Mohamad Taufek Abd Ghani |
Masalah Air di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah Posted: 15 Dec 2012 04:04 PM PST Aduanrakyat.com 16 Dis 2012 - Saya adalah salah seorang penjaga kepada pelajar di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah. Mohon pihak Kementerian Pelajaran Malaysia/ Negeri, Majlis Daerah Kuala Pilah, Jabatan Bekalan Air dan yang terbabit melihat secara serius Masalah Air yang dihadapi oleh pelajar di kolej matrikulasi tersebut. . Masalah yang telah berlanjutan sekian lama menyebabkan pelajar2 mengadu kepada ibu bapa/ penjaga. Keadaan bertambah serius sejak kebelakangan ini dan pihak Kolej Matrikulasi/ terbabit hanya mampu membekalkan air yang tercemar kepada para pelajar. Ada pelajar terpaka keluar hingga ke Kuala Lumpur menumpang rumah kawan atau kenalan/ saudara untuk tujuan mandi/ membasuh pakaian. Keadaan ini amat membimbangkan terutama dari aspek keselamatan pelajar2. Mohon pihak terbabit memandang serius masalah ini. Ini melibatkan masalah kesihatan dan keperluan asas yang sepatutnya disediakan sebaik mungkin kepada pelajar2 di Kolej Matrikulasi tersebut. Kami hanya disensasikan oleh berita2 masalah air di negeri di bawah Pakatan Pembangkang..tapi sebenarnya masalah air di negeri bawah pentadbiran BN juga berlaku sudah sekian lama.. Mohon tolong selesaikan masalah air di Pusat Matrikulasi Kuala Pilah ini..Pelajar2 ini adalah aset negara..macam mana mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran sekiranya kebersihan serta keselesaan diri berada pada peringkat yang teruk. Mohon pihak terbabit mengambil tindakan segera. Terima kasih. By: Amir |
Posted: 15 Dec 2012 04:03 PM PST |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan