:: cina islam | 2011 :: |
Gerhana matahari di Australia, Posted: 13 Nov 2012 03:20 PM PST 29 Zulhijjah 1433H. [MOD] -KESAN 'Cincin Berlian' (Diamond Ring) berikutan berlakunya gerhana matahari di Utara Tropika Queensland, Australia, hari ini. Gerhana matahari yang berlaku di rantau ini setiap 1,300 tahun, apabila bulan berlalu antara bumi dan matahari, memberi laluan bayangan di bumi dan berkekalan untuk tempoh masa maksimum 2 minit dan 5 saat di Australia. - Foto AFP |
Gerhana matahari di utara Australia hari ini Posted: 13 Nov 2012 03:18 PM PST 29 Zulhijjah 1433H. [MOD] - SYDNEY 14 Nov. - Kira-kira 60,000 saintis, ahli astronomi dan peminat gerhana kini berkumpul di negara ini bagi menyaksikan gerhana matahari yang akan berlaku di utara Australia, awal pagi ini, waktu tempatan. Bagaimanapun, keterujaan mereka untuk menyaksikan gerhana yang kali terakhir berlaku di wilayah ini 1,300 tahun lalu sedikit terjejas ekoran ramalan Jabatan Meteorologi Queensland cuaca mendung ketika gerhana itu berlaku. Gerhana itu dijangka berlaku kira-kira dua minit bermula pada pukul 5.45 pagi waktu tempatan dengan gerhana penuh berlaku pada pukul 6.38 pagi atau pukul 4.38 pagi waktu Malaysia. Sekiranya cuaca baik, orang ramai boleh melihat bulan dalam bentuk cakera hitam melintas di hadapan matahari yang akan mengakibatkan cuaca redup dan suhu jatuh. - AGENSI |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan