Sabtu, 17 November 2012

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


Bekalan Air Kota Belud: Jawapan Kepada Penantian Puluhan Tahun

Posted: 17 Nov 2012 04:48 AM PST


Beberapa minggu yang lalu saya berjumpa dengan blogger terkenal di Kota Belud iaitu Saudara Musram Rakunman. 

Menyedari minat beliau untuk menulis isu-isu semasa negara, negeri Sabah dan daerah Kota Belud, saya cadangkan kepada beliau untuk menulis artikel mengenai status terkini bekalan air di Kota Belud. Saya kata saya terlalu sibuk dengan tugasan dan ramai penduduk Kota Belud tidak tahu apa perkembangan projek-projek air yang sedang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional. Saya minta beliau berjumpa dengan Jurutera Air Daerah Kota Belud untuk mendapatkan maklumat sahih dan terkini.

Saya sebenarnya ingin menulis tentang isu ini kerana isu air ini begitu dekat di hati saya. Sejurus saya menjadi Ahli Parlimen Kota Belud, soalan yang selalu ditanya oleh penduduk Kota Belud kepada saya ialah "Bolehkah YB selesaikan isu air di Kota Belud?".

Jawapan saya, "Dengan iltizam kerajaan, sokongan rakyat dan usaha pemimpin-pemimpin lain di Kota Belud, insyaallah masalah bekalan air Kota Belud akan kita atasi bersama. Doakan ya..".

Saya bersyukur kerana doa dan harapan orang Kota Belud kini menjadi kenyataan. Ikuti artikel Saudara Musram yang saya petik dari blog beliau di alamat http://www.one-kotabelud.blogspot.com/2012/11/bekalan-air-luar-bandar-kota-belud.html

Salam.

******** 

BEKALAN AIR LUAR BANDAR - KOTA BELUD

AIR merupakan keperluan asas bagi setiap mahkluk, tidak terkecuali manusia. Atas sebab itu, setiap penempatan penduduk biasanya berhampiran dengan sumber air. 

Akibat kemajuan industri, dengan terciptanya batang-batang paip, penempatan manusia tidak perlu lagi berdekatan dengan sumber air, atas sebab air boleh disalurkan berkilometer daripada sumber air ke rumah-rumah penduduk. 

Manakala, sumber air daripada tanah boleh dimanafaatkan melalui tubewell", manakala air daripada mata-air perbukitan, keadah yang digunakan adalah melalui graviti

Walaupun berbagai teknologi ditemukan untuk digunakan mendapatkan air untuk keperluan manusia, namun perkembangan pertanian yang terpengaruh menggunakan baja-baja kimia, menyebabkan sumber air tercemar. Hujan pula tercemar kerana perlepasan asap monokside ke udara, sehingga air daripada hujan bertukar kepada air asid.

Akibat pencemaran sumber air, maka terciptalah kaedah perawatan air, demi kegunaan manusia/penduduk.

Loji-loji besar perawatan air di bangun, terutama di Bandar-bandar dan pekan-pekan termasuk daerah Kota Belud.

Masalah bekalan air kepada penduduk daerah Kota Belud bermula sejak awal kemerdekaan lagi. Atas sebab itu, pada tahun 1978, kerajaan Berjaya pimpinan Datuk Harris Salleh (kini Tan Sri) mengarahkan pemasangan paip-paip ke kampung-kampung berdekatan pekan Kota Belud; namun kerana sumber air terawat terhad, maka akhirnya paip-paip itu hanya berjaya dipasang, namun tidak berair.

Keperluan air bagi Kota Belud, merupakan isu politik utama bagi daerah itu, atas sebab itu semasa kempen pilihanraya tahun 2008, calon BN bagi kawasan Parlimen Kota Belud, Rahman Dahalan (kini Datuk) berjanji akan memperjuangkan penyediaan air terawat kepada sebahagian besar penduduk.


Al-hasil perjuangan MP Kota Belud itu, pada tahun 2010, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukan RM104 juta untuk maksud penyediaan air terawat bagai daerah Kota Belud dan jika siap kelak, akan meliputi 85 peratus penduduk luar bandar.
Walaupun program penyediaan air terawat bagi dearah Kota Belud sedang rancak berjalan, namun permintaan keperluan terhadap air terawat begitu sinonim dengan kehidupan; sehinggakan kekurangan air terawat, kelihatan sungguh krtikal.

Bagi peminat FB, saban hari kita akan terbaca komen-komen melalui FB persendirian penduduk Kota Belud, bahawa betapa kritikalnya bekalan air bagi daerah Kota Belud, terutama penduduk dikawasan luar bandar yang sudah mempunyai rangkaian perpaipan. Namun, penduduk yang terbiasa menggunakan "tubewell" desakan keperluan air untuk kegunaan harian, belum terasa kritikalnya, kerana sumber air alternatif itu telah menjadi kebiasaan berdekad lamanya, demikian juga bagi penduduk yang menggunakan sumber air graviti, masalah bekalan air bukan suatu masalah.

Penyediaan air terawat bagai daerah Kota Belud adalah perjuangan utama MP Kota Belud, atas usaha itu maka peruntukan besar diperolehi., Kalau dilihat sepintas lalu, perjuangan wakil rakyat adalah untuk mendapatkan dana dan pelaksanaan dan penyiapan projek pula tergantung kepada pihak pelaksana, yakni Jabatan Air dan kontraktor yang telah dilantik.; serta agensi kerajaan yang terbabit

Artikel Suara Rakyat kali ini akan menulis secara komprehensif dan detail mengenai sebab musabab mengapa projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) yang sepatutnya siap pada penghujung tahun ini terlewat dan tarikh baru penyiapannya adalah pada Mei 2013.

Maklumat yang dipaparkan selain maklumat lapangan juga dibantu melalui maklumat yang diperolehi daripada Jabatan Air Kota Belud, dengani kerjasama MP Kota Belud dan Jurutera Air Bahagian Kota Belud.

Maklumat Lapangan

Daripada maklumat lapangan pada masa artikel ini ditulis, semua kawasan yang diliputi projek BALB Kota Belud tahap pencapaian penyiapannya antara 55 peratus hingga 98 Peratus; berbanding dengan jadual asal tahap penyiapan adalah 100 peratus.

Antara punca kelewatan penyiapan ini disebabkan kelewatan kontraktor memasuki tapak akibat halangan daripada pemilik tanah di kawasan-kawasan tertentu, seperti di Pandasan, Rosok dan Ambong serta Timbang Dayang.

Disebabkan projek BALB menggunakan system retikulasi, maka jika sebahagian daripada projek itu terlewat maka akan memberi kesan terhadap usaha membekalkan air secara keseluruhan.

Sebagai contoh akibat halangan pemilik tanah di Kampung Pandasan, pembinaan loji rawatan air yang bernilai RM38 juta sepatutnya kontraktor mula berkerja pada November 2011, tetapi terlewat sehingga Julai 2012. Demikian juga di Kampung Rosok –penyambungan batang paip, pembinaan tangki, intake dan loji yang bernilai RM35 juta hanya bermula pada Jun 2012. Sementara di Kampung Ambong –pembinaan tangki simpanan dan rangkaian perpaipan yang bernilai RM9 juta sepatutnya bermula pada Oktober 2011, hanya dapat bermula September 2012. Manakala Kampung Timbang Dayang- penyambungan paip yang bernilai RM10 juta sepatutnya siap pada bulan September 2012, akan tetapi penyiapannya terbantut sehingga kini hanya disebabkan halangan pemilik tanah dimana melibatkan hanya 100 meter jarak batang paip. 

Mengapa Projek BALB menjadi keutamaan MP Kota Belud?

Ada tiga faktor yang dikenal pasti. Pertama beberapa kampung yang sepatutnya berada dalam liputan Bekalan Air Jabatan Air belum menikmati bekalan air terawat, manakala kampung-kampung yang telah mendapat bekalan, mengalami masalah bekalan yang dikategorikan oleh Jabatan Air sebagai, Langsung tiada bekalan walaupun batang paip telah tersedia-antaranya Tamau, Merabau, Tawadakan Suang Punggur; manakala yang kedua adalah bekalan air yang kerap terganggu antaranya-Kg. Labuan, sebahagian Kota Peladok, Taun Gusi Padang; dan yang ketiga bekalan air akan terganggu akibat kerosakan di loji air dan paip pecah.- meliputi kawasan pekan.

Kenapa Timbulnya Masalah Bekalan Air?

Penyebab utama gangguan terhadap bekalan air adalah jumlah permintaan yang melebihi kapasiti loji yang sedia ada (Loji Air Lama Pekan Kota Belud dan Loji Air Bayayat). Kedua-dua loji ini hanya mampu mengeluarkan pada kadar purata antara 28 Juta Liter Sehari (JLH) sehingga 33 juta liter sehari(JLH) berbanding dengan permintaan 36JLH atau peratus kekurangan mencecah 22 peratus. Selain daripada itu faktor ketiadaan paip transmisi utama yang yang digunakan untuk menghantar air ke tangki utama seperti paip transmisi ke tangki Timbang Dayang telah menyebabkan masalah bekalan air yang serius di kawasan Kulambai. Selain daripada itu Loji lama di kawasan Pekan kerap terganggu pengeluaran kerana kerosakan terhadap komponen utama mekanikal dan elektrikal. Faktor usia loji ini yang sudah lama menyebabkan komponen tersebut mengalami kerosakan.

Projek Mengatasi Bekalan Air

Pada tahun 2010 telah diluluskan peruntukan sebanyak RM104 juta untuk menaik taraf loji lama di Pekan, membina loji baru, membina rumah pam penggalak, memasang paip transmisi baru, menyediakan tangki takungan tambahan dan memperluas bekalan berasaskan gravitasi serta menaik taraf 30 peratus sistem perpaipan.

Apabila projek ini siap pada bulan Mei 2013, pengeluaran air terawat yang berjumlah 43JLH akan menjangkau 85 peratus penduduk keseluruhan, manakala kawasan pekan adalah 100 peratus. Dijangkakan juga, projek baru ini akan dinikamti antara 15-20 ribu penduduk buat pertama kali.

Sistem Baru

Melalui Projek BALB 2011-2012, sistem baruakan memperolehi sumber air daripada mukasauk (intake) menggantikan "borewell" yang menggunakan 13 "borewell" yang dibangun lebih 25 tahun lalu.

Kelebihan sistem baru ini, adalah sumber air yang diproses berpunca daripada Sungai Tempasuk, berbanding sistem lama yang menggunakan air bawah tanah.

Kelebihan menggunakan sumber air daripada sungai adalah daripada segi pemantuan, kerana adalah mudah memantau air yang kelihatan mengunakan pancaindera, berbanding sumber air bawah tanah, yang sukar diketahui statusnya.

Melalui sistem baru ini, terdapat empat pam digunakan, akan tetapi untuk satu-satu masa, hanya dua pam dioperasikan, manakala yang dua lagi digunakan untuk tujuan berjaga-jaga (standby) jika berlaku gangguan kerosakan. Inilah kelebihan sistem baru ini, berbanding sistem lama, di mana 13 "borewell" beroperasi secara serentak untuk menghasilkan 13JLH. Apabila ada "borewell" yang mengalami kerosakan maka sudah pasti pembekalan air tidak akan sampai ke tahap maksimum. Ini bermakna pengeluaran air di Kota Belud sentiasa terdedah kepada gangguan sekiranya berlaku kerosakan terhadap mana-mana pam diborewell tersebut.

Selain itu faktor usia paip yang sudah terlalu usang dan tua menyebabkan paip kerap mengalami kebocoran dan situasi ini sudah tentu akan mengurangkan tekanan air. Pertambahan penduduk juga merupakan faktor utama kerana banyak kawasan yang sudah meningkat bilangan penduduk tetapi saiz paip masih lagi tidak berubah sejak 30 tahun yang lalu.

Keupayaan BALB Baru

Keupayaan loji Pekan yang dinaik taraf akan mengeluarkan 22JLH, manakala Loji baru di Pandasan 6JLH dan Loji Bayayat 15JLH, ini menjadikan jumlah bekalan sebanyak 43JLH. Bekalan ini melebihi permintaan semasa 36JLH, dan perkirakan bekalan 43JLH akan mampu memenuhi keperluan penduduk Kota Belud sehingga tahun 2020.

Impak BALB Kota Belud

Apabila Projek BALB Kota Belud siap sepenuhnya pada Mei 2013, kawasan-kawasan yang selalu mengalami gangguan seperti di Timbang Dayang, Kulambai, Kota Peladuk, Wakaf, Taun Gusi, Sembirai, Kondis, Labuan, Suang Punggur, Gunding, Pantai Emas, Sangkir, Renig dan Tempasuk2 akan menikamti bekalan sepanjang masa, sementara kawasan-kawasan lain yang langsung tidak menerima bekalan air seperti Kinasaraban,Kelawat,Mingkop, Ambong,Tawadakan, Merabau, Tamau,Rampayan Laut,Kayu Puteh, Pandasan, Timbang, Rampayan Ulu, Sarang, Taburan, Bakilong, Gaur, Rajunah dan Tamui Darat akan juga turut menikamti bekalan sepanjang masa.

Menurut Jabatan Air, diperkirakan selepas BALB Kota Belud beroperasi sepenuhnya dijangka antara 15-20 ribu penduduk untuk pertama kali akan menikamti bekalan air terawat.

BALB Kota Belud juga akan mengatasi semua keperluan 4400 rumah bermeter.

Kesimpulan

 Disebabkan halangan yang dialami kontraktor, maka penyiapan BALB Kota Belud tidak mengikut jadual.

 BALB baru akan memperkenalkan system baru dan menggantikan system lama.

 Projek BALB Kota Belud akan menghasilkan 43 JLH (Juta Liter sehari) berbanding permintaan yang hanya 36JLH.

 15-20 ribu penduduk buat pertama kali menikmati air terawat.

 Tiada lagi ganguan bekalan air di kawasan liputan terutama di kawasan Pekan.

 Kampung-kampung yang belum pernah menikmati bekalan air, untuk pertama kalinya akan menikmatinya pada Mei 2013.

Tiada ulasan:

Nuffnang