Nuffnang

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted by Tanpa Nama | Posted on 1:02 PG

Mohamad Taufek Abd Ghani


Najib gesa pertahan sekolah pondok

Posted: 08 Nov 2012 04:01 PM PST



9 Nov 2012 : Institusi pondok di negara ini masih relevan kerana ia menjadi benteng mempertahankan identiti Melayu-Islam yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata institusi ini perlu dipertahankan kerana ilmunya boleh diguna dan dirujuk untuk menangani pelbagai serangan ilmiah serta trend pascamodenisme yang sedang berlaku.

700,000 GAGAL IKUTI KAFA

3 Nov 2012 : Lebih 700,000 murid tidak dapat mengikuti Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) kelolaan Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) berikutan kekurangan kelas berkenaan di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, hasil laporan penaziran tahun lalu mendapati, sejumlah murid terbabit dari tahun satu hingga enam tidak mengikuti program pendidikan agama sedia ada melalui kelas Kafa, sekolah rendah agama negeri, rakyat dan swasta pada sesi petang.

SEKOLAH AGAMA TIDAK SELESA, PERALATAN UZUR

19 Okt 2012 : Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati bahawa sekolah agama Kerajaan Johor (SAKJ) tidak memiliki kemudahan serta penempatan sementara yang tidak sempurna. Laporan Ketua Audit turut mendapati, daripada 20 buah SAKJ yang dilawati, 16 daripadanya tidak mempunyai kelengkapan keperluan asas yang tidak sempurna seperti bilik mesyuarat, bilik sumber dan kantin ataupun kemudahan asas yang tidak sempura kebanyakannya telah uzur. Disamping itu, perabot seperti meja belajar dan kerusi murid juga berada dalam keadaan uzur. Ini disebabkan oleh bekalan perabot baru lewat diterima dan dan ada sebahagiannya tidak menerima peruntukan perabot baru.

Saham Felda merosot menghampiri rekod terendah

Posted: 08 Nov 2012 04:00 PM PST



9 Nov 2012 - Saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH), tawaran awal awam (IPO) kedua terbesar di dunia tahun ini, telah merosot dalam minggu lepas atas keraguan terhadap pendapatan lemah syarikat perladangan tersebut.

Saham gergasi perladangan itu, yang sepatutnya menjadi durian runtuh kewangan kepada peneroka Felda, diniagakan serendah RM4.59 semalam, sedikit lagi menghampiri rekod terendah RM4.57 yang dicatatkan pada 11 September.

FGVH ditutup pada RM4.63, tujuh sen lebih rendah berbanding pada 1 November dan hanya lapan sen di atas harga IPO.

Ramai peneroka mengambil pinjaman untuk membeli saham FGVH dan trend umum penurunan harga saham sejak penyenaraiannya pada 28 Jun apabila ia mencecah rekod tinggi RM5.46, boleh menjadi punca ketidakpuashatian.

Kerajaan bagaimanapun melangkah masuk untuk membantu peneroka apabila mendapat peruntukan RM361 juta dari Felda, pihak berkuasa pembangunan tanah kerajaan, pada bulan Ogos untuk membiayai 800 unit saham yang dibeli oleh setiap peneroka.

Peruntukan ini akan membebaskan peneroka dari perlu membayar lima peratus faedah bank setahun ke atas pinjaman yang diambil untuk membeli saham; peneroka sebaliknya akan membayar balik Felda kira-kira RM50 setiap bulan tanpa faedah, selama lima tahun.

Prestasi mengecewakan FGVH juga boleh menyebabkan gangguan sepanjang rentetan penyenaraian mega baru yang menolak Kuala Lumpur mendahului Hong Kong sebagai hab IPO utama di rantau ini.

Syarikat perladangan tertekan akibat kejatuhan harga minyak sawit, yang turun oleh kira-kira 25 peratus setakat tahun ini dan Indeks Perladangan turun 0.4 peratus semalam ditutup kepada 8,080.9.

"Pelabur memotong pelaburan kepada syarikat perladangan kerana harga minyak sawit mentah yang lemah," kata seorang broker.

Tambahan kepada harga minyak sawit rendah, FGVH juga bergelut dengan penuaan pokok kelapa sawit, 53 peratus daripada 320,000 hektar ladang kelapa sawit antara tertinggi dalam industri dan latihan penanaman semula akan menyebabkan kehilangan pendapatan bagi kumpulan itu sepanjang tempoh penantian untuk pokok matang.

FGVH juga dilaporkan mengalami isu produktiviti dari segi tan sehektar merupakan ketiga terendah di kalangan firma perladangan utama Malaysia.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagaimanapun telah terus mengumpul saham FGVH — menyentap sehingga 250,000 saham semalam menjadikan jumlah kepentingan langsung kepada 7.78 peratus.

KWSP, dana pencen terbesar di negara ini, berkata pada September bahawa ia membeli FGVH kerana mempunyai pandangan positif ke atas sektor perladangan, merupakan salah satu sektor kitaran yang mempunyai naik dan turun.

- The Malaysian Insider

Pembentangan : Permasalahan Amalan Santau dan Sihir

Posted: 08 Nov 2012 01:46 AM PST


KEM TAHFIZ ULUL ALBAB

Posted: 08 Nov 2012 01:45 AM PST


Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP