ZULKIFLI BIN NOORDIN |
Posted: 28 Nov 2012 10:21 PM PST (Bila agamawan menjadi bisu, umat pasti menjadi lesu-gambar hiasan) Salam 2 all.Melayu itu Islam! Melayu wajib Islam! Itulah peruntukkan Artikel 160 (2) Perlembagaan Persekutuan yang mengkanunkan apa yang sudah diterima-pakai sekian lama. Bertuah benar bangsa Melayu kerana menjadi satu-satunya bangsa didunia ini yang dikanunkan kewujudannya dengan agama Islam. Alangkan bangsa Arab bumi anbiya pun tidak mendapat keistimewaan itu. Malangnya dengan asakan dan gasakan daripada agama baru kebebasan tanpa had dan hak asasi kemanusiaan yang dipelopori zionis dan barat, muncul fahaman baru liberalisma dan pluralisma yang antaranya menuntut manusia kesemuanya wajib diberi kebebasan memilih agamanya! Maka muncul juak-juak mereka dikalangan bangsa Melayu sendiri yang beriya-iya mahu memusnahkan bangsanya dengan menjuarai perjuangan konon mahu membebaskan bangsa Melayu daripada agama Islam! Hampir sepakat para ulama, termasuk ulama nusantara yang kesal dengan pendirian sedemikian! Apatah lagi pandangan itu dilapik dan diselimutkan dengan ayat-ayat Quran! Kononnya laa iqro hafiddin - konon Al Quran sendiri membenarkan bangsa Melayu kebebasan memilih agama selain Islam! Al Quran yang diturunkan melalui Rasulullah saw membawa risalah Islam untuk memperbetulkan aqidah umat manusia yang sesat dengan mempertuhankan selain ALLAH Maha Esa difitnah sebagai membenarkan umat Islam untuk memilih agama selain Islam! Alhamdulillah muncul para ulama, termasuk di nusantara ini, yang membantah dan membantai pandangan songsang sedemikian. Malah difatwakan sebagai sesat pandangan liberal dan plural ini. Antaranya ialah Imam Besar Masjid Negara Indonesia, Masjid Istiqlal, sebuah masjid terbesar di Asia Tenggara, di negara umat Islam terbesar didunia! Prof Dr. Ali Mustafa Yaqub, seorang ulama muhaddisin dan pakar hadis, menegaskan bahawa pandangan membenarkan Melayu-Islam kebebasan memilih agama selain Islam adalah satu pandangan sesat! Yang pengemukanya wajib bertaubat! Ikuti pandangan ikhlas dan jelas Prof Dr. Ali Mustafa Yaqub saperti yang dilapurkan di www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsindex.php?id=712634. Semoga kita semua mendapat menafaat daripada pandangan beliau! Wallah hua'lam bissawab! Jazakallah & Wassalam. Adios amigos, grasias senor! Zulkifli Bin Noordin Khamis 15 Muharram 1434 29 Nov 2012 @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ (http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsindex.php?id=712634) SESAT JIKA KATA ORANG ISLAM BEBAS PILIH AGAMA: IMAM BESAR ISTIQLAL Oleh Ahmad Fuad Yahya JAKARTA, 28 Nov (Bernama) -- Orang Islam yang mengatakan bahawa orang Islam bebas memilih agama adalah sesat dan perlu bertaubat, kata Imam Besar Masjid Istiqlal Jakarta, Prof Dr Ali Mustafa Yaqub. "Orang (Islam) yang mengucapkan ucapan ini, paling tidak kalau dia sudah mengakui kebenaran agama lain, dia paling tidak sudah sesat, songsang. "Apalagi kalau dia (orang Islam) katakan semua agama sama, mahu masuk, keluar (agama) dipersilakan, boleh menjadi kafir," katanya ketika ditemui di sini. Prof Dr Ali Mustafa, ulama masyhur Indonesia yang juga pakar hadis, adalah imam besar di masjid negara Indonesia - masjid terbesar di Asia Tenggara. Beliau diminta memberi pandangan tentang polemik berhubung kenyataan kontroversi baru-baru ini tentang pengertian sepotong ayat al-Quran yang bermaksud "tiada paksaan dalam agama" serta kaitan dengan pandangan mengenai kebebasan beragama bagi orang Melayu di Malaysia. Di Malaysia, orang Melayu adalah mereka yang beragama Islam. Ayat "tiada paksaan dalam agama" itu kata Prof Dr Ali Mustafa hanya ditujukan kepada orang bukan Islam kerana mereka tidak dipaksa masuk Islam tetapi setelah mereka memilih masuk Islam, mereka wajib mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Islam. "Analoginya begini, ada orang mahu masuk rumah, mahu masuk dipersilakan, tak masukpun dipersilakan, saya tak memaksa anda untuk masuk ke dalam rumah saya, tetapi kalau anda masuk ke rumah saya, anda mesti mengikuti aturan-aturan di rumah saya, seperti itu," katanya. Beliau berkata orang yang berfahaman liberal mungkin keberatan dengan perkara itu kerana ia seolah-olahnya tidak menjunjung kebebasan hak asasi. "Jawapan kepada persoalan itu ialah Islam tak menyuruh kamu untuk masuk Islam. Kamu mahu pilih menjadi kafir dipersilakan, itukan hak asasi kamu, tapi kalau sudah masuk (Islam), ikutilah aturan-aturan Islam. "Kalau dah masuk Islam tapi masih mengikuti aturan yang bukan Islam, itukan kacau semuanya nanti itu," katanya. Prof Dr Ali Mustafa berkata meskipun umat Islam di Malaysia tidak banyak seperti di Indonesia yang pada masa ini merupakan masyarakat Islam terbesar di dunia, tetapi umat Islam di Malaysia tetap dengan keIslamannya terutama orang Melayu. Kepada isu lain, Prof Dr Ali Mustafa berkata perbuatan mendoakan kehancuran saudara sesama Islam hukumnya haram. Beliau berkata Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mendoakan yang buruk walaupun kepada orang bukan Islam, apa lagi kepada sesama Islam. "Haram kalau kita mendoakan umat Islam untuk dilaknatkan begitu. Jangan mendoakan orang untuk diberikan laknat seperti itu, nanti salah-salah malah doa itu berbalik kepada diri kita," katanya. Prof Dr Ali Mustafa diminta pandangan mengenai kontroversi yang timbul di Malaysia berhubung perbuatan mendoakan kehancuran Umno, yang dianggotai oleh orang Melayu beragama Islam. Beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai merugikan umat Islam sendiri terutamanya daripada segi imejnya kepada orang bukan Islam. -- BERNAMA |
Posted: 28 Nov 2012 04:18 AM PST Salam 2 all. "Sesungguhnya Yahudi & Nasara tidak sekali-kali akan redho dengan kamu (umat Islam) selama-lamanya selagi kamu tidak menurut cara kehidupan (termasuk agama) mereka. Katakan, "cukuplah petunjuk ALLAH (iaitu Islam) bagi kami". Tetapi jika kamu memilih mahu menuruti hawa nafsu mereka, setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al Quran) itu, maka perbuatlah sedemikian. Sesungguhnya tiadalah kamu akan peroleh sesuatu yang akan memberi pimpinan dan bantuan pertolongan daripada ALLAH!". Amaran ALLAH cukup jelas! Peringatan ALLAH cukup terang! Nasihat ALLAH cukup nyata! Sadaqallah hal 'adhim - Benar Kata-kata ALLAH! Menurut lapuran badan penyiaran kristian yang berpangkalan di Amerika Syarikat - Christian Broadcasting Network - dalam tempoh 5 tahun lepas, jumlah orang Melayu beragama Islam yang murtad melalui gerakan dakyah kristianisasi meningkat daripada 200 orang kepada lebihkurang 1,000 orang! (lihat lapuran penuh dibawah). Murtad secara kristianisasi dikalangan Melayu-Islam di Malaysia meningkat 400%!!! Dalam keadaan Artikel 11 (4) Perlembagaan melarang pendakyahan agama lain! Dalam keadaan ada undang-undang menjadikan murtad dan kegiatan pemurtadan satu kesalahan jenayah! Dalam keadaan kita mengawal dan mencegah! Dalam keadaan itu, pendakyah mereka berjaya memurtadkan sejumlah besar orang Melayu-Islam! Dalam keadaan itu jumlah murtad secara kristianisasi meningkat 400%! Cuba bayang kalau tiada Artikel 11 (4)? Cuba bayang jika tiada undang-undang melarang murtad dan kegiatan pemurtadan? Cuba bayang jika kita sudah tidak lagi boleh mencegah! Cuba bayang kalau Melayu-Islam diberi kebebasan memilih agama? Dalam keadaan itu, terdapat suara-suara sumbang dikalangan orang Melayu sendiri yang mahu memberi kebebasan kepada bangsa Melayu beragama Islam untuk memilih agama selain Islam; untuk membolehkan orang Melayu-Islam murtad! Adakah kita mahu mengangkat sebagai pemerintah dan pemimpin untuk kita bangsa Melayu-Islam, kaum yang mahu memberi kebebasan kepada orang Melayu beragama Islam memilih agama selain Islam? Adakah kita mahu menobat sebagai pemerintah dan pemimpin kita bangsa Melayu-Islam, kaum yang memecat pemimpin dan ahlinya yang cuba mencegah murtad; dan mencegah gereja yang terlibat dengan kegiatan pemurtadan? Adakah kita mahu memartabat sebagai pemerintah dan pemimpin kita bangsa Melayu-Islam, kaum yang bersekongkol dengan cauvinis yang bukan sahaja menentang Islam, yang mencabar kita untuk langkah mayat dia dulu; yang mahu mengangkat seorang kristiian dan bukan Melayu sebagai Perdana Menteri; yang bercita-cita mahu menubuhkan negara Kristian? Tepok dada tanyalah iman masing-masing yop! Yang jelasnya daripada lapuran Christian Broadcasting Network sendiri yang dilampir dibawah, usaha memurtadkan dan mengkristiankan orang Melayu beragama Islam memang sedang berjalan dengan aktif dalam negara ini! Samada kita menentang dan mencegah mereka, atau kita memilih tidor sekatil sebantal dengan mereka! Pilihan itu ditangan mike yop! Salah pilih, airmata pasti meleleh! Salah pangkah, musnahlah aqidah! Salah angkat, Islam pasti mudarat! Apakah kata hikmat Laksamana Hang Tuah 'tidak Melayu hilang didunia' akan hanya menjadi kata azimat yang terpahat lekat sekadar di muzium? Hilang agama hilang bangsa! Hilang Islam hilanglah Melayu! Itulah kata undang-undang, itulah kata Artikel 160 Perlembagaan! Wallahua'lam & Wassalam. Adios amigos, grasias senor! Zulkifli Bin Noordin Rabu 14 Muharram 1434 27 Nov 2012 @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ (Lapuran daripada laman www.mole.my) Wednesday, November 28, 2012 KUALA LUMPUR: A US-based Christian broadcasting television network has reported that there is an increase in the conversion of Malay Muslims to Christianity. Christian Broadcasting Network (CBN), a non-profit Christian media stated that five years ago there were less than 200 Malay Christians in the country and now there are 1,000 or more. The CBN news video which has been posted on Youtube also showed video clips of Malays in a church for midweek's service. The video featuring its journalist Gary Lane, showed how Christian pastors and evangelists were involved in programs to feed the poor and offering prayers to others. In the same video a former Malay Muslim only known as Nathan said despite losing his properties, family and job after the authorities found out that he has converted to Christianity, choose to go into hiding from the government and declared that he would never return to Islam. Nathan also said that he will spread his beliefs to the Malays, saying: "Who's going to reach out to my own people if it's not me?" The Youtube video which was posted by VoiceofMartyrsUSA in its description read: "Gary Lane of CBN News traveled to Kuala Lampur to investigate the government-sanctioned hostility against Christians." "Despite this constant danger, many Christians remain bold, spreading the Gospel to others. Many non-believers are seeking the truth of the Scripture, and are hungry for the Word." Meanwhile blogger Helen Ang who has picked up the issue asked whether any religious department will determine who is telling lies in the issue of Christianisation as many Malays have been accused of slander due to it. Ang wrote: "If there is no Christianisation movement for Malays, we can conclude that Utusan (Malaysia), Dr Hasan Ali, Ustaz Nasha, Zul Nordin and other bloggers are liars." She added: "If indeed there is a Christianisation movement for Malays, it seems as if some of Pakatan politicians and the NGOs they funded are trying to hide the truth." "If DAP evangelist politicians objected for apostate Malays to be sent into an aqidah purification centre, (pusat pemulihan akidah), they have to clarify on their intentions, aim and goals to Malay voters. |
You are subscribed to email updates from ZULKIFLI BIN NOORDIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan