Nuffnang

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted by Awanama | Posted on 1:02 PG

Mohamad Taufek Abd Ghani


Berita terkini dan sahih dari Gaza, moh bantu

Posted: 17 Nov 2012 04:40 PM PST


Dapatkan maklumat dan berita terkini di Gaza, Palestin dari NGO Malaysia yang menyalurkan bantuan terus ke Palestin di http://aqsa2gaza3.blogspot.comatau

Moh kita jayakan Misi Bantuan Kecemasan di Gaza dengan menyumbang ke AQSA SYARIF BERHAD di Maybank Islamic 551575004299 atau Bank Islam 12092010034904.

DOA DAN BANTU !

Program Cuti Sekolah Seronoknya Gi Masjid

Posted: 17 Nov 2012 06:17 AM PST


PROGRAM CUTI SEKOLAH - Motivasi Al-Quran (MAQ) 2012

Setiap Isnin, Selasa, Rabu & Khamis
8.30 pg - 5.30 ptg (pagi - petang)

19 - 23 Nov 2012 di Masjid al-Azim, Melaka
19 - 29 Nov 2012 di Masjid (Pusat Islam) UKM, Bangi
26 - 30 Nov 2012 di Masjid al-Alami, MITC, Melaka
26 Nov - 6 Dis 2012) di Masjid at-Taqwa, Kampong Paroi, Seremban dan Surau at-Taqwa, Garden City Homes, Seremban 2.

Pengisian :
* Talaqqi & Hafazan Juz Amma & Surah Pilihan.
* Bestnya al-Quran!
* Oh Mudahnya Tajwid!
* Super Teens Leadership
* I'm The Best!
* Seni Komunikasi Gaya Nabi.
* Remaja Yang Disayangi Allah.
* Kompas Sukses.
* Transformasi Qalbu.
* X-plore Minds.
* Challenge Games.

Yuran RM350 – RM 400 (tertakluk pada terma dan syarat)

Maklumat lanjut di www.motivasialquran.com

Sila hubungi
Cik Farizan 016-3969763
Kawasan Negeri Sembilan : Ustaz Yusri (019-6018786)
Bangi/Kajang/Putrajaya/Serdang : Cikgu Aiman (011-15775761)
Shah Alam/Klang/Puchong/Damansara : Cikgu Hisyam (019-3812580)
Gombak/Kuala Lumpur : Ustaz Anwar (0196370661)


Penyelewengan MB N Sembilan punca Umno bakal tersungkur

Posted: 17 Nov 2012 05:21 AM PST

16 November 2012 : Penyelewengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan dalam skandal tanah akan menyebabkan Umno Negeri Sembilan tumbang pada pilihan raya umum (PRU) nanti, kata Rafizi Ramli.
Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, terlalu banyak penyelewengan oleh pemimpin Umno negeri demi mengkayakan kroni.

Rafizi menunjukkan dokumen mengenai pelan rancangan struktur Negeri Sembilan 2001-2010 yang dikaitkan dalam skandal tanah oleh Mohamad.

"Banyak penyelewengan dan puak-puak yang berebut mengaut keuntungan. Bila kita dedahkan, ia menimbulkan perasaan cemburu antara puak itu dan menyebabkan keretakan kepada Umno Negeri Sembilan dan keretakan itu yang akan tumbangkan mereka sendiri," katanya ketika dihubungi.

Oktober lalu, KEADILAN mendedahkan skandal penyelewengan pengambilan tanah secara haram di Negeri Sembilan oleh Mohamad.

Pada 2 November, Rafizi mendedahkan, 1014 hektar tanah hutan simpan tetap di Mukim Serting Ulu, Jempol diberi kepada ASLI-YNS Sdn Bhd, syarikat milik Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Senator Dr Yeow Chai Thiam.

Menurut Rafizi, pada 3 Mac 2004, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Sembilan meluluskan permohonan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) untuk meminda keputusan pemberian milikan tanah itu bagi perladangan getah kepada ASLI-YNS.

Kerajaan negeri juga rakus merampas tanah di sekitar Pantai Teluk Kemang, meluluskan projek dan menghalau peniaga tempatan.

Ekoran itu, lebih kurang 100 wakil peniaga berhimpun di perkarangan Parlimen awal November lalu bagi membantah kezaliman kerajaan negeri.

"Banyak lagi bukti penyelewengan mereka dan kita akan terus dedah sehingga menjelang PRU 13," kata Rafizi.

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP