Anwar Ibrahim |
- KEADILAN Seru Umat Islam Sedunia Bantah Keganasan Israel di Gaza
- Jangan Jadikan Fitnah Sebagai Wacana Untuk Runtuhkan Melayu Dan Islam
- [VIDEO] We Are Preparing To Govern And To Save This Country
- Jelajah MerdekaRakyat, Teluk Ketapang, Terengganu 09/11/2012
- [VIDEO] Ceramah Merdeka Rakyat, Pandan Selangor 13/11/2012
- Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Pahang 18 November 2012 (Ahad)
KEADILAN Seru Umat Islam Sedunia Bantah Keganasan Israel di Gaza Posted: 16 Nov 2012 04:11 AM PST KEADILAN mengutuk sekeras-kerasnya serangan Zionis Israel yang mengakibatkan Ketua Tentera Hamas, Komando Briged Al-Qassam Ahmad Jabari dan anaknya terbunuh di Gaza. Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, perbuatan kejam itu seolah-olah direstui negara sekutunya, Amerika Syarikat yang baru sahaja melalui proses pemilihan presiden yang dimenangi Barack Obama. "Ini membuktikan tiada jaminan daripada Obama sendiri untuk menghalang Israel membunuh rakyat Palestin," katanya ketika dihubungi. "Ini bukan serangan secara rambang, mereka memang menyasarkan Ahmad Jabari, malangnya tiada satu pun kuasa dunia mampu halang regim Israel mengganas," kesalnya. Manuty berkata, tindakan tidak berprikemanusiaan Israel itu bukan sahaja membunuh rakyat biasa, bahkan meranapkan penempatan mereka. "Serangan itu akan membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa, habis tempat tinggal mereka musnah. "Israel pula sibuk menambah jajahan haramnya di bumi Palestin. Itu mungkin caranya untuk kuasai Palestin," ujar Pengerusi KEADILAN Perak itu. Beliau menyeru supaya umat Islam seluruh dunia mencari jalan penyelesaian demi rakyat Palestin. "Kita tidak boleh berdiam diri. Ini isu melibatkan hak kemanusiaan dan agama. KEADILAN tetap menyokong perjuangan Palestin menentang habis-habisan Israel," tegasnya. Ahmad Al Jabari terbunuh apabila kereta yang mereka naiki dibedil melalui serangan udara. Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dilapor berkata, mereka kini sedang melancarkan operasi serangan terhadap Hamas, pejuang Jihad Islam dan kumpulan militan yang lain. Kebelakangan ini, pegawai-pegawai Israel tekad untuk membunuh dan menyerang pemimpin-pemimpin kanan Hamas. Pasukan Keselamatan Israel, Shit Bet mengesahkan yang mereka bertanggungjawab ke atas segala aktiviti keganasan. |
Jangan Jadikan Fitnah Sebagai Wacana Untuk Runtuhkan Melayu Dan Islam Posted: 16 Nov 2012 04:07 AM PST Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bangsa Melayu dan umat Islam perlu memperkasakan peradaban dan tidak menjadikan fitnah dan aib sebagai wacana sehingga melampaui batas. Ketua Umum KEADILAN itu berkata, memperkasakan soal kaum dan meninggalkan kepentingan akhlak serta peradaban bukan tuntutan Hijrah yang sebenar. "Dari aspek Melayu apa yang perlu ditekankan ialah merubah Melayu supaya menjadi bangsa yang baik dari segi akhlak, jiwa dan ilmunya. "Bangsa Melayu dan umat Islam kini mesti bebas dari kerakusan dan memperkasakan peradaban. Jangan jadikan fitnah dan aib sebagai wacana besar dalam negara sehingga melampaui batas," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada majlis pelancaran buku 'Islam dan Melayu' oleh Datuk Dr Siddiq Fadzil, sempena Seminar Maal Hijrah 1434H peringkat Pulau Pinang di Kompleks Tabung Haji, dekat sini pagi tadi. Majlis ini antara program Jelajah Merdeka Rakyat KEADILAN di negeri itu hari ini. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, sambutan Maal Hijrah tidak membawa pengertian sekiranya tiada perubahan yang dilakukan. Katanya, wacana harus menjadi budaya dalam negara, namun ia seolah-olah dikongkong dari terus berkembang, walaupun Malaysia sebuah negara Islam. "Wacana seharusnya menjadi acara rutin Kerajaan Pakatan Rakyat kerana ia mengenengahkan pandangan para ilmuan. Ia juga tidak harus dijadikan sebagai acara tahunan semata-mata. "Jika dahulu pendita Za'aba mempersoal kemiskinan bangsa Melayu, kini perbahasan mengenai isu Islam dan Melayu juga harus dilipatgandakan bagi merubah pemikiran umat supaya tidak terkongkong dan terhalang," sambung Anwar. Dalam isu berkaitan, beliau turut menempelak Perdana Menteri yang hanya tersenyum dan tidak menegur Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menyerang Islam di hadapan beliau. Pelancaran buku 'Islam dan Melayu' – Martabat Umat dan Daulat Rakyat tersebut disempurnakan oleh Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas. Empat panel dalam wacana tersebut ialah Siddiq Fadzil; Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul; Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Mujahid Yusuf Rawa; dan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik. Pada malam ini, Anwar dijadual solat dan menyampaikan tazkirah Maghrib di Surau Pangsapuri Idaman, Taman Pauh, Seberang Jaya. Beliau kemudian akan berceramah di dua lokasi, masing-masing di Taipan Square, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah bermula 8.30 malam dan di Dewan SJKC Yok Eng, Kg Sungai Udang, Sungai Aceh, Nibong Tebal. Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, dan Tan Choo Kang merupakan penceramah di Ceramah Merdeka Rakyat pertama. Pada ceramah kedua pula menampilkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Dr Mansor Othman dan Tan Beng Huat. |
[VIDEO] We Are Preparing To Govern And To Save This Country Posted: 16 Nov 2012 03:53 AM PST |
Jelajah MerdekaRakyat, Teluk Ketapang, Terengganu 09/11/2012 Posted: 15 Nov 2012 11:34 AM PST |
[VIDEO] Ceramah Merdeka Rakyat, Pandan Selangor 13/11/2012 Posted: 15 Nov 2012 11:25 AM PST
|
Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Pahang 18 November 2012 (Ahad) Posted: 15 Nov 2012 11:19 AM PST 1) 1.00 tghari – Majlis Sambutan Deepavali Lokasi: Jalan Air Putih, Kuantan 2) 3.00 ptg – Bersama Masyarakat Orang Asal Lokasi: Kampong Tasik Paya Bungor 3) 4.00 ptg – Santai & Ceramah di Simpang Jengka 6 4) 5.30 ptg – Sepetang Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim Lokasi: Bandar Mentakab 5) 7.30 mlm – Ceramah di Kampong Penderas, Kuala Krau 6) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat Lokasi : Simpang Kepayang, Bera Penceramah: i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim ii. YB Dato' Saifuddin Nasution iii. YBhg Dato' Fauzi Abdul Rahman iv. YB Fauziah Salleh v. YBhg Abbas Awang |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan