Khamis, 15 November 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Rakyat dahagakan ilmu tapi dewan, stadium, masjid tidak dapat digunakan

Posted: 14 Nov 2012 08:02 PM PST


Rakyat ketika ini, khususnya umat Islam di Negeri Sembilan amat dahagakan ilmu dari para ulama. Suasana bersesak mereka yang hadir mendengar kuliah Ustaz Azhar Idrus di Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban pada Isnin 12 Nov 2012 yang lalu walaupun dalam keadaan hujan serta padang dan jalan yang becak. Alangkah baiknya kalau Ustaz Azhar Idrus dapat turun lagi di Negeri Sembilan di Padang MPS atau Stadium Paroi atau Masjid Negeri atau Pusat Dakwah Paroi.

Jika Ustaz Azhar Idrus boleh bersiaran dalam TV di Astro Oasis, kenapa tidak di tempat-tempat awam di Negeri Sembilan?

12 hari lagi untuk BN roboh kamera haram di S’ngor – Exco

Posted: 14 Nov 2012 08:01 PM PST



14 November 2012 : Pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik(AES) di Selangor oleh kontraktor yang dilantik Kerajaan Pusat adalah secara haram, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu.

Menurutnya, dua kamera tersebut di Kajang yang dipasang di kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan di kilometer 301.6 menuju ke utara di Lebuhraya Utara-Selatan tidak mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"AES di Kajang adalah di bawah Akta Kerajaan Tempatan. Sebelum pemasangan perlu dapat Kebenaran Merancang (KM).

"Tanpa itu (KM), walaupun kamu pemilik tanah, kamu tak boleh buat begitu, ia dianggap haram, salah. Jadi saya sarankan (Menteri Pengangkutan) Datuk Seri Kong Cho Ha rujuk dulu dan minta nasihat," katanya pada sidang media petang tadi.

Jelas Ronnie, sebelum pemasangan, pihak bertanggungjawab mesti mendapat kebenaran yang diperuntukkan dalam undang-undang.

"Dia mesti ada kelulusan baru boleh buat. Dia menteri (dan dia) mesti ikut undang-undang juga.

"JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) hanya bagi kontraktor minta izin. (Tapi) kontraktor tak buat. Kementerian tak buat permohonan. Ketiga-tiga pihak tidak buat permohonan," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran itu.

Sehubungan itu, kata Ronnie, amaran Kerajaan Selangor yang memberi tempoh 14 hari kepada Kementerian Pengangkutan untuk menanggalkan semula kamera tersebut di negeri itu sangat berasas.

"Dua AES di kawasan Kajang, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), minta surat untuk roboh 14 hari, ekoran taklimat diberikan oleh Pengarah JPJ.

"Saya pergi semalam di Lebuhraya Lembah Klang Selatan dan di Lebuhraya PLUS Expressway dari Bangi menghala ke Cyberjaya masih terdapat kamera AES di sana," katanya merujuk laporan muka depan akhbar Suara Keadilan hari ini.

Ronnie yang ke lokasi itu semalam bersama seorang lagi Exco, Dr Yaakob Sapari menunjukkan kamera yang bakal dirobohkan jika Kerajaan Pusat berdegil tidak mahu menanggalkan kamera tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.

Beliau bertegas akan mengarahkan MPKj untuk merobohkan kamera tersebut sekiranya kontraktor berkenaan gagal berbuat demikian.

"Kalau tak roboh, kita akan minta MPKj buat surat untuk roboh dalam 14 hari. Kalau (dalam tempoh itu) tak roboh (kamera), kita akan robohkan. Kita patuhi undang-undang," kata Ronnie.

Kerajaan Selangor menetapkan 14 hari kepada Kementerian Pengangkutan, bermula Isnin lalu dan tempoh itu berbaki 12 hari lagi dari sekarang.

Ceramah Dr Arif Kasmo 25 Nov 2012 di Senawang

Posted: 14 Nov 2012 08:00 PM PST



CERAMAH SAMBUTAN HIJRAH DAN ASYURA
Tajuk : Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains dalam Al-Quran
Penceramah : Prof. Dr Mohd Arif Kasmo, Pusat Pengajian Umum, UKM, Bangi - BSc (Zoology), Sarjana (Pendidikan), PhD (Pendidikan Falsafah Sains)
Tarikh : 25 Nov 2012, AHAD
Masa : 7.20 mlm , selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Sempena Sambutan Awal Muharram dan Hari Asyura

Semua dijemput hadir

PASAK adalah singkatan kepada ungkapan Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains dalam Al-Quran. Maklumat lanjut di http://pasakeedah.blogspot.com

Amalan Yang Disunatkan Pada 10 Muharram

Selain daripada melakukan puasa pada hari 'Asyura', orang Islam juga disunatkan menyenangkan dan menggembirakan hati kaum keluarga.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: "Barangsiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari 'Asyura, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun." (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Berpuasa serta menyenangkan hati keluarga, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin pada hari 'Asyura' ini adalah amalan yang tidak boleh dilepaskan
fadhilatnya begitu sahaja.

KARNIVAL EKSPLORASI KERJAYA 2012

Posted: 14 Nov 2012 01:21 AM PST



USIM dengan kerjasama Pusat Jobsmalaysia Seremban akan menganjurkan  KARNIVAL EKSPLORASI KERJAYA 2012 seperti berikut :

Tarikh : 22 - 24 November 2012 (Khamis - Sabtu)
Masa : 8.30 pg - 4.30 ptg
Tempat : Kompleks Sukan Tunku Najihah, USIM Nilai, Negeri Sembilan

Maklumat lanjut di http://carexusim.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang