Khamis, 15 November 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Anwar Bidas Tindakan MPPP Roboh Rumah Warga Emas

Posted: 15 Nov 2012 03:32 AM PST

Malaysiakini

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengkritik tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) meroboh rumah seorang warga emas di Lengkok Sungai Gelugor di George Town Khamis lepas.

Beliau mempersoalkan tindakan MPPP itu memandangkan arahan untuk tidak merobohkan rumah berkenaan telah dikeluarkan kerajaan negeri.

“Kalau ada ahli majlis dari Pakatan Rakyat yang terlibat, saya akan tentukan orang seperti ini tidak perlu dilanjutkan kerana dia tidak prihatin permasalahan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di wacana ‘Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat’ sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di sini. Turut hadir Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Osman.

Anwar yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh menggesa kerajaan negeri menyiasat sama ada terdapat kecuaian di peringkat pegawai atau ahli majlis.

Baru-baru ini akhbar melaporkan penguatkuasa MPPP meroboh bahagian depan rumah milik Mariam Tahir, 72, tanpa mengeluarkan sebarang notis terlebih dahulu kerana strukturnya tidak mengikut peraturan ditetapkan.

[VIDEO] Perutusan Maal Hijrah Oleh Dato Seri Anwar Ibrahim

Posted: 14 Nov 2012 10:10 PM PST

Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Terengganu

Posted: 14 Nov 2012 12:32 PM PST

17 November 2012 (Sabtu)

1) 9.30 pagi – Sepagi Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim (DUN- Kota Putera)

Lokasi: Pasar Tani Alor Lentang, Kota Putera, Besut

2) 11.00 pagi – Santai Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim (DUN- Permaisuri)

Lokasi: Stesyen Bas, Bandar Permaisuri, Setiu

3) 4.30 ptg – Sepetang Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim (P-Dungun)

Lokasi: Pejabat PKR Dungun, Jalan Balai Besar, Dungun
4) 7.00 ptg – Solat & Tazkirah Maghrib

Lokasi: Masjid Lama Kampong Tebing Tembah, Paka, Dungun

5) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Merdeka Rakyat (P-Kemaman)

Lokasi: Kampong Geliga, Cukai, Kemaman
Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Azan Ismail

iii. YB Dato' Saifuddin Nasution

iv. Sdr Rafizi Ramli

v. YBhg Ismail Harun

[VIDEO] Ceramah MerdekaRakyat, Kg Padang Balang, Batu, KL 13/11/2012

Posted: 14 Nov 2012 12:06 PM PST



Tiada ulasan:

Nuffnang