Rabu, 28 November 2012

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Antara Politik Ketakutan dan Politik Harapan

Posted: 28 Nov 2012 07:02 AM PST

Politik Ketakutan lawan Politik Harapan

Kenyataan DS Shahrizat Jalil yang, serupa apa disebut Tun Dr Mahathir, berusaha untuk menakut-nakutkan rakyat menunjukan sifat sebenar lagi hakiki sebuah rejim yang semakin hari semakin nazak. Sebagai seorang pemimpin, beliau seharusnya menunjukkan teladan yang baik dengan membincangkan masa depan yang cerah buat semua dan bukannya mengeluarkan kata-kata ancaman bahawa akan berlaku sengketa perkauman 13 Mei demi menyelamatkan UMNO.

Nada DS Shahrizat yang begitu cemas memikirkan apa yang berlaku jika Pakatan Rakyat memenangi tampuk pimpinan negara pada PRU13 nanti turut membuktikan betapa beliau tidak memahami dan tidak mengenali suara hati para pengundi, terumanya rakyat Malaysia yang sudah celik politik dan punyai keinginan kuat untuk berubah.

Pakatan Rakyat tekad pada perubahan dan agenda reformasi melalui proses demokrasi, dan akan berusaha untuk memperkukuh dan memperkasa sistem demokrasi pilihan raya di Malaysia. Oleh itu, saya tidak segan mengulangi kata-kata Dato’ Ambiga Sreenevasan: “Kami mahu perubahan melalui peti undi, jika perubahan tiba.”

PAU UMNO 2012 menunjukkan bahawa rakyat perlu memilih antara Politik Ketakutan yang dijulang UMNO dan Politik Harapan yang diperjuang Pakatan Rakyat, demi Malaysia yang lebih baik. Dan satu-satunya cara untuk membuktikan UMNO tidak takut mahupun panik dalam hari-hari menjelang PRU13 ini adalah dengan Presiden UMNO berdebat dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden KEADILAN

=====

Politics of Fear vs Politics of Hope

DS Shahrizat Jalil’s echoing of Tun Dr Mahathir’s scaremongering reveals the real and true nature of a decaying regime. Instead of showing leadership and focusing on the future, we are reminded that the possible spectre of communal violence of 13 May will be ‘re-staged’ to save a moribund UMNO.

Shahrizat’s panic-stricken message in the event of a Pakatan Rakyat 13GE win demonstrates her outright disconnect with voters, especially those Malaysians’ with the political wisdom and desire for change.

Pakatan Rakyat is committed to change and the reform agenda through the democratic process, and will strive to protect and strengthen Malaysia’s electoral democracy. As such, I wish to repeat Dato’ Ambiga Sreenevasan’s call: “We want to bring change through the ballot box, if there is to be change at all.”

The UMNO 2012 AGM proves the following point: The rakyat must choose between UMNO’s Politics of Fear and Pakatan Rakyat’s Politics of Hope for a better Malaysia. And the only way to disprove that fear and panic has truly descended on UMNO, is for the UMNO President to immediately debate with Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Nurul Izzah Anwar
MP for Lembah Pantai and Vice President of KEADILAN

Tiada ulasan:

Nuffnang