Jumaat, 9 November 2012

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


PRU13 tahun ini???

Posted: 09 Nov 2012 07:33 AM PST

Memang beberapa hari yang lepas, taufan Sandy menggans di bumi Amerika Syarikat. Tengah kehangatan kempen calon Presiden Obama dan Mitt Romney taufan teruk menyebabkan kempen penentu samada calon kulit hitam boleh dipilih untuk penggal kedua atau tidak terpaksa ditinggal sebentar oleh Obama. Yang didahulu perlu didahulukan.....mangsa taufan mesti diberi perhatian.

Entah kenapa hujan sepanjang hari. Sudah berhari-hari...Adakah bersedih kerana kerancakan berkempen untuk PRU 13 seluruh negara sudah tidak tahu adab sopan??Adakah kerana banyak dosa dan maksiat dilakukan?? Ada yang bingung tak keruan. Ada yang meroyan.Ada yang meracau. Bertempik tanpa fakta. Berdrama dengan skrip ulang tayang sekian lama. Ada yang merepek bab ekonomi. Ada yang mengigau bab pendidikan. Paling malang....paling serius....paling mengundang petaka ada yang sawan menuturkan bab agama...Sedih...sedih!
Jahilnya bangsa.....tidak bertamaddunnya cara...!!
Mengapa.....oh mengapa?!

Bila kedua-dua calon USA berdebat dengan hujjah.Bergelut dengan sopan.Berkonfrontasi dengan batasan......di negara ini......bak planet asing!! Jelas kurang mampu berkomunikasi dengan fakta dan logik akal fikiran. Yang terhambur adalah natijah pengaruh amygdala! Perasaan/emosi menjadi pedang terhunus menyembelih lawan. Api hasut, taufan dengki mentsunamikan sifat manusiawi.
Jijik, kotor, bobrok!

Adakah kerajaan yang normal mahu membubar parlimen ketika ratusan manusia bakal bersilat menangani air bah? Dengan cuaca yang tidak menentu ramai yang tidak mahu mengundi.Ramai yang akan terjejas pekerjaan dan harta bendanya berisiko untuk rosak.

Adakah kerajaan UMNO-BN akan bertindak luar jangkaan?mahu bubar juga Parlimen?demi survival dan pelan strategik semata-mata untuk menang?

Awas.....rakan dalam PAS dan pakatan perlu siap siaga.......untuk menempuh sebarang kemungkinan........insyaallah.....orang PAS lazimnya lebih stamina dalam keadaan tertekan.Wallahu alam

YB Dr Halimah rasmi TAHFIZ DARUL FURQAN

Posted: 09 Nov 2012 06:11 AM PST

Kpg Hulu Teris,
Sg Pelek,
DUN Tanjong Sepat
Parlimen Sepang

9/11/12

Di dalam ladang kelapa sawit orang kampung Kpg Hulu Teris, ada hamba berhati mulia mewakafkan 3 1/2 ekar tanah untuk dijadikan pusat pengajian Al Quran sepenuh masa.
Berbekalkan keyakinan yang mantap, si pewakaf memilih Al Fadhil Ustaz Salleh Sani Hj Harun al Hafiz sebagai pemegang amanah untuk mewujudkan sebuah tahfiz di kampung tersebut sebagai amal jariahnya.
Ustaz Salleh Sani memang tepat dipilih kerana pengalamannya mengasaskan Darul Furqan di Padang Balang, Sentul  sejak 1992 terbukti memberi hasil. Ada pelajarnya menjadi johan Asia Pasifik!
Sebagai mantan naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat sudah tentu banyak agenda mengilmukan ummat yang mahu diusahakannya. Peluang mendidik anak bangsa tidak mahu dilepaskannya begitu sahaja. Beliau gigih bersama orang kampung mencari dana untuk merealisasikan hasrat pewakaf. Alhamdulillah sebuah bangunan 2 tingkat tersergam indah, memuatkan 40 orang pelajar dan 3 guru bermula Januari 2012.
Selaku EXCO Pendidikan Kerajaan Negri Selangor, YB Dr Hjh Halimah Ali memuji usaha baik tersebut dan mahu Darul Furqan sebagai sendir penting membantu kerajaan Selangor mengerjakan makruf dan mencegah kemungkaran selain mengajak ummat beriman kepada Allah swt.
Beliau menaruh harapan yang tinggi kepada kemampuan institusi penting seperti Darul Furqan melahirkan modal insan yang berguna dan membantu melahirkan khaira ummah.

Beliau menerangkan kerajaan negeri menyokong dan mendokong perjuangan SAR untuk mentarbiyyahkan insan di Selangor. 

 Semoga niat tulus semua pihak membuahkan hasil terbaik untuk mencapaikan tahap baldatun tayyibatun wa rabbun ghafuur insyaallah. Amiin.

Tiada ulasan:

Nuffnang