Isnin, 12 November 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Keluarga Kami Sudah Lali Difitnah – Wan Azizah

Posted: 12 Nov 2012 04:55 AM PST

KeadilanDaily

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau sudah lali dengan tuduhan dan serangan yang dilakukan terhadap keluarga, terutama suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan terbaru, ke atas anaknya.

Ini kerana katanya, serangan tersebut tidak berhenti, sejak dari dulu hingga sekarang dan hanya berserah kepada Allah S.W.T supaya diberi kekuatan.

"Pelbagai tuduhan dibuat ke atas kami terutamanya ke atas Anwar. Kami sudah lali dengan tuduhan dan serangan-serangan begini.

"Kami cuma boleh minta bantuan Allah dan minta kami boleh atasinya," kata Wan Azizah dipetik Sinar Harian.

Anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar menjadi mangsa serangan terbaru Umno BN apabila difitnah berhubung kenyataan beliau pada sebuah forum awal bulan ini.

Utusan Malaysia pada muka depannya minggu lalu memanipulasi kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dalam forum 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab'.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa, kenyataan Izzah tentang kebebasan beragama disifatkan beliau sebagai mempolitikkan akidah dan menjadikan agama sebagai gadaian.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula menyifatkan kenyataan Naib Presiden KEADILAN itu melampau.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya sebelum ini berkata, sebarang laporan perlu diteliti dan diperjelas 100 peratus sebelum menyatakan pandangan, apatah lagi ia dilapor Utusan.

Pandangan Hadi disokong Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Shamsudin yang menjelaskan, semakin dekat pilihan raya ini, tahap kesiuman media Umno semakin rendah.

Senada dalam isu ini, juara program realiti Imam Muda musim pertama, Muhammad Asyraf Ridzuan berkata, ada pihak sengaja memperbesarkan isu murtad dan kebebasan beragama supaya nampak teruk dan dijadikan topik hangat sebagai platform untuk menyerang Pakatan Rakyat.

[VIDEO] Ceramah Perdana Slim River Perak 06/11/2012

Posted: 12 Nov 2012 04:18 AM PST

[VIDEO] Jelajah Merdeka Rakyat, Kuantan, Pahang 02/11/2012

Posted: 12 Nov 2012 04:16 AM PST

[VIDEO] Jelajah Merdeka Rakyat, Kuala Krau, Pahang 02/11/2012

Posted: 12 Nov 2012 04:13 AM PST

[VIDEO]Jelajah Merdeka Rakyat Bdr Tun Razak, Kuala Lumpur 08/11/2012

Posted: 12 Nov 2012 04:05 AM PST


[VIDEO] Jelajah Merdeka Rakyat Kerteh, Terengganu 09/11/2012

Posted: 12 Nov 2012 04:02 AM PST

[VIDEO] Jelajah MerdekaRakyat Syah Bandar, Kuala Terengganu, Terengganu 09/11/2012

Posted: 12 Nov 2012 04:00 AM PST


Kes Polis Rogol Warga Indonesia

Posted: 12 Nov 2012 02:10 AM PST

KENYATAAN MEDIA

Y.B. DATO' MANSOR BIN HJ. OTHMAN

TIMBALAN KETUA MENTERI (1) PULAU PINANG

Saya ingin merujuk kepada laporan berita BERNAMA dan Sinar Harian bertarikh 11 November 2012 mengenai dakwaan kes tiga (3) orang anggota pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) merogol seorang warga Indonesia. Dakwaan yang dilaporkan di Prai, Pulau Pinang ini amat menggusarkan rakyat Pulau Pinang mengenai tahap keselamatan tatkala yang didakwa melakukan jenayah adalah mereka yang diberi amanah untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

Inilah yang dikatakan "harapkan pagar, pagar makan padi".

Rakyat Malaysia, khususnya Warga Pulau Pinang mendesak agar dakwaan ini dipandang serius oleh pihak pasukan PDRM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Tambahan pula kes ini melibatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan jiran tetangganya Indonesia.

Saya mengulangi ketegasan pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang bahawa langkah penambahbaikan pasukan PDRM hendaklan dilaksanakan tanpa berlengah-lengah lagi sebagaimana yang telah dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Untuk Mempertingkatkan Operasi dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia yang dibentuk pada tahun 2005. Suruhanjaya ini  yang dipengerusikan oleh Bekas Ketua Hakim Negra, Tun Mohamed Dzaidin telah mencadangkan beberapa elemen penting dalam menambahbaik pasukan PDRM.

Salah satu elemen penting adalah dengan penubuhan sebuah Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). Cadangan ini turut mendapat sokongan Tun Abdullah Ahmad Badawi (bekas Perdana Menteri kelima). Namun sehingga kini tidak ada perlaksanaan ke atas cadangan ini dan tiada sebarang usaha serius pihak kerajaan untuk mempertingkatkan kepercayaan rakyat kepada pasukan PDRM.

Kita berharap tindakan segera dapat dilakukan ke atas ketiga-tiga pegawai polis yang terlibat dalam kes ini seperti mana yang telah dijanjikan oleh Ketua Polis Negeri Pulau Pinang. Kita juga menuntut kebertanggungjawaban Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri untuk menyegera dan menangani kes ini. Kerajaan Negeri  akan menghulurkan bantuan guaman kepada pengadu melalui pasukan peguam Pakatan Rakyat bagi menunjukkan bahawa kita mengambil berat tentang perkara ini.

Sekian,

Y.B. DATO' MANSOR BIN HJ OTHMAN

Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang

Tiada ulasan:

Nuffnang