Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Muslim Care kumpul dana baiki masjid runtuh di Gaza
- Dua Isu Utama Rakyat di N.Sembilan Menjelang PRU
- Pendaftaran Pelajar PASTI 2013
- MALAM CINTA RASUL
Muslim Care kumpul dana baiki masjid runtuh di Gaza Posted: 24 Nov 2012 03:34 PM PST Harian Metro 24 Nov 2012 - Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) tampil antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pertama yang kini giat mengumpul dana bagi membina semula beberapa masjid yang runtuh di Semenanjung Gaza akibat serangan roket tentera Zionis. Muslim Care kini giat mengumpul dana termasuk sumbangan daripada pelajar Malaysia yang menuntut di United Kingdom. Timbalan Presidennya, Zulkefli Mohd Nani berkata, dua ahli Muslim Care iaitu Bendahari Agungnya, Zulkifli Wahijan dan Exco Muslim Care, Riduan Mohamad Nor bertolak ke United Kingdom dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi semalam, untuk bertemu pelajar Malaysia di sana. Menurutnya, rancangan mengutip dana bagi membina masjid di Tebing Gaza itu sudah dirancang sebelum perang meletus 20 November lalu namun ia akan diperhebatkan berikutan beberapa masjid di bandar Gaza dilaporkan musnah. "Setakat ini, RM100,000 berjaya dikumpul dan kami menjangka mampu memperoleh RM1 juta pada penghujung tahun ini bagi tujuan membina atau membaik pulih masjid di sana," katanya. Menurutnya, misi itu mendapat kerjasama NGO dan kerajaan Mesir untuk memasuki Semenanjung Gaza melalui sempadan Rafah. Zulkefli berkata, orang ramai masih boleh menyumbangkan wang ke akaun Muslim Care di atas nama Viva Palestin menerusi nombor akuan Maybank, 564490211159 atau ke Akaun RHB (Muslim Care) 26212000004747. |
Dua Isu Utama Rakyat di N.Sembilan Menjelang PRU Posted: 24 Nov 2012 02:54 PM PST Dua isu besar yang melibatkan kepentingan rakyat di Negeri Sembilan menjelang Pilihanraya Umum ke 13 ialah ; 1. Tender bangunan Hospital Rembau masih belum dikeluarkan sehingga kini, sedangkan upacara perletakan batu asas telah disempurnakan pada bulan Mac 2008 oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan. Ulasan penuh isu ini di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/11/tender-bangunan-hospital-rembau-masih.html 2. Pembinaan jalan baru Pasir Panjang ke Linggi sepanjang 22.5 km yang dibina sejak tahun 2005 yang masih belum siap sehingga kini. Kos asal projek RM118 juta, kemudian ditambah lagi RM118 juta pada kontraktor yang sama pada tahun 2008, ditambah lagi RM47.5 juta juga pada kontraktor yang sama, dimana salah seorang Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang dianugerahkan membina jalan ini ialah Dato Napsiah Omar, bekas Menteri Kabinet serta bekas pimpinan tertinggi Umno dan Wanita Umno. Ulasan penuh isu ini dengan fakta di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/11/jalan-pasir-panjang-ke-linggi-rm300.html |
Pendaftaran Pelajar PASTI 2013 Posted: 24 Nov 2012 05:02 AM PST PENDAFTARAN KINI DIBUKA PASTI Al Amal, Taman Marida, Senawang Untuk pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun Untuk pertanyaan atau pendaftaran sila hubungi :019-6692431 Cikgu Zaharah 019-9103431 Encik Nazri Kurikulum Bersepadu untuk pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun Pembelajaran Pengukuhan 5M – Membaca, Menulis, Mengira, Menghafaz, Mengamal Membentuk Sahsiah Murid Berperibadi Mulia PASTI – MEMBENTUK PELAJAR CEMERLANG DUNIA DAN AKHIRAT Facebook PASTI N.Sembilan http://www.facebook.com/pasti.sembilan Blog PASTI N.Sembilan di http://pasti-n9.blogs |
Posted: 24 Nov 2012 05:01 AM PST |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan