Selasa, 27 November 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Letak lukisan bawah tangga

Posted: 27 Nov 2012 12:36 AM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -

Letak lukisan bawah tangga

Abdullah menunjukkan hasil karya yang disayanginya di Ganu D'Art Gallery, Kuala Terengganu
KUALA TERENGGANU –  Siapa sangka, kos menghasilkan lukisan yang kurang daripada RM100 mampu dijual dengan harga lumayan sehingga memberi kepuasan kepada peminatnya.

Pelukis, Dr Abdullah Sani Kamaluddin, 59, berkata, lukisannya dijual mencecah RM250 hingga RM6,000 satu unit bertemakan ilusi dan realiti memberi semangat baru kepadanya yang melihat lukisan kurang mendapat sambutan di Terengganu.

Bertitik tolak daripada itu, pensyarah sambilan Fakulti Reka Bentuk Perindustrian di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) ini meneruskan impiannya membina sebuah galeri yang mampu mempamerkan dan menjual hasil seninya.

"Tiga bulan lalu, saya mula terfikir negeri ini kurang galeri seni yang memaparkan hasil seni pelukis termasuk lukisan saya sendiri.

"Di rumah, lukisan ini hanya diletakkan di bawah tangga kerana tiada galeri khusus yang dapat dipamerkan," katanya kepada Sinar Harian.

Dek ketiadaan galeri, Abdullah sering mempamerkan lukisannya di hotel termasuk Hotel Renaissance, Kota Sri Mutiara, Kota Bharu, Kelantan.

Akhirnya setelah puas memikirkan cara terbaik mengumpulkan hasil seni itu di suatu tempat, dia mula mengintai peluang membuka sebuah galeri miliknya yang boleh menarik orang ramai terutama pelancong ke Terengganu dan dia berjaya merealisasikannya.

"Sebenarnya galeri sebegini memainkan peranan penting untuk memajukan negeri ini walaupun sesetengah pendapat menyatakan ia sebagai kerja tidak popular," katanya.

Menurutnya, hanya orang berjiwa seni mampu menilai makna di sebalik lukisan dan hakikatnya, satu unit lukisan yang dijual sudah mampu untuk membayar sewa galerinya berjumlah RM800 setiap bulan.
"Walaupun pada mulanya keputusan untuk membuka galeri ini mendapat tentangan keluarga, namun saya yakin ia pasti berjaya," katanya.

Abdullah berkata, galeri miliknya, Ganu D'Art Gallery membabitkan kos hampir RM20,000 itu mempamerkan lebih kurang 90 jenis lukisan ilusi dan realiti hasil tangannya.

Ditanya berhubung tema dipilih, Abdullah berkata, kebanyakan pelanggan atau orang ramai lebih gemar melihat atau membeli lukisan bertemakan ilusi serta realiti, sehingga mendorongnya menghasilkan lukisan sedemikian.

Menurutnya, galeri yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, Khamis lalu turut mengadakan pameran silih berganti karya seniman lain yang terdapat dalam negara.  

Abdullah yang pernah menerima pengiktirafan Philip Morris Group of Componies Malaysia/Asean Art Awards 1997 turut melahirkan hasratnya untuk meletakkan lawatan berjadual ke galerinya dalam kalendar pelancongan negeri ini sempena Tahun Melawat Terengganu.

sinar/-

Menteri tidak hadir sidang dewan mengecewakan

Posted: 27 Nov 2012 12:35 AM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar berkata, sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini adalah amat mendukacitakan apabila tempoh yang diberikan untuk sesi perbahasan terlalu singkat.

"Persidangan kali ini agak mendukacitakan apabila masa yang diperuntukkan amat terhad pada sesi perbahasan sehinggakan ahli parlimen tidak mempunyai masa untuk mendedahkan segala kepincangan yang berlaku pada sesi perbahasan bagi setiap kementerian," jelasnya kepada Harakahdaily.

Malah menurutnya lagi, kebanyakan menteri juga gagal hadir untuk menjawab setiap persoalan yang diutarakan oleh ahli parlimen.

"Selain dari masa yang tidak mencukupi, kita juga melihat kebanyakan menteri gagal hadir untuk menjawab setiap permasalah yang ditimbulkan.

"Malah hanya timbalan menteri sahaja yang hadir untuk menjawab, dalam pada itu juga timbalan menteri tidak membuat penyelidikan kementerian sehinggalah jawapan yang diberikan itu hanya mengikut teks yang disediakan oleh pegawai," sambung beliau lagi.

Firdaus memberitahu jawapan timbalan menteri tidak pernah menjawab setiap apa yang ditimbulkan, imej yang ditunjukan itu telah menjejaskan sikap kerajaan yang memerintah.

Tambahnya lagi, apa yang dilakukan oleh timbalan menteri hanya memberi jawapan berbentuk politik dan menyerang peribadi ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat.

"Saya pasti apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintah di Putrajaya, menteri perlu hadir untuk mengikuti perbahasan bagi kementerian yang diwakili olehnya," kata beliau lagi.

Menurutnya lagi, Pakatan juga akan memastikan menteri akan bertanggungjawab untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan serta memberi masa yang cukup kepada ahli parlimen setiap kali berbahas.

Mesir runding gencatan senjata Hamas-Israel

Posted: 27 Nov 2012 12:34 AM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -



(Pemimpin Hamas, Khaled Meshal mahukan pergerakan yang bebas di Gaza sebagai sebahagian dari perjanjian gencatan senjata..foto Reuters)

KAHERAH: Mesir telah memulakan rundingan berasingan dengan Hamas dan Israel untuk memberi butiran lebih lanjut perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui minggu lepas yang mengakhiri konflik lapan hari di Gaza.

Seorang pegawai Mesir memberitahu Reuters bahawa rundingan tersebut akan membincangkan permintaan Palestin untuk pembukaan lebih banyak lintasan Israel ke Gaza - satu langkah yang akan membantu mengakhiri sekatan selama enam tahun terhadap enklaf yang diperintah oleh pergerakan Hamas.

Beliau juga berkata bahawa Kaherah akan menggesa kedua-dua pihak untuk mengukuhkan lagi komitmen mereka terhadap perjanjian gencatan senjata.

Pemimpin kanan Hamas, Mahmoud al-Zahar memberitahu pemberita Sabtu lalu bahawa kumpulan itu mahu melihat pembukaan kesemua empat lintasan barangan dengan Israel yang dulunya beroperasi sebelum tahun 2006.

Hanya satu lintasan barangan beroperasi buat masa ini, dengan terminal penumpang kedua dikhaskan untuk segelintir rakyat Palestin dan warga asing yang dibenarkan masuk dan keluar dari wilayah itu.

harakah/-

Liang lahad Arafat digali hari ini

Posted: 27 Nov 2012 12:30 AM PST

 13 Muharram 1433H. [MOD] -

RAMALLAH – Salah satu misteri politik Asia Barat mungkin dapat diketahui pada hari ini apabila para saintis menggali liang lahad kubur pemimpin terkenal Palestin, Yasser Arafat (gambar kecil) di sini untuk mengetahui sama ada dia diracun.
 
"Ia amat menyakitkan, mengejutkan dan tidak mudah bagi saya dan anak-anak, tetapi ia mesti dilakukan untuk mengetahui perkara yang sebenar, jika terdapat jenayah, ia mesti diselesaikan," kata balu Arafat, Suha ketika dihubungi di rumahnya di Malta.

Ketua Penyiasat Palestin berkata, Tawfik Tirawi berkata, liang lahad tersebut akan digali pada hari ini untuk mengambil sampel dari tulang Arafat dan pengebumian semula akan dilakukan pada hari yang sama.
Khabar angin dan spekulasi tersebar mengenai punca kematian Arafat.

Arafat meninggal dunia di sebuah hospital tentera dekat Paris pada November 2004 ketika berusia 75 tahun.
Doktor-doktor di Perancis tidak dapat mengenal pasti punca kematian presiden Palestin itu.
Penduduk Palestin percaya Arafat diracun Israel.

Pada Julai lalu, stesen televisyen Al-Jazeera melaporkan penemuan daripada sekumpulan pakar dari Switzerland yang menunjukkan terdapat bahan radioaktif, polonium pada barang peribadinya.

Polonium merupakan racun yang membunuh bekas perisik Rusia yang lantang, Alexander Litvinenko di London pada 2006. 

Liang lahad itu digali selepas kes siasatan kematian Arafat dibuka di Perancis baru-baru ini.

Panel hakim yang mengendalikan siasatan itu tiba di Ramallah, Tebing Barat kelmarin. – AFP

Hasad dengki warisan kederhakaan iblis

Posted: 27 Nov 2012 12:10 AM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -


Hasad atau dengki adalah satu daripada maksiat batin yang boleh membinasakan seseorang. Kata Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Hidayatus Salikin, "(Dengki) ia sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak. Ketahuilah hasad itu haram dan makna-(dengki)nya ialah engkau suka hilang (luput)nikmat daripada orang yang engkau dengki atau engkau berkehendak agar turun bala kepada orang itu".

Sifat hasad itu mendatangkan kemurkaan Allah. Ia boleh membinasakan diri seseorang dan himpunan amalannya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud, "Takutlah kamu semua akan sifat dengki kerana sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar." Riwayat Abi Daud daripada Abi Hurairah

Perbuatan dengki dilakukan pelbagai cara, asalkan orang yang didengki itu menerima kesan buruk. Perbuatan itu boleh berlaku melalui penyebaran fitnah, cacian dan umpatan. Sifat dengki mungkin juga dilakukan secara tindakan fizikal seperti memukul dan membunuh seperti sejarah pertama pembunuhan manusia yang berlaku dalam peristiwa Qabil dan Habil. Menurut Imam Al-Ghazali, dengki itu ada tiga macam :

Pertama; Menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan digantikan (beralih) kepadanya.

Kedua; Menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang sekalipun ia sendiri tidak dapat menikmatinya, sama ada kerana merasa mustahil dirinya akan dapat merasai nikmat tersebut ataupun kerana memang kurang senang memperolehnya atau sebab lain. Asalkan orang itu jatuh, ia tersenyum gembira. Yang ini lebih jahat daripada peringkat dengki yang pertama.

Ketiga; Tidak ingin kenikmatan yang diperoleh oleh temannya hilang tetapi ia benci kalau temannya itu mendapat kenikmatan lebih daripada kenikmatan yang dimilikinya.

Dengki hanya dimiliki orang yang berjiwa rendah, tidak berwawasan dan sifat itu mendorongnya berangan-angan kosong untuk mendapatkan kenikmatan yang dimiliki orang lain. Dalam diri setiap manusia, memang ada keinginan kepada persaingan untuk melebihi atau mendapat nikmat yang sama. Sifat ingin bersaing secara sihat adalah halal. Ia dikenal sebagai "ghibtah".

Seseorang yang menyedari dirinya serba kurang, apabila melihat orang lain maju maka ia wajar berusaha bersungguh-sungguh seperti yang dilakukan oleh orang lain itu. Ini bukanlah dengki sebenarnya. Ibnu Mas'ud meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya), "Tidak digalakkan adanya perasaan iri hati melainkan pada dua keadaan. Pertama, keadaan orang yang dikurniakan Allah harta benda lalu dia membelanjakannya kepada jalan kebajikan. Dan kedua, keadaan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan agama lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya." Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi

Nikmat dan Ujian Semuanya daripada Allah

Allah sentiasa menguji keimanan setiap daripada kita. Sesiapa yang redha dan menerima dengan terbuka apa yang terjadi kepadanya memperoleh balasan baik di sisi Allah. Sesuatu yang tidak disenangi menimpa seseorang mungkin tersimpan kebaikan di sebaliknya. Oleh itu, tidak wajar sama sekali seseorang menunjukkan sifat dengki atas apa yang diperoleh orang lain. Anggaplah orang yang menerima kebaikan itu sebenarnya sedang diuji Allah. Sekiranya dia berada di jalan benar, pasti Allah melimpahkan lebih banyak nikmat kepadanya.

Allah lebih mengetahui apa yang menimpa setiap orang. Dia berkuasa memberi dan menentukan setiap kejadian di dunia ini. Sesiapa menyimpan dengki terhadap orang lain, samalah dia cuba mengubah apa yang ditentukan Allah terhadap orang lain.

Betapa bahayanya sifat ini (dengki) disebut di dalam banyak kitab. Antaranya kitab Tanbih al-Ghafilin oleh Imam Abu Laith al-Samarqandi, yang meriwayatkan daripada al-Hasan, bahawa sabda Rasulullah SAW bermaksud, "Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis kebaikan (hasanaat) sebagaimana api memakan kayu."

Daripada Abd al-Rahman bin Mu'awiyah berkata, Nabi SAW bersabda (maksudnya), "Tiga jenis sifat yang tidak dapat selamat seorangpun (daripadanya) iaitu berprasangka buruk, hasad dan takut sial kerana sesuatu."

Lalu Baginda ditanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana untuk selamat daripada semua itu?"

Jawab Baginda Nabi SAW, "Jika kamu hasad maka jangan kamu lanjutkan. Dan jika menyangka maka jangan kamu buktikan (jangan kamu cari-cari kenyataannya). Dan jika merasa takut daripada sesuatu, maka teruskanlah (jangan mundur kerana merasa tidak yakin)."

Yakni jika hasad dalam hatimu maka jangan kamu lahirkan dalam amal perbuatanmu, kerana selama mana hasad itu masih dalam hati, maka Allah memaafkan selama mana belum keluar dengan lidah atau perbuatanmu. Jika prasangka buruk maka jangan pula kamu cuba buktikan dengan mencari kesalahannya, atau berusaha menyelidiki untuk mencari kenyataannya. Demikian pula jika terbit dalam hati perasaan was-was dalam hati kerana petanda-petanda yang dianggap mendatangkan sial, maka teruskan hajatmu dan jangan mundur.

Kedengkian Yahudi Terhadap Umat Islam

As-Syeikh Mutawalli Sya'rawi berkata di dalam tafsirnya, "Ketika Peperangan Uhud, Rasulullah SAW telah meminta kumpulan pemanah yang ditempatkan di sebuah bukit kecil supaya jangan turun, sama ada orang Islam menang atau kalah. Tetapi tatkala kemenangan hampir menjelma pada peringkat awal, sebahagian golongan pemanah terlupa arahan Rasulullah SAW itu dan ingin menyertai rakan taulannya memungut harta ghanimah. Hal ini mengakibatkan mereka mengalami kekalahan. Walaupun begitu, golongan kuffar tidak mampu menyatakan kemenangan yang mutlak iaitu menjajah kota Madinah dan kekal di sana. Sebaliknya mereka pulang ke Mekah."

"Dalam situasi kekalahan seperti ini, orang Yahudi Madinah mengambil kesempatan dengan cuba memujuk Sahabat Nabi seperti Huzaifah bin al-Yamani, Tariq bin Yasir dan lain-lain supaya kembali kepada ajaran nenek moyang mereka. Tetapi pujukan mereka tidak berjaya. Dengan tegas Para Sahabat Rasulillah menjawab dan menolak pujukan tersebut.

"Antara lain, kata Ammar ibn Yassir di dalam jawapannya; Sesungguhnya aku beriman dengan Allah sebagai Tuhan, aku beriman dengan Muhammad sebagai Rasul, aku beriman dengan Kitab sebagai penghulu, aku beriman dengan Kaabah sebagai kiblat, aku beriman bahawa seluruh orang beriman sebagai saudara dan sentiasalah aku dalam keadaan ini selama mana nyawa dikandung badan."

Rasulullah SAW amat gembira dengan sikap mereka yang terus kekal beriman seperti yang yang dimiliki oleh Para Sahabat.

Benarlah seperti firman Allah Taala:

"Banyak di antara Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalau kiranya mereka dapat mengembalikan orang yang beriman menjadi kafir, kerana dengki yang timbul daripada diri mereka sendiri, walaupun sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad SAW). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."  (Surah al-Baqarah: ayat 109)

Kata Imam Abu Laith As Samarqandi dalam tafsirnya yang dikenali dengan "Bahr al-'Ulum" menyebut, "Ayat ini diturunkan tatkala orang Islam diuji dalam Peperangan Uhud, golongan Yahudi mengambil kesempatan memujuk Ammar bin Yasir dan Huzaifah bin al-Yaman seraya berkata; Kamu telah terkena bala dan musibah. Justeru, eloklah kamu kembali kepada kami yang jauh lebih baik bagimu. Lantas turunnya ayat ini." Inilah juga pendapat Muqatil.

Tafsiran lain menyatakan bahawa Ka`ab bin Al-Asyraf telah memaki Nabi Muhammad SAW di samping mengajak dan menyeru kepada golongan kafir Quraish dalam bentuk syairnya menentang Rasulullah. Golongan musyrikin dan Yahudi Madinah menyakiti Rasulullah ketika mula datangnya Baginda SAW dalam peristiwa hijrah, tetapi Nabi SAW menyuruh Para Sahabat supaya mengabaikan mereka. Kemudian turunnya ayat ini. Inilah pendapat Abdullah bin Ka`ab bin Malik.

Dan makna hasad yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi di sini ialah benci nikmat yang dikurniakan kepada orang beriman, dan berharap untuk menghilangkan nikmat tersebut sekalipun mereka tidak mendapatkannya. Inilah perasaan hitam yang hina yang melimpah dalam jiwa kaum Yahudi terhadap Islam dan kaum Muslimin, dan perasaan ini masih terus melimpah. Perasaan inilah yang melahirkan semua komplot dan perancangan jahat kaum Yahudi yang berterusan.

Hasad Melahirkan Sifat Benci-Membenci

Banyak faktor yang menyebabkan seseorang bersifat hasad, antaranya ialah kerana 'adaawah (permusuhan), takabbur (bongkak), ta'azzuz (benci jika ada orang lain dapat mengatasi reputasinya), bakhil (kedekut), khubthun nafsi (busuk hati), dan hubbul jaah (gila kuasa). Mu'awiyah bin Abi Sufyan berkata kepada puteranya, "Wahai anak, berhati-hatilah (waspadalah) daripada hasad dengki kerana hal itu akan nyata pada dirimu sebelum bahayanya nampak nyata pada musuhmu."

Manakala kata Imam Abu Laith as-Samarqandi berkata, "Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada hasad, kerana orang yang berlaku hasad itu akan terkena lima bencana;
1. Hati yang tidak putus-putus merasa risau.
2. Ditimpa bala yang tidak berpahala.
3. Terpalit sifat dan label cela.
4. Dimurkai Allah Taala.
5. Tertutup padanya petunjuk Allah."

Hasad menimbulkan keinginan merampas kebaikan orang lain. Mengapa? Mereka yang berlaku hasad bukan kerana jiwa mereka yang jahat itu tidak tahu, tetapi mereka bersifat begitu kerana mereka benar-benar mengetahui. Al-Quran mendedahkan motif hasad ini kepada kaum Muslimin supaya mereka tahu dan menyedari bahawa hasad dengki itulah punca yang wujud di belakang setiap usaha kaum Yahudi yang mahu menggugat akidah dalam jiwa mereka dan mengembalikan mereka selepas itu kepada kekufuran seperti mereka.

Sabda Baginda Nabi SAW, maksudnya : "Janganlah kamu saling membenci, dan janganlah kamu saling memutuskan silaturrahim, dan janganlah kamu saling berdengkian (hasad), janganlah kamu saling membelakang (tidak berteguran), jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara." Riwayat Bukhari dan Muslim

Salah satu larangan keras Baginda Rasul SAW dalam hadis di atas ialah agar kita jangan saling berdengkian (hasad). Hasad adalah dosa yang membawa keingkaran besar pertama kepada Allah iaitu sifat buruk inilah yang mendorong Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam. Sifat tercela ini jugalah yang mendorong terjadinya pembunuhan pertama di atas muka bumi antara Qabil dan abil, dan sifat dengki juga menyebabkan Nabi Yusuf Alaihissalam hampir-hampir dibunuh oleh saudara-saudaranya.

Antara Hasad, Ghibtah dan Munaafasah

Hasad, ghibtah dan munaafasah adalah tiga istilah yang hampir bersamaan maknanya. Tetapi sebenarnya masing-masing mempunyai makna yang tersendiri.

Hasad (Dengki) : Engkau suka jika hilang (luput) nikmat daripada saudaramu seagama tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak (agama). Hukumnya adalah haram. Ia bukan sekadar mendatangkan maksiat hati dan amalan dosa, bahkan ia adalah kejahatan sehingga Allah mengajarkan kepada manusia agar memohon perlindungan kepada-Nya daripada sifat tersebut:

"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki." (Surah al-Falaq: ayat 5)

Ghibtah (Iri Hati): Engkau menginginkan sesuatu nikmat seperti nikmat yang diperoleh oleh saudaramu, tetapi engkau sendiri tidak pula menginginkan agar nikmat tersebut hilang daripada saudaramu itu. Sifat ini tidak mendatangkan dosa selagi tidak melampau ke peringkat hasad.

Munaafasah (Kompetisi): Engkau berusaha keras untuk mencapai sesuatu sebagaimana yang telah dicapai oleh rakanmu, atau engkau bekerja keras kerana ingin mengatasi pencapaian saudaramu. Oleh sebab itu, kadang-kadang kompetisi ini dianjurkan oleh Allah Taala seperti yang terkandung di dalam al- Quran:

"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa." (Surah Ali Imran: ayat 133)

http://tarbawi.my

Morsi tetap pertahankan dekri

Posted: 27 Nov 2012 12:05 AM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -





KAHERAH: Presiden Mesir, Mohamed Morsi memberitahu hakim kanan Mesir bahawa dia tidak mencerobohi kuasa mereka apabila dia mengEluarkan dekri baru-baru ini.

Seorang pembantu Morsi berkata undang-undang itu terhad kepada "isu-isu berkaitan kedaulatan,'' tetapi kenyataan tersebut tidak memuaskan hati pengkritik beliau.

Pendirian tanpa kompromi tersebut diberitahu semasa mesyuarat antara Morsi dan ahli-ahli Majlis Kehakiman Agung Isnin lalu dalam usaha untuk menyelesaikan krisis selama empat hari yang telah meletakkan Mesir dalam pusingan kekacauan yang baru dengan pertempuran antara kedua-dua pihak yang mengakibatkan seorang penunjuk perasaan mati dan ratusan tercedera.

Badan kehakiman, sasaran utama dekri Morsi, juga telah mula memberi respons, memanggil dekri tersebut sebagai rebutan kuasa dan serangan ke atas "kebebasan badan tersebut".

Hakim dan pendakwa mogok dan tidak hadir ke mahkamah di Kaherah dan bandar-bandar lain pada Ahad dan Isnin lalu.

Sementara itu, Ikhwanul Muslimin telah membatalkan demonstrasi besar-besaran di Kaherah, yang dirancang diadakan Selasa ini, "sehingga notis lanjut" bagi "mengelakkan pertempuran".

Melindungi Revolusi
Pentadbiran Morsi mempertahankan dekri tersebut sebagai usaha untuk mempercepatkan pembaharuan yang akan melengkapkan transformasi demokrasi Mesir.

Tetapi seruan beliau untuk berdialog telah ditolak oleh ahli-ahli Barisan Penyelamat Kebangsaan (NSF), pakatan pembangkang baru liberal, berhaluan kiri dan lain-lain ahli politik dan parti, yang sukar untuk bersatu sehinggalah pengumuman dekri Morsi.

Barisan tersebuk termasuk Sabahy, pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Mohamed ElBaradei dan bekas ketua Liga Arab, Amr Moussa.

Pihak tentera tidak melibatkan diri dengan krisis selepas mengetuai Mesir melalui peralihan selama 16 bulan untuk pilihan raya presiden pada bulan Jun.

Penganalisis berkata Morsi telah meneutralkan tentera apabila beliau memecat jeneral tertinggi  tentera Ogos lalu, dan melantik satu generasi baru yang kini berhutang budi kepada presiden.

Morsi menyatakan keputusan beliau Khamis lalu sebagai keperluan untuk melindungi revolusi yang menggulingkan Mubarak hampir dua tahun yang lalu dan untuk mengukuhkan peralihan negara kepada pemerintahan demokrasi.

Morsi juga mengarahkan perbicaraan semula Mubarak dan pembantu kanan beliau atas tuduhan membunuh penunjuk perasaan semasa pemberontakan.

"Dia terpaksa bertindak untuk menyelamatkan negara ini dan melindungi revolusi," ujar Pakinam al-Sharqawi, pembantu Morsi.

"Ia adalah satu peringkat utama dalam proses melengkapkan revolusi 25 Januari," katanya merujuk kepada hari bermulanya pemberontakan terhadap Mubarak pada tahun lepas.

Beliau juga mencipta badan kehakiman 'perlindungan revolusi' yang baru untuk menjalankan pendakwaan secepat mungkin.

harakah/-

Pemaju saman syarikat kerajaan Melaka RM53 jut

Posted: 26 Nov 2012 11:56 PM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -


RAUB: Sebuah syarikat pemaju hartanah yang dipercayai pro Umno, memfailkan tuntutan saman terhadap Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka sebanyak RM53.5 juta kerana perlanggaran kontrak.
 
Peguam syarikat berkenaan, AP Land, Mohd Harris Abdullah (gambar) berkata tuntutan saman difailkan syarikat berkenaan kepada anak syarikat kerajaan negeri Melaka itu berkaitan keingkaran perjanjian dan penamatan tawaran.

Menurutnya, AP Land selaku plaintif telah mencapai persetujuan dengan defendan untuk membangunkan Fasa 5, Bandar Baru Jasin Bistari di Lot PT 8535 Mukim Ayer Panas, Daerah Jasin, Melaka seluas 90.2 ekar (36.5 hektar) secara usahasama.

"Setelah semua perjanjian dipersetujui bersama, satu surat dari defendan bertarikh 21 Februari tahun ini, didapati berbeza dengan persetujuan bersama iaitu di H.S(D) 10230 (FASA 5), PT 8795 Bandar Jasin Bestari, Mukim Ayer Panas, Daerah Jasin, Melaka dengan keluasan 33.94 hektar.

"Ternyata hak milik yang dikeluarkan untuk maksud usahasama tidak menepati keluasan asal. Terdapat pengurangan keluasan sebanyak 2.56 hektar daripada keluasan asal yang dicadangkan oleh defendan melalui surat tersebut," katanya ketika ditemui Harakahdaily.

Tambahnya, akibat daripada itu terbit isu-isu berbangkit yang sepatutnya diselesaikan seperti keperluan untuk menetapkan nilai sebenar projek memandangkan terdapat pengurangan keluasan tanah, balasan yang perlu dibayar kepada defendan kerana pengurangan keluasan tanah dan mengatasi kecacatan dalam rekabentuk kolam takungan.

Akhirnya, melalui surat bertarikh 26 April tahun ini, defendan telah dengan secara salah, tidak sah dan melanggar perjanjian yang termeterai, membatalkan tawaran dalam surat tersebut dan menafikan hak-hak plaintif untuk memajukan tanah tersebut sebagaimana yang telah dipersetujui.

Harris berkata, sebaik sahaja bayaran komitmen dibuat oleh plaintif, kerja-kerja awalan telah dilaksanakan seperti menyediakan pelan-pelan cadangan, merekabentuk unit-unit rumah yang akan dibangunkan, membuat kajian tapak dan kerja-kerja berkaitan melalui perunding yang dilantik.

Tambahnya, plaintif juga telah melantik kontraktor utama bagi membina dan membangun rumah-rumah yang dicadangkan di atas tanah tersebut serta melalui Koperasi Perumahan Angkatan Tentera (KPAT) lebih kurang 500 unit.

"Akibat daripada perlanggaran kontrak oleh defendan, plaintif telah mengalami kerugian-kerugian, kos, penat lelah dan kehilangan peluang mendapatkan keuntungan daripada pembangunan tanah tersebut sebagaimana yang telah dirancang.

"Defendan, semasa membuat penamatan tawaran tersebut tahu atau mempunyai pengetahuan atau sepatutnya tahu bahawa akibat semulajadi kepada penamatan tawaran tersebut, plaintif akan mengalami kerugian-kerugian, kos, penat lelah dan kehilangan  peluang mendapatkan keuntungan," katanya daripada The Law Office of Mohd Harris di sini.

Pada 1 Julai, AP Land melalui Tetuan Nurliny & Associates telah menuntut perbelanjaan kerja-kerja perundingan RM130,000, rampasan Wang Komitmen RM100,000.00, perbelanjaan dan Kos Perunding RM3,500,000, kos kakitangan dan pengurusan RM830,000 dan kerugian peluang untung pembangunan projek RM49,000,000

Jumlah keseluruhan ialah RM53,560,000. Namun keengganan defendan membuat bayaran kepada plaintif sebagaimana yang dituntut adalah satu penganiayaan yang teruk terhadap plaintif.

Oleh yang demikian, plaintif yang dipercayai ada hubungan dengan Umno menuntut daripada defendan ganti rugi jumlah berkenaan melalui tuntutan saman di Mahkamah Tinggi Melaka.

harakah/-


 



PAS cadang lantik wanita sebagai speaker

Posted: 26 Nov 2012 11:44 PM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Parlimen disaran melantik seorang speaker daripada kaum wanita kerana mereka lebih memahami khususnya menyentuh isu sensitiviti kaum wanita ketika dibangkitkan di dalam dewan.

Perkara itu dicadangkan oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff sewaktu berbahas usul pindaan untuk Peraturan Tetap 36(4) mengatakan: "Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan (biadap)".

"Selepas ini, speaker pula di kalangan wanita, kerana mereka lebih memahami dalam isu-isu wanita," katanya.

Beliau berkata, setiap ahli parlimen harus menggunakan bahasa yang sopan dan menghormati antara satu sama lain termasuklah tidak mementingkan soal gender.

Katanya, ahli parlimen perlu menunjukkan tatacara yang baik sewaktu berbahas di dewan dan tutur kata yang tidak menyinggung lelaki dan perempuan.

Sebelum itu, ketika mencelah Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh berkata kebanyakan ahli parlimen BN yang sering mengeluarkan kata-kata berunsurkan seksis ketika berbahas.

"Banyak yang keluarkan seksis, adalah di sebelah sana," katanya yang tuju kepada ahli parlimen BN.

Malah beliau turut mencadangkan agar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberikan kursus khas kepada semua ahli parlimen terutama berkaitan sensitiviti kaum wanita.

Katanya, kursus itu penting kerana ia dapat membantu ahli parlimen mengetahui garus panduan dalam isu-isu sensitif.

"Saya cadangkan Kementerian supaya memberikan kursus kepada MP mengenai soal gender ini. Ia supaya mereka ini dapat mengikut garis panduan daripada bercakap perkara-perkara sensitif," kata Fuziah.

Ekoran itu, Fuziah dikecam kerana beliau menegaskan kursus itu wajib diberikan kepada ahli parlimen BN.

"Kursus ini juga harus diberikan kepada MP BN khususnya. Ini memandangkan mereka yang banyak bercakap tentang soal-soal sensitif ini," ujar Fuziah.

Menyambung perbahasan, Zailah turut bersetuju dengan Fuziah dan menyifatkan cadangan itu sebagai usaha untuk memartabatkan dewan yang mulia ini tanpa mengira perbezaan gender.

harakah/-

ADUN Bn mengamuk di Dewan kerana anak?

Posted: 26 Nov 2012 10:38 PM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -


Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Sidang Bajet 2013 baru sahaja berakhir. Ia merupakan Sidang Bajet kelima bagi Pakatan Rakyat Kedah dan pastinya yang terakhir sebelum PRU 13.

Sepanjang lima tahun bersidang, maka persidangan kali ini dianggap yang paling hangat seakalipun kehangatan Sidang DUN Kedah tidak pernah mengatasi Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan atau Negeri Sembilan.

Kehangatan kali ini ialah kerana pihak pembangkang, BN, berjaya menghimpun isu-isu yang paling banyak untuk menyerang kerajaan negeri pimpinan Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak.

Isu-isu penting yang menjadi peluru BN tersebut ialah kerugian RM6.4 juta pelaburan projek balak di Papua New Guinea oleh Kedah Corporation Berhad anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kedah, kemelut yang melanda Kolej Universiti Insaniah, konfrontasi yang dibuat oleh ahli-ahli majlis kerajaan tempatan 

terhadap Setiausaha kerajaan Negeri, penebangan balak yang kononnya tidak terkawal di hutan simpanan kekal dan pertambahan pusat hiburan. Barangkali kerana tiada pre council antara ADUN BN, maka hampir setiap orang dari mereka asyik mengulang isu yang sama sehingga Sidang DUN menjadi sangat membosankan.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dato' Ir Amiruddin Hamzah yang mungkin menyedari bahawa semua persoalan tersebut akan dibangkitkan melakukan pre emtif yang berkesan. ADUN PAS Pantai Merdeka, Haji Abdullah Jusoh bertanyakan soalan mengenai projek-projek BN yang menghadapi kegagalan lalu beban kegagalan mereka terpaksa ditanggung oleh kerajaan terkini. Maka Dato' Amiruddin pun melibas BN dengan pendedahan terperinci setiap projek sakit tinggalan BN sehingga tiada seorang pun ADUN BN berani mencelah.

Antaranya ialah projek Taman Industri Tandop, Jerai International Park, ternak udang Kerpan, penyelewengan pembinaan kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani, kegagalan projek ternak lembu di Pendang dan salah laku BN di Seri Temin Development Corporatioan. 'Jaringan awal' yang dibuat oleh Dato' Amiruddin menyebabkan pihak pembangkang hilang arah dan sengat. Serangan balas jadi tumpul.

Jika ada lagi kejutan dalam Sidang bajet 2013 ini, maka pastinya ia adalah keengganan ADUN Kota Siputeh Dato' Abu Hasan Sarif mematuhi arahan Speaker sehingga menyebabkan beliau diusir keluar dewan. 

Sepanjang sejaran lima tahun PR berkuasa inilah kali pertama ADUN diarah keluar Dewan. Semua ADUN BN yang lain turut ikut keluar sebagai tanda sokongan terhadap rakan mereka yang diusir.

Dato' Abu Hasan diarahkan keluar Dewan apabila beliau membantah keputusan Speaker DUN untuk tidak mengganggu pengulungan oleh Exco Kerajaan Negeri, Lim Soo Nee apabila Exco berkenaan enggan memberi laluan terhadap sebarang soalan ketika beliau menggulung perbahasan.

Abu Hasan sebelum ini telah mempersoalkan tindakan Yang Di Pertua Majlis Daerah Kubang Pasu (YDP MDKP) yang menurunkan pangkat dua orang pegawai gred N41 kepada N17, di mana salah seorang darinya adalah anak beliau sendiri. Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai tindakan bermotifkan politik. Yang DiPertua MDKP yang terbabit dengan penurunan pangkat tersebut ialah Dato' Che Barni.

Exco Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia, YB Lim Soo Nee menjelaskan bahawa setelah disiasat didapati bahawa tiada jawatan yang sah untuk gred N41 tersebut dan yang ada hanyalah untuk gred N17. Jadi tindakan YDP Majis menurunkan pangkat anak Dato' Abu Hasan dianggap tidak menyalahi peraturan.

"Oleh itu, YDP MDKP meminta agar mereka turun memegang jawatan N17 sekiranya masih berminat untuk berkhidmat di MDKP.

"Selepas itu, salah seorang daripada mereka terus bekerja di sana dengan gred N17 sehingga mendapat kerja di KUIN dan seorang lagi berhenti dengan alasan ingin bekerja dengan bapanya," terang Lim Soo Nee.

YDP MDKP berpendapat bahawa pelantikan dua pegawai ke jawatan yang tidak wujud berdasarkan peraturan dan ianya telah mengambil hak dan peluang orang lain.

Gaji dua pegawai gred N41 itu dapat menampung gaji tujuh pegawai gred N17. Exco kerajaan negeri itu berkata, tindakan YDP MDKP pada waktu itu adalah wajar berdasarkan peraturan dan bukanlah disebabkan pegawai-pegawai tersebut anak kepada sesiapa.

Abu Hasan dilihat sebagai ADUN yang tidak tahu mematuhi peraturan Dewan pernah hilang kelayakan ADUN apabila ponteng Sidang DUN dua kali berturut-turut. Kini membuat onar pula di Dewan sehingga memaksa speaker mengusirnya. Lebih memalukan kerana seorang ADUN 'mengamuk' di Dewan hanya kerana pembelaan terhadap anaknya sendiri. Beliau wakil rakyatkah atau wakil anak?

detikdaily/-

Meraung temui isteri rentung

Posted: 26 Nov 2012 08:06 PM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -


SIASAT...unit penyiasatan bomba menjalankan siasatan di lokasi kejadian, semalam.

SIASAT...unit penyiasatan bomba menjalankan siasatan di lokasi kejadian, semalam. 
 
TAWAU: Seorang suami hanya mampu meraung kesedihan apabila isterinya yang sakit dan tidak mampu bergerak, rentung dalam kebakaran rumah mereka di Jalan Hamzah, Batu 8, Ranggu, dekat sini, semalam.

Lebih menyedihkan, ketika kebakaran berlaku jam 9 pagi, suami terbabit hanya dikenali sebagai Robert, 30, keluar mengambil wang gaji yang ingin digunakan bagi menyewa kereta untuk membawa isterinya, Rensiana Bara, 25, ke hospital.

Sekembali ke rumah, Robert terkejut dan hanya mampu meratap kematian Rensiana yang mayatnya ditemui rentung dalam keadaan telentang di bilik tidur.

Mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri, tetapi gagal kerana kedua-dua kakinya yang sakit dan membengkak menyebabkan dia tidak mampu bergerak.

Seorang ahli keluarga mangsa dikenali sebagai Romanus, 50, berkata mangsa sakit sejak beberapa hari lalu dan tidak mampu bergerak.

metro-

Kalau Najib takut debat dengan Anwar, saya aje

Posted: 26 Nov 2012 08:04 PM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -


Najib telah cuba menumpang kejayaan Obama mempertahankan kerusi Presiden Amerika Syarikat dalam pilihanraya Presiden baru-baru ini. Najib telah meminta rakyat mengambil contoh rakyat Amerika dengan mengekalkan kerajaan penyandang di negara ini. Saya telah menulis tentang isu ini dan kali ini saya ingin menulisnya sekali lagi.

Baiklah, kita ikut bagaimana Obama mengekalkan kuasa di Rumah Putih di Washington. Jika itu kehendak Najib maka kita lakukan apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS). Pertamanya oleh kerana pilihanraya kita sudah hampir maka Najib patut bersetuju untuk melakukan perdebatan terbuka dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim seperti perbahasan di antara Obama dengan Roomney dari Republican semasa pilihanraya Presiden tidak berapa lama dahulu.

Kalau hendak mengikut jejak langkah rakyat AS, kita ikut betul-betul. Tentu ramai bersetuju jika perbahasan ini diadakan secara 'live' melalui TV3, RTM, ASTRO dan lain-lain saluran TV yang boleh di lihat di negara ini. Tentukan yang saluran-saluran TV yang besar seperti CNN, Aljazeera dan yang lain-lain menyiarkan secara 'live' ke seluruh dunia.

Dalam perbahasan itu Najib boleh membuktikan keburukan Anwar dan Pakatan Rakyat dan biarkan semua masyarakat dunia tahu keadaan sebenarnya. Saya rasa Najib akan mendapat lebih kredibiliti jika semua manusia menonton perbahasan ini dan buktikan segala tuduhan beliau terhadap PR dan Anwar itu betul dan benar.

Najib selalu berkata akhir-akhir ini yang beliau sahaja yang mampu melakukan perubahan, maka tunjukkan bukti dan yakinkan kepada semua pihak melalui perbahasan itu. Sekarang ruang telah terbuka untuk Najib membuktikan kebenaran dan kemampuan beliau dari berkata dan mencemuh Pakatan Rakyat dari belakang dan secara tertutup.

Dalam perbahasan itu Najib boleh buktikan yang beliau tidak terlibat langsung dalam isu Altantuya serta isu-isu lain seperti komisyen Scorpene dan banyak lagi yang dikaitkan terhadap beliau dan telah terbenam menjadi persepsi dan stigma buruk terhadap beliau.

Dalam perbahasan itu Najib boleh buktikan yang isu NFC tidak kena mengena dengan unsur rasuah dan unsur salahguna kuasa dan sebagainya. Seorang pemimpin yang telah berucap bergegar-gegar selama ini dan akan berucap dengan gegaran dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 27hb November ini tentunya berkemampuan untuk mempertahankan kewibawaannya melalui perdebatan itu. Seorang yang benar tidak mungkin takut berhadapan dengan rakyat dalam perdebatan ini, malahan perdebatan ini sepatutnya menjadi cadangan beliau untuk menunjukkan apa yang disebut oleh pembangkang itu fitnah semata-mata.

Najib sepatutnya menerima cabaran ini dengan senang hati dan tunjukkan semua program transformasi beliau itu adalah hebat dari mendengar cerita karut-marut dari dirinya sendiri tentang kehebatan program transformasi beliau itu. Najib selalu mengaku yang kerajaan kita telah menjadi contoh bagi banyak negara di dunia ini, maka perdebatan itu akan menaikkan lagi imej dan 'dignity' beliau seperti yang beliau mengakui selama ini.

Najib boleh juga mengambil kesempatan ini untuk membuktikan yang kerajaan pimpinan beliau terhindar dari kegiatan rasuah besar-besaran. Dalam perdebatan itu juga Najib boleh memberikan penerangan bagaimana rakyat negara kita ini akan memperolehi pendapatan yang tinggi menjelang tahun 2020 seperti yang beliau war-warkan ke mana-mana beliau pergi.

Najib tidak perlu gentar berhadapan dengan Anwar. Jika beliau gentar dan menolak cabaran ini, maka jelaslah yang Najib mempunyai banyak perkara yang beliau hendak sorokkan. Jika Najib tidak mahu berdebat dengan Anwar kerana Anwar terlalu tinggi untuk beliau menghadapinya, Najib boleh memilih siapa sahaja  dari pihak pembangkang. Rasa-rasanya saya pun berani dan tidak akan berundur jika mendapat cabaran dari pihak Najib itu. Sedap juga jika anak korporal Polis seperti saya berhadapan dengan pemimpin yang dianggap teragung oleh gulungan seperti ini.

Jika begitu keadaannya maka tidak payah kita berfikir panjang. Terus sahaja kita berikan sokongan kepada parti-parti pilihan selain dari BN dan UMNO. Menarik diri dari cabaran ini bermakna apa yang di tuduh oleh rakyat dan pembangkang selama ini tidak ada yang lain selain dari kebenaran belaka.

Apabila kebenaran sudah terbukti maka rakyat sepatutnya tahu apa yang hendak dilakukan dalam pilihanraya yang akan datang. Tidak payah lagi pemimpin-pemimpin pembangkang ke hulu ke hilir untuk menyaingi media perdana yang menyebelahi kerajaan yang berkuasa sekarang ini.

harakah/-

Khairy kalah teruk di tangan Nasrudin Tantawi

Posted: 26 Nov 2012 07:57 PM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -


Ketua pemuda Umno yang tidak diberikan apa-apa jawatan penting dalam Kabinet Najib Razak, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kalah teruk di tangan Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hasan dalam satu pengundian bebas yang dibuat di kalangan ahli kelab fan page Merah Tinta MSO. Pengundian itu menilai siapa lebih tokoh dan berwibawa di antara keduanya.

Dari jumlah 530 rakan Fb Merah Tinta MSO  yang mengambil bahagian (mengundi), sebanyak 375 atau kira-kira 83.9% telah mengundi menyokong Nasruddin Hassan sementara sebanyak 35 orang mengundi Khairy kira-kira 7.8% saja.
Keseluruhan yang mengambil bahagian sebanyak 777 undi termasuk yang hanya like sebanyak 241. Bagaimana pun hanya 530 undi saja dikira. Dari jumlah itu 447 undi yang sah dan selebihnya, 83 undi ditolak kerana rosak.

Yang berkecuali pula sebanyak 38 orang.

Pengundian itu dilakukan semalam dalam tempoh enam jam. Sambutan pengundian sungguh memberangsangkan dan ia menjadi satu mekanisme untuk mengetahui mood anak-anak muda khasnya yang mesra IT.

Kemenangan Nasaruddin itu menunjukkan anak muda khasnya yang menyertai Fb Merah Tinta MSO jauh mempercayai dan meyakini Nasruddin sebagai pemimpin anak muda. Ikrar dan tindakan Nasaruddin mengisytiharkan hartanya semasa muktamar Pas baru lalu serta saksiah Islamnya menarik perhatian ahli kelab.

Di kala ini fan page Merah Tinta MSO juga sedang berlangsung pengundian di antara dua tokoh NGO Mazlan Aliman (Anak) dengan Badrulhisham Shahrin (SAMM). Pengundian dibuka jam 7.00 petang tadi dan akan ditutup jam 1.00 pagi nanti.

Selepas ini pengudian akan membabitkan beberapa tokoh ternama NGO, agamawan dan politik selain dari Pas dan Umno ia juga termasuk PKR dan DAP. -

Rezeki pari gergasi

Posted: 26 Nov 2012 07:54 PM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -

BESAR...Jamal duduk di atas pari 200kg yang ditangkapnya, semalam.

BESAR...Jamal duduk di atas pari 200kg yang ditangkapnya, semalam. 
 
MUKAH: Jeti perahu tambang di tebingan Mukah, di sini, menjadi tumpuan orang ramai yang ingin menyaksikan seekor ikan pari gergasi seberat kira-kira 200 kilogram yang ditangkap seorang nelayan, semalam.

Lebih menarik perhatian, pari ditangkap Jamal Saini, 38, nelayan dari Kampung Litong itu dikatakan kudung kerana tidak mempunyai ekor.

Menurut Jamal, dia keluar ke laut bersendirian kira-kira jam 6 pagi menggunakan enjin sangkut 30 kuasa kuda dan mula memasang pukat tidak jauh dari pantai Kampung Penipah, di sini.

"Kira-kira jam 8 pagi, saya terkejut apabila mendapati pukat tiba-tiba disentap sesuatu objek besar menyebabkan bot saya nyaris tenggelam kerana dimasuki air.

"Saya gunakan pukat untuk menangkap udang dan pada mulanya saya menyangka mungkin ikan yu yang masuk ke dalam pukat," katanya.

metro/-

Isteri stereng, suami brek

Posted: 26 Nov 2012 07:53 PM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -

KASIH ISTERI...Asmah membantu suaminya, Rajab keluar dari kereta.

KASIH ISTERI...Asmah membantu suaminya, Rajab keluar dari kereta.
 
KULAIJAYA: Satu kereta dua pemandu. Ia memang cara pemanduan membahayakan, namun itu yang terpaksa dilakukan sepasang suami isteri setiap hari untuk mencari rezeki berikutan masalah kesihatan dialami seorang daripada mereka.

Sejak Jun lalu, Rajab Awang, 64, yang diserang penyakit angin ahmar akan bekerjasama dengan isterinya, Asmah Ghazali, 52, untuk memandu Perodua Kancil milik mereka sejauh lima kilometer dari rumah di Desa Idaman, Senai, dekat sini, ke kilang tempat isterinya bekerja.

Disebabkan bahagian pinggang ke atas Rajab termasuk kedua-dua tangannya tidak mampu berfungsi, dia menggunakan kaki untuk menekan pedal minyak, brek dan klac kereta transmisi manual itu.

Pada masa sama, isterinya yang juga pengawal keselamatan kilang batu-bata duduk di bahagian penumpang hadapan untuk mengawal stereng dan gear kereta.

"Kami terpaksa berbuat demikian kerana saya tidak tahu memandu kereta dan kami tidak cukup duit untuk membayar tambang teksi setiap hari," katanya.

metro/-

Penipuan Pilihanraya: Mereka Ingat Mereka Boleh Menipu Tuhan!

Posted: 26 Nov 2012 07:52 PM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -

Mahathir: Taktik pembangkang tuduh kerajaan tipu PRU13

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak lagi bebas jika pihak luar dibiar campur tangan dalam menentukan kerajaan yang memerintah, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Riba Dunia Ketiga hari ini, Dr Mahathir mendakwa hasrat pembangkang menjemput pemerhati luar untuk memantau pilihan raya umum ke-13 sebenarnya bertujuan menuduh kerajaan menipu dalam pilihan raya.

"Tujuan satu sahaja, dia (pembangkang) kalah dia nak buat demonstrasi tentang penipuan dalam pilihan raya.

Kerajaan tipu sebab itu parti kerajaan menang. Itu sahaja.

"(Pembangkang) Nak buat rusuhan macam di negeri Arab supaya dapat jatuhkan kerajaan di luar daripada sistem pilihan raya," katanya apabila ditanya mengenai tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan menulis kepada Menteri Luar Australia Senator Bob Carr meminta negara itu membantu memantau pilihan raya di Malaysia.

Ditanya mengenai pemerhati bebas yang dijemput semasa pilihan raya umum lepas, Dr Mahathir berkata: "Secara rasmi kita tak jemput, tapi kalau dia nak datang dan tengok, tengoklah.

"Tak ada negara yang mana parti kerajaan boleh kalah di lima buah negeri... tak dapat dua pertiga kerusi di Parlimen. Kalau betul-betul dia (kerajaan) nak tipu, saya ingat parti lawan (pembangkang) tak boleh menang lima buah negeri," katanya.

Persidangan Riba Dunia Ketiga membincangkan isu riba dan kaitannya terhadap kemelesetan ekonomi global yang berpanjangan, inflasi dan pergolakan sosial yang melanda dunia ketika ini.

Persidangan dianjurkan oleh Thinkers Trends Malaysia Resources dengan kerjasama Institut Kewangan dan Perbankan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Pusat Al Ghazzali untuk Sains Islam dan Pembangunan Manusia (Australia). - Bernama.

Johor: Pakatan diramal rampas 7 kerusi parlimen

Posted: 26 Nov 2012 07:46 PM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -



 
PAS meramalkan Pakatan Rakyat mampu merampas tidak kurang daripada tujuh kerusi Parlimen di Johor dalam pilihan raya umum akan datang, berdasarkan dakwaan peralihan sokongan pengundi muda, kumpulan kelas pertengahan dan perubahan sokongan pengundi Cina di negeri itu.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Zuhdi Marzuki mendakwa penemuan tersebut "hampir selari" dengan penemuan kajian Majlis Profesor Negara (MPN) yang menyatakan sembilan kerusi parlimen di Johor dikategorikan sebagai kawasan hitam bagi BN.

youth leaders wacana ekonomi 120611 mohd zuhdi marzuki.JPG"Sepertimana yang disebut oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh sebuah kumpulan kajian politik dari sebuah universiti awam, sokongan pengundi Melayu di Johor meningkat antara tiga hingga lima peratus.

"Berdasarkan analisis PPP pula, sokongan pengundi Melayu di Johor meningkat dua hingga tiga peratus, yang kebanyakannya pengundi muda dan golongan kelas pertengahan.

"Peningkatan sokongan pengundi Melayu ini, ditambah pula dengan perubahan besar sokongan pengundi Cina, akan menjana peralihan undi yang amat signifikan, sehingga dijangka tidak kurang tujuh lagi kerusi Parlimen boleh jatuh kepada Pakatan di samping kerusi Pakatan yang sedia ada," katanya.

Dalam kenyataannya semalam, Dr Zuhdi mendakwa berdasarkan analisis pusat itu, sokongan akar umbi BN di 13 kerusi parlimen di Johor berada bawah 50 peratus iaitu di Segamat, Labis, Ledang, Bakri, Muar, Batu Pahat, Kluang, Gelang Patah, Tebrau, Pasir Gudang, Johor Baharu, Pulai dan Kulai.

bagan pinang by-election nomination 031009 pakatan and bn supporterKatanya lagi, kemenangan sesuatu parti di kawasan tersebut bergantung kepada pengundi atas pagar termasuklah mereka yang membuat keputusan pada saat akhir.

Daripada kawasan-kawasan tersebut, beliau mendakwa, lapan kawasan pula memperlihatkan sokongan akar umbi BN berada di bawah 44 peratus yang biasanya dikategorikan sebagai kawasan kelabu hitam bagi BN.

"Kebanyakannya adalah kawasan campuran, iaitu perbezaan antara komposisi pengundi Melayu dan bukan Melayu tidak besar," katanya sambil menambah pola sokongan di parlimen "turut mempengaruhi" sokongan di peringkat DUN.

Berdasarkan analisis pusat itu, Dr Zuhdi mendakwa, hanya 26 kerusi DUN di negeri itu dikategorikan sebagai kawasan putih bagi BN, manakala selebihnya kelabu dan hitam. Johor mempunyai 56 kerusi DUN.

pas salahudin ayub 230708Beliau juga berkata tindakan Pakatan menamakan calon Melayu sebagai menteri besar Johor, turut memberi impak "positif" peralihan sokongan pengundi terutama golongan muda dan kelas pertengahan.

Dr Zuhdi mendakwa, berdasarkan kajian MPN mengenai "tingkah laku pengundi" tentang pemilihan calon jawatan itu, Salahudin berada di kedudukan tertinggi dengan 74 peratus, ahli jawatankuasa PAS Pusat Mazlan Aliman (71 peratus) dan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman yang didakwa "tertinggal di belakang".

"Sebenarnya pelantikan menteri besar Johor di kalangan kaum Melayu bukanlah isu kerana sememangnya Undang-undang Tubuh Negeri Johor perkara 31 dan perkara 34 telah menetapkan sedemikian.

"Bagaimanapun, ramai pengundi Melayu yang tidak menyedari perkara ini, menyebabkan mereka bimbang kalau Pakatan menawan Johor. Tindakan menamakan calon Melayu sebagai menteri besar oleh Pakatan sememangnya memberikan kesan positif," katanya.

Sehubungan itu, Dr Zuhdi berkata hasil analisis terhadap kajian yang dilakukan, Pakatan Rakyat berpeluang menawan Johor didakwa "seimbang dan cerah" dengan peningkatan pengundi Melayu susulan beberapa isu termasuk RAPID, Felda, Projek Wilayah Iskandar dan kepemimpinan bersih.
 
malaysiakini/-

Pakatan optimis tawan Putrajaya dengan 'sopan'

Posted: 26 Nov 2012 07:43 PM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
 
SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR)  menolak dakwaan kononnya akan menimbulkan kekacauan sekiranya gagal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang, malah optimis bakal merampas Putrajaya.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, beliau yakin tidak akan berlaku sebarang kekacauan kerana PR akan memenangi PRU akan datang malah menegaskan itu bukan budaya pakatan itu.

Beliau yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata, PR tidak membawakan budaya samseng sebaliknya menonjolkan dasar-dasar melalui program-program diadakan dalam memartabatkan rakyat.

"PR akan menang jadi tidak timbul isu ini... tidak ada kalau kerana saya cukup optimis dan yakin PR akan menerajui kerajaan baru di Putrajaya selepas PRU13.

"Budaya yang dibawa Umno sekarang adalah budaya samseng dan ekstremis tetapi kalau kita lihat situasi politik sekarang golongan seperti ini pasti akan mengalami kekalahan kerana rakyat tidak mahu lagi politik perkauman sempit dan fahaman agama jumud," katanya ketika ditemui di Bangunan SUK di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya PR ingin mengadakan demonstrasi untuk menjatuhkan kerajaan di luar sistem pilihan raya.

Malah Dr Mahathir mendakwa hasrat pembangkang menjemput pemerhati luar untuk memantau PRU13 sebenarnya bertujuan menuduh kerajaan menipu dalam pilihan raya.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok berkata, PR tidak pernah merancang untuk mengadakan demonstrasi sekiranya tewas PRU13 kerana pakatan itu hanya menumpukan usaha untuk menawan Putrajaya.

Beliau secara sinis menyifatkan Mahathir sepatutnya membuat kenyataan tersebut terhadap Umno-Barisan Nasional (BN).

"Bagi PR, kami hanya ada rancangan untuk menawan Putrajaya dan tak ada rancangan untuk buat demonstrasi selepas kalah kerana kami yakin akan tawan Putrajaya.

"Tun M (Mahathir) mungkin perlu buat kenyataan apakah Umno-BN akan buat demonstrasi mencetuskan huru-hara selepas gagal mempertahankan Putrajaya?" katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini semalam.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman berkata, kerajaan tidak perlu gusar berhubung isu pemerhati luar itu sebaliknya berfikiran positif kerana ia secara tidak langsung dapat memberi pengiktirafan pada sistem pilihan raya negara ini sekiranya dilaksanakan secara adil.

"Kalau betul telus maka apa yang nak ditakuti? Berani kerana benar. Jangan syok sendiri kerana pemerhati adalah neutral.

"Lagipun ia dapat membantu memperbaiki kelemahan sistem yang wujud sekiranya ada," katanya.

sinar/-

Kenduri saji lauk basi

Posted: 26 Nov 2012 07:31 PM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -



BALIK PULAU – Kemeriahan majlis persandingan satu pasangan pengantin di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Teluk Bahang di sini kelmarin bertukar kecoh apabila lauk-pauk yang disajikan didakwa telah basi dan berbau busuk manakala nasinya pula mentah.

Kejadian itu menyebabkan lebih 1,000 jemputan majlis perkahwinan Nazurah Romai, 21 dan suaminya, Nazli Che Amat, 22, kakitangan sebuah syarikat swasta, terpaksa pulang dengan perut kosong.

Hidangan itu ditempah menerusi pakej sebuah syarikat perancang perkahwinan yang mengenakan bayaran RM17,000 untuk sajian, sepasang persalinan untuk majlis akad nikah, pelamin, fotografi dan cenderamata.
Difahamkan, pasangan itu telah menjelaskan bayaran sebanyak RM14,000 kepada syarikat berkenaan.

Nazurah yang merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta di sini berkata, peristiwa yang memalukan itu disedari sewaktu mereka mahu menjamu beberapa orang tetamu pada majlis tahlil kira-kira pukul 10 pagi.

sinar/-

Guru dakwa dipecat selepas hadir ceramah Anwar

Posted: 26 Nov 2012 07:30 PM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -

azlan



Seorang guru agama sementara di Labuan yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mendakwa diberhentikan selepas menghadiri ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut guru tersebut, Qatrun Nada Mohd Latfi, beliau menerima notis pemecatan selepas mendapat panggilan daripada seorang pemimpin Umno tempatan.

Bagaimanapun Qatrun memberitahu, perjanjian yang ditandatanganinya sebelum menjadi guru sambilan ada menyebut bahawa perkhidmatan seseorang guru itu boleh ditamatkan pada bila-bila masa tanpa memberi sebab.

"Saya mendengar ceramah Anwar pada 15 September. Dan selepas itu pada 9 Oktober saya dihubungi oleh seorang pemimpin Umno. Kami berbincang panjang.  Antara yang dia cakapkan ialah saya bekerja dengan kerajaan dan tak perlu terlibat dengan politik.

"Selepas dihubungi pemimpin Umno itu, saya dipanggil pula untuk bermesyuarat bersama penolong pengarah pelajaran JAWI bersama guru besar di sekolah saya mengajar. Dan selepas itu saya ada perjumpaan kali kedua pula di pejabat JAWI.

"Mereka hanya tanya tentang apakah aktiviti luar saya," kata Qatrun ketika dihubungi Malaysiakini.

Qatrun memberitahu lagi, beliau menerima notis pemecatan pada 24 Oktober dan berkuatkuasa 1 Disember ini.

Katanya lagi, rayuan juga telah dibuat kepada JAWI pada 19 November lalu bagi mempertimbangkan tindakan beliau dipecat.

"Saya buat rayuan pada 19 November supaya tindakan itu dipertimbangkan dan minta mereka (JAWI) beri tunjuk sebab kenapa saya diberhentikan tetapi mereka hanya membalas surat itu dengan memberitahu JAWI boleh memberhentikan perkhidmatan tanpa memberi sebab seperti syarat-syarat yang diberi sebelum menjadi guru sementara," katanya lagi sambil menambah beliau aktif dengan sebuah NGO.

Sehubungan itu, bagi isu ini, Exco Pemuda PAS Labuan, Mohd Faris Abdullah yang juga merupakan koordinator Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (INSAN) akan menghantar satu memorandum kepada Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali (foto-kiri) pada 29 November ini.

Selain itu, Mohd Faris berkata, disebabkan kegagalan JAWI memberikan sebab yang munasabah di atas pemecatan ini, ia menguatkan dakwaan bahawa jabatan itu telah dipengaruhi oleh kepentingan politik sehingga sanggup menzalimi kakitangan sendiri.

"INSAN juga mengecam tindakan Umno yang menggunakan agensi kerajaan bagi mengekang kemaraan politik parti lawan. Umno sebagai sebuah parti politik sepatutnya lebih faham bahawa hak untuk berpolitik adalah hak setiap rakyat Malaysia yang dijamin Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan media. 

malaysiakini/-

Mohd Zin dedah kelemahan pentadbiran Umno BN

Posted: 26 Nov 2012 07:23 PM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Koordinator Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed seolah-olah cuba mendedahkan pekung Umno BN apabila menuduh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor gagal menangani isu perumahan yang didakwa akan menyebabkan masalah setinggan berulang.

"Kita mempersoalkan kenyataan ini kerana Mohd Zin tidak memberi bukti kukuh walaupun beliau mendakwa BN Selangor ada membuat kajian tentang isu ini.

"Justeru, kita minta rakyat Selangor agar jangan mudah terpedaya dengan tipu muslihat ini yang semata-mata mahu menjejaskan nama baik kerajaan negeri Pakatan Rakyat," ujar Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dalam satu kenyataan.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Koordinator Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed seolah-olah cuba mendedahkan pekung Umno BN apabila menuduh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor gagal menangani isu perumahan yang didakwa akan menyebabkan masalah setinggan berulang.

Kita mempersoalkan kenyataan ini kerana Mohd Zin tidak memberi bukti kukuh walaupun beliau mendakwa BN Selangor ada membuat kajian tentang isu ini. Justeru, kita minta rakyat Selangor agar jangan mudah terpedaya dengan tipu muslihat ini yang semata-mata mahu menjejaskan nama baik kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Mohd Zin membuat tuduhan ini kerana beliau gusar dan iri hati dengan kejayaan-kejayaan Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat dalam menyediakan perumahan untuk rakyat terutama kepada golongan berpendapatan rendah sehinggakan kerajaan Persekutuan terpaksa meniru seperti projek rumah mampu milik.

Umno BN Selangor terlalu bangga dengan Program Setinggan Sifar di bawah mantan Menteri Besar, Dr Mohd Khir Toyo tetapi hakikatnya program berkenaan tidak berjaya malah menimbulkan banyak masalah lain seperti kemudahan awam yang tidak lengkap,  bumbung bocor, paip tersumbat, lif sentiasa rosak, bangunan usang, kemudahan jalan yang dibuat tergesa-gesa selain  masalah sosial kerana suasana kediaman yang tidak selesa.

Dasar Setinggan Sifar itu tidak berniat untuk menyelesaikan masalah perumahan rakyat berpendapatan rendah di Negeri Selangor tetapi ia lebih merupakan satu kempen untuk membantu pemaju kaya yang mahu merampas tanah yang didiami dan diusahakan oleh peneroka bandar sejak beberapa dekad lalu.

Peneroka bandar ini dihalau dan rumah mereka dirobohkan tetapi rumah transit tidak disediakan secukupnya. Lebih malang lagi, rumah baharu yang dijanjikan terbengkalai kerana tiada perhatian oleh pihak kerajaan negeri pada waktu itu.

Contohnya  Projek Perumahan Rakyat Berembang Indah dan Sungai Sering  di Ampang yang terbengkalai dan kita berjaya menyiapkan projek itu. Begitu juga dengan Projek Perumahan Rakyat di PJS1 di Petaling Jaya sehingga hari ini berdepan masalah kerana tiada perancangan rapi oleh kerajaan negeri pada waktu itu.

Kita juga berjaya membina 1,422 unit Projek Rumah Berkembar Bukit Botak di Selayang yang kini hampir siap 100 peratus. Penduduk Bukit Botak menunggu berpuluh tahun untuk rumah ini selepas ditabur janji kosong oleh kerajaan negeri Umno BN sejak 1985.

Kerajaan negeri Umno BN terlalu lemah dan tidak tegas menguatkuasakan undang-undang apabila pemaju yang gagal membayar premium tanah masih dibenar meneruskan projek perumahan dan akhirnya rakyat yang menanggung beban.

Ini berlaku terhadap projek Alam Perdana di Kuala Selangor  dan Lestari Perdana di Seri Kembangan di mana pemaju gagal menukar status tanah dan membayar premium.  Masalah ini akhirnya selesai selepas campur tangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Jika Mohd Zin mendakwa kita tidak mengutamakan kepentingan rakyat, beliau sepatutnya malu dengan kenyataan itu kerana masalah-masalah rakyat ini hasil peninggalan  pentadbiran tidak telus dan tidak amanah kerajaan negeri Umno BN.

Di bawah Pakatan Rakyat, kita telah berjaya menyiapkan 14,245 unit kediaman dan perniagaan terbengkalai yang ditinggalkan oleh BN.  Kita juga telah membina 6,470 unit rumah kos rendah dalam tempoh empat tahun, sebanyak 12,481 unit dalam pembinaan dan 9,990 telah mendapat kelulusan pembinaan.

Kita juga membina Rumah Mampu Milik yang berharga kurang RM100,000 yang lebih murah berbanding rumah mampu milik yang dibina kerajaan Persekutuan atau PRIMA yang dijual sehingga RM300,000 seunit.

Projek rumah mampu milik pertama dibina oleh PKNS di Bandar Baru Bangi sebanyak 124 unit dan telah habis dijual manakala di Sg Long, Kajang sebanyak 136 unit masih dalam pembinaan.

Kita juga benarkan pemaju menukar projek kepada rumah mampu milik jika kawasan itu tidak sesuai dibina rumah kos rendah. Hampir 1,500 unit rumah mampu milik telah diluluskan pembinaannya tahun depan di Shah Alam, Klang, Damansara, Gombak dan Kajang.

PKNS juga merancang membina lebih banyak rumah mampu milik  pada tahun hadapan iaitu Fasa 1 sebanyak 1,200 unit di Shah Alam, Gombak, Sepang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor, manakala Fasa 2 sebanyak 9,000 unit antara tahun 2014-2018 di Shah Alam, Klang , Selayang dan Hulu Selangor.

Kita akan memastikan rumah kos rendah yang dibina PKNS serta Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dijual dengan harga tidak lebih RM42,000 seunit manakala rumah  mampu milik tidak melebihi RM100,000 seunit.

Segala perancangan dan statistik ini menunjukkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat komited untuk memastikan setiap rakyat Selangor memiliki rumah yang selesa.

Umno BN perlu terima hakikat bahawa Pakatan Rakyat lebih baik dalam menangani isu perumahan untuk rakyat kerana kami bekerja untuk rakyat dengan telus dan bertanggungjawab bukan seperti sesetengah pemimpin Umno BN yang membolot kekayaan untuk kaum keluarga dan kroni.

harakah/-

SPA: Ketua Pengarah Kesihatan digantung kerja

Posted: 26 Nov 2012 07:00 PM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -

PUTRAJAYA - Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang diadakan hari ini memutuskan untuk menggantung kerja Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkuat kuasa 14 November lepas, kata Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam.

"SPA dalam mesyuarat itu telah menimbangkan kertas cadangan untuk menggantung kerja mengikut Peraturan 28(6) dan Peraturan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 terhadap Dr Hasan, Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II,
Kementerian Kesihatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahmood berkata, Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan oleh Suruhanjaya terhadapnya dalam mesyuarat seterusnya, pada 3 Disember depan.

Pada 14 November lepas, Dr Hasan, 56, dan pasangannya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, juga kakitangan kementerian, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama. - Bernama

Taklimat Scorpene disiar secara langsung

Posted: 26 Nov 2012 06:30 PM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -




KUALA LUMPUR: Biarpun tidak dibenar masuk ke Malaysia, taklimat skandal Scorpene oleh peguam Perancis di sebuah hotel di Singapura hari ini akan disiar secara langsung menerusi internet.

Inisiatif siaran itu dibuat oleh sebuah NGO yang berkempen dalam isu itu iaitu Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Siaran langsung itu akan dipancarkan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) , tepat jam 12.00 tengahari ini.

"SAMM menyediakan ruangan awam untuk siaran secara LIVE dari Singapura untuk sepanjang sesi taklimat peguam Perancis.

"Jadilah antara rakyat Malaysia terawal yang mengikuti taklimat ini dengan hadir ke KLSCAH jam 12 tengahari ini," kata NGO itu dalam satu kenyataan.

Satu sidang media juga akan diadakan setelah tamat sesi taklimat tersebut.

harakah/-

Tiada ulasan:

Nuffnang