:: cina islam | 2011 :: |
- Menerima Kritikan
- Amaran hujan lebat di K'tan, T'ganu dan Pahang
- Bandar Kuantan lumpuh dilanda banjir kilat
- 2,425 rumah dinaiki air dalam banjir di Jakarta
Posted: 24 Dec 2012 03:40 PM PST 11 Safar 1433H. [MOD] - Oleh: Jarjani Usman "Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku" (Abu Bakar r.a.). Sesuatu yang menantang kadangkala terlalu cepat dianggap sebagai musuh. Padahal kalau direnungi, yang menantanglah yang seringkali berkontribusi besar dalam mendukung keberhasilan kita dalam menjalani hidup ini. Sebut saja kritik sebagai salah satunya. Disadari atau tidak, suatu kritikan bisa menambah kematangan kita dalam berpikir dan bertindak. Kritikan seringkali menggugah kesadaran. Kritikan juga membuat kita berpikir lebih banyak dari biasanya. Tak heran bila ada sejumlah pemimpin Islam di masa lampau yang sangat membuka diri untuk menerima kritikan. Abu Bakar ra. kiranya termasuk salah seorang pemimpin Islam yang bertipe demikian. Dikisahkan bahwa di masanya, ia pernah dikritik oleh seorang rakyat biasa, sampai-sampai membuat beliau menangis tatkala mendengarnya. Mendapati kritikan, Abu Bakar tidak marah. Tidak juga latah mencari cara untuk menghadang kritikan. Beliau tetap menjadikannya sebagai masukan penting bagi perbaikan diri dan kepemerintahannya. Demikianlah yang dilakukan oleh Sayyidina Abu Bakar ketika ia menjadi pemimpin atau khalifah. Beliau memberi peluang sebesar-besarnya untuk dikritik. Meskipun telah berbuat yang terbaik untuk kebaikan umat, sebagai manusia biasa beliau masih merasa ada kemungkinan kurangnya. Serambi/- |
Amaran hujan lebat di K'tan, T'ganu dan Pahang Posted: 24 Dec 2012 03:37 PM PST 11 Safar 1433H. [MOD] - Penduduk di beberapa daerah di Kelantan, Terengganu dan Pahang dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran hujan lebat peringkat jingga yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) hari ini. Menurut JMM hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat di beberapa jajahan di Kelantan seperti, Tumpat, Pasir Mas, Machang, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh erta di beberapa daerah di Terengganu seperti Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, dijangka berterusan sehingga esok. Keadaan itu akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah, kata JMM dalam kenyataan. Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat di Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang juga dijangka berterusan sehingga Rabu ini dan keadaan itu akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah. Dalam pada itu, JMM turut mengeluarkan nasihat hujan lebat peringkat kuning di beberapa kawasan di Pahang seperti daerah Jerantut, Maran dan Bera serta beberapa daerah di Johor seperti Mersing dan Kota Tinggi yang dijangka akan mengalami hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana sehingga Rabu ini. Keadaan itu juga boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah, menurut kenyataan itu. Portal JMM pula menyatakan beberapa kawasan di Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Putrajaya, Selangor dan Wilayah Persekutuan dijangka mengalami ribut petir pada sebelah petang manakala hujan sementara dijangka berlaku di Kudat dan Tawau, Sabah. Amaran peringkat kuning ialah kemungkinan berlaku luruan monsun dalam tempoh 24-48 jam, amaran peringkat jingga ialah hujan monsun sederhana yang berlaku untuk beberapa jam dan amaran peringkat merah pula ialah hujan monsun yang lebat dan meluas berlaku atau dijangka berlaku dalam beberapa jam. - Bernama |
Bandar Kuantan lumpuh dilanda banjir kilat Posted: 24 Dec 2012 03:32 PM PST 11 Safar 1433H. [MOD] - Beberapa kawasan di sekitar bandar Kuantan hari ini dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat yang berlarutan sejak malam semalam. Kejadian itu juga menyebabkan beberapa jalan utama di pusat bandar mengalami kesesakan lalulintas setelah jalan raya dinaiki air sedalam 1.5 meter. Antara jalan yang ditenggelami air setakat pukul 3 petang ini ialah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih, Jalan Pasar dan Terminal Makmur. Tinjauan Bernama di beberapa kawasan sekitar pusat bandar mendapati banyak kenderaan yang terkandas di jalan raya dan beberapa premis serta pusat beli-belah utama terpaksa menutup perniagaan akibat situasi yang tidak terduga itu. Di kawasan Air Putih dan Semambu, orang ramai mula meninggalkan rumah masing-masing seawal pukul 10 pagi dan menyelamatkan barangan keperluan utama setelah paras air sebatang anak sungai di Kuantan melimpah dan naik sehingga 1 meter. Tinjauan juga mendapati beberapa taman perumahan iaitu di Sungai Isap, Taman LKNP, Bukit Setongkol, Taman Perumahan Transit Quarters dan Taman Teratai turut ditenggelami air antara 0.1 meter dan satu meter. Sementara itu di Jerantut, polis menasihati 10,000 penduduk yang tinggal di kawasan rendah sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Pahang di daerah itu supaya berpindah segera jika paras air kedua-dua sungai naik. Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan setiap petang sejak tiga hari lalu boleh menyebabkan air Sungai Tembeling dan Sungai Pahang naik bila-bila masa. Bercakap kepada Bernama hari ini, beliau turut menasihati 50 pengusaha bot pelancong ke Taman Negara supaya menghentikan segera perkhidmatan jika paras air Sungai Tembeling naik. Ini, katanya sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi mengutamakan keselamatan penumpang. Sementara itu, Kuantan hari ini lumpuh akibat banjir teruk yang disifatkan penduduknya paling teruk sejak empat dekad lalu. Ia dilaporkan bermula sebelum tengah hari tadi selepas hujan selama lebih 10 jam. China Pressmenyifatkannya sebagai banjir paling teruk melanda Kuantan sejak 1971. Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pahang, 14 simpang jalan utama di Kuantan ditenggelami air setinggi kira-kira 1 meter pada jam 11 pagi tadi. "Operasi menyelamat masih lagi berlangsung," kata seorang petugas di pusat kawalan itu sambil menambah air telah mula surut secara perlahan-lahan. Menurutnya, petugas-petugas banjir sedang memantau paras air di Sungai Galing dan Sungai Isap dan kenyataan rasmi mengenai perkembangan terkini bencana itu bakal diketahui jam 8 malam nanti. Beribu-ribu orang dipercayai terjejas akibat banjir tersebut dan gambar-gambar kenderaan tersadai akibat banjir itu sudah mula dikongsi dengan pantas di laman media sosial. Seorang penduduk Kuantan, Hasnul Hisham memberitahu Malaysiakinibahawa Jalan Beserah adalah paling teruk terkesan akibat banjir itu. "Air Sungai Galing melimpah keluar dan tembok penahan di Sekolah Kebangsaan Galing juga telah pecah," kata Hasnul. Sumber : Malaysiakini/- |
2,425 rumah dinaiki air dalam banjir di Jakarta Posted: 24 Dec 2012 03:30 PM PST 11 Safar 1433H. [MOD] - JAKARTA 25 Dis. - Sejumlah 2,425 buah rumah di 10 daerah kecil di Jakarta dinaiki air sehingga 250 sentimeter (2.5 meter) berikutan melimpahnya air sungai Ciliwung dan Sungai Pesanggrahan. Kejadian yang diakibatkan oleh hujan lebat di ibu negara petang Ahad serta hujan di wilayah Bogor itu telah menyebabkan 7,307 penduduk menjadi mangsa banjir, kata Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), semalam. Jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir tidak dinyatakan. Menurut BNPB, kawasan paling teruk dilanda banjir ialah Kampung Melayu di daerah kecil Jatinegara, Jakarta Timur. Kawasan lain yang turut dilanda banjir ialah Cawang, di daerah kecil Kramatjati; Cibubur di daerah kecil Cirakas; Bidara Cina, Cililitan, Pekayon, Ulujami, Pondok Pinang, Bukit Duri, Pondok Labu, Sukabumi Selatan, Duri Kepa dan Jelambar Baru. BNPB dan Badan Pengurusan Bencana Negeri Jakarta telah membuka pusat penyelarasan penanganan darurat dan dapur umum dan telah mengagih-agih bantuan makanan, bahan makanan, peralatan dapur, khemah, selimut dan air minuman bersih kepada mangsa-mangsa. Pelbagai agensi kerajaan seperti kementerian kerja raya, Persatuan Palang Merah Indonesia, tentera, polis, pertubuhan sukarela serta anggota masyarakat turut memberi bantuan dalam kejadian banjir itu. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan