:: cina islam | 2011 :: |
- Gempa bumi Guatemala 48 maut
- Umno sedang gali kubur sendiri
- Lelaki disyaki terbit Innocence of Muslims dijel
- Rafizi dakwa Nazri guna kuasa halangnya buat PC
- Baharom tak mampu bayar kos RM12,000
- Sampai bila nak kena tipu?
- 433 Nama Pemilih Lenyap Tanpa Dipamer, Data Diubah Sana Sini
- PBB gesa Myanmar lindungi umat Islam
- Bertahun tunggu pinjaman lulus
- Tidak tahan hidu bau busuk
- BN tak akan menang, jangan janji lebuh raya
- Himpunan bantah Nurul Izzah, fitnah - Nasrudin
- PANAS! BN Cuma Tinggal 110 Hari Untuk Berkuasa!
- Kase buka kaunter aduan saman AES
- Air bertukar hitam, Sungai Kuala Temerloh semakin tercemar
- Anggota tentera hilang ditemui mati di kawasan paya
- Apa keputusan muktamad pelaksanaan GST
- Imam maut dipukul ketika solat
- Rangka gajah purba ditemui
- Lebih 3,000 masih di pusat pemindahan banjir
- Belajar daripada Pilihan raya Presiden Amerika
- Obama menang presiden AS
- Pelajar yang jadikan Chua Soi Lek idolanya dihukum
- Presiden Turki perintah siasat badan-badan awam
- Demonstrator profesional diupah ganggu P Pinang
Posted: 08 Nov 2012 12:22 AM PST 23 Zulhijjah 1433H. [MOD] - GUATEMALA CITY - Sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh dan ramai masih hilang dalam kejadian gempa bumi yang melanda kawasan pantai Guatemala semalam. Menerusi Twitter, Presiden Guatemala, Otto Perez Molina mengisytiharkan amaran kecemasan dan menasihatkan rakyatnya meninggalkan bangunan-bangunan tinggi sebagai langkah berjaga-jaga. Pegawai pasukan mencari dan menyelamat berkata pihaknya memerlukan 24 jam untuk memulihkan hubungan di kawasan dilanda gempa bumi pada magnitud 7.4. Gempa bumi melanda negara itu kira-kira 10.35 pagi waktu tempatan (12.35 tengah malam waktu Malaysia), di kawasan 23 kilometer dari bandar Champerico, sebelah barat daya Guatemala. sinar/- | ||
Umno sedang gali kubur sendiri Posted: 08 Nov 2012 12:21 AM PST 23 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Umno-BN sedang menggali kuburnya sendiri. Ada beberapa isu yang dilihat bakal menyusahkan Umno-BN mengekalkan kuasanya pada PRU13 yang akan tamat tempohnya pada 24 April 2013. Umno-BN sedang menggali kuburnya sendiri. Begitulah perkembangan politik mutakhir ini. Dalam beberapa isu besar yang berlaku akhir-akhirnya, Umno-BN dilihat lebih banyak bertahan daripada menyerang. Ada beberapa isu yang dilihat bakal menyusahkan Umno-BN mengekalkan kuasanya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan tamat tempohnya pada 24 April 2013. 1. Isu hudud Datuk Seri Chua Soi Lek. Dalam persidangan agung MCA yang lalu, presidennya Datuk Sri Chua Soi Lek buat kesekian kalinya menyerang hudud dan kenyataan menghina Islam. Beliau sebelum ini telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan menghina Islam dan Umno dilihat seolah-olah merestuinya. Dari sudut politik, MCA mungkin bertujuan menarik kembali sokongan masyarakat Cina daripada DAP. Pada masa yang sama Umno berharap akan berlaku pertelingkahan antara PAS dan DAP. Namun, isu ini bukan sahaja tidak berupaya memecahkan tali persahabatan PAS dan DAP, malah menjadi senjata makan tuan. Walaupun isu ini tidak menjejaskan sokongan penyokong setianya dalam pertarungan politik. Namun, memberi peluru kepada musuh bukanlah sesuatu yang dimahukan oleh Umno. 2. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Isu PTPTN boleh menjadi salah satu pemangkin terkuburnya Umno-BN. Tawaran Pakatan Rakyat untuk melupuskan hutang PTPTN adalah sesuatu yang sukar ditolak oleh mahasiswa yang waras dan mengikuti perkembangan politik serta ekonomi semasa. Berpuluh ribu graduan sama ada yang telah bekerja mahupun yang masih menganggur terikat dengan pinjaman tersebut. Ada yang mampu membayarnya, ada yang tidak mampu dan ada yang sengaja tidak mahu bayar. Orang yang berhutang wajib melunaskan hutangnya, tetapi orang yang memberikan hutang boleh melupuskan hutang orang yang berhutang. Oleh itu, jika tawaran PR ini menjadi pilihan para peminjam PTPTN, nyawa Umno-BN bakal berakhir. 3. Gelombang Sabah. Sabah sebelum ini pernah diwar-warkan Sabah sebagai simpanan tetap Umno-BN. Namun, perkembangan politik Sabah akhir-akhir ini tidak boleh dipandang ringan. Pengunduran beberapa tokoh pemimpin Sabah daripada Umn-BN dan menyertai PR merupakan sesuatu yang amat menarik. Perkara ini berlaku kerana banyak sebab. Salah satunya, ramai rakyat Sabah yang sudah mula menyedari bahawa negeri mereka terpinggir daripada pembangunan fizikal walaupun hasil buminya yang banyak, namun hasil tersebut tidak sampai kepada mereka. Oleh itu, harapan diletakkan kepada pemerintah yang baru, jika berjaya menguasai kerajaan pusat. Hakikatnya, Sabah pernah beberapa kali bertukar kerajaan antara Usno, Berjaya, PBS dan Umno. Salah satu kaedah pertukaran kerajaan ialah akibat pemimpin parti keluar parti dan menyertai parti lain atau menubuhkan parti baru. "Ini Kalilah", Sabah bakal melakar satu lagi sejarah dalam politik tanah air. Pada kali ini, Sabah bukan sahaja mungkin menukar kerajaan negerinya sekali lagi, bahkan tidak mustahil membantu menukar kerajaan pusat sekali gus. 4. Isu Felda. Kewujudan Felda merupakan suatu tapak yang paling baik bagi Umno-BN mengekalkan kuasanya. Hal ini kerana, Felda berada hampir di seluruh negara. Secara umumnya, peneroka Felda ialah penyokong tegar Umno-BN. Namun, dengan pelbagai perkembangan akhir-akhir ini menjadikan Felda bukan lagi simpanan tetap Umno-BN. Warga Felda sudah mula bangkit, sudah berani menyaman kerajaan dan menuntut hak. Apatah lagi sudah ramai generasi keduanya yang berpendidikan tinggi dan tinggal di luar Felda. Generasi kedua ini menjadi lebih terbuka pemikirannya kerana banyak bercampur gaul dengan masyarakat luar dan terdedah dengan pelbagai maklumat. Apatah lagi dengan isu Felda Global Ventures (FGV) yang menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan. Semakin lama isu ini berlangsung semakin banyak tembelang Umno-BN terlondeh dan semakin kurang penyokong Umno-BN. 5. Warga pendidik. Jumlah warga pendidik hampir 500 ribu. Jumlahnya agak besar dan mempunyai kesan yang bukan sedikit terhadap keseimbangan politik negara. Walalupun isu yang membaitkan guru tidak sehebat isu FGV, namun perlu diingat, mereka merupakan golongan terpelajar. Berbanding warga Felda, mereka tentunya tidak mudah dibeli dengan sehelai kain batik atau RM50 atau sejumlah saham. Oleh itu, sikap tidak prihatin Umno-BN terhadap beberapa isu pendidikan mungkin membawa padah. Salah satunya ialah perubahan status sekolah vokasional yang turut mengubah waktu bekerja daripada waktu biasa kepada waktu baru yang lebih panjang iaitu dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Bahkan pengenalan sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) bukanlah sesuatu yang membuatkan warga pendidik menjadi semakin intim dengan Umno-BN. Sudahlah isu PPSMI sebelum ini masih belum kebah sepenuhnya. Dengan dasar yang sering berubah-ubah dan bebanan tugas yang semakin bertambah, saya tidak fikir Umno-BN semakin popular dalam kalangan guru. PR menawarkan imbuhan secara bulanan jika berjaya membentuk kerajaan. Hal ini kerana, PR amat sedar bahawa golongan ini melakukan pekerjaan yang paling mulia iaitu menyampaikan ilmu kepada anak bangsanya. Mereka merupakan barisan paling hadapan dalam menentukan masa depan negara. 6. Penyelewangan dana awam. Kemuncak kepada penyelewengan dana awam ialah kes yang membabitkan National Feedlot Corporation (NFC), syarikat milik suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Kes ini bukan semata-mata membabitkan menyalahgunaan dana awam yang banyak, tetapi pendedahan oleh laporan audit negara adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan dengan mudah oleh Umno-BN. Dalam kes ini, Perdana Menteri langsung tiada hujah untuk mempertahankannya, sehinggakan Datuk Seri Shahrizat terpaksa diturunkan daripada kerusi senatornya sekaligus jawatan menteri yang dipangkunya. Namun, rakyat tidak mudah untuk melupakan isu ini begitu sahaja. Penyelewangan dana awam sebanyak RM250 juta bukanlah sesuatu yang kecil anak. Banyak perkara yang dapat dimanfaatkan oleh rakyat jika wang sebanyak berada ditangan pemimpin yang jujur. Jika rakyat mahukan duit ini dikembalikan atau isu ini diselesaikan, mereka tiada pilihan melainkan memberikan kuasa kepada PR pada PRU13 nanti. 7. Automated Enforcement System (AES). Pelaksanaan sistem ini bukan sahaja menimbulkan kemarahan rakyat, malah turut tidak dipersetujui oleh ahli parlimen dan penyokong Umno-BN sendiri. Hal ini kerana, sistem ini lebih banyak menyusahkan rakyat berbanding tujuan asalnya yang dikatakan untuk mendidik pengguna jalan raya. Dalam hal ini, pelaksanaan AES dilihat sebagai satu usaha kerajaan memeras duit rakyat dengan cara yang lebih mudah dan tersusun – atas nama kesalahan lalu lintas. Dalam hal ini rakyat bakal terbeban dengan saman dan tiada cara lain untuk menghentikan kegilaan ini melainkan memenangkan PR dalam PRU13 nanti. 8. Penurunan harga kenderaan. Sekali imbas isu penurunan harga kenderaan tidak akan menggugat Umno-BN. Namun dalam senyap isu ini telah menjalar dalam kalangan rakyat. Ayat, "Kalau nak beli kereta, tunggu selepas pilihan raya umum ke-13." Biasa didengar di mana-mana. Hal ini menunjukkan bahawa perkara ini bukanlah sesuatu yang kecil. Hal ini kerana, sudah diketauhi umum bahawa harga kereta di Malaysia amat mahal berbanding dengan nisbah pendapatan dan kos hidup. Umum juga mengetahui bahawa cukai yang dikenakan begitu mahal terhadap kereta import demi menyelamatkan kereta nasional yang mempunyai kepentingan kroni padanya. Jadi, tawaran PR bahawa akan menurunkan harga kereta apabila memenangi PRU13 nanti sememangnya sesuatu yang ditunggu oleh rakyat. 9. Cukai barangan dan perkhidmatan (Good and Service Tax – GST). Kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan bukanlah sesuatu yang menjadi sebutan umum. Namun, apabila nilai wang menjadi semakin kecil, dan rakyat pula terdesak untuk memenuhi keperluan asas yang semakin tinggi nilainya berbanding pendapatan. Keperluan asas seperti tanah/rumah, kenderaan, kos pendidikan, kos makan minum dan kos perubatan semakin meningkat. Pada masa yang sama rakyat dilaungkan oleh pemimpin supaya berjimat cermat. Padahal rakyat dengan mata kepala sendiri melihat pemimipin negara dan konco-konconya hidup dalam suasana yang mewah. Akhirnya, rakyat mula berfikir bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk mengubah keadaan ini. Pemimpin cakap tidak serupa bikin. Rakyat bersusah payah membayar cukai tetapi pemimpin senang-senang sahaja membelanjakan dana awam tanpa mengambil kira kesusahan rakyat. Pada masa yang sama mereka mula membandingkan, negeri-negeri yang diperintah oleh PR terutamanya Kelantan lebih telus dalam membelanjakan wang rakyat atau sekurang-kurangnya tidak membebankan dengan pelbagai cukai. Kesimpulannya. Selain faktor di atas, banyak lagi kemungkinan yang bakal menamatkan riwayat Umno-BN. Senarai itu hanyalah sebahagian daripada senarai panjang kesilapan dan keangkuhan Umno-BN dalam melayan kehendak rakyat. Jika Umno-BN terus tidak berubah nescaya mereka akan rebah! Namun, walaupun Umno-BN dilihat tertekan dengan pelbagai isu, tetapi perlu diingat, mereka masih menguasai media dan pelbagai agensi kerajaan. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku terutama apabila PR tersilap strategi pada saat akhir menjelang pilihan raya. harakah/- | ||
Lelaki disyaki terbit Innocence of Muslims dijel Posted: 08 Nov 2012 12:13 AM PST 23 Zulhijjah 1433H. [MOD] - LOS ANGELES – Mark Bassely Youssef, yang mendakwa bertanggungjawab menerbitkan Innocence of Muslims - filem yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, dihukum penjara setahun di penjara persekutuan Amerika Syarikat (AS), semalam. Hukuman itu dijatuhkan kerana didapati bersalah melanggar syarat-syarat tempoh pemantauan ketika menjalani hukuman di luar penjara. Hukuman itu adalah hasil rayuan antara peguamnya dan pendakwa raya persekutuan. Sebelum ini lelaki berkenaan dikenali dengan nama Nakoula Basseley Nakoula dan pernah disabitkan kesalahan berhubung kes menipu bank pada 2010, dan diletakkan di bawah pemantauan selama lima tahun dan tidak boleh akses kepada Internet. Laporan media sebelum ini pernah menyebut dia menggunakan sehingga 20 nama samaran. Dia membuat pengakuan di mahkamah terbuka bahawa ada menggunakan beberapa nama palsu dan melanggar perintah tempoh pemantauan di luar penjara dan memperoleh lesen memandu dengan menggunakan nama palsu. Selepas Bassely Youssef meninggalkan bilik perbicaraan, peguamnya, Steven Seiden memberitahu media bahawa anak guamnya mahu menyampaikan stau mesej. "Satu perkara yang dia mahu saya maklumkan pada anda semua ialah Presiden (Barack) Obama mungkin berjaya mendapatkan Osama bin Laden (yang ditembak mati Mei 2011), tetapi dia tidak membunuh ideologinya," kata Seiden. Dipetik AP, Seiden yang ditanya maksud mesej itu berkata, "saya tidak tanya dia dan saya tidak tahu." Hakim Mahkamah Daerah AS, Christina Snyder menerima pengakuan dan segera menghukum Bassely Youssef selepas mengaku bersalah atas empat daripada lapan tuduhan termasuk penipuan dalam mendapatkan lesen memandu California . Pendakwa bersetuju menggugurkan empat tuduhan di bawah perjanjian rayuan, termasuk meminta tempoh pemantauan yang lebih lama. Semua pihak bersetuju tiada pencabulan berkaitan dengan kandungan filem Innocence of Muslims. Namun, Penolong Peguam AS, Robert Dudgale berhujah bahawa sikap menipu Bassely Youssef berkenaan identitinya telah menyebabkan kemudaratan kepada orang lain termasuk pelakon dan krew filem. "Mereka tidak tahu bahawa dia (sebenarnya) seorang banduan yang baru dibebaskan," katanya. Kata beliau, "sekiranya mereka tahu, sudah pasti mereka akan berfikir dua kali." Selain itu katanya, krew filem juga menerima ancaman bunuh dan merasa karier mereka sudah dihancurkan. Seiden berkata, anak guamnya mengaku menjadi penulis skrip filem itu tetapi tidak terlibat dengan penerbitannya kecuali seperti yang digambarkan menjadi 'penasihat budaya'. Bassely Youssef, 55, ditahan September lalu, seminggu selepas dia bersembunyi ketika protes yang turut membawa kepada kematian lebih 60 nyawa. Pihak berkuasa persekutuan pada mulanya memohon hukuman penjara dua tahun tetapi dikenakan setahun penjara selepas rundingan perjanjian rayuan. Pendakwa berkata, mereka tidak akan meneruskan dakwaan baru terhadap lelaki itu. Snyder menolak permintaan Seiden untuk meletakkan Bassely Youssef di bawah tahanan rumah. Bassely Youssef akan menghabiskan masa di penjara Southern California. Selepas dibebaskan, Bassely Youssef dilarang menggunakan komputer atau Internet untuk tempoh lima tahun tanpa kebenaran daripada pegawai pengawasnya. Pihak berkuasa persekutuan berkata, mereka percaya Bassely Youssef bertanggungjawab terhadap filem itu tetapi mereka masih belum menyatakan sama ada dia yang menyebarkan filem itu menerusi Internet. Dia juga tidak dibenarkan menggunakan nama lain selain daripada nama rasminya tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada pegawai pengawasnya. sinar/- | ||
Rafizi dakwa Nazri guna kuasa halangnya buat PC Posted: 08 Nov 2012 12:11 AM PST 23 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menggunakan kuasanya untuk menghalangnya membuat sidang media di lobi parlimen. Rafizi menegaskan Nazri seharusnya sedar bahawa Parlimen adalah institusi tertinggi milik rakyat dan larangan tersebut akan merendahkan martabat dan kedudukan Parlimen. "Pada fikiran saya, Datuk Seri Nazri Aziz sekali lagi mengambil tindakan yang berunsurkan "konflik kepentingan" kerana sidang-sidang media yang akan datang mungkin akan berkisar mengenai beliau. "Sebelum ini beliau tidak pernah mempunyai apa-apa halangan dengan sidang media yang dibuat di Parlimen," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini. Rafizi mengulas larangan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mengenai penggunaan sudut sidang media di lobi parlimen oleh mereka yang bukan ahli parlimen. Larangan lisan tersebut berkuat kuasa serta merta kerana tidak mahu sudut bertulisan 'Parlimen Malaysia Sidang Media' disalahguna oleh mereka yang bukan ahli parlimen. Mengulas lanjut, Rafizi sebaliknya berkata Parlimen wajar disemarakkan dengan isu rakyat baik di dalam atau luar dewan. "Tindakan Datuk Seri Nazri Aziz dan pengurusan Parlimen menghadkan akses rakyat biasa untuk ke Parlimen dan bersuara melalui sidang media hanya akan merendahkan martabat dan kedudukan Parlimen," katanya. malaysiakini/- | ||
Baharom tak mampu bayar kos RM12,000 Posted: 08 Nov 2012 12:00 AM PST 23 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Suami pengusaha butik kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah, Profesor Dr Baharom Sanugi memberitahu Mahkamah Tinggi semalam dia tidak mampu membayar jumlah kos sebanyak RM12,000 yang ditetapkan mahkamah kerana tidak berkemampuan selepas tidak mempunyai pendapatan tetap akibat dibuang kerja. Perkara itu dimaklumkan Peguamnya, Muhammad Hafiz Abd Rashid semasa prosiding hujahan kesnya yang memohon pergantungan bayaran kos yang ditetapkan Mahkamah Tinggi selepas empat permohonan yang difailkan Baharom sebelum ini ditolak mahkamah. Muhammad Hafiz dalam hujahannya mendakwa demikian, sebagai salah satu alasan mengapa mereka memfailkan permohonan bagi menggantung arahan pembayaran kos berkenaan. Selain itu, Mohd Hafiz berkata, selain tidak berpuas hati dengan sebahagian keputusan mahkamah iaitu berkaitan kos tersebut, mereka juga memohon pergantungan bayaran kos kerana telah memfailkan permohonan ke Mahkamah Rayuan berkaitan kos tersebut. "Sekiranya mahkamah ini tidak membenarkan pergantungan kos tersebut, ini menjadikan rayuan pemohon sia-sia dan tidak menjadi akademik," hujahnya. Sementara itu, Peguam Sri Wani, Mohamad Azrul Azhan Mohammad Jamil semasa membuat hujahan pula berkata, walaupun pihak pemohon telah memfailkan notis rayuan, namun pergantungan tersebut bukan dalam proses mahkamah rayuan. "Pemohon juga memfailkan notis itu tidak menggunakan alamat beliau bermastautin iaitu di Batu Caves Selangor," katanya. Azrul turut membangkitkan beberapa perkara lain termasuk ketidakhadiran pemohon (Baharom) dalam dua prosiding mahkamah sebelum ini yang menunjukkan suami anak guamnya itu tidak bersungguh-sungguh dalam permohonan berkenaan. Hakim Mohd Amran Mat Zain menetapkan 12 November ini untuk keputusan permohonan tersebut, bagi membolehkan mahkamah membuat penilaian selepas hujahan dan beberapa isu dibangkitkan kedua-dua pihak. sinar/- | ||
Posted: 07 Nov 2012 11:56 PM PST 23 Zulhijjah 1433H. [MOD] - SAYA sentiasa terbuka dengan komen dan kritikan. Samada betul atau tidak soal lain. Ada yang dipergunakan untuk halang program ANAK walaupun tidak tahu hujung pangkal. Pengalaman semasa Kembara Oren Selamatkan Felda di Perak baru2 ini adalah contoh jelas. Sukarelawan ANAK bertanya secara baik kenapa halang konvoi kami, ' kami ikut2 je', jawab bebudak bawah umur(sekitar 16-20 tahun) di Pondok Kawalan Felda Lawin Selatan. Bila kami berhujah pula dengan anggota Rela, mereka jawab, kami ikut arahan pengurus Felda. Talipon Pengurus berpuluh kali tak dapat. Akhirnya Rela pun tidak mahu ambil tanggungjawab. Bila siasat, rupa2nya beberapa kerat pemimpin Umno yang hasut. Di Felda Lasah, penduduk yg dipaksa demo halang konvoi ANAK, dapat menyaksikan sendiri gelagat pemimpin dan penyokong tegar UMNO yang hilang pertimbangan. Kami cool sahaja. Meskipun saya direntap dari dalam kereta dan ditolak dengan begitu kasar, saya tetap tenang. Sebiji batu yang mengenai saya pun, saya hanya istighfar.... Terlalu kecil ujian jika dibandingkan orang lain. Saya pernah dikepong, ditahan dan dilokap kerana memperjuangkan hak rakyat. Berani kerana benar, takut kerana salah! Sekadar melontar persoalan, kenapa saham FGVH merudum tinggal RM4.65 seunit; peneroka tidak demo depan pejabat FGVH? Peneroka dapat 800 unit saham dan kena bayar pinjaman pada Bank, tidak demo depan Isa Samad dan Ahmad Maslan? 23,000 kakitangan Felda meminjam kpd bank untuk saham FGVH melalui borang pink form dan menanggung rugi ketika ini; tidak berhajat ke buat tunjuk perasaan depan Faizoull Ahmad, Pengarah Besar Felda? Isa Samad dan Sabri Ahmad dapat 180,000 unit saham kenapa tak demo? Harga Sawit tinggal RM350 setan tidak berhajat nak buat demo? Harga getah tak sampai RM4 sekg tidak teringin nak tunjuk perasaan? Saya sedar dan maklum waktu ini betapa gelisahnya warga Felda dengan kejatuhan harga komoditi dan saham FGVH. Saya terima begitu banyak panggilan talipon, sms dan keluhan dalam emel saya mengenainya. Paling baru, saya dihubungi staf2 Felda mengenai pinjaman saham FGVH. Jumlahnya terlalu besar dan mereka sengsara nak bayar balik pinjaman. Semua terpedaya dengan jaminan pemimpin UMNO. Penyenaraian FGVH adalah transformasi global yang menguntungkan, kononnya. Kita kena sokong. Durian runtuh, bodoh tak ikut. Tak kan pemimpin nak tipu kita. Peliknya, saham jatuh, harga komoditi jatuh; masih jadi pak turut? Maka, bersenang lenang dan berdondang sayang Najib, Ahmad Maslan, Isa Samad dan kuncu2nya... Sampai bila nak kena tipu? selatan online/- | ||
433 Nama Pemilih Lenyap Tanpa Dipamer, Data Diubah Sana Sini Posted: 07 Nov 2012 11:36 PM PST 23 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Keadilan membongkar satu lagi bentuk kejanggalan manipulasi daftar pemilih dengan tidak melalui Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) yang dipamerkan di setiap suku tahun. Menurut Naib Presidennya, Fuziah Salleh, kejanggalan itu boleh disifatkan sebagai kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Malah, beliau tidak menolak kemungkinan ia dimanipulasi dengan sengaja oleh SPR. "RDPT merupakan 'audit trail' di dalam daftar pemilih. Dan SPR wajib boleh 'tally' jumlah pemilih di dalam daftar pemilih setiap suku yang disahkan melalui cara ini. "Sebaliknya didapati SPR gagal berbuat demikian.SPR sewenang-wenangnya masukkan nama dan keluarkan nama, pindahkan nama pemilih tanpa dipamer terlebih dahulu," kata Ahli Parlimen Kuantan itu pada sidang media di lobi Parlimen pagi tadi yang turut disertai Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali. Sebagai contoh, jelas Fuziah, hasil audit daftar pemilih di antara daftar pemilik induk Suku ke-4 2011 dan daftar pemilih induk Suku Pertama 2012 seperti yang dibekalkan SPR kepada PAC bagi Parlimen Kuantan (P083) mendapati, sebanyak 155 nama pemilih dimasukkan ke dalam daftar pemilih tanpa melalui RDPT. "Kita mendapati nama yang sudah dipamerkan sebagai pemotongan sebelum ini dimasukkan semula ke dalam daftar pemilih P083 sedangkan tiada bantahan dibuat ke atas nama tersebut. "Terdapat 40,000 nama di seluruh negara.Sejumlah 15 undi pos (polis dan tentera) dimasukkan tanpa dipamerkan. "Terdapat juga nama dipindahkan masuk tanpa dipamerkan terlebih dahulu. Mereka ini merupakan pemilih di kawasan lain sebelum ini," katanya dipetik Media Selangorku. Kata Fuziah, sebanyak 433 nama pemilih hilang dari daftar pemilih begitu sahaja tanpa dipamerkan. "Semakan kami menunjukkan jumlah yang besar terus hilang (tiada dalam rekod). Kalau meninggal sekalipun tidak mungkin sampai 400 lebih nama. "Selain itu sejumlah besar dipindahkan ke kawasan Parlimen lain tanpa dipamerkan (hampir 100 nama) dan jumlah pemilih yang dipamerkan keluar terdiri dari pemilih awam dan pos," sambungnya. Justeru, beliau mahu SPR jelaskan mengenai perkara berkenaan. Tegasnya, keadaan ini membuktikan SPR tidak membersihkan daftar pemilih dan kemungkinan besar ia dilakukan dengan sengaja untuk membantu Umno BN. -KD | ||
PBB gesa Myanmar lindungi umat Islam Posted: 07 Nov 2012 11:23 PM PST 23 Zulhijjah 1433H. [MOD] - MYANMAR: Penyiasat Hak Asasi Manusia Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru memberi amaran kepada Myanmar supaya tidak menggunakan konflik di sana sebagai alasan untuk menghapuskan minoriti umat Islam Rohingya. Ini berikutan, kira-kira 89 orang telah terbunuh dalam pertempuran antara penganut Buddha Rakhines dan umat Islam Rohingya di barat Myanmar sejak 10 hari, menurut angka rasmi terkini. "Keadaan ini tidak harus menjadi peluang untuk selama-lamanya menghapuskan komuniti yang tidak disenangi," kata satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Tomas Ojea Quintana, pelapor khas PBB mengenai Myanmar, dan pakar-pakar bebas mengenai isu minoriti dan pelarian. Mereka menyuarakan "kebimbangan mendalam tentang dakwaan kerajaan dan pihak-pihak lain bahawa Rohingya adalah pendatang haram dan bangsa tanpa kerakyatan". "Jika negara mahu berjaya dalam proses peralihan demokratik, ia mesti berani dalam menangani cabaran hak asasi manusia yang wujud," ujar Ojea Quintana. "Dalam kes negeri Rakhine, ia melibatkan endemik diskriminasi yang telah lama terhadap masyarakat Rohingya yang wujud dalam kerajaan tempatan dan nasional serta masyarakat pada umumnya." Rohingya mengatakan rumah mereka telah dibakar oleh puak Buddha Rakhines yang bersenjatakan lastik, tongkat kayu, pisau dan petrol. PBB berkata, lebih daripada 97 peratus daripada 28,108 orang yang telah melarikan diri dari keganasan tersebut adalah umat Islam Rohingya. Ramai antara mereka kini tinggal di kem, menyertai 75,000 pelarian lain yang kebanyakannya bangsa Rohingya selepas keganasan Jun lalu yang membunuh sekurang-kurangnya 80 orang. (Pelarian yang menggunakan perahu untuk lari pohon dikasihani) Puak Buddha dan umat Islam yang ketakutan mula melengkapkan diri mereka dengan senjata buatan sendiri, menguji pihak kerajaan yang berazam untuk menghalang gelombang keganasan yang baru. Rita Izsak, pakar bebas mengenai isu minoriti, berkata Rohingya merupakan minoriti yang mesti dilindungi mengikut standard hak minoriti antarabangsa. "Kerajaan mesti mengambil langkah-langkah untuk mengkaji semula undang-undang dan prosedur yang berkaitan untuk menyediakan akses yang sama kepada masyarakat Rohingya untuk kewarganegaraan dan menggalakkan dialog dan perdamaian antara masyarakat," katanya. Agensi pelarian PBB telah menggesa pihak berkuasa untuk memulihkan undang-undang dan ketenteraman untuk mengelakkan pertumpahan darah dan pemindahan lebih lanjut. Dianggarkan 6,000 orang terkandas di dalam bot atau di pulau kecil di sepanjang pantai barat Myanmar, lapor agensi berkenaan Selasa lalu. "Kami merayu kepada negara-negara jiran, terutamanya Bangladesh, untuk memastikan sempadan kekal terbuka. Ia adalah penting supya mereka mempunyai akses ke tempat yang selamat," jurucakap UNHCR Adrian Edwards berucap ketika taklimat berita Selasa lalu. harakah/- | ||
Bertahun tunggu pinjaman lulus Posted: 07 Nov 2012 11:21 PM PST 23 Zulhijjah 1433H. [MOD] - BERA – Bagai menunggu buah tak gugur. Demikian perumpamaan sesuai untuk menggambarkan situasi dihadapi seorang peneroka, Mat Desa Abdullah, 60, apabila permohonan pinjaman perumahan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dibuatnya pada 2008 masih belum diluluskan sehingga kini. Menurutnya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana jiran berdekatan yang memohon pada tahun sama, kini sudah menikmati pinjaman tersebut. Katanya, kediamannya itu bukan sahaja masih rumah asal Felda, malahan tidak lagi kukuh dan reput. "Saya antara peneroka terawal memohon pinjaman itu. Ada yang lewat, namun permohonan mereka sudah diluluskan. "Memang saya tidak puas hati dengan keadaan itu. Kalau boleh, Felda perlu memberi keutamaan kepada peneroka yang membuat permohonan lebih awal," katanya. Tinjauan Sinar Harian mendapati Mat Desa sekeluarga masih menggunakan rumah asal walaupun dia sudah membina ruang tambahan yang disambung bersebelahan kediaman tersebut. Mat Desa berkata, keadaan rumah itu didapati kurang selamat didiami mereka enam sekeluarga kecuali untuk tidur sahaja. "Rumah asal masih digunakan, tetapi untuk tidur sahaja. Kalau tetamu datang, kami terpaksa menggunakan rumah 'baru'. Tambahan pula beberapa bahagian dinding rumah itu semakin reput," katanya. Sehubungan itu, Mat Desa berharap pengurusan Felda dapat memproses permohonan pinjaman tersebut supaya rumahnya dapat berganti baru. Sementara itu, Pengurus Rancangan, Adlan Hussan berkata, kelulusan permohonan pinjaman perumahan dibuat peneroka bergantung kepada keadaan rumah. Menurutnya, keutamaan diberikan kepada rumah peneroka di Tahap 1 dan 2 yang seharusnya dibaiki, dinaikkan taraf atau diganti segera. "Bagi permohonan Mat Desa, pengurusan Ibu Pejabat Felda mendapati ia berada di Tahap 3. Sebab itu kelulusannya lewat berbanding permohonan lain. "Permohonannya tetap diproses dan sekarang hanya menunggu kelulusan daripada Ibu Pejabat Felda bila-bila masa sahaja," katanya. sinar/- | ||
Posted: 07 Nov 2012 11:19 PM PST 23 Zulhijjah 1433H. [MOD] - LIPIS - Penduduk di sini meminta pihak bertanggungjawab menyelenggarakan loji kumbahan di Kuarters Guru Batu 13 kerana loji itu didapati tersumbat dan tidak berfungsi dengan baik. Penduduk, R Gunasegaran, 54, berkata, masalah itu berlarutan sejak beberapa bulan lalu hingga penduduk tidak tahan lagi kerana terpaksa menghidu bau busuk setiap hari. "Hampir setiap hari kami terpaksa menghidu bau busuk. Masalah itu turut menjejaskan keselesaan penduduk yang majoritinya kaum India. "Air kumbahan di loji itu juga hitam dan menjadi tempat nyamuk membiak. Kami bimbang sekiranya masalah ini menghasilkan persekitaran tidak sihat hingga menjadi punca pelbagai penyakit," katanya, di sini, semalam. Gunasegaran berkata, masalah itu lebih kritikal pada musim hujan kerana air kotor dari loji kumbahan terbabit akan dilepaskan ke dalam longkang berhampiran jalan raya. "Sekiranya hujan lebat, air kotor akan meleleh hingga ke permukaan jalan. Keadaan itu menyebabkan pengguna tidak selesa. "Selain itu, kami juga terpaksa berhadapan masalah longkang tersumbat yang mengakibatkan aliran air tidak lancar. Keadaan itu juga menyebabkan air naik setiap kali hujan lebat," katanya. Sehubungan itu katanya, pihak bertanggungjawab diharap dapat menyelesaikan masalah itu segera supaya penduduk dapat menjalani kehidupan seharian lebih selesa. sinar/- | ||
BN tak akan menang, jangan janji lebuh raya Posted: 07 Nov 2012 11:17 PM PST 23 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Rakyat Kelantan sangat malang kerana tidak dapat menikmati kemudahan lebuh raya seperti negeri-negeri lain, kata Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah. Beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini mempersoal diskriminasi Kerajaan BN terhadap Kelantan hanya kerana rakyat Kelantan tidak menyokong parti itu. "Dulu orang Kelantan marah dengan sikap diskriminasi Kerajaan Persekutuan kepada negeri Kelantan tapi sekarang sudah tak rasa marah, tapi kecil hati. "Kelantan satu-satunya negeri yang tak ada lebuh raya walaupun satu meter. Apalah malangnya nasib rakyat Kelantan. "Sampai bilakah penderaan dan diskriminasi kerajaan menganaktirikan rayat Kelantan? Rakyat Kelantan juga ingin merasai perjalanan pada musim perayaan sama dengan negeri-negeri lain," katanya. Tegas beliau juga, BN tidak perlu berjanji untuk membina lebuh raya sekiranya mengambil alih negeri itu kerana rakyat tidak menyokong parti itu. "Timbalan Menteri kata kerajaan memang berjanji akan membina lebuh raya sekiranya BN berjaya mengambil alih negeri Kelantan. "Suka saya maklumkan bahawa BN tak payah mimpilah nak ambil Kelantan. Rakyat Kelantan tidak akan redha dengan perbuatan ini," tegasnya. Beliau dalam soalan asalnya meminta Menteri Kerja Raya menyatakan usaha yang dibuat bagi mengelakkan kesesakan berterusan laluan KL - KB terutamanya pada musim perayaan. Timbalan Menteri, Datuk Yong Khoon Seng dalam jawapannya bagamanapun berkata, kesesakan lalu lintas merupakan perkara biasa pada musim perayaan, bukan sahaja jalan ke Kelantan. harakah/- | ||
Himpunan bantah Nurul Izzah, fitnah - Nasrudin Posted: 07 Nov 2012 11:14 PM PST KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta agar individu yang terlibat dengan fitnah berhubung himpunan membantah Nurul Izzah menginsafi dan memuhasabahkan diri. Ketuanya, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan menegaskan pihaknya menafikan kenyataan mengenai himpunan itu dan mengecam individu yang bertanggungjawab membuat dan menyebarkan fitnah tersebut dengan menggunakan nama Dewan Pemuda PAS Pusat. Berikut adalah kenyataan penuh beliau. "Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan satu perhimpunan aman dan penyerahan memorandum membantah kenyatan YB Nurul Izzah berhubung isu menyamakan Islam dengan agama-agama lain dan tindakan beliau menyokong LGBT…." Dewan Pemuda PAS Malaysia menerima beberapa panggilan dan pertanyaan dari pihak media berkenaan kenyataan di atas yang disebarkan melalui pesanan ringkas [SMS] kepada wartawan-wartawan. Untuk pengetahuan semua, kenyataan di atas yang disebarkan melalui pesanan ringkas [SMS] adalah sama sekali tidak benar dari Dewan Pemuda PAS Malaysia. Sesiapa jua individu yang terlibat dalam menyebarkan fitnah ini adalah merupakan individu yang tidak bertanggungjawab. Dewan Pemuda PAS Malaysia percaya ianya merupakan satu usaha daripada pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh untuk menyerang YB Nurul Izzah bahkan cuba mengeruhkan hubungan parti kompenan di dalam Pakatan Rakyat. Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia, individu yang mencetuskan fitnah ini bahkan yang menyebarkan fitnah ini adalah individu yang tidak bertanggungjawab yang tidak mempunyai akhlak yang mulia. Membuat satu-satu kenyataan dengan menggunakan nama orang lain itu adalah satu penipuan manakala menyebarkan kenyataan tanpa bertanya kepada sumber itu pula adalah kesalahan dan kedua-duanya termasuk di dalam perkara mungkar yang dimurkai Allah. Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta agar individu yang terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral ini untuk beliau menginsafi dan memuhasabahkan diri. Tanyalah kepada diri, apakah keuntungan yang diperolehi sekiranya kamu berjaya menimbulkan persengketaan? Sekali lagi, Dewan Pemuda PAS Malaysia menafikan kenyataan tersebut dan mengecam individu yang bertanggungjawab membuat dan menyebarkan fitnah tersebut dengan menggunakan nama Dewan Pemuda PAS Pusat. harakah/- | ||
PANAS! BN Cuma Tinggal 110 Hari Untuk Berkuasa! Posted: 07 Nov 2012 11:12 PM PST 23 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Pastinya, khabar ini menggerunkan Umno dan Barisan Nasional (BN) tetapi inilah hakikat pahit yang mesti ditelan perdana menteri sekarang, Najib Altantuya. Jika mengikut tarikh pembubaran parlimen ke-11 dahulu, iaitu pada 24 Februari 2008, BN kini hanya ada 110 hari sahaja lagi untuk memerintah Malaysia. Bekas perdana menteri, Abdullah Badawi yang menghadap Yang di-Pertuan Agong pada tarikh tersebut sudah semestinya terkenangkan saat-saat bersejarah itu yang mengejutkan semua rakyat negara ini padahal sehari sebelumnya dia menafikan desas-desus bahawa parlimen akan dibubarkan. Ternyata, Pak Lah bijak memperdaya rakyat Malaysia tetapi kurang bijak jika diukur dengan keputusannya. Semuanya gara-gara kajian yang dilakukan Merdeka Center yang memberi rating 72 peratus kepada kepimpinan dan popularitinya yang membuatkan Pak Lah 'tersilau' dengan keyakinan palsu semata-mata. Tanpa merujuk statistik sumber risikan polis dan tentera seperti kebiasaannya, Pak Lah dengan penuh yakin merasakan BN boleh terus mengekalkan majoriti dua pertiga yang dinikmatinya sejak merdeka 49 tahun lalu ketika itu. Rupanya, semua ramalan tersebut palsu belaka. BN tumbang di empat negeri selain gagal merampas Kelantan dari tangan PAS, manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kini lubuk Pakatan Rakyat. Buat pertama kali dalam sejarah, Pakatan Rakyat berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN dan menyapu 82 kerusi parlimen, meninggalkan BN cuma 140 dan hanya diselamatkan dari tsunami politik dengan kemenangan di Sabah dan Sarawak. Sejak itu, lanskap politik Malaysia berubah 180 darjah. Tiada lagi suara bingit ahli parlimen MCA, MIC dan Gerakan kerana lebih 90 peratus calonnya termasuk presiden MIC, Samy Vellu dan presiden Gerakan, Lim Keng Yaik tumbang di kawasan masing-masing. Pak Lah cemas, hinggakan sidang media yang biasanya berlangsung lebih setengah jam cuma berlangsung tak sampai lima minit di sisi Najib Altantuya yang ketika itu timbalannya yang menang besar di Pekan. Umno panik, kerana banyak juga menteri dan timbalan menteri tumbang kebanyakkannya di Kedah dan Perak serta di Selangor hingga memaksa rombakan kabinet dibuat bagi mengisi portfolio yang sudah kosong. Di Sabah pula, dua hari sebelum perayaan Hari Malaysia, Parti Maju Sabah (SAPP) pimpinan Yong Teck Lee mengisytiharkan keluar BN dan dua ahli parlimennya di Tawau dan Sepanggar menjadi ahli parlimen bebas di dewan rakyat. Daripada 140, kini BN tinggal 138 kerusi (tidak termasuk kerusi yang dimenangi di Hulu Selangor dalam pilihanraya kecil April 2009). Pakatan Rakyat pula semakin mara dengan melancarkan serangan bertubi-tubi menggunakan apa sahaja maklumat hinggakan Pak Lah lemas dalam tekanan dan akhirnya terpaksa menyerah kalah pada 6 April 2009. Walaupun Perak berjaya dirampas dengan taktik kotor Najib Altantuya, ia sebenarnya menambah kemarahan rakyat negeri itu setelah tiga ADUN Pakatan Rakyat dibeli dan keluar lalu menjadi ADUN mesra-BN. Setakat artikel ini ditulis, BN sudah mula gusar ekoran khabar bahawa beberapa lagi pemimpin BN di Sabah akan keluar dan menjadi ahli parlimen Bebas. Najib Altantuya sendiri sudah enam kali terbang ke negeri itu sejak awal tahun ini, petanda BN negeri kini cemas menghadapi kemaraan Pakatan Rakyat setiap kali Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim melakukan lawatan menjelajah hampir seluruh pelusuk daerah di negeri termiskin di Malaysia itu. Daripada 25 kerusi yang ditawarkan, Pakatan Rakyat kini berpeluang memenangi lebih daripada 12 kerusi sekaligus mencerahkan peluang untuk berkuasa di Putrajaya selepas pilihanraya umum kelak. Najib Altantuya kini menghitung hari memikirkan bagaimana BN boleh berkuasa semula di saat Pakatan Rakyat semakin menerobos ke kawasan luar bandar dan tanah rancangan FELDA memberi penerangan kepada rakyat bahawa BN sudah tidak lagi relevan memerintah Malaysia. Justeru, 110 hari lagi yang berbaki pasti akan menjadi medan pertempuran paling sengit pernah terjadi dalam sejarah politik Malaysia sejak mencapai kemerdekaan pada 1957. Pak Lah pula barangkai belum kebah dari 'demam tsunami' hingga pernah menyatakan hasrat berundur dari Kepala Batas tidak lama lagi! 110 hari, dan masa semakin mencemburui BN dan Najib Altantuya! jalan pulang/- | ||
Kase buka kaunter aduan saman AES Posted: 07 Nov 2012 11:10 PM PST 23 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) membuka kaunter penerimaan saman AES bermula 21 November ini, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Pengerusi KASE, Datuk Mahfuz Omar, berkata kaunter itu dibuka bagi memudahkan orang kena saman (OKS) mendapatkan nasihat dan khidmat peguam berhubung saman AES yang diterima mereka. Menurut Mahfuz, kaunter penerimaan OKS itu bermula jam 12 tengah hari hingga 2 petang, dan OKS perlu membawa sekali surat saman AES yang diterima mereka. "Pada tarikh tersebut, sepasukan peguam akan bersedia unuk memberikan khidmat peguam kepada OKS. Jika OKS bersetuju untuk ke mahkamah, kami akan menyediakan khidmat peguam percuma untuk mereka yang terlibat," kata beliau pada sidang media, di parlimen hari ini. Selepas tarikh tersebut, kaunter tersebut akan dibuka setiap dua minggu sekali, pada setiap Sabtu bermula jam 11 pagi hingga 1 tengah hari. Tambah Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, kaunter itu dibuka berikutan KASE mendapat aduan daripada OKS yang mencecah 50 orang sekitar Lembah Kelang melalui panggilan telefon dan laman sosial Facebook, milik KASE. Selain di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, KASE juga akan membuka kaunter di Pejabat PAS Kedah, Batu 9 untuk tujuan yang sama. Dalam pada itu, Mahfuz turut memaklumkan talian hotline AES bagi negeri Perak iaitu 013-3493848. Khidmat peguam yang ditawarkan KASE membabitkan Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS (Juham). harakah/- | ||
Air bertukar hitam, Sungai Kuala Temerloh semakin tercemar Posted: 07 Nov 2012 11:08 PM PST 23 Zulhijjah 1433H. [MOD] - TEMERLOH – Lebih 200 penduduk di dua perkampungan Melayu, di sini, kecewa apabila anak sungai menjadi tumpuan mereka mencari ikan, kini tercemar dengan pelbagai sisa buangan yang berisiko menjadi punca masalah lain. Penduduk Kampung Paya Jauh dan Kampung Tanjung Batu, di sini, juga bimbang ternakan serta tanaman menggunakan aliran air sungai itu akan mati jika tiada tindakan diambil pihak berwajib. Penduduk Kampung Paya Jauh, Mohd Sabri Daud, 42, berkata, kini dia tidak berani untuk menangkap ikan di sungai itu yang semakin tercemar sejak beberapa tahun lalu. "Dulu sungai ini menjadi tempat kami menangkap ikan, tetapi kebelakangan ini terutama sejak setahun lalu, ia begitu tercemar. "Kami tidak sanggup lagi tangkap ikan dan makan dengan keadaan air bertukar hitam serta berbau. Kami juga tidak sanggup beri anak isteri makan," katanya. Tidak pasti punca pencemaran Sementara itu, rakannya, Anuar Abd Mutalib, 34, berkata, dia sendiri tidak pasti punca pencemaran sungai itu kerana terlalu banyak tali air mengalir ke arah anak Sungai Kuala Temerloh. Menurutnya, semua aliran air anak Sungai Kuala Temerloh akan mengalir keluar ke Sungai Pahang dekat Kampung Tanjung Batu sekali gus mendatangkan risiko kepada penternak ikan sangkar Sungai Pahang. "Saya tak pasti pencemaran ini daripada mana. Terlalu banyak tali air menghubungkan kawasan ini. Tetapi ada beberapa petunjuk kukuh, ia datang daripada sebuah kilang berhampiran," katanya. Sementara itu, penduduk Tanjung Batu, Lias Jamaludin berkata, aliran air sungai itu mengalir keluar dari banyak kawasan termasuk melalui tanah miliknya yang ditanam dengan pokok getah. "Kalau dulu saya boleh basuh muka, sekarang nak celup tangan pun tak sanggup. Dulu banyak ikan di lubuk-lubuk sungai ini, sekarang mana ada lagi," katanya. Ambil tindakan segera Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesahkan pihaknya menerima aduan penduduk berkaitan pencemaran tersebut sejak Ogos lalu. Ketua Cawangan JAS Temerloh, Helmi Ahmad berkata, sehingga kini pihaknya menerima dua aduan pada Ogos dan September, tahun ini. Menurutnya, hasil siasatan dan sampel air diambil pada September lalu, JAS mengesahkan ia berpunca dari sebuah kilang kelapa sawit berhampiran. "Berdasarkan rekod, kami mendapati pencemaran berpunca daripada sisa buangan dari kilang tersebut. Kami juga mengadakan pertemuan dengan pihak kilang. JAS dimaklumkan pihak kilang bersetuju untuk menambah baik sistem pengolahan air di kilang mereka bagi mengelakkan pencemaran di sungai itu. "JAS dimaklumkan pihak kilang mempunyai loji pengolahan air yang baik sebelum ini, tetapi masalah pencemaran berlaku pada masa-masa tertentu tidak dapat dielakkan," katanya. Helmi berkata, pihak kilang juga berjanji untuk membaik pulih loji itu untuk mengelak pencemaran. "Pihak kilang membentangkan perancangan mereka untuk menambah baik operasi kilang dan dipersetujui di peringkat JAS Pahang. "Bagaimanapun, aduan daripada penduduk kampung melalui Sinar Harian akan diambil kira. Kami juga akan melakukan siasatan segera," katanya. sinar/- | ||
Anggota tentera hilang ditemui mati di kawasan paya Posted: 07 Nov 2012 08:59 PM PST 23 Zulhijjah 1433H. [MOD] - SELAMA –Seorang anggota tentera berpangkat koperal yang dipercayai hilang ketika menjalani latihan penerjunan di Redang Panjang, Kubu Gajah, sejak Isnin lalu ditemui mati, hari ini. Mayat Supain Gane, 37, yang hilang ketika menjalani latihan penerjunan bebas Ex Tiger Warrior siri pertama di kawasan itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira jam 4.30 petang. Pemangku Ketua Polis Daerah Selama, Asisten Superintendan Abd Ghani Zainun berkata, mangsa ditemui terdampar di kawasan paya di sebuah kebun getah kira-kira 0.5 kilometer dari lokasi pusat menyelamat di Ladang Holyroad Rhona. Menurutnya, ketika kejadian, payung terjun yang digunakan mangsa dipercayai gagal berfungsi. "Keadaan itu menyebabkan alat berkenaan terbelit di bahagian badan mangsa, bagaimanapun kita masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian," katanya. Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Selama untuk bedah siasat. Dengan penemuan itu katanya, operasi mencari dan menyelamat yang disertai 117 anggota dihentikan serta-merta pada jam 5.30 petang. Mengulas lanjut, Abd Ghani berkata, mangsa berasal Tamparuli, Sabah, yang bertugas di cawangan Komando Pusat Latihan Peperangan Khusus Tentera Darat itu menjalani latihan penerjunan mengguna pesawat udara CN 235 dengan ketinggian 2,333 meter di kawasan berkenaan bersama 24 anggota lain. Menurutnya, kehilangan mangsa hanya disedari setelah 23 anggota lain selesai melapor diri kepada Pegawai Latihan Khusus Ketua Ronda sebaik selesai membuat terjunan. "Gerakan mencari dan menyelamat dilakukan Isnin lalu kira-kira jam 1.45 petang, sebaik menerima laporan kehilangan mangsa,operasi terpaksa ditamatkan pada jam 7.30 petang akibat keadaan cuaca sebelum disambung pagi tadi," katanya. Selain polis, jabatan dan agensi yang terlibat dalam operasi sejak Selasa lalu ialah bomba, Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan penduduk kampung. Mangsa dari Pusat Latihan Peperangan Khusus Tentera Darat Kem Sungai Udang, Melaka telah berkhidmat bersama pasukan tentera sejak 1997. Sinar | ||
Apa keputusan muktamad pelaksanaan GST Posted: 07 Nov 2012 08:53 PM PST 23 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Datuk Mahfuz Omar [PAS-Pokok Sena] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah keputusan muktamad tentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Naib Presiden PAS itu turut meminta menteri berkenaan menyatakan berapakah kos persiapan pelaksanaan sistem GST dan berapakah yang telah dibelanjakan serta syarikat manakah yang diberi untuk menyediakan sistem GST. Beliau bertanya demikian dalam soalan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini. Pertanyaan daripada ahli-ahli Parlimen PAS hari ini seperti di bawah. Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan usaha yang dibuat bagi mengelakkan kesesakan berterusan laluan jalan raya KL - KB terutamanya pada musim perayaan. Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Pelajaran menyatakan sejauh mana Kementerian menyedari bahawa Pekeliling Iktisas Bil 13/2008, Bil 5/2009 dan Bil 14/2010 memberi kuasa yang terlalu luas kepada sekolah dan PIBG untuk mengenakan yuran kepada murid/pelajar. Adakah Kementerian berhasrat untuk mengeluarkan Pekeliling baru yang menghadkan kadar yuran tambahan yang selaras untuk semua sekolah. Muhammad Husain [Pasir Puteh] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan purata isirumah yang mempunyai hutang dengan skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Mohd. Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan jumlah peruntukan untuk kos pembinaan atau pembaikan dan baik pulih serta tarikh jangka siap untuk projek-projek berikut :- (a) baik pulih dan pembaikan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak, Kuala Terengganu; dan (b) pembinaan Istana Baru Terengganu di Bukit Chendering, Kuala Terengganu dan pembinaan jambatan baru Bukit Kuang merentasi Sungai Kuang di Kampung Bakau Tinggi, Cukai Kemaman. Nasharudin Mat Isa [Bachok] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan apakah bentuk mekanisme kawalan bagi memastikan hanya pelajar luar negara yang layak akademik dan mampu saraan sahaja yang dibenarkan menyambung pelajaran mereka di universiti-universiti tempatan. Datuk Taib Azamudden Md Taib [Baling] minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah langkah-langkah konkrit diambil oleh Kementerian untuk mempertingkatkan j-Qaf ke peringkat sekolah menengah setelah terbukti berjaya di peringkat sekolah rendah. harakah/- | ||
Imam maut dipukul ketika solat Posted: 07 Nov 2012 08:49 PM PST 23 Zulhijjah 1433H. [MOD] - TANAH MERAH – Seorang imam maut dipukul dengan senjata tumpul oleh suspek dipercayai lelaki kurang siuman ketika menunaikan solat sunat Subuh bersendirian di madrasah Kampung Gual Petai Lima, jam 6 pagi semalam. Mangsa, Abdullah Nawang, 77, disahkan meninggal dunia sejurus sampai di wad kecemasan Hospital Tanah Merah akibat kecederaan parah di kepala dan leher. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud berkata, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah oleh dua jemaah wanita yang datang solat Subuh di madrasah berkenaan. Menurutnya, sejurus laporan dibuat, polis menahan suspek berusia 57 tahun yang berasal dari kampung sama dengan mangsa di sebuah kedai kopi di Kampung Kulim, kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian. "Suspek pernah menerima rawatan di wad psikiatri di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) Kota Bharu. Sebelum ini polis tidak pernah menerima laporan dia mengganggu orang ramai ataupun melakukan serangan agresif seperti pagi semalam. "Motif serangan masih disiasat dan kes disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah, semalam. Abdul Aziz berkata, bedah siasat akan dijalankan untuk mengesahkan sebab-sebab kematian dan kes tersebut dianggap sudah selesai dengan tertangkapnya suspek. Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, pihaknya turut mengesan senjata tumpul atau objek keras yang digunakan suspek dalam serangan tersebut. Sementara itu, anak lelaki mangsa, Mohd Zain, 51, berkata, bapanya keluar lebih awal dari rumah pagi semalam untuk membersihkan madrasah sementara menunggu masuk waktu subuh. Menurutnya, dia sekeluarga mengetahui insiden tersebut selepas dimaklumkan oleh jemaah yang bersolat di madrasah yang terletak kira-kira 10 meter dari rumah. "Ketika sampai di lokasi kejadian, bapa saya sudah tidak sedarkan dan dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk mendapatkan rawatan. "Suspek dipercayai mengalami masalah mental sejak berusia 20-an lagi dan pernah memukul beberapa ahli keluarga saya termasuk ibu saudara Mek Yah Udin, 67, kira-kira dua tahun lalu," katanya. Mohd Zain berkata, bapanya sebelum ini merupakan seorang bilal dan dilantik imam madrasah tersebut menggantikan imam sedia ada yang mengalami masalah kesihatan beberapa bulan lalu. sinar/- | ||
Posted: 07 Nov 2012 08:47 PM PST 23 Zulhijjah 1433H. [MOD] - MEAUX, Perancis - Satu rangka seekor gajah purba yang hampir lengkap dipercayai hidup antara 200,000 dan 500,000 tahun dahulu ditemui berhampiran Paris, kata Institut Penyelidikan Arkeologi Penyenggaraan Kebangsaan Perancis kelmarin. Rangka itu ditemui di Changis-sur-Marne, timur laut Paris. Penemuan tersebut melibatkan tulang paha, pelvis, rahang dan empat bahagian vertebra. Gajah itu diberi nama Helmut oleh pasukan yang menemuinya dan dianggarkan berusia antara 20 dan 30 tahun. - AFP | ||
Lebih 3,000 masih di pusat pemindahan banjir Posted: 07 Nov 2012 08:42 PM PST 23 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Bilangan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Selangor setakat malam tadi ialah 1,937 iaitu 1,018 di Kuala Langat dan 919 di Dengkil. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya Izman Adnan berkata di Kuala Langat, mangsa banjir melibatkan 269 keluarga yang ditempatkan di empat pusat penempatan iaitu Sekolah Kebangsaan Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang, Dewan Genting Sanyen, Dewan Bukit Changgang dan Bukit Tandun. Menurutnya, di Dengkil, tiga pusat penempatan banjir masih dibuka iaitu Dewan SRJK (C) Dengkil, Dewan Orang Ramai Dengkil dan Dewan Gemilang. "Berdasarkan rondaan pada 6 petang tadi, banjir di kawasan terlibat telah reda kecuali di Kampung Sri Tanjung yang diniaki air setakat bawah lutut kerana aliran air ke sungai tersumbat," katanya. Di JOHOR, tiga pusat pemindahan di Batu Pahat telah ditutup menjadikan jumlah pusat pemindahan yang masih dibuka di daerah itu setakat ini sebanyak 12 buah dan sebuah lagi masih dibuka di Ledang. Menurut portal Majlis Keselamatan Negara, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan berjumlah 1,256 orang setakat 8.30 malam tadi. Di PERAK, sehingga 8 malam ini, jumlah mangsa banjir di daerah Hilir Perak yang ditempatkan di dua pusat pemindahan kekal 177 orang. Di MELAKA, jumlah mangsa banjir ialah 74 orang setakat 8 malam ini melibatkan daerah Jasin. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata mereka terdiri daripada 15 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Tehel. Pusat pemindahan banjir Dewan Demang Husin, Bukit Katil telah ditutup pada jam 3 petang tadi, katanya. - Bernama | ||
Belajar daripada Pilihan raya Presiden Amerika Posted: 07 Nov 2012 08:38 PM PST 23 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Pilihan raya Presiden Amerika 2012 menyaksikan pertembungan sengit antara penyandangnya Barrack Obama dari Parti Demokrat dengan pencabarnya dari parti Republikan, Mitt Romney. Dunia memberikan tumpuan khusus bagaimana perjalanan pemilihan Amerika Syarikat dan menonton penuh minat proses berkempen dan pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang berlangsung secara penuh demokratik. Keputusan terkini menunjukkan Barrack Obama mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden Amerika Syarikat buat penggal kedua berturut-turut. Umum mengetahui bahawa Amerika Syarikat memang terkenal sebagai negara yang mengamalkan dasar luar yang keras terhadap negara-negara lain. Amerika Syarikat memainkan peranan penting dalam menjatuh dan menaikkan pemimpin negara-negara tertentu. Mereka jugalah yang menentukan dasar negara-negara sasarannya supaya negara-negara tersebut ikut telunjuknya. Namun sikap angkuh Amerika Syarikat di negara luar tidak pula diterjemahkan dalam negaranya. Rakyat di negara tersebut masih menikmati kebebasan berpolitik dan demokrasi yang sebenarnya. Buktinya, dalam pilihan raya Presiden semalam rakyat AS berpeluang menggunakan kuasa mereka menentukan pemimpin nombor satu negara tersebut dengan penuh demokratik. Sebagai seteru politik, meskipun Obama adalah Presiden Amerika, dalam menghadapi pemilihan presiden, kedua-dua pihak diberikan peluang dan ruang yang sama. Obama tidak menggunakan jawatannya untuk berkempen dengan menafikan hak kepada lawan politiknya. Pentas di mana beliau berucap di situ juga Mitt Romney berpeluang berucap. Mitt Romney bebas mengkritik dasarnya, berdialog malah berdebat dalam ruang terbuka. Seluruh rakyat menjadi penonton melihat kehebatan kedua-dua tokoh mengemukakan hujah balas. Media pula tanpa berpihak memberikan liputan sama adil kepada semua penyokong. Tidak kelihatan media menjalankan propaganda memburukkan mana-mana pihak. Untungnya Mitt Romney kerana sedikitpun beliau tidak difitnah oleh media dengan pelbagai propaganda yang direka-reka. Malah, tidak kedengaran juga suruhanjaya pilihanraya AS dicemuh atau dicurigai rakyatnya kerana menimbulkan penipuan dalam senarai daftar pemilih, atau menjalankan sistem pilihan raya yang pincang. Dalam mendepani pilihan raya umum ke-13 ini, sebaiknya PM belajar daripada proses pilihanraya Amerika Syarikat. Bermuhasabahlah dan bandingkan tahap demokrasi negara ini dengan Amerika Syarikat. Terlalu banyak jurang perbezaannya, sejauh langit dengan bumi dan PM boleh melihatnya sendiri. Isunya, jika mahu menuruti proses pilihanraya seumpama AS, sanggupkah PM meletakkan jawatannya dan menyerahkan kuasanya kepada kerajaan sementara bagi mengendalikan kerajaan tatkala PRU berlangsung. Mampukah PM turun berkempen atas nama ketua parti tanpa menggunakan kedudukannya dalam kerajaan dengan menabur janji, projek, habuan, imbuhan mahupun ugutan seperti yang berlaku selama ini? Sanggupkah PM menggunakan jentera parti sendiri tanpa mengerahkan jabatan kerajaan turun berkempen bagi pihaknya? Adakah PM bersedia memastikan SPR tidak dikongkong atau dipengaruhi sehingga mebimbulkan kecurigaan rakyat bahawa ada tangan-tangan hitam yang mengganggu badan tersebut? Kuatkah iltizam PM untuk membersihkan daftar pemilih, membuang undi pos, menghalang rakyat asing menjadi penguundi bagi memberi ruang pilihan raya yang benar-benar berwibawa? Beranikah PM membenarkan media membuat liputan yang adil dan saksama kepada semua parti dan pemimpin tanpa berat sebelah atau fitnah? Selain itu, tergamakkah PM turun berdebat dengan Ketua Pembangkang di pentas terbuka disaksikan oleh jutaan rakyat dan disiarkan di media utama sebagaimana Obama dan Romney lakukan. Paling utama, bersediakah PM menerima apa juga keputusan rakyat dalam PRU13 dengan hati terbuka tanpa tindakan kotor meskipun beliau dan partinya akan kalah kepada PR? Penulis ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. | ||
Posted: 07 Nov 2012 08:34 PM PST 23 Zulhijjah 1433H. [MOD] - WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memenangi pilihan raya presiden AS dengan menewaskan pencabarnya dari parti Republikan, Mitt Romney kelmarin. Obama, 51, yang merupakan penduduk kulit hitam pertama menjadi presiden pada 2008 memenangi dengan mudah 303 undi pemilih berbanding Romney, 65, yang memperoleh 206 undi. Obama menang di 26 negeri tanpa mengambil kira pengiraan di Florida. AS mempunyai 50 buah negeri. Kemenangan Obama pada pilihan raya kali ini adalah di kebanyakan negeri yang pernah dimenanginya pada pilihan raya 2008. Obama turut mencipta sejarah sebagai presiden kulit hitam pertama yang memegang jawatan presiden AS bagi tempoh dua penggal. Sementara itu di negeri Florida memperuntukkan 29 undi pemilih kepada pemenang undi popular. Pengiraan undi di Florida masih belum diketahui setakat pukul 11 malam semalam waktu Malaysia. Bagaimanapun, Obama dari parti Demokrat sudah dianggap memenangi pilihan raya presiden kerana beliau hanya memerlukan 270 daripada 538 undi pemilih untuk memegang jawatan tersebut buat penggal kedua. Pada pilihan raya 2008, Obama memenangi 365 undi pemilih berbanding pencabarnya, Senator McCain dari parti Republikan dengan 173 undi. Undi pemilih itu diberikan kepada calon presiden yang memenangi undi popular terbanyak di sesebuah negeri kecuali di Maine dan Nebraska. Negeri Maine menetapkan dua undi pemilih diberikan kepada pemenang undi keseluruhan terbanyak manakala dua lagi diberikan kepada calon presiden yang memperoleh undi paling banyak di dua daerah Kongres AS. Bagaimanapun, di negeri tersebut, Obama menyapu bersih keempat-empat undi tersebut. Pada tahun 2008, Obama mendapat empat undi pemilih di negeri itu. Di negeri Nebraska, tiga undi pemilih diberikan kepada pemenang undi terbanyak di tiga daerah Kongres AS manakala dua lagi diberikan kepada calon presiden yang memenangi paling banyak undi popular. Romney menyapu bersih kesemua undi pemilih di negeri itu. Pada tahun 2008, Obama hanya memperoleh satu undi pemilih di negeri berkenaan. Pada pilihan raya presiden menyaksikan, bilangan undi pemilih yang diperoleh Romney lebih banyak daripada McCain yang menentang Obama pada pilihan raya 2008. Pada pilihan raya 2008, Obama menang di Carolina Utara dan Indiana. Namun pada kali ini, Romney menang di kedua-dua negeri itu. Menurut akhbar Wall Street Journal, Romney menang 60 peratus undi penduduk kulit putih manakala Obama hanya memperoleh 38 peratus kurang lima peratus pada pilihan raya 2008. Romney merupakan bekas gabenor Massachusetts dan seorang jutawan bertanding buat kali pertama menentang Obama. - Agensi | ||
Pelajar yang jadikan Chua Soi Lek idolanya dihukum Posted: 07 Nov 2012 08:32 PM PST 23 Zulhijjah 1433H. [MOD] - SINGAPURA: Universiti Nasional Singapura (NUS) membuat keputusan untuk mengenakan tindakan disiplin ke atas pelajar Malaysia, Alvin Tan Jye Yee yang menyiarkan video sex dia dan teman wanitanya dalam blog mereka. Pelajar yang menjadikan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai idolanya, didapati oleh NUS mencemarkan imej universiti. Media Singapura melaporkan, Lembaga Disiplin NUS memutuskan tindakan Alvin "tidak wajar dan mencemarkan nama baik dan reputasi universiti." Alvin telah dimaklumkan keputusan itu namun tidak ada sebarang maklumat jenis tindakan yang diambil ke atasnya. Ketika dihubungi media, jurucakap universiti memaklumkan, keputusan dalam kes Lembaga Disiplin NUS adalah rahsia. Alvin bersama teman wanitanya telah menyiarkan video hubungan sex mereka berdua dalam blog mereka. Ia telah menjadi bahan berita utama di Singapura, tempat Alvin belajar dan Malaysia. Dalam satu posting dalam facebooknya, blogger sex itu menulis, "Saya memandang tinggi kepada Dr Chua Soi Lek, secara seksual. Kelakar bagaimana semua ini terjadi." harakah/- | ||
Presiden Turki perintah siasat badan-badan awam Posted: 07 Nov 2012 08:28 PM PST 23 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Presiden Abdullah Gül memberi kebenaran kepada sebuah badan tinggi kerajaan semalam untuk mengaudit institusi-institusi pentadbiran awam untuk meningkatkan tahap ketelusan di negara itu. Dalam satu kenyataan yang diterbitkan di laman web pejabat beliau, Gül mengarahkan Lembaga Audit Kerajaan Turki (DDK), yang bekerja di bawah presiden, untuk mengaudit satu kumpulan institusi, termasuk Sekretariat Industri Pertahanan, Persatuan Bulan Sabit Merah Turki (Kizilay) dan Persatuan Bulan Sabit Hijau (Yeşilay). Perintah tersebut mencakupi pemeriksaan dan penilaian kecukupan sistem kawalan dalaman. Sistem tersebut merangkumi keselamatan dan privasi data peribadi pangkalan data milik kerajaan seperti cukai, populasi, pendaftaran tanah, polis dan pangkalan data kehakiman. Gül telah menggunakan kuasa beliau menurut perlembagaan untuk memeriksa beberapa institusi awam yang orang ramai bimbang tidak mempunyai mekanisme pengauditan dalaman yang telus, sumber memberitahu Hurriyet Daily News, sambil menambah bahawa pengauditan sedang dijalankan. Menurut pernyataan bertulis, DDK akan memberi tumpuan kepada pengauditan aktiviti dan prosiding Sekretariat Industri Pertahanan untuk tahun 2010, 2011 dan 2012 dan tahun-tahun sebelumnya jika perlu; Agensi Pembangunan yang ditubuhkan pada tahun 2006 menurut Undang-undang No 5449 ;aktiviti dan prosiding Persatuan Bulan Sabit Merah bagi tahun 2010, 2011 dan 2012; kapasiti dan aktiviti Persatuan Bulan Sabit Hijau untuk menentang dadah dan ketagihan lain; Undang-undang Paten dan pelaksanaannya; dan aktiviti dan prosiding Institusi Paten Turki untuk tahun 2010, 2011 dan 2012. Sejak 2008, DDK telah menjadi sebuah badan yang aktif bekerja selaras dengan sensitiviti pendapat orang ramai, Pejabat Presiden berkata dalam satu kenyataan semalam. Kenyataan presiden itu berkata bahawa DDK telah menyiasat perkara berkaitan kematian bekas Presiden, Turgut Ozal; kontroversi sekitar kemalangan helikopter 2009 yang membunuh Muhsin Yazıcıoğlu, ketua Parti Kesatuan (BBP); dan tanggungjawab penjawat awam dalam pembunuhan Hrant dink, ketua editor akhbar mingguan Agos, yang terbunuh di Istanbul pada 19 Januari 2007. "Dengan cara ini, keperluan dan fungsi audit luaran yang digariskan oleh Perlembagaan telah dipenuhi dan juga, keperluan dan harapan masyarakat untuk pengauditan dam pengawasan yang objektif yang timbul dalam sesetengah keadaan telah dipenuhi," kata kenyataan itu sebelum menyenaraikan bidang baru pemeriksaan , penyiasatan dan pengauditan untuk DDK yang telah digariskan di atas perintah Gül. DDK, yang mula popular dan aktif dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mendapat perhatian orang ramai baru-baru ini ekoran laporan 13 Jun yang mengatakan kematian Ozal sebagai "mencurigakan" dan harus disiasat, mendorong pendakwa raya untuk membuka kes ke atas kematian tersebut. Mayat Ozal digali semula bulan lepas, tetapi laporan bedah siasat masih belum diselesaikan. (hurriyetdailynews.com) harakah/- | ||
Demonstrator profesional diupah ganggu P Pinang Posted: 07 Nov 2012 08:24 PM PST 23 Zulhijjah 1433H. [MOD] - (Siapakah mereka ini kerana apabila diajak berbincang tidak mahu) PULAU PINANG: Kerajaan negeri Pulau Pinang mendakwa, ada kumpulan yang dibiayai untuk membuat demonstrasi secara profesional terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat negeri itu. Menurut kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri, Farida-Hani hari ini, ia terbukti apabila pendemonstrasi ini tidak berminat langsung untuk berbincang mengenai apa yang mereka bantah. Kenyataan ini dipercayai mengulas insiden yang berlaku semasa sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini apabila sekumpulan manusia membuat demonstrasi menyokong pelaksanaan AES di negeri ini. Ini ekoran keputusan kerajaan negeri menangguhkan pelaksanakan pemasangan 56 kamera AES di Pulau Pinang. Pada hari Khamis yang lepas iaitu pada 1 November 2012, hari pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, kerajaan negeri telah menerima satu memorandum daripada sekumpulan penyokong Automated Enforcement System (AES). Mereka telah menghantar petisyen agar Kerajaan Negeri melaksanakan sistem AES di Pulau Pinang bagi menjamin keselamatan rakyat Pulau Pinang. Mereka membantah keputusan kerajaan negeri dan Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana tidak benarkan 56 buah kamera 1Malaysia AES dipasang di Pulau Pinang. Ekoran itu, Ketua Menteri telah meminta penjelasan penuh diberikan oleh Kementerian Pengangkutan tentang sistem komisen untuk setiap saman trafik yang dikeluarkan yang akan menguntungkan syarikat swasta tertentu kerana ia lebih bersifat suatu alat cari wang daripada penguatkuasaan. Namun, Kementerian Pengangkutan telah menangguhkan suatu mesyuarat yang diaturkan pada 31 Oktober lepas. Susulan daripada penerimaan petisyen dan memorandum tersebut, Ketua Menteri telah mengarahkan agar satu perjumpaan dibuat di antara penyokong AES ini dengan pihak kerajaan negeri di Bangunan Dewan Undangan Negeri pada hari Isnin, 5 November 2012 jam 10.00 pagi bagi membincangkan perkara ini ataupun pada apa-apa tarikh yang sesuai bagi mereka. Memandangkan memorandum tersebut tidak bernama dan juga tidak beralamat, bantuan daripada Pejabat Professor Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II telah dipohon bagi mengaturkan perjumpaan tersebut. "Walau bagaimanapun, pihak kami telah menerima khabar mengatakan bahawa kumpulan ini tidak berminat untuk berjumpa," kata Farida- Hani dalam kenyataannya. Ini sekaligus menunjukkan bahawa mereka ini tidak serius dan hanya mahu mencetuskan kekacauan di Bangunan Kerajaan, katanya. Sehubungan itu, katanya, pihak Kerajaan Negeri berpendapat bahawa kumpulan ini bukan sahaja tidak bersungguh di dalam perkara ini malah difahamkan bahawa kebanyakan penyokong yang hadir pada hari Khamis yang lepas telah ditipu oleh pihak penganjur bahawa mereka akan diberikan wang tunai sebanyak RM50 berserta hamper sekiranya mereka hadir untuk memberi sokongan. Perbuatan tidak bertanggungjawab pihak penganjur harus dicela kerana telah menipu dan menimbulkan kacau ganggu di Bangunan Kerajaan, kata kenyataan itu. harakah/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan