untuk membayar saman tersebut, mereka hadir ke mahkamah dan kita menyediakan khidmat guaman percuma kepada mereka bagi menyelesaikan kes tersebut," jelasnya.


harakah/-

AMK Selangor: KDNK negara merosot bawah kepimpinan Najib

Posted: 04 Dec 2012 10:49 PM PST


21 Muharram 1433H. [MOD] -



Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK Selangor) hari ini menolak sekeras-kerasnya cubaan tekad Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyerang secara membabi buta ; dengan niat mencalarkan imej Ketua Pembangkang iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan dasar beliau sempena Perhimpunan Agung Umno 2012.
AMK Selangor juga memandang ucapan itu sebagai terdesak, dan lebih mirip kepada kepayahan dan jerih mempertahankan sisa-sisa waktu akhir sebelum tempoh pemerintahan mereka ditumbangkan oleh rakyat di dalam Pilihanraya Umum ke 13.
Keghairahan Najib Razak mencanang kejatuhan mata ekonomi negara pada tahun 1997-1998 adalah satu bukti bahawa Perdana Menteri kita ini bukan sahaja tidak bijak, malah penipu besar yang sanggup menyembunyikan segala fakta daripada rakyat, semata-mata menagih ihsan demi kelangsungan pemborosan pemerintahan beliau.
Hakikat sebenar adalah, sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Kewangan Malaysia adalah zaman keemasan apabila negara mencatatkan pertumbuhan KDNK yang kukuh pada kadar 8.8 peratus pada 1992; 9.9 peratus pada tahun 1993; 9.2 peratus pada 1994; 9.8 peratus pada 1995; 10 peratus dalam 1996 dan 7.3 peratus pada 1997 apabila krisis ekonomi bermula.
Malangnya ekonomi negara dibawah Najib, KDNK negara merosot sebanyak 1.5 peratus pada 2009, dengan pertumbuhan berikutnya sebanyak 7.2 peratus pada 2010 dan 5.1 peratus pada tahun 2011. Maka jelas siapa yang sebenarnya mempunyai keupayaan untuk memimpin negara Malaysia yang kaya dengan hasil bumi ini, tanpa ada kecenderungan untuk melakukan penyelwengan dan penipuan harta negara.
Wujud ketidakadilan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tidak memiliki ruang sama sekali bagi mempertahankan dirinya, sekaligus Najib Razak menggunakan segala media yang ada untuk menyerang pesaing yang akan menggantikannya di Putrajaya itu. AMk Selangor menyelar ucapan dasar Najib Razak itu sebagai kosong dan bodoh sombong serta tidak layak diangkat sebagai sebuah ucapan yang mampu membawa Malaysia keluar dari kemelut semasa.
AMK Selangor mencabar sekiranya berani, Najib Razak memilih medium debat atau penerangan terbuka bersama-sama Dato Seri Anwar Ibrahim untuk rakyat menilai sendiri keupayaan siapa yang lebih diperlukan untuk memimpin masa depan negara yang lebih penting untuk generasi akan datang.
Kesusutan nilai rizab negara, dan hutang berjumlah RM 540 billion ini adalah satu perkara membimbangkan yang tanpa disedari, akan memberi kesan terburuk dalam sejarah ekonomi negara.
Malaysia Perlu Bergerak KeHadapan, Anwar Ibrahim Adalah Harapan

Tidak boleh tidak, Dato Seri Anwar Ibrahim adalah harapan Malaysia untuk kembali bersaing sekurang-kurangnya di peringkat ekonomi Asean. Kejayaan BN dibawah Najib Razak menipu nilai-nilai ekonomi yang sebenarnya tidak setanding pertumbuhan Vietnam sekalipun, adalah satu jenayah fakta yang tidak boleh dimaafkan.
Kejayaan ekonomi yang dibuktikan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi satu kayu ukur bagaimana ekonomi dapat ditadbir dengan baik dan adil.
Najib Razak tidak mahu berdebat dengan alasan debat bukan budaya Malaysia, tetapi mencanang-canangkan keburukan lawan dalam siaran langsung televisyen dan media cetak adalah satu perkara akhir yang dapat beliau banggakan. Rakyat tahu dan sedang menilai; walaupun AMK Selangor sedar ada juga segelintir rakyat yang terpengaruh dengan penipuan itu, tetapi akhirnya kebenaran akan terdedah.
Justeru, AMK Selangor menyelar sekeras-kerasnya kebaculan Najib Razak yang jelas lemah dan tidak mampu untuk mentadbir dalam keadaan sekarang, dengan kekangan keupayaan pengetahuan ekonomi dan kongkongan isterinya yang masuk campur dalam banyak keputusan penting negara.
AMK Selangor menyeru Najib Razak untuk menyerahkan mandat segera kepada rakyat untuk memilih pimpinan yang lebih baik sebagai ganti, ketika negara benar-benar memerlukan pemimpin yang berwibawa seperti Anwar Ibrahim untuk kembali memacu Malaysia ke landasan sebenar.

Azmizam Zaman Huri
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia

Skandal RM40j: PKR ke ICAC Hong Kong semula

Posted: 04 Dec 2012 10:46 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: PKR akan ke Hong Kong semula bagi menyerahkan bukti kepada Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) berkaitan skandal rasuah RM40 juta yang mengaitkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

(Kunjungan wakil PKR ke ICAC sebelum ini)


Menurut laporan Keadilan Daily, delegasi PKR itu akan bertemu ICAC pada 13 Disember ini sebagai memenuhi permintaan suruhanjaya itu supaya bukti yang diperlukan pihaknya diserahkan untuk membuka semula siasatan kes tersebut.

"Kita akan bertemu ICAC 13 Disember ini dan serah dokumen yang mereka tiada, termasuk semua dokumen transaksi. Ia bagi membantu ICAC dapatkan bukti kes," kata salah seorang wakil deligasi, Chang Lih Kang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja itu juga mendakwa, bukti berkenaan juga akan diserah kepada Ahli Parlimen (MP) Hong Kong yang ditemui sebelum ini untuk dibawa kepada Mesyuarat Panel Keselamatan Hong Kong.

"MP Hong Kong berjanji untuk bawa isu ini ke dalam agenda mereka. Panel Keselamatan adalah pihak yang bertanggungjawab memantau ICAC," jelasnya.

Rombongan kali pertama pada 21 November lalu turut disertai Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Selayang William Leong dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian.

Pada kunjungan itu mereka menyerahkan satu laporan dan dokumen sokongan mengenai perkembangan baru yang didakwa boleh membantu siasatan kes tersebut.

Antaranya kenyataan Datuk Seri Lajim Ukin bahawa beliau tidak pernah tahu menahu bagaimana Umno telah mendapat sumbangan derma RM40 juta, seperti alasan yang digunakan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk menghentikan siasatan ICAC

Keduanya adalah kenyataan Datuk Seri Wilfred Bumburing bahawa beliau tahu wang RM40 juta itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi seseorang (bukannya akaun Umno) yang menguatkan lagi pandangan ramai bahawa wang itu bukanlah derma kepada Umno

Musa sebelum ini menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan hartawan balak, Michael Chia yang pernah ditahan pada 2008 kerana cuba menyeludup wang haram berjumlah RM40 juta.

Selain Musa, perkara sama turut dinafikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang mendakwa wang RM40 juta tersebut adalah untuk Umno Sabah.

PKR bagaimanapun mempersoal kenyataan Nazri itu ekoran wujudnya hubungan antara ahli keluarga Nazri dengan jutawan balak Micael Chia itu.

Hubungan itu berupa sebuah kereta mewah SUV Hummer yang didakwa diguna anak kepada menteri itu, Nedim.


harakah/-

Hak asasi Malaysia lebih teruk berbanding Myanmar

Posted: 04 Dec 2012 10:40 PM PST


21 Muharram 1433H. [MOD] -



KUALA LUMPUR 5 Dis: Siasatan polis ke atas beberapa pimpinan Pakatan Rakyat ekoran menyertai Langkah Hijau 25 September lalu membuktikan hak asasi di Malaysia lebih teruk berbanding Myanmar, kata Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah.
Katanya, ketika negara junta tentera itu menggubal undang-undang yang lebih terbuka, Malaysia pula mengambil langkah sebaliknya dengan menggunakan Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) untuk menyekat hak rakyat berhimpun.
"Negara kita ada sekatan yang lebih besar (berbanding Myanmar). PAA memerlukan kita memberi notis sepuluh hari sebelum adakan perhimpunan tetapi di Myanmar hanya tetapkan lima hari.
"(Malah) undang-undang di Myanmar membenarkan perarakan. Dalam akta (negara) kita, ia dianggap sebagai jenayah," kata Ahli Parlimen Subang itu pada sidang media di depan Balai Polis Wangsa Maju selepas disoal siasat semalam.
Pimpinan KEADILAN yang turut disoal siasat, Naib Presiden, Tian Chua; Pengarah Jawatankuasa Disiplin, Datuk Dr Tan Kwee Kwong; Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam dan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda, Rozan Azen Mat Rasip.
Hadir sama memberi sokongan, Pengarah Guaman, Latheefa Koya.
Sebelum itu, Yang Dipertua PAS Batu, Ishak Surin memberi keterangan 1 Disember lalu di balai polis sama.
PPA diwartakan pada 23 April 2012, selepas diluluskan tergesa-gesa oleh kerajaan Umno BN.
Akta itu turut digunakan untuk mendakwa Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin kerana menyertai perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu.
Tian berkata, siasatan polis itu membuktikan kebimbangan Pakatan Rakyat bahawa kerajaan Umno BN akan menjadikan akta itu senjata untuk menyekat rakyat ternyata benar.
"Inilah sebabnya kenapa kita bantah PAA sebelum ini. Ia memang digunakan untuk menyekat rakyat, tiada lagi jaminan untuk berhimpun dengan aman," katanya.
Lebih 20,000 rakyat menyertai perarakan Langkah Hijau sejauh 42 kilometer yang bermula di Markas PAS Taman Melewar menuju Dataran Merdeka bagi membantah operasi kilang Lynas di Gebeng, Kuantan.
Sebahagian peserta, antaranya Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack berjalan kaki sejauh 300 kilometer dari Kuantan bermula 13 November lalu.
.keadilandaily.

Pakatan boleh tambah kerusi Parlimen di Melaka

Posted: 04 Dec 2012 10:36 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -


MELAKA: Berdasarkan analisis terhadap beberapa dapatan kajian yang dilaksanakan oleh beberapa pihak, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menjangkakan Pakatan boleh menambah satu lagi kerusi parlimen di Melaka. 

Tambahan kerusi parlimen ini menjadikan PR menguasai dua daripada enam kerusi parlimen di negeri tersebut. 

Bagaimanapun, Barisan Nasional (BN) dijangka boleh menang dengan agak selesa mengekalkan penguasaan negeri Melaka, dengan memenangi sekurang-kurangnya 17 kerusi DUN daripada 28 kerusi. 

Kedudukan ini memperlihatkan Melaka adalah antara negeri yang paling selamat bagi BN. 

"Analisis ini dibuat berdasarkan beberapa dapatan kajian yang dibuat oleh kumpulan-kumpulan pengkaji dari universiti dan pihak ketiga, di samping data yang diperolehi oleh PPP sendiri," kata Pengarah Operasi PPP, Dr Zuhdi Marzuki (gambar atas).

Kerusi Parlimen yang dijangkakan boleh ditambah oleh PR ialah kerusi P137, Bukit Katil, yang ditandingi oleh PKR. 

Kerusi ini dikategorikan sebagai kerusi campuran disebabkan nisbah pengundi Melayu dan Bukan Melayu yang kecil, iaitu 52% pengundi Melayu, 42% pengundi Cina, 6% pengundi India dan selebihnya kurang dari 1% lain-lain pengundi. 

Hasil analisis PPP, undi akar umbi BN di kawasan ini hanyalah 38% daripada keseluruhan pengundi, manakala golongan atas pagar adalah besar iaitu 31%. 

Sekiranya PR boleh meraih sokongan golongan atas pagar ini, maka Bukit Katil boleh dimenangi oleh PR, katanya. 

Bagaimanapun, dapatan analisis ini tidak selari dengan dapatan kumpulan pengkaji Majlis Profesor Negara (MPN) yang merumuskan Bukit Katil sebagai kawasan putih atau selamat bagi BN.

Bagi kerusi-kerusi DUN pula, kata Dr Zuhdi, BN dijangkakan boleh menang di sekurang-kurangnya 17 kerusi DUN, manakala PR (DAP) dijangkakan boleh mengekalkan penguasaan di 5 kerusi DUN seperti yang dimenangi pada Pilihanraya Umum (PRU) 2008.

Baki enam lagi kerusi DUN iaitu, Asahan, Machap, Kelebang, Duyong, Rim dan Serkam dikategorikan sebagai kawasan kelabu, katanya. 

Antara keenam-enam kerusi kelabu, kerusi DUN Asahan yang ditandingi oleh PAS berpotensi untuk jatuh ke tangan PR, sekiranya PR berjaya menggunakan strategi yang betul dan sesuai. 

Kerusi DUN Asahan yang terletak di bawah Parlimen Alor Gajah bersama sebuah lagi kerusi DUN yang dikategorikan kelabu, Machap, yang terletak di dalam kawasan parlimen yang sama, memberi sedikit harapan kepada PR (PAS) untuk memberi saingan yang sengit kepada BN di Parlimen Alor Gajah.

Dalam PRU tahun 2008, kerusi Parlimen Alor Gajah yang mempunyai 57% pengundi Melayu, 30% pengundi Cina dan 13% pengundi India, dimenangi oleh MCA. 

Dalam PRU tersebut BN (MCA) memperolehi 63% sokongan daripada keseluruhan pengundi. 

"PPP mengunjurkan sokongan tersebut telah merosot sebanyak 3% seiring dengan peralihan sokongan pengundi-pengundi Cina di Selatan Semenanjung kepada PR," jelasnya.

Berdasarkan analisis PPP, sokongan akar umbi BN di kawasan ini adalah sekitar 56.3%. 

Meskipun kawasan ini adalah dikategorikan selamat bagi BN, sekiranya PR khususnya PAS berjaya meningkatkan sedikit lagi sokongan pengundi Melayu dan menggunakan strategi yang bijak dalam PRU akan datang, peluang untuk memenangi kerusi ini tidak boleh diperkecilkan.

Menurut kajian PPP, kata Zuhdi, sokongan terhadap PR boleh dipertingkatkan sekiranya, terdapat seorang tokoh pimpinan PR dari negeri ini yang berkaliber untuk menyaingi kepimpinan Ketua Menteri Melaka sekarang Datuk Seri Ali Rustam. 

Menurut dapatan kajian MPN, populariti Ali Rustam mencecah 83%, sedangkan PR tidak mempunyai seorang tokoh pemimpin yang boleh menyaingi beliau. 

"Oleh sebab itu, penyertaan Datuk Tamrin Tun Ghafar ke dalam PAS seharusnya dimanfaatkan sebaiknya untuk menjana sokongan kepada PR," kata Zuhdi.

Selain daripada itu, katanya, PR perlu meneruskan pendedahan penyelewengan dan salahguna kuasa oleh kerajaan BN di peringkat negeri dan persekutuan untuk meningkatkan lagi sokongan terhadap PR. 

"Isu ini boleh memberi kesan kepada pengundi-pengundi atas pagar terutama pengundi-pengundi muda di bawah 30 tahun untuk menyokong PR," katanya.
harakah/-

SMS provokasi beberapa hari sebelum serangan

Posted: 04 Dec 2012 07:59 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Serangan sekumpulan samseng terhadap ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi didakwa didahului dengan penyebaran khidmat pesanan ringkas SMS 'berupa arahan' beberapa hari sebelumnya.
SMS itu didakwa menyatakan arahan supaya membantah kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program yang diadakan di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di sini malam tadi itu.

Perkara itu turut disahkan Timbalan Ketua Cabang PKR Gombak, Amirudin Shari dalam kenyataan kecamannya terhadap serangan itu pagi ini.

"Beberapa hari sebelum program, pimpinan Pakatan Rakyat Gombak telah dimaklumkan bahawa terdapat pesanan ringkas (SMS) yang berlegar  untuk menggesa Pemuda Umno Gombak turun untuk menghalang program yang akan berlangsung berlangsung,a' katanya.

Ekoran itu, sebagai langkah keselamatan katanya, pihaknya khususnya kepimpinan Pakatan Rakyat Gombak telah membuat satu laporan polis pada 3 Disember 2012 di Balai Polis Gombak bagi mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku.

"Malangnya lebih 100 orang pemuda Umno hadir untuk melakukan provokasi bagi mengganggu ceramah yang berlangsung sehingga keadaan tegang dan berlakunya kekecohan di hadapan tapak ceramah.

"Tambah mengecewakan, seorang penyokong Pakatan Rakyat telah ditikam dengan senjata tajam," katanya.

Dalam serangan malam tadi, sekurang-kurangnya dua orang penyokong Pakatan Rakyat cedera.

Mangsa pertama, seorang lelaki cedera di bahu kiri dipercayai ditikam dengan objek tajam manakala seorang lagi Haider Samsudin (gambar bawah) cedera di kepala akibat dibaling objek keras dipercayai pasu.

"Dalam suasana kecoh itu, tiba-tiba ada benda keras kena kepala saya sebelah kanan. Bila saya lihat, rupa-rupanya pasu yang baru pecah berderai.

"Cepat-cepat saya kawal pernafasan kerana saya mula rasa pening kerana banyak darah mengalir," kata Haider dipetik Keadilan Daily, malam tadi.

Haider, yang juga ketua cawangan PAS Kampung Gombak Utara merupakan tuan rumah dimana tempat ceramah diadakan.

Beliau didakwa cedera ketika cuba mententeramkan keadaan berikutan ancaman samseng di lokasi ceramah.

harakah/-

Lagi angkara khianat

Posted: 04 Dec 2012 07:54 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR – Tindakan khianat pihak tertentu bukan sahaja mengakibatkan sebuah kereta dan enam motosikal musnah dibakar malah menyebabkan tujuh penghuni termasuk dua kanak-kanak sesak nafas selepas terhidu asap tebal semalam.

Kejadian pukul 5.05 pagi di Blok R Flat Sri Kuching dekat Taman Seri Kuching di sini itu berlaku ketika rata-rata penghuni masih nyenyak tidur.

Mengimbau semula kejadian itu, pemilik kereta jenis Proton Saga, Meoh Bee Leong, 52, berkata, dia terus ke tempat letak kereta selepas dikejutkan isterinya yang terdengar bunyi kecoh meminta supaya penghuni mengalihkan kenderaan masing-masing.

"Sebaik tiba, saya lihat api sedang marak membakar motosikal dan enjin kereta saya. Saya cuba mengalihkan kereta namun gagal kerana api merebak dengan pantas," ceritanya ketika ditemui di sini.

kosmo/-

Emir Kuwait letak jawatan Kabinet

Posted: 04 Dec 2012 07:49 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -

Sheikh Sabah Al Ahmad Al Sabah
Sheikh Sabah Al Ahmad Al Sabah
 
KUWAIT CITY - Emir Kuwait, Sheikh Sabah Al Ahmad Al Sabah, menganggap peletakan jawatannya dalam Kabinet sebagai proses rutin selepas pilihan raya.

Media tempatan melaporkan, Perdana Menteri Shaikh Jaber Mubarak Al Sabah dan menteri lain masih berada dalam pentadbiran hingga Kabinet baru dibentuk.

Beliau mengemukakan peletakan jawatan selepas menyaksikan pilihan raya negara itu diboikot pembangkang dan kehadiran pengundi rendah.

Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan, Ahmad Al Ajeel, mengumumkan pengundi adalah 39.7 peratus tetapi pembangkang mengatakan peratusan pengundian itu hanya 26.7 peratus.

Sheikh Sabah Al Ahmad akan mengadakan rundingan dengan pegawai kanan dan bekas speaker Parlimen sebelum pembentukan Kabinet baru.

Kerajaan perlu dibentuk dalam tempoh 14 hari sebelum Parlimen melakukan sesi sulung perbahasan.

Pertikaian berlaku apabila ramai pihak menentang pelantikan Shaikh Jaber sebagai perdana menteri kerana beliau mengamalkan rasuah selepas peletakan jawatan bekas perdana menteri Shaikh Nasser Mohammad Al Ahmad Al Sabah pada November tahun lalu.

Pada pilihan raya itu, calon dari minoriti Syiah mendahului dengan memenangi 17 kerusi daripada 50 keanggotaan Kabinet. - AFP

Kedah akan guna kaedah baru tanam nanas

Posted: 04 Dec 2012 07:46 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -


(Amiruddin menyampaikan cendera hati kepada Tunku Bendahara sempena sambutan Hari Peladang dan Nelayan negeri Kedah)

ALOR SETAR: Kerajaan negeri mensasarkan 4,050 hektar tanaman nanas sehingga tahun 2015 melalui Pelan Halatuju Pembangunan Pertanian Negeri Kedah, kata Exco kerajaan negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Bagi mencapai sasaran itu, Jabatan Pertanian telah memperkenalkan teknik tanaman nanas secara berkepadatan tinggi bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.

Ini kerana, melalui kaedah biasa, setelah empat tahun usaha dilakukan, hanya 1,252 hektar tanah berjaya ditanam nanas ekoran masalah mendapatkan tanah pertanian.

harakah/-

Kamera AES Diturunkan! Tahniah Kerajaan Selangor!

Posted: 04 Dec 2012 07:16 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -


Menyedari amaran keras yang diberikan Kerajaan Selangor terhadap pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang mendapat bantahan rakyat seluruh negara, hari ini kontraktor yang dilantik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akhirnya menurunkan sebuah kamera yang dipasang di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) sebentar tadi.

Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu yang memberi amaran tersebut mewakili menteri besar, Abdul Khalid Ibrahim masih belum dapat dihubungi bagi memberi komen susulan daripada tindakan tersebut.

Kerajaan negeri memberi tempoh sehingga Isnin lalu bagi kementerian pengangkutan menurunkan kamera kontroversi itu atau berdepan dengan tindakan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diarah bersiap sedia sekiranya kementerian gagal berbuat demikian.

Malah sebuah pertubuhan NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga berhasrat untuk berbuat demikian dan hanya menunggu lampu hijau dari kerajaan negeri untuk menurunkannya tanpa menggunakan sesenpun wang pembayar cukai.

Kira-kira 50 orang pengguna jalan raya yang lalu di kawasan terbabit memperlahankan kenderaan masing-masing melihat operasi tersebut dijalankan tanpa kehadiran pihak polis seperti kebiasaannya.

Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak 256,899 saman telah dikeluarkan sejak AES beroprasi dari 23 September sehingga 26 November lalu.

Dari jumlah itu, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 142,809 saman dikuti Perak sebanyak 81,00, Putrajaya 22,876 dan Kuala Lumpur sebanyak 10,213 saman.

Saman tertinggi adalah melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju iaitu sebanyak 243,545 saman diikuti kesalahan melanggar lampu isyarat sebanyak 13,354 saman.

Perkara itu dijelaskan Timbalan Menteri Pengangkutan, Abdul Rahim Bakri di Dewan Negara semalam sebagai menjawab soalan yang dikemukakan oleh Senator Khairiah Mohamed.

Sehingga kini, AES telah dipasang di 14 lokasi di seluruh negara.

AES di kawasan 30km/j kekal

Selain jumlah itu, Khairiah juga turut mempersoalkan berhubung dengan kajian semula AES di kawasan had laju 30 kilometer sejam dan nortis amaran di lokasi-lokasi kamera AES.

Dalam jawapannya, timbalan menteri itu berkata, setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula cadangan menguatkuasakan AES di kawasan had laju 30 kilometer sejam.

Katanya, pemilihan lokasi tersebut adalah dibuat berdasarkan kriteria yang teratur dan lokasi ini merupakan kawasan-kawasan sekolah di mana terdapat keperluan untuk menyediakannya bagi melindungi kemalangan di kalangan murid-murid sekolah.

"Walau bagaimanapun, penguatkuasaan di kawasan ini akan mengguna pakai kamera mudah alih dan dijalankan hanya pada waktu persekolahan sahaja," jelasnya.

Berhubung notis amaran pula, timbalan menteri itu berkata, notis telah dipasang dalam lingkungan dua hingga tiga kilometer bagi mengesan kesalahan memandu melebihi had laju, manakala bagi mengesan kesalahan melanggar lampu isyarat pula, notis amaran dipasang dalam lingkungan 50 hingga 500 meter. -jalanpulang


Beratus-ratus Bayi Lahir Selama serangan Israel di Gaza

Posted: 04 Dec 2012 07:15 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -

GAZA – Warga Palestin di Semenanjung Gaza akan menamakan putra-putra mereka yang baru lahir dengan Fajr-3 dan Fajr-5, seperti roket dan peluru berpandu yang diberikan Iran kepada Palestin. 

Peluru berpandu dan roket tersebut telah membantu Palestin mengukir kejayaan bersejarah dalam menentang pencerobohan Israel dalam perangnya selama lapan hari di Gaza.

Al-alam melaporkan, Muhammad Shafie Abu Nashat seorang warga Gaza menyatakan akan memberi nama anaknya yang baru lahir dengan roket Fajr-3 yang telah berjaya menembus garis pertahanan Israel dan menghentam pusat rejim Zionis di Tel Aviv.

Anak Abu Nashat (Fajr-3) lahir di hospital Syuhada al-Aqsa di tengah Semenanjung Gaza, sehari selepas gencatan senjata. Kata beliau, "Kemenangan ini pertama kembali kepada Allah SWT dan kemudian kepada Iran yang telah memberikan sokongan ketenteraan dan kewangan kepada kumpulan pejuang dan digunakan untuk menghentam musuh pada peringkat untuk pertama kalinya dalam sejarah konflik Arab-Israel."
Sementara itu, seorang ibu mengandung bernama Amira Abu Asaus (30 tahun) dari wilayah Syeikh Radwan utara Semenanjung Gaza, yang sebelumnya cedera akibat serangan Israel, menyatakan jika anaknya lahir akan diberi nama Fajr, merujuk kepada roket buatan Iran yang digunakan kumpulan muqawama untuk menggoncang bandar-bandar Israel.

Amira dan anaknya "Maghrib" dalam keadaan sihat. Dia mendoakan anaknya punya masa depan dalam muqawama Palestin dan memikul roket yang sesuai dengan namanya demi pembebasan Palestin daripada pendudukan Israel.

Dalam kumpulan komentar dari beberapa kumpulan kemanusiaan yang ditujukan kepada kerajaan dan tentera Israel, sebahagian besar menuduh tentera Israel telah melakukan tindakan menggelabah dengan menggunakan senjata mematikan yang mengakibatkan Ratusan orang terbunuh.
Menurut saksi, beberapa agensi juga bersetuju serangan terhadap pegawai perubatan, sekolah, rumah sakit, dan kemudahan PBB.

"Kami kira kita semua telah menyaksikan bukti semakin terkikisnya moral yang mengakibatkan kemusnahan dalam jumlah yang besar.
Serangan Israel tersebut juga diduga kuat adalah sebagai usaha utama mereka untuk membunuh wanita mengandung dan generasi muda Gaza, yang rata-rata telah dilantik menjadi hafidz (orang yang hafal seluruh ayat Al-Quran), kerana Yahudi sangat bimbang jika para hafidz tersebut akan memerangi mereka di masa depan.

"Konflik tersebut di salah satu kawasan paling padat di dunia, di mana sebahagian besar penduduknya adalah kanak-kanak", kata Annie Foster, pemimpin kumpulan Selamatkan kanak-kanak untuk bantuan kecemasan di Gaza.

"Tiap harinya puluhan kanak-kanak menderita atas serangan yang berlaku. Dan hal ini tidak dapat diterima", kata Ann Veneman, Pengarah Eksekutif UNICEF.

Menurut laporan Badan Anggaran PBB (UNFPA), dari sekitar 450 wanita mengandung, 350 di antaranya telah melahirkan bayi mereka selama serangan Israel di Gaza. Jumlah tersebut tentu cukup besar jika dibandingkan jumlah korban terbunuh Selam Lapan Hari Agresi Israel ke Gaza menelan korban kanak-kanak, 43 gugur dan 432 yang lain cedera, jumlah mangsa gugur dari kalangan kanak-kanak dalam serangan Israel ke Gaza sejak Rabu lalu sehingga Rabu, mencapai 43 orang, kira-kira 27% daripada keseluruhan mangsa yang guur, sementara kanak-kanak yang menjadi mangsa kecederaan mencapai 432 orang, kira-kira 35% daripada keseluruhan mangsa yang cedera.

Halim Islam


Calon PRU13: Muslimat Pas hantar 30 nama

Posted: 04 Dec 2012 07:12 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -

Siti Zailah Mohd Yusoff
Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusoff
 
RANTAU PANJANG – Dewan Muslimat Pas telah mengemukakan senarai 30 nama kepada pucuk pimpinan Pas untuk dipilih sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, kesemua mereka merupakan calon berwibawa serta difikirkan sesuai untuk turun gelanggang PRU13.

Menurutnya, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan pusat untuk meletakkan mereka di mana-mana kawasan yang difikirkan sesuai.

"Kita telah mengenal pasti calon-calon Muslimat berkelayakan untuk diletakkan sebagai calon pilihan raya umum tidak lama lagi.

"Lokasi serta calon yang dipilih kita serahkan kepada pimpinan pusat untuk membuat penentuan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Siti Zailah berkata, calon-calon berkenaan terdiri dari pelbagai latar belakang dan ada dalam kalangan mereka berusia sekitar 20-an.

Menurutnya, mereka merupakan golongan berpendidikan serta mampu menjadi seorang pemimpin.
"Ada dalam kalangan mereka juga golongan profesional seperti peguam serta doktor yang dirasakan benar-benar layak serta berwibawa.

"Keseluruhan lebih 30 calon yang disenaraikan ini adalah Muslimat dari seluruh negara," katanya.

harakah/-

Cuba elak ditahan polis, lelaki terjun sungai tinggalkan isteri dan anak

Posted: 04 Dec 2012 07:10 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki sanggup meninggalkan isteri dan dua anak yang masih kecil di dalam kereta dipandunya, sebelum nekad terjun ke dalam sungai semata-mata ingin meloloskan diri daripada ditahan polis dalam satu kejadian di Kampung Teluk Pasu di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, lelaki berusia 28 tahun itu cuba mengelak daripada ditangkap setelah dikehendaki polis berhubung beberapa kes jenayah curi kereta di sekitar Pasar raya Giant dan Mydin Mall, di sini.

Menurut sumber, semasa kejadian, suspek yang menaiki kereta jenis Perodua Viva diekori Unit Kereta Ronda MPV Balai Polis Chabang Tiga di sekitar Pasar Chabang Tiga, di sini.

"Bagaimanapun, suspek yang menyedari dirinya diekori terus memecut laju keretanya menghala ke Kampung Teluk Pasu, di sini, dan polis turut mengejarnya sejauh kira-kira 15 kilometer.

"Ketika itu, suspek merempuh beberapa lampu isyarat sebelum nekad terjun ke dalam Sungai Manir apabila menyedari dirinya telah dikepung polis dengan bantuan Rakan Cegah Jenayah (RCJ) Terengganu," katanya.

Menurutnya, suspek turut berlakon pengsan apabila dia gagal berenang ke seberang, sebelum diberkas polis dan dibawa ke Balai Polis Manir, untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, suspek yang baru sahaja tamat menjalani hukuman penjara pada Julai lalu atas kesalahan mencuri kereta mempunyai beberapa rekod jenayah, termasuk kes curi kereta dan pecah cermin kereta.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan penangkapan suspek yang berasal dari Kampung Sekati, di sini.

"Suspek kini direman sehingga 8 Disember depan untuk disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan," katanya.

sinar/-

Penyokong PKR didakwa ditikam di ceramah Anwar

Posted: 04 Dec 2012 07:03 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -





 
Seorang penyokong Pakatan Rakyat didakwa ditikam oleh seorang penyokong Umno di Gombak dalam satu kejadian di ceramah yang dihadiri ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam tadi.
NONE
Lidah parti PKR Keadilan Daily melaporkan, individu berkenaan mengalami kecederaan di bahu kiri yang dipercayai akibat satu senjata tajam.

"Ia berlaku ketika sekumpulan samseng Umno yang sebahagiannya membawa bendera BN mengganggu ceramah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di sini.

"Kumpulan samseng Umno yang sebahagiannya didakwa sebagai pesilat, selain berbuat bising menggunakan kata kesat turut melempar batu ke tapak ceramah," laporan itu dipetik.

Menurut laporan itu lagi, Anwar dalam ucapannya dalam ceramah tersebut mengutuk insiden berkenaan yang disifatkan sebagai perbuatan golongan "jahiliah".

Beliau juga mahu polis mengambil tindakan segera ke atas kejadian tersebut.

malaysiakini/-

Pemuda PAS rancang program bersama IIM

Posted: 04 Dec 2012 06:59 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia telah berkunjung ke ibu Pejabat Institut Integriti Malaysia (IIM) di Jalan Duta di sini semalam.

Kunjungan mereka kali ini dilihat sebagai usaha serius untuk melahirkan pemimpin yang berintegriti di kalangan Dewan Pemuda PAS khususnya.

Delegasi Dewan Pemuda PAS Malaysia diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda Nasrudin Hassan, Setiausaha Khairul Faizi, Penolong Setiausaha 3 Yusapiza Yaacob, Pengarah Jabatan Pilihanraya Sany Hamzan dan dua orang pegawai Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Menurut Nasruddin, lawatan ini juga sebagai susulan pengisytiharaan harta yang dibuat di Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia baru-baru ini.

"Kita mahu sebuah Institut yang berintegriti seperti IIM untuk memberi pandangan mengenai langkah yang diambil oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia di muktamar baru-baru ini.

"Respon dari pihak IIM sangat baik dan kami diberikan beberapa pandangan mengenai perkara ini," katanya.

Sementara itu, Khairul Faizi pula berkata, dewan pemuda akan mengadakan satu program khusus bersama IIM sebagai usaha ke arah melahirkan kepimpinan pemuda yang berintegriti.

"Kita telah berbincang dan merancang untuk mengadakan satu program khusus dengan IIM sebelum PRU 13 ini insya Allah", katanya selaku jurucakap di dalam pertemuan tersebut.

Deligasi Dewan Pemuda PAS Malaysia disambut oleh Timbalan Presiden IIM Doktor A Bakar Sarpon, Pengarah Sektor Politik IIM Mohd Ismail Abdul Jalil, Ketua Penolong Pengarah Sektor Politik IIM Loganathan a/l Veerasamy dan juga dua orang Penolong Pengarah Sektor Politik IIM, Fison Hamdi dan Zubayry Abady.

harakah/-

Pemuda PAS kecam serangan samseng di Gombak

Posted: 04 Dec 2012 06:30 PM PST

21 Muharram 1433H. [MOD] -



Anggota FRU mengawal keadaan di tempat ceramah malam tadi.

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi sehingga menyebabkan salah seorang hadirin cedera.

Ketua penerangannya Riduan Mohd Nor berkata, tindakan tersebut mencerminkan betapa terdesaknya pihak lawan sehingga sanggup bertindak diluar batas undang-undang.

"Demokrasi apakah ini? Sudahlah takut berhujah, upah samseng pula untuk ganggu program Pakatan Rakyat.

"Ia seolah-olah dihalalkan malah pihak ini seperti kebal dari tindakan," katanya sambil menyebut beberapa lagi siri serangan serupa yang berlaku sebelum ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian serangan malam tadi yang menyebabkan seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera di bahu dipercayai ditikam dengan objek tajam. (Gambar kanan)
Ia berlaku ketika sekumpulan samseng yang sebahagiannya membawa bendera BN mengganggu ceramah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di sini kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Kumpulan samseng yang sebahagiannya didakwa sebagai pesilat, pada mulanya membuat bising malah ada yang turut melempar batu ke tapak ceramah.

Ekoran itu, sedikit pergelutan kecil berlaku dan salah seorang penyokong Pakatan didakwa ditikam ketika kumpulan samseng tersebut cuba merempuh sekatan benteng manusia yang dibuat oleh petugas.

Kejadian itu memaksa pihak polis dan beberapa anggota FRU berkawal di tapak ceramah berkenaan.

Ceramah malam tadi turut disertai Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

harakah/-

Tiada ulasan:

Nuffnang