:: cina islam | 2011 :: |
- Karpal kekal pengerusi, Guan Eng setiausaha agung DAP
- HKR Peringkat Negeri Perak
- Jelas saman tidak semesti setuju dengan AES
- Lebih 15,000 sertai HKR Pulau Pinang
- DAP selesai pilih Jawatankuasa Eksekutif Pusat
- Karpal buat laporan polis ke atas Deepak
- Datuk Mokhtar Hamid sertai PAS, anggap Umno tergelincir
Karpal kekal pengerusi, Guan Eng setiausaha agung DAP Posted: 16 Dec 2012 12:08 AM PST 1 Safar 1433H. [MOD] - Seperti yang dijangka, barisan baru jawatankuasa kerja pusat (CEC) DAP memutuskan untuk mengekalkan Karpal Singh sebagai pengerusi dan Lim Guan Eng sebagai setiausaha agung selepas pemilihan parti itu semalam. Mencerminkan hasrat 1,826 perwakilan yang mengundi semula 20 anggota lama CEC - kecuali tiga orang - jawatankuasa baru itu memilih untuk tidak membuat perubahan drastik dalam barisan kepimpinannya ketika parti bersiap sedia bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang mesti diadakan dalam enam bulan yang akan datang. Ini ekoran seruan pemimpin kanan parti itu, Lim Kit Siang yang meminta perwakilan mengekalkan kepimpinan Karpal-Guan Eng - di mana kedua-duanya kini akan ditugaskan mengetuai 'kempen 100 hari' untuk menawan Putrajaya bersama-sama dengan rakannya dalam Pakatan Rakyat. Sementara itu, dua pemimpin yang tewas semalam - Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dan Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw - telah dilantik menganggotai CEC yang menjadi badan membuat keputusan parti itu. Untuk menangkis kritikan bahawa parti itu anti-Melayu kerana tiada seorang pun daripada lapan calon Melayu terpilih semalam, Senator Ariffin Omar dan Zairil Khir Johari, yang juga merupakan setiausaha politik Guan Eng, turut dilantik menyertai jawatankuasa kerja tersebut. Turut dilantik ialah Jimmy Wong dan Edwin Bosi (Sabah), John Brian Anthony (Sarawak), Leong Ngah Ngah (Pahang), V Sivakumar dan Thomas Su (Perak). Pemimpin veteran Tan Kok Wai telah dipilih menjadi timbalan pengerusi DAP, manakala barisan naib presiden terdiri daripada Chow Kon Yeow, M Kulasegaran, Chong Chieng Jen, Teresa Kok dan Ariffin. Senarai penuh CEC Pengerusi - Karpal Singh Timbalan Pengerusi - Tan Kok Wai Naib presiden - Chow Kon Yeow, Ariffin Omar, Chong Chieng Jen, M Kulasegaran, Teresa Kok Setiausaha agung - Lim Guan Eng Timbalan setiausaha agung - Chong Eng, Ngeh Koo Ham, P Ramasamy Bendahari - Fong Kui Lun Setiausaha organisasi - Loke Siew Fook Timbalan setiausaha organisasi - Vincent Wu, Thomas Su Setiausaha publisiti - Tony Pua Timbalan setiausaha publisiti - Teo Nie Ching, Zairil Khir Johari Setiausaha antarabangsa - V Sivakumar Pengarah pendidikan politik - Liew Chin Tong Timbalan pengarah pendidikan politik - Boo Cheng Hau Ahli Jawatankuasa: Lim Kit Siang, Tan Seng Giaw, Teng Chang Khim, Leong Ngah Ngah, Jimmy Wong, John Brian Anthony, Edwin Bosi, Gobind Singh Deo. | |||
Posted: 15 Dec 2012 10:24 AM PST | |||
Jelas saman tidak semesti setuju dengan AES Posted: 15 Dec 2012 09:41 AM PST 1 Safar 1433H. [MOD] - Saya tertarik dengan beri yang disiarkan oleh Bernama pada hari ini yang menyatakan lebih 10,000 pengguna jalan raya telah menjelaskan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dari 274,000 saman yang dikeluarkan sejak sistem itu mula beroperasi 23 Sept lalu. Namun jelas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ismail Ahmad berkata jumlah pengguna jalan raya yang menjelaskan saman tersebut masih rendah jika dibandingkan dengan jumlah saman yang dikeluarkan. Bagi saya membayar saman AES bukalah bermaksud bahawa mereka yang membayar saman tersebut bersetuju dengan peraturan baru yang dikuatkuasa Kerajaan itu. Denda yang dikenakan jelas menyusahkan dan membebankan rakyat yang sudah terbeban dengan pelbagai bayaran dan cukai yang lain. Kemungkinan atas dasar nama mereka di senarai hitamkan dan tidak boleh membayar cukai jalan kenderaan mereka terpaksa membayar saman tersebut. Selain itu pihak Kerajaan mestilah menyedari bahawa dakwaan saman AES adalah untuk mengurangkan kemalangan maut adalah sangat rapuh dan longgar. Hakikatnya dijelaskan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ismail Ahmad yang dipetik berkata dalam mengurangkan kemalangan jalan raya terutamanya kemalangan maut, pelbagai cabaran yang dihadapi oleh agensi penguatkuasa seperti pertambahan bilangan kenderaan dan pemandu setiap tahun. Beliau berkata untuk rekod, negara mengalami pertambahan kenderaan sebanyak kira-kira 1.1 juta setahun dan pertambahan pengguna jalan raya sebanyak 400,000 orang dan ia menjadi satu cabaran besar kepada JPJ dan agensi penguatkuasaan lain dalam mengurangkan kemalangan maut di Malaysia. Pelbagai lagi perkara yang perlu diselesaikan oleh pihak kerajaan kalau ingin mengurangkan kemalangan maut seperti keadaan jalan yang masih banyak yang mendedahkan pemandu kenderaan pelbagai jenis kepada kemalangan. Bukannya dengan mengambil saman sebagaimana yang mendapat bantahan ramai semudahnya kemalangan maut dapat diselesaikan. Idham Lim. | |||
Lebih 15,000 sertai HKR Pulau Pinang Posted: 15 Dec 2012 06:23 AM PST 1 Safar1433H. [MOD] - Para hadirin berdiri mengikuti ucapan pemimpin Pakatan Rakyat kerana padang becak. NIBONG TEBAL: Sekalipun padang becak kerana hujan petang tadi, namun tidak menghalang lebih 15,000 orang menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pulau Pinang di Padang Awan Jawi, malam ini. Hujan yang turun renyai-renyai kira-kira jam 5.40 petang, yang kemudiannya lebat selama 15 minit pada jam 6.00 petang menyebabkan padang menjadi becak dan sebahagiannya ditakungi air. Begitupun, selepas solat Isyak, orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum mula berpusu-pusu ke padang tersebut untuk mengikuti pidato yang disampaikan pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu | |||
DAP selesai pilih Jawatankuasa Eksekutif Pusat Posted: 15 Dec 2012 06:17 AM PST 1 Safar 1433H. [MOD] - Walaupun dengan peningkatan jumlah perwakilan baru, daripada 948 orang pada 2008 kepada 1,823 orang tahun ini, tidak banyak perubahan dikesan dalam bentuk pengundian Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP kali ini. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang muncul di tempat kedua pada pemilihan parti 2008, kali ini turut menerima jumlah undi kedua paling banyak. Bapanya, penasihat kanan parti Lim Kit Siang sekali lagi di hadapan dengan menerima 1,607 undi. Sementara itu, pengerusi DAP Karpal Singh berada di tempat ketiga dengan 1,411 undi. Tiada pemimpin Melayu berjaya meraih tempat dalam 20 kerusi yang dipertandingkan. Pemilihan CEC lalu menyaksikan seorang wakil Melayu Ahmad Ton dipilih ke jawatankuasa itu. Anggota CEC baru itu akan bermesyuarat esok bagi menentukan pemegang jawatan, selain melantik 10 anggota lain ke dalam jawatankuasa itu. Berikut adalah senarai penuh calon yang dipilih ke CEC hari ini. 1. Lim Kit Siang 2. Lim Guan Eng 3. Karpal Singh 4. Chong Chieng Jeng 5. Loke Siew Fook 6. Vincent Vu 7. Tan Kok Wai 8. Gobind Singh Deo 9. Tony Pua 10. Teng Chang Khim 11. Fong Kui Lun 12. Nga Kor Ming 13. Chong Eng 14. Chow Kon Yeow 15. Liew Chin Tong 16. M Kulasegaran 17. Boo Cheng Hau 18. Teresa Kok 19. Teo Nie Ching. 20. Ngeh Koo Ham Sumber : Malaysiakini/- | |||
Karpal buat laporan polis ke atas Deepak Posted: 15 Dec 2012 02:10 AM PST 1 Safar 1433H. [MOD] - Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh menggesa ahli DAP membuat laporan polis terhadap Deepak Jaikishan yang mendakwa mempunyai maklumat baru mengenai kontroversi melibatkan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Beliau mendakwa Deepak melakukan kesalahan keranamenyembunyikan maklumat berkaitan pembunuhan itu selama ini. "Sesiapa sahaja yang ada maklumat mengenai arahan melakukan pembunuhan perlu membuat laporan polis. "Deepak belum buat sebarang laporan polis. Beliau sudah melakukan kesalahan," kata Karpal. Tambahnya, laporan itu membolehkan polis membuka siasatan baru terhadap kes tersebut. "Apa yang penting di sini bukanlah Deepak, tetapi pendedahan yang dibuatnya membolehkan polis melakukan siasatan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Kongres ke-16 parti itu di Pulau Pinang, pagi ini. Deepak dalam wawancara dengan Malaysiakini sebelum ini mendakwa adik perdana menteri membayar penyiasat persendirian P Balasubramaniam bagi menandatangani akuan bersumpah kedua berkaitan kes pembunuhan Altantuya. Dua anggota polis dijatuhkan hukuman gantung selepas didapati bersalah dan kini sedang merayu hukuman mereka. Karpal kemudian membuat sendiri laporan polis berkenaan pada waktu rehat makan tengah hari kongres di balai polis Bayan Baru. Dalam laporannya Karpal memetik wawancara Deepak denganMalaysiakini bertarikh 27 November 2012 dengan bertaju "Deepak regrets getting involved in Bala's SD". Karpal menggesa polis menyiasat Deepak mengikut Seksyen 13 Kanun Acara Jenayah yang menetapkan mana-mana individu dengan maklumat tentang jenayah bunuh berdasarkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan perlu melaporkannya kepada balai polis terdekat. "Saya membuat laporan ini agar siasatan menyeluruh polis boleh dilancarkan terhadap perkara dituturkan Deepak yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan," katanya. Mengikut Seksyen 202 Kanun Keseksaan mana-mana individu yang mempunyai maklumat tentang kejadian jenayah tetapi merahsiakannya boleh dipenjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya. Sumber : Malaysiakini/- | |||
Datuk Mokhtar Hamid sertai PAS, anggap Umno tergelincir Posted: 15 Dec 2012 01:22 AM PST 1 Safar 1433H. [MOD] - Datuk Mokhtar mengisi borang permohonan keahlian PAS di atas pentas PGU. DUNGUN: Tokoh korporat, Datuk Mokhtar Abd Hamid yang baru menyertai PAS petang tadi mendakwa Umno tergelincir dari perjuangan asal mereka iaitu membela Melayu. Bercakap di Himpunan PAS Ganti Umno (PGU 6.0) di Dataran PGU Paka, dekat sini malam ini, Mokhtar, 68 berkata, pemimpin Umno kini hanyalah perompak duit rakyat. "Suatu masa dulu Umno perjuangkan bangsa dan agama tapi kini mereka (ibarat) kereta api tergelincir dari landasan. "Mereka sesat lagi menyesatkan. Menangis di Perhimpunan Agung Umno kononnya Melayu berpecah belah, tak bersatu padu tapi sebenarnya merekalah puncanya," katanya yang merupakan anak kelahiran Paka. Beliau berkata, sudah tiba masanya beliau berjuang bersama PAS dan Pakatan Rakyat demi kepentingan agama dan negara. "Inilah masanya sebab saya mungkin tak ada masa panjang untuk berjuang bersama PAS. "Kita mesti hentikan kejahatan kerajaan sekarang. Pakatan Rakyat bersungguh-sungguh berjuang tapi kalau rakyat tak menyokong mereka tak boleh buat apa juga. "Marilah sama-sama kita mengundi PAS dan Pakatan Rakyat," katanya disambut laungan takbir kira-kira 50,000 hadirin. Mokhtar menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang petang tadi. Sumber : Harakahdaily/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan