Sabtu, 1 Disember 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Kerajaan beri komputer percuma, rakyat kena bayar RM302 untuk internet pula !

Posted: 30 Nov 2012 06:57 AM PST


Dituntut bayar RM302.05 walau tak guna internet
30 Nov 2012

TEMERLOH: "Harapkan apabila dapat netbook daripada kerajaan dapatlah membantu pelajaran anak, tetapi rupa-rupanya langsung tidak boleh digunakan kerana ketiadaan internet.

"Sudahlah begitu, kini sampai pula surat saman minta dijelaskan walhal netbook itu tidak pernah digunakan," demikian keluh seorang pesara kerajaan ketika mengadu di pejabat PAS Pahang di sini hari ini.

Rameli Kassim, 57, berkata pada April tahun lalu anaknya Raida Syahiza menerima netbook percuma melalui Sekolah Menengah Dato Bahaman Lanchang, tetapi tidak boleh digunakan kerana kawasan internet percuma hanya berada 60 kilometer dari rumahnya di Taman Bunga Raya.

Menurutnya, kira-kira sebulan selepas anaknya menerima netbook, telah sampai bil menuntut bayaran caj internet sebanyak RM25 (sebulan) sedangkan ia tidak pernah digunakan.

"Saya kemudian pergi ke pejabat TM di Mentakab mengadu hal berkenaan dan minta ditamatkan perkhidmatan kerana tidak pernah sekalipun menggunakan internet," jelasnya.

Tambahnya, bil tuntutan tetap sampai setiap bulan sehinggalah beliau menerima notis tuntutan daripada peguam TM yang meminta dijelaskan tunggakan sebanyak RM302.05 dalam masa tujuh hari.

Bapa kepada lima orang anak itu berkata, yang beliau kesalkan ialah tidak ada pihak sekolah ataupun TM sendiri yang menerangkan kepadanya tentang pakej atau syarat tertentu semasa menerima netbook itu dulu.
Tegasnya lagi, beliau sudah mengadu kepada unit aduan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tetapi tiada sebarang respons.

"Apa yang saya harapkan ialah keadilan kepada saya. Wang RM300 itu mungkin dianggap kecil oleh sesetengah orang, tetapi dalam keadaan kos hidup yang melambung tinggi ini tentulah tidak patut untuk saya bayar apa yang saya tidak pernah guna," tegasnya.

Hari Terbuka Pasti Al Ain, Pedas, Rembau 22 Dis 2012

Posted: 30 Nov 2012 05:05 AM PST


HARI TERBUKA DAN PENDAFTARAN PASTI AL AIN
Tarikh : 22 Dis 2012, Sabtu
Masa : 9 pg - 1 ptg
Tempat : Pasti Al Ain, Taman Pedas Perdana, Rembau

Terbuka kepada umum

Antara aktiviti menarik :
- Pra pendaftaran pelajar Pasti berumur 4, 5 dan 6 tahun
- Khidmat kesihatan percuma untuk orang dewasa
- Pertandingan mewarna kanak-kanak
- Penerangan percuma mengaji teknik Al Baghdadi

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Puan Wani 013-3851202 , Sdr Hakki 013-3840022 , Cikgu Ika 017-3113273

Sumbangan untuk Tabung Kebajikan Pasti Al Ain boleh disalurkan ke akaun CIMB 12180068287526

Jom Kita Bantu Pelajar Yang Perlukan Bantuan Kembali ke Sekolah

Posted: 30 Nov 2012 05:04 AM PST


Saban tahun kos sara hidup makin meningkat. Mereka di kawasan bandar dan pinggir bandar yang berpendapatan RM 1,500 ke bawah amat tertekan setiap hujung tahun untuk persiapan anak-anak mereka kembali ke sekolah pada tahun hadapan.

Sehubungan dengan itu untuk meringankan sedikit beban yang ditanggung Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau mengambil inisiatif untuk mengumpul dana untuk disalurkan terus kepada keluarga yang memerlukan ini.

Kepada mereka yang ingin menyumbang sila hubungi Puan Norwani 013-3851202 atau Puan Fauziah 013-7779328.

Sumbangan boleh juga dimasukkan terus ke akaun Bank Islam (BIMB) atas nama : Dewan Muslimat Rembau , No Akaun : 05-012-01-006165-3

Semoga dengan sedikit sumbangan dari kita semua akan memberi sinar harapan kepada pelajar-pelajar ini.

Awas, geng samun kembali aktif di Senawang

Posted: 30 Nov 2012 01:40 AM PST


Maklumat yang diterima geng samun siang hari kembali aktif di Senawang. Sasarannya ialah suri rumah. Suri rumah di Taman Cempaka dan Taman Kiambang Indah telah menjadi mangsa setakat ini.

Modus operandi mereka ialah 5 ke 8 orang lelaki Melayu menunggang motosikal Kips berwarna hijau dan biru akan bertanyakan alamat rumah dan sebagainya kepada suri rumah tersebut dan kemudian terus menyamun.

Tiada ulasan:

Nuffnang