Selasa, 18 Disember 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


HIMPUNAN OREN PERINGKAT N.SEMBILAN

Posted: 17 Dec 2012 11:30 PM PST


Sidang DUN N.Sembilan tidak ikut aturcara Persidangan

Posted: 17 Dec 2012 03:30 PM PST


17 Dis 2012

SEREMBAN: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Loke Siew Fook (Lobak-DAP) hari ini melahirkan rasa kesal terhadap Speaker Dato' Razak Mansor kerana mewujudkan duluan (precedent) apabila melangkaui sessi perbahasan Rang Undang -Undang Enakmen Perbekalan (2013) dan Usul Anggaran Pembangunan Negeri Sembilan (Belanjawan 2013).

Selepas berakhir sessi pertanyaan-pertanyaan lisan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN); Razak memulakan sessi perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan 2012 (Belanjawan Tambahan 2012).

Ketika Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan (Rantau – BN) baru memulakan bacaan Belanjawan Tambahan 2012; Loke bingkas bangun dan membantah bahawa sessi atau agenda tersebut tidak mengikut aturcara atau tradisi Persidangan DUN.

"Jumaat lepas kerajaan telah bentangkan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan (2013) dan Usul Anggaran Pembangunan Negeri Sembilan (Belanjawan 2013).

"Sepatutnya kita harus bahaskan Belanjawan 2013 dahulu kerana ianya telah dicadangkan dan disokong pada hari pertama Persidangan DUN berlangsung.

Susunan tidak betul

"Selepas dicadang dan disokong, Rang Undang-Undang Belanjawan 2013 mesti dibahaskan dahulu. Tidak boleh 'jump the queue' dengan membahaskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan 2012 (Belanjawan Tambahan 2012). Ini susunan atau 'flow' yang tidak betul.

"Belanjawan 2013 merupakan keutamaan (priority). Selepas dibahaskan dan diluluskan Belanjawan 2013, barulah boleh bahaskan Belanjawan Tambahan 2012.

"Saya amat kesal kerana Speaker 'set precedent' yang buruk dan tak baik," kata Loke.

Loke juga meminta Razak menunjukkan peraturan (Persidangan DUN) mana yang membenarkan sesuatu usul boleh dilangkau sebelum usul terlebih dahulu diselesaikan (dibahaskan).

Razak pula menunjukkan Buku Peraturan Persidangan DUN kepada Loke tanpa membacakan sebarang Peraturan Persidangan DUN secara spesifik.

Mohamad pula bangun semula dan bertanya kepada Loke Peraturan Persidangan DUN yang mana kata bahawa usul tidak boleh dilangkau.

Loke bertanya semula kepada Mohamad dan Razak; Peraturan Persidangan DUN yang mana membenarkan sesebuah usul boleh dilangkau.

Seterusnya Razak meneruskan sessi Belanjawan Tambahan 2012. Selepas itu barulah sessi Belanjawan 2013 disambung semula.


Tiada ulasan:

Nuffnang