:: cina islam | 2011 :: |
- Kenapa tindakan ke atas Syria alasan simbolik?
- Rompak ATM melalui lubang sampah
- Nelayan diserang gatal-gatal
- Gadis bermisai, berjambang
- Najib membisu tanda setuju Chua Soi Lek hina hudud
- Treler terbabas ke lokasi kebakaran
- Ramai ‘orang kuat’ Umno akan sabotaj parti?
- Hina Islam: Umno subahat demi jaga hati MCA
- Kejutan angin puting beliung
- Ikram gesa kerajaan perkasa pendidikan Islam
- Mati cubaan ketiga
- Menyamar wakil stesen TV
- TG Nik Aziz pernah tolak jadi MB - Presiden PAS
- [DASYAT] 11 Isteri Kongsi Satu Suami
- Kastam rampas gading gajah hampir 4 tan
- SPR cetus kebangkitan rakyat
- 10 maut serangan bom di Damsyik
- Jui Meng : Umno Makin Lemah Punca Soi Lek Sanggup Hina Islam
- Hamas boikot 'sandiwara' pilihanraya Tebing Barat
- Arab Saudi beri jaminan proses haji selamat
- Tuntut Soi Lek minta maaf
- Diserang 200 Mat Rempit
- Dua beranak maut nahas ngeri
- 'Ingat bapak dia punya jet?'
Kenapa tindakan ke atas Syria alasan simbolik? Posted: 22 Oct 2012 01:51 AM PDT 6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli kecewa dengan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Malaysia bersama Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ke atas Syria atas alasan simbolik. Beliau yang merujuk kepada jawapan dari Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot yang mengatakan dalam menyelesaikan isu konflik di Syria, Malaysia menyatakan pendirian melalui landasan OIC menyokong keputusan yang dibuat dengan mengantung keahlian Syria dalam OIC. Malah menurut Richard lagi keputusan yang diambil itu merupakan satu tindakan simbolik untuk menghantar meseg yang jelas kepada Syria untuk menghentikan konflik tersebut. "Ini satu pengakuan yang agak mengecewakan apabila Kerajaan Malaysia mengambil tindakan bersama OIC atas sebutan simbolik. "Kenapa perlu simbolik, OIC merupakan satu organisasi yang sah mempunyai ahli, peraturan dan peranan, mana boleh sebuah organisasi mengambil tindakan dan peranan simbolik sahaja ke atas Syria," tegas Dr Mohd Hatta sewaktu mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat. Beliau di dalam soalan lisan meminta Menteri Luar menyatakan rasional Malaysia menyokong tindakan OIC mengantungkan keahlian Syria dalam OIC ekoran krisis yang melanda negara tersebut. Menurut beliau lagi, Malaysia dan OIC mewakili umat Islam mempunyai tanggungjawab dalam membantu dengan menemukan pihak-pihak yang bertelaggah di Syria. "Kenapa kita serahkan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), saya tidak bertanya tentang PBB mahupun Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC), tetapi saya tanyakan peranan OIC. "Kita menyerahkan isu ini kepada pihak lain, sedangkan kita sebagai organisasi yang mewakili umat Islam boleh memasuki negara tersebut untuk mencari penyelesaian namun sebaliknya berlaku," ucap beliau lagi. Dr Mohd Hatta, tindakan menggantung keahlian Syria di dalam OIC telah menyukarkan Malaysia mahupun negara-negara di dalam OIC untuk berbincang dengan Syria dalam memberikan pandangan terhadap konflik tersebut. "Saya rasa ini kelemahan yang ketara dan mengganggap sokongan Malaysia tidak mengambil kira masalah negara Islam yang lain. "Kita ada peluang untuk menyelesaikan masalah dalam sebuah negara lain tetapi perkara tersebut telah diserahkan kepada orang lain," jelasnya lagi. Beliau yang menegaskan tindakan yang diambil Malaysia dan OIC ini amat memalukan seluruh umat Islam di dunia dan menyarankan agar OIC dibubarkan kerana gagal melaksanakan peranan mereka dalam menyelesaikan konflik di negara-negara Islam. Sidang Kemuncak Luar Biasa ke-4 OIC yang diadakan pada 14 dan 15 Ogos di kota suci Mekah telah dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. harakah/- | ||||
Rompak ATM melalui lubang sampah Posted: 22 Oct 2012 01:48 AM PDT 6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - PETALING JAYA — Sekumpulan penjenayah melarikan wang RM180,000 setelah memecah masuk ke ruang mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Agro Bank melalui laluan sampah di Dataran Sunway, Kota Damansara di sini, awal hari ini. Jurucakap polis berkata, kejadian dipercayai berlaku antara 3 hingga 5 pagi dengan penjenayah memecah masuk melalui lubang sampah untuk mengelak dikesan alat rakaman dan sistem penggera sebelum mengumpil mesin ATM tersebut. Pengawal bertugas tidak menyedari kejadian itu dan ia hanya disedari apabila kakitangan bank mendapati mesin berkenaan dipecahkan sebelum memaklumkan kepada polis, kata jurucakap polis. Katanya, anggota polis bahagian forensik sedang menjalankan siasatan di tempat kejadian. — BERNAMA | ||||
Posted: 22 Oct 2012 01:44 AM PDT 6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - MERLIMAU - Lebih 100 nelayan yang berpangkalan di Jeti Merlimau Pantai, di sini mendakwa masalah kegatalan kulit yang dialami mereka sejak lebih 10 tahun lalu, ada kaitan dengan pembuangan sisa toksid beberapa kilang di Kawasan Perindustrian Merlimau, di sini. Mereka mendakwa, warna air sungai yang bertukar kehitaman serta berbau busuk sebagai bukti ia tercemar, malah kegatalan kulit menjadi semakin serius setiap kali turun ke air bagi membersihkan perahu masing-masing. Nelayan, Teng Tee Thay, 67, yang sudah menjadi nelayan sejak lebih 50 tahun lalu berkata, dia sudah mengalami masalah kegatalan kulit sejak lebih 10 tahun lalu. "Saya sudah tidak tahan lagi dengan masalah ini sebab setiap kali saya mengalami gatal perlu mendapat suntikan ubat, selepas itu baru boleh lega. Kalau tidak, saya sukar tidur malam. "Kami sudah selalu buat aduan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) tetapi sebarang sebarang tindakan," katanya yang ditemui Sinar Harian di Jeti Nelayan Merlimau Pantai, di sini. Bagi Rosli Khamis, 48, sebelum ini pelbagai jenis anak ikan termasuk benih kerang dan kupang bebas membiak di kawasan terbabit, namun kini semua telah semakin pupus, sekaligus menjejaskan pendapatan harian mereka. "Harapan kita kesemua anak-anak ikan atau udang akan bertelur dan membiak di kawasan hampir dengan pantai tetapi sekarang semuanya berkurangan sehingga memaksa kita para nelayan pergi menangkap ikan lebih jauh. "Masalah ini juga turut menjejaskan hasil tangkapan kami sehingga 60 peratus menyusut," katanya. Turut merasai tekanan itu, Faiman Ismail, 52, yang melahirkan rasa kurang senang dengan keadaan serta bau air sungai di kawasan berkenaan. "Mereka, pengusaha kilang tidak melepaskan sisa toksid ini setiap hari tetapi ada masa-masa tertentu "Ada beberapa kali pihak JAS datang melakukan ujian kualiti air tetapi bagi saya tidak kena pada masa. Kawasan yang diambil juga terlalu hampir dengan laut, jadi sudah pasti tidak mendapat bacaan yang tepat," katanya. sinar/- | ||||
Posted: 22 Oct 2012 01:43 AM PDT 6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - BEIJING: Bagi setiap gadis, usia belasan tahun adalah yang paling sukar dalam kehidupan mereka dan juga yang paling menyeronokkan dan tidak boleh dilupakan. Tetapi tidak bagi Nana, 16, yang baru-baru ini ditumbuhi bulu lebat pada muka dan tubuhnya selepas menjalani rawatan untuk menyelamatkan nyawa. Dia kini lebih rela menghabiskan masa bersendirian, berkurung di dalam bilik. Gadis warga China itu, yang hanya mahu dikenali dengan nama pertamanya, menunjukkan janggut dan misai lebat yang tumbuh kerana menghidap penyakit ganjil, hirsuitism, selepas menjalani rawatan. "Doktor berkata, penyakitnya amat serius dan dia boleh mati jika tidak dirawat," kata ibu gadis itu kepada agensi berita China, Zinhua. Nana terpaksa dimasukkan ke hospital selepas disahkan menghidap 'aplastic anemia' pada 2010, penyakit yang menyebabkan tulang sumsum Nana tidak menghasilkan sel darah baru secukupnya. Kesihatannya semakin pulih selepas menjalani rawatan dengan memakan ubat. Bagaimanapun, keadaan fizikalnya mula berubah. "Selepas memakan ubat itu, jambang lebat tumbuh pada muka sementara ketiak dan kakinya dilitupi bulu yang juga lebat," menurut laporan Liao Shen Evening News. "Setiap hari dia menangis, ingin ke sekolah," kata ibunya. Gadis itu berhenti sekolah pada 2010 kerana keadaannya itu. Si ibu menyifatkan anaknya sebelum ini sebagai periang tetapi sejak menghadapi masalah itu, dia mula memencilkan diri dan memakai topeng kertas untuk melindungi mukanya dan kemeja lengan panjang setiap kali keluar rumah. "Dia kini tidak mahu bercakap walaupun sepatah dan lebih banyak menghabiskan masa di bilik, membaca buku," lapor Zinhua. - DM | ||||
Najib membisu tanda setuju Chua Soi Lek hina hudud Posted: 22 Oct 2012 01:41 AM PDT 6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Penghinaan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terhadap hudud membuktikan 'hati perut' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebenarnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Ketika Presiden MCA itu berucap menghina undang-undang Islam itu, Najib berada di situ kerana selepas ucapan Chua, beliau pula yang berucap untuk merasmikan Perhimpunan Agung MCA itu. "Tidak sepatah pun Najib cuba memberikan penjelasan dalam ucapan beliau bagi menolak perbuatan Chua menghina hukum hudud," katanya. Mahfuz menyifatkan tindakan Najib yang memilih untuk membisu dan enggan memberikan penjelasan selepas penghinaan Chua itu membuktikan sikap beliau dan Umno yang bersetuju dengan penghinaan itu. "Sudah menjadi kesepakatan umum bahawa membisu biasanya bersetuju," kata beliau. Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menyifatkan sikap membisu itu membuktikan betapa buruknya kelakuan Najib "kerana ketagih dan kemaruk sangat undi masyarakat Cina". "Najib membisu dan enggan memberikan penjelasan walaupun Presiden MCA itu menghina hudud kerana beliau ketagih dan kemaruk sangat undi masyarakat Cina. "Buruk sungguh kelaku Najib semata-mata kerana hendak memikat undi Cina kepada Barisan Nasional (BN) yang diketuainya," katamya. Mahfuz bagaimanapun yakin majoriti masyarakat Cina sudah pun membuat keputusan yang tidak boleh diubah lagi untuk menolak BN. "Tidak kira walau sehebat mana pun Umno, BN, MCA dan Chua dirasuk oleh kemarahan mereka terhadap hudud dan Pakatan Rakyat (PR), majoriti besar masyarakat Cina semakin membuktikan dengan terus terang dan berani bahawa mereka bersama-sama PR," katanya. Mahfuz juga yakin masyarakat Melayu juga semakin ramai yang menolak BN apabila mereka melihat Umno seolah-olah melantik Chua menjadi mufti mereka. harakah/- | ||||
Treler terbabas ke lokasi kebakaran Posted: 22 Oct 2012 01:40 AM PDT 6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - TAMPIN – Baru empat hari 10 unit rumah kedai di Pekan Batang Melaka musnah dijilat api, kini penduduk dikejutkan pula dengan insiden membabitkan sebuah treler terbabas masuk ke lokasi kebakaran berkenaan, petang Khamis lalu. Dalam kejadian, kira-kira 2 petang itu, treler muatan simen berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari Bahau menuju ke Batang Melaka. Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, treler berkenaan menggelongsor masuk ke dalam tapak lokasi rumah kedai yang hangus terbakar setelah cuba mengelak sebuah kereta yang secara tiba-tiba keluar dari simpang kiri di pekan berkenaan. "Mujur tiada kemalangan jiwa dicatatkan dan buat masa ini treler berkenaan masih lagi menunggu untuk dikeluarkan dari lokasi kebakaran yang mana rangka bangunannya juga sudah banyak rentung," katanya kepada Sinar Harian, dekat sini, semalam. Sinar Harian bertarikh 16 Oktober lalu melaporkan 10 deretan rumah kedai di pekan yang terletak bersempadan dengan Jasin, Melaka musnah terbakar dalam kejadian kira-kira 11.55 malam, Ahad lalu dengan jumlah kerugian mencecah ratusan ribu ringgit. Kesemua mangsa menerima bantuan segera daripada Ahli Parlimen Tampin, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor iaitu sebanyak RM5,000 bagi empat peniaga yang beroperasi di lokasi berkenaan dan enam lagi menerima RM2,000. Sementara itu, Ketua MCA Bahagian Tampin, Gan Choong Bee berkata, diharap mangsa kebakaran tidak lagi mencari barangan berharga mereka di tapak rumah kedai yang terbakar. "Tindakan ini sangat bahaya kerana dikhuatiri rangka bangunan yang terbakar akan jatuh pada bila-bila masa. Oleh itu, kita harap peniaga dapat menjaga keselamatan masing-masing. "Malah, kita (Barisan Nasional) kini bersama Majlis Daerah Tampin akan berusaha bagi memastikan nasib golongan peniaga ini dapat dibantu dalam membangunkan peniagaan mereka semula," katanya. sinar/- | ||||
Ramai ‘orang kuat’ Umno akan sabotaj parti? Posted: 22 Oct 2012 01:39 AM PDT 6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Sabotaj parti; boleh digelar pengkhianat parti. Kalau UMNO dianggap 'Melayu', maka si pensabotaj parti juga bolehlah kiranya dianggap pengkhianat Melayu. Tak begitu tuan? Tapi, nama saja parti Melayu taklah juga bermaksud orang Melayu terbela, hidup senang, mewah dan berumah sendiri. Ramai saja Melayu yang merempat di bawah kerajaan parti Melayu UMNO. Tak boleh ditunggu-tunggu lagi. Mungkin untuk memastikan parti tak tersabotaj, maka sebuah 'kitab' panduan yang merangkumi definisi dan tindakan sabotaj parti akan diedarkan oleh UMNO kepada semua bahagian UMNO satu Malaysia. Ini adalah kitab terbaru UMNO pasca Laporan Audit 2011 yang mengajarkan ahlinya untuk mengenali setia dan tak setia. Cuma tidaklah kita tahu ianya bersifat jangka pendek seperti Belanjawan BN 2013 atau bersifat jangka panjang. Orang yang melanggar garis panduan tersebut kata Muhyiddin Yassin, dia akan dikenakan tindakan gantung keahlian termasuklah kelayakan untuk dipecat. Lembaga Disiplin UMNO tak pandai? Fikir kita sekarang, seolah-olah Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail tidak pandai menjaga disiplin ahli-ahli UMNO. Nampaknya Muhyiddin sudah mula menunjukkan siongnya. "Mau tunjuk taiko sama Najib ke?" Pun begitu, mau tak mau terpaksa jugalah "…Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan dan dipengerusikan Tan Sri Tengku Rithaudeen Tengku Ismail akan meneliti secara terperinci senarai berkenaan." sepertimana laporan berita Utusan Online baru-baru ini. Biasalah, dah terhantuk baru nak terngadah. Ibarat kata; sudah berjuta-juta PATI mendarat di Malaysia, baru sekarang nak buat pemutihan. UMNO dah terlambat apalagi mereka telah masuk era senja. Kad UMNO buat pinjaman TEKUN Panduan sabotaj ini juga membawa maksud, bukanlah seorang dua sahaja Muhyiddin nampak yang akan mensabotaj parti. Kalau setakat ahli cawangan, dia pun tak pandang memandangkan keahlian UMNO yang sudah lebih 3 juta ahli. Lagipun, apalah sangat punya kad ahli UMNO. Nak ditayang tak dipeduli orang, nak diguna buat isi petrol tak laku juga. Buat ahli biasa, habis-habis dapat pinjaman Tekun, dapatlah kontrak potong-potong rumput. Soalnya, kalaulah ada mana-mana orang kuat UMNO berceramah di pentas oposisi, atau bersama-sama menganjurkan aktiviti, tidak bolehlah terus dipecat. Nampak dayus. UMNO kenalah ikut contoh PAS; semacam kes Hasan Ali, beliau tak terus dipecat sampailah buat hal-hal mengarut. UMNO takut? siapa peduli… Apapun, tindakan untuk mengedarkan 'panduan sabotaj parti' ini, ia menggambarkan juga betapa takutnya UMNO terhadap ahli-ahli mereka dikalangan 'orang kuat' yang mula menunjukkan tanda-tanda menyampah terhadap kepimpinan dan parti sendiri. Jangan tak tahu, keluarnya Tan Sri Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburim telah bikin UMNO kecut. Orang-orang ini memang sudah hilang peduli pun sama UMNO, apalagi dengan Muhyiddin dan Najib. # Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily. | ||||
Hina Islam: Umno subahat demi jaga hati MCA Posted: 22 Oct 2012 01:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Ulama Umno sepatutnya mengajar Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa menghina hudud adalah menghina Islam kerana ia sebahagian daripada ajaran Islam. Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh (gambar) menyatakan demikian sebagai respons kepada ucapan Soi Lek selaku Presiden MCA di Perhimpunan Agung MCA ke-59, kelmarin. Katanya, Chua nampaknya terus meracau apabila berkata bahawa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat. "Bahkan dakwaan ini sangat pelik apabila beliau tidak menamakan mana-mana negara dalam ucapannya tersebut untuk menghina hudud," ujarnya kepada Harakahdaily. Begitu juga, jelasnya memperlekehkan hudud adalah sebenarnya memperlekehkan Allah dan Rasul-Nya s.a.w. kerana Allah adalah pencipta undang-undang hudud dan Rasulullah s.a.w. adalah pembawa risalah Islam termasuklah risalah hudud. Justeru, kata beliau memperlekeh dan menghina hudud adalah bermakna memperlekeh dan menghina pencipta hudud dan pembawa risalahnya. "Jika Umno begitu marah terhadap pembikinan filem Innocence of Muslims yang menghina Rasulullah s.a.w., Umno juga sepatutnya sangat marah terhadap keceluparan Datuk Seri Chua kerana menghina Rasulullah s.a.w. yang membawa ajaran Hudud. "Tetapi Umno nampaknya tidak akan menegur Datuk Seri Chua kerana penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w. melalui Hudud menguntungkan politik Barisan Nasional khususnya untuk menarik undi orang Cina," katanya yang juga Setiausaha Majlis Syura PAS. Buktinya, kata beliau ucapan Chua tersebut dibuat di hadapan Presiden Umno sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedikit pun tidak menegurnya. Bahkan, ujarnya ketika sidang media selepas perasmian Perhimpunan Agung tersebut, Datuk Seri Chua berkata "Umno tahu apa yang baik dan buruk dalam melaksanakan sesuatu perkara. Kalau Umno nak laksana hukum itu, sudah lama dilakukan tetapi Umno menghormati pendirian dan kepentingan bangsa lain". "Kenyataan seumpama ini menggambarkan bahawa Umno bersubahat menolak hudud demi menjaga hati MCA lebih daripada menjaga hati Rasulullah s.a.w," katanya lagi. harakah/- | ||||
Posted: 22 Oct 2012 01:34 AM PDT 6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - BANDARAYA MELAKA - Pusaran angin dipercayai buting beliung mengakibatkan sebahagian bumbung membabitkan enam buah rumah di Jalan Pandan Jaya, Lorong Pandan, di sini, ranap semalam. Dalam kejadian kira-kira 1.45 petang itu, penduduk mendakwa menyaksikan pusa-ran berwarna putih berserta hujan berpusing laju sebelum menerbangkan kepingan atap bumbung. Seorang penduduk, Rosli Mansor, 53, berkata, ketika kejadian, dia bersama anak lelakinya, Mohd Naqib Salam, 9, baru sahaja bercadang untuk mencuci kereta di garaj depan rumah. Menurutnya, dia dua beranak terkejut dengan kejadian itu, lantas terus lari ke luar pagar kerana bimbang dihempap serpihan zink yang pecah diterbangkan puting beliung, manakala anak lelakinya terus lari menyelamatkan diri masuk ke dalam rumah. Katanya, ketika itu, isterinya, Ramlah Darison, 50, yang berada dalam rumah terus menyuruh anak lelakinya melaungkan azan sekuat hati. "Sejurus anak saya laungkan azan, angin puting beliung berkenaan dengan tiba-tiba sahaja berhenti," katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya, semalam. Sementara itu, jiran Rosli, Mat Zin Idris, 58, berkata, ketika kejadian, dia dan isteri, Faridah Mamat, 50, sedang menonton televisyen di ruang tengah rumah, manakala anak dan cucunya berusia tiga bulan dan enam tahun sedang menonton televisyen di ruang tamu. Menurutnya, mereka dengar bunyi deruan angin yang kuat disertai bunyi bising seperti barang jatuh di atas bumbung rumah, sebelum menyedari atap genting di bumbung dapur rumahya diterbangkan angin kuat, selain bumbung di bahagian depan turut rosak. "Kejadian berkenaan mengakibatkan beberapa peralatan elektrik dan perabot rumah rosak akibat ditimpa hujan, manakala sebahagian siling kapur di bilik depan turut runtuh secara tiba-tiba," katanya yang menganggarkan kerugian keseluruhan dialami kira-kira RM20,000. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Balai Panjang, Md Taha Sarip berkata, kejadian sama pernah belaku tahun lalu membabitkan enam rumah rosak. sinar/- | ||||
Ikram gesa kerajaan perkasa pendidikan Islam Posted: 22 Oct 2012 01:33 AM PDT 6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Ikram memandang berat mengenai kedhaifan Sekolah Agama Johor yang ditimbulkan oleh Laporan Ketua Audit Negara, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Ikram, Prof Dr Omar Yaakob. Katanya, kelemahan kerajaan negeri dalam menguruskan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) menyebabkan 24 buah sekolah agama di seluruh negeri itu ditempatkan di pelbagai premis termasuk di sebuah bangunan rumah kedai. "Laporan audit yang memeranjatkan ini timbul ketika pihak pendokong pendidikan Islam masih tertanya-tanya mengenai ketiadaan peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat dan peruntukan yang terlalu kecil," ujarnya dalam satu kenyataan. Kenyataan penuh beliau sebagaimana di bawah. Ikram memandang berat mengenai kedhaifan Sekolah Agama Johor yang ditimbulkan oleh Laporan Ketua Audit Negara. Kelemahan kerajaan negeri dalam menguruskan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) menyebabkan 24 buah sekolah agama di seluruh negeri itu ditempatkan di pelbagai premis termasuk di sebuah bangunan rumah kedai. Laporan audit yang memeranjatkan ini timbul ketika pihak pendokong pendidikan Islam masih tertanya-tanya mengenai ketiadaan peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat dan peruntukan yang terlalu kecil kepada sekolah agama secara keseluruhannya daripada Kerajaan Persekutuan dalam pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri pada 28 September 2012. Pembentangan tersebut menggambarkan agenda pembangunan pendidikan Islam tidak termasuk dalam transformasi yang dilaungkan oleh Perdana Menteri. Ia juga memberi maksud agenda Pendidikan Islam tiada tempat dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Pendidikan Islam sudah lama bertapak, telah beroperasi di Malaysia semenjak beberapa abad yang lalu. Pendidikan Islam tradisional telah dimulakan oleh pedagang-pedagang Arab yang tiba di kepulauan melayu pada tahun 674 masehi (55 Hijrah); iaitu sebelum kedatangan kuasa-kuasa barat. Kini bilangan pelajar-pelajar yang mengikuti sistem pendidikan Islam di seluruh negara melebihi 800 ribu orang; bilangan pendidik melebihi 100 ribu orang; bilangan ibubapa melebihi sejuta orang. Kesan sistem pendidikan Islam adalah positif. Selain melahirkan tokoh-tokoh ulama dan cendiakawan, umumnya sistem pendidikan Islam melahirkan individu-individu yang sedia berdikari, berakhlak dan mempunyai hemah diri yang tinggi. Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi".. adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu…" telah memperuntukkan Kerajaan Persekutuan diberikuasa untuk mengurus dan menghulur bantuan kepada institusi Islam. Bagi membolehkan Pendidikan Islam terus berkembang, memperkasakannya dan tidak membiarkannya terpinggir; Kerajaan Pusat dan Negeri sepatutnya memberi peruntukan kewangan yang sewajarnya, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan tersebut. Oleh itu, Pertubuhan IKRAM Malaysia dengan ini menuntut agar semua sekolah, termasuk sekolah-sekolah agama, Sekolah agama rakyat dan sekolah agama swasta yang tidak berorientasikan keuntungan:- 1. dianggap sebagai sistem sokongan (complimentary) dan perlu digalakkan. 2. diberikan peruntukan harta modal, per kapita dan bantuan buku teks daripada KPM. 3. diberi taraf pengecualian cukai di mana ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini dibenarkan memohon pengecualian cukai bagi yuran yang mereka bayar untuk pendidikan anak-anak mereka. 4. disediakan peruntukan dan kemudahan kepada institusi pendidikan Islam sepertimana yang diberikan kepada sekolah-sekolah lain:- 4.1. Peruntukan pembangunan prasarana 4.2. Peruntukan gaji pendidik 4.3. Pelaksanaan kurikulum dan sistem pentaksiran pendidikan Islam 4.4. Kebenaran memungut dan menerima zakat 4.5. Peruntukan kemudahan P&P 4.6. Penyampaian maklumat menyeluruh mengenai perkembangan pendidikan kebangsaan 4.7. Pemeriksaan kesihatan harakah/- | ||||
Posted: 22 Oct 2012 01:31 AM PDT 6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - SIASAT...pasukan forensik memeriksa kereta dinaiki mangsa, semalam. KUALA LUMPUR: Tak sampai lima meter keluar dari pagar rumahnya, seorang lelaki warga emas mati ditembak dari jarak dekat di depan mata isteri dan pembantu rumahnya dalam kejadian di Jalan Desa Permai, di Taman Desa, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 9.10 pagi itu, mangsa Foong Yen Chong, 72, yang juga pesara syarikat insurans mati di tempat kejadian selepas satu daripada lima das tembakan dilepaskan seorang lelaki bertopeng mengenai bawah telinga kanannya. Menurut sumber, pernah berlaku dua kejadian tembakan di rumah berkenaan pada 2009 hingga 2011, bagaimanapun, mangsa tidak cedera. Katanya, kejadian pertama berlaku antara 2009 atau 2010 apabila seorang individu melepaskan tujuh das tembakan ke arah rumah mangsa. "Kejadian kedua pada 5 Februari 2011 iaitu hari pertama perayaan Tahun Baru Cina apabila seorang lelaki bertindak melepaskan lapan das tembakan ke arah rumah dua tingkat berkenaan. sinar harian/- | ||||
Posted: 21 Oct 2012 11:35 PM PDT 6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - REMBAU – Seorang peniaga terpaksa menyerahkan wang tunai sebanyak RM250 selepas didatangi tiga lelaki yang menyamar sebagai wakil sebuah syarikat stesen televisyen berbayar. Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam kelmarin, mangsa, Azahar Abdullah, 47, didatangi dua lelaki ketika ingin menutup kedainya di Kendong, dekat sini sementara seorang lagi berada di dalam kereta jenis Perodua Viva. Menurutnya, mereka berpura-pura sebagai wakil syarikat berkenaan dan menyatakan sekiranya dia tidak menukar pakej siaran dilangganinya, pihak syarikat tidak teragak-agak menamatkan perkhidmatan pada jam 8 malam. "Lelaki itu turut menerangkan kepada saya bahawa alamat surat menyurat untuk perkhidmatan syarikat mereka tidak boleh menggunakan alamat premis kedai tetapi harus menggunakan alamat rumah," katanya. Menurutnya, kerana percaya mereka benar-benar dari syarikat berkenaan, dia dan isteri, Norlina Abdul Malik, 34, terpaksa menyerahkan wang yang diminta. Azahar berkata, sebaik wang diserahkan, lelaki berkenaan menyatakan akan ada pihak lain datang dalam tempoh 15 minit bagi menukarkan perkhidmatan sedia ada kepada pakej baru. "Namun, sehingga 10.30 malam, seperti yang dijanjikan lelaki berkenaan tidak juga muncul," katanya ketika ditemui Sinar Harian di kedainya, dekat sini semalam. Azahar berkata, lelaki terbabit bagaimanapun ada meninggalkan nombor telefon bimbit, namun ketika dihubungi, dia diminta untuk menunggu. "Bagaimanapun, saya berasa tidak sedap hati kemungkinan ditipu dan terus membuat laporan polis bagi tujuan keselamatan. "Jika difikirkan kembali, jika saya enggan memberikan wang bagi menukar pakej itu, mungkin saya dan isteri diapa-apakan kerana ketiga-tiga lelaki itu sudah meninjau-ninjau keadaan kedai saya," katanya. sinar harian/- | ||||
TG Nik Aziz pernah tolak jadi MB - Presiden PAS Posted: 21 Oct 2012 11:28 PM PDT 6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KOTA BHARU: Hari ini genap 22 tahun usia kerajaan di bawah dasar Membangun Bersama Islam (MBI). Tanggal 22 Oktober 1990 kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah berjaya dibentuk. DAP diwakili Penasihatnya, Lim Kit Siang dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty merakamkan ucapan tahniah usia 22 tahun kepemimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Begitu juga Presiden PAS dan pelbagai pihak tidak ketinggalan merakam ucapan sama. "Tahniah PAS di Kelantan kerana berjaya mempertahankan kerajaan negeri sehingga melewati tahun ke-22 sekarang," kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Beliau berkata, gabungan PAS bersama Semangat 46, Berjasa dan Hamim berjaya membentuk kerajaan selepas menumbangkan Umno dan BN dengan 39 – 0 di peringkat Dun. "Saya masih ingat selepas Umno dan BN berjaya ditumbangkan di Kelantan, Presiden PAS ketika itu Allahyarham Datuk Fadhil Mohd Nor mengarah diadakan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di Kota Bharu. "Ketika itu diputuskan Pesuruhjaya PAS negeri, Tuan Guru Nik Abdul Aziz supaya menerima jawatan sebagai Menteri Besar. "Namun pada awalnya beliau tidak mahu dan meminta dicari pemimpin lain. Bagaimanapun jawatankuasa PAS Pusat berkeras supaya beliau menerima juga jawatan Menteri Besar. "Ini cukup penting bagi melakar satu sejarah baru buat PAS, dan ia terbukti berjaya sekarang," katanya pada ceramah perdana sempena ulangtahun ke-22 kerajaan Kelantan di Dewan Jubli Perak malam tadi. Hadir sama Menteri Besar, Lim Kit Siang, Dr Muhd Nur Manuty, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, anggota-anggota Exco dan wakil-wakil rakyat. Ceramah tersebut sepatutnya diadakan di padang perdana, namun disebabkan hujan lebat terpaksa dipindahkan ke dalam Dewan Jubli Perak MPKB BRI. Orang ramai tetap hadir biar pun keadaan hujan yang mencurah-curah di Kelantan sejak Jumaat lalu. Presiden berkata, kerajaan Kelantan yang diketuai PAS berjaya menempuh pelbagai halangan dan sekatan sepanjang 22 tahun mentadbir negeri ini. Katanya, Umno mewujudkan juga jawatan JKKK biar pun bidang kuasanya di bawah kerajaan negeri. "Oleh itu menjadi tanggungjawab rakyat Kelantan untuk terus mempertahankan negeri ini ketika Pakatan Rakyat sedang bergerak ke Putrajaya sekarang. "Kelantan yang menjadi guru kepada perubahan politik di negeri-negeri lain sekarang mesti terus dipertahankan," ujarnya. Sementara Lim Kit Siang yang juga anggota parlimen Ipoh Timur menjelaskan DAP tidak pernah berhasrat menjadikan negara ini sebagai sebuah negara Kristian. "Mana boleh kerana perkara yang terkandung dalam perlembagaan sudah jelas," katanya menjawab isu yang dibangkit media Umno sebelum ini. Menurutnya juga kejayaan berganda Kelantan termasuk menjuarai Piala Malaysia seakan-akan memberi isyarat peluang Pakatan mara ke Putrajaya semakin jelas. harakahdaily/- | ||||
[DASYAT] 11 Isteri Kongsi Satu Suami Posted: 21 Oct 2012 11:27 PM PDT 6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Pakatan madu di laman sosial KUALA LUMPUR: Usianya baru 30 tahun tetapi memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri berikutan licik menggunakan 'ayat power' untuk memperdaya gadis naif dengan imej warak, selain kepakarannya memalsukan dokumen bagi meyakinkan jabatan agama di negara ini. Dalam kebanyakan kes, kaki temberang itu mengaku masih bujang tetapi ada juga antara isterinya dipikat menerusi cara meraih simpati seperti kononnya menghadapi masalah rumah tangga selain sudah bercerai. Menggunakan gelaran ustaz untuk memperdaya mangsa, lelaki sama sebelum ini hanya menipu pengunjung masjid dengan mengadakan ceramah agama serta memperdaya bakal jemaah umrah, selain pernah melakukan pecah amanah sebelum menghentikan seketika kegiatan itu sejurus gambarnya terpampang di akhbar atas beberapa pertuduhan jenayah. Selepas sekian lama mendiamkan diri, lelaki terbabit kini terjun semula ke dunia penipuan, tetapi kali ini mangsanya adalah wanita hingga mampu memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri, termasuk ada antaranya ditinggalkan sehari selepas berkahwin. Seorang daripada wanita dikahwininya, Naimah Ismail, 24, (bukan nama sebenar), berkata dia hanya bernikah empat hari sebelum ditinggalkan dan kini dalam proses menuntut fasakh daripada lelaki terbabit. Lelaki lebih empat isteri persenda agama | ||||
Kastam rampas gading gajah hampir 4 tan Posted: 21 Oct 2012 11:21 PM PDT 6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - HONG KONG -Pihak kastam di sini merampas 1,209 gading gajah seberat hampir empat tan bernilai sekitar HK$26.7 juta (RM10.3 juta), kata beberapa pegawai kelmarin. Beberapa pegawai berkata, semua gading tersebut ditemui di dalam beberapa kontena bertanda "kacang roscoco" dan "barangan lusuh plastik" yang dihantar dari Kenya dan Tanzania ke pulau ini pada awal minggu ini. "Keseluruhan gading itu adalah seberat 3.81 tan sekali gus rampasan terbesar di sini," kata satu kenyataan jabatan kastam Hong Kong. Menurut kenyataan tersebut, rampasan dibuat berdasarkan maklumat oleh pihak berkuasa China. Media tempatan, RTHK melaporkan, polis China telah menahan tujuh individu termasuk seorang penduduk pulau ini susulan rampasan tersebut. Di bawah undang-undang pulau ini, sesiapa yang didapati bersalah mengimport gading gajah boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan didenda HK$2 juta (RM787,000). - AFP | ||||
Posted: 21 Oct 2012 11:18 PM PDT 6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan punca utama berlakunya kebangkitan rakyat sehingga menyebabkan himpunan Bersih diadakan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Menurut beliau lagi, rakyat bangkit bersuara bukannya untuk menggulingkan kerajaan atau menimbulkan huru hara tetapi hanya menuntut satu pilihan raya yang adil dan telus. "Bila rakyat hilang keyakinan atas ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihanraya inilah akibatnya. "Rakyat tidak mahu membuat sebarang huru hara ataupun mengulingkan kerajaan dengan cara himpunan besar-besaran, yang mereka mahukan adalah sebuah pilihanraya yang adil dan telus," katanya kepada Harakahdaily sewaktu ditemui di Shah Alam Convention Centre (SACC), semalam. Jelas beliau lagi, jika SPR melaksanakan apa yang dituntut serta berada pada kedudukan yang tidak menyebelahi mana-mana parti, pasti rakyat akan memberi sokongan kepada sistem demokrasi negara ini. "Kita melihat bagaimana berlakunya Bersih 1.0 hingga Bersih 3.0, saya pasti jika pada tuntutan kali pertama itu dilaksanakan oleh SPR maka kita tidak akan melihat wujudnya Bersih 2.0 atau 3.0. "Secara keseluruhan kita tidak boleh menyalahkan rakyat atas apa yang berlaku, penyebab utama adalah SPR kenapa mereka begitu sukar untuk menunaikan apa yang dituntut," sambung beliau lagi. Beliau yang sebelum itu memberitahu tidak akan ada himpunan Bersih 4.0 namun beliau mendesak agar SPR membersihkan senarai daftar pemilih yang telah menimbulkan keraguan terutama pertambahan luar jangka di Negeri Selangor. harakah/- | ||||
10 maut serangan bom di Damsyik Posted: 21 Oct 2012 08:52 PM PDT 6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - DAMSYIK - Satu letupan kuat berlaku di bandar lama di sini semalam, membunuh sekurang-kurangnya 10 orang dan mencederakan berpuluh-puluh orang awam, kata aktivis Syria. Seorang pegawai Syria berkata, letupan itu disasarkan ke atas sebuah balai polis di kawasan kejiranan Bab Touma di sini. Bab Touma merupakan sebuah tempat tarikan beli-belah yang kebanyakan dihuni oleh kaum minoriti penganut Kristian Syria. Angka kematian tersebut dilaporkan oleh Kumpulan Pemerhati Syria Bagi Hak Asasi Manusia yang beribu pejabat di Britain. Bagaimanapun, angka tersebut tidak menyatakan sama ada semua mangsa yang maut terdiri daripada orang awam atau turut melibatkan anggota polis. Namun, ia menggambarkan letupan yang berlaku sebagai amat kuat dan menyatakan beberapa ambulans dan kereta polis dikejarkan ke tempat kejadian. Tiada maklumat lain diberikan. Dalam kejadian berasingan, seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di dalam sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan di hadapan sebuah hospital di Jalan al-Zohour, bandar Aleppo. Agensi berita SANA memberitahu, tiada kemalangan jiwa berlaku tetapi letupan itu menyebabkan beberapa pejalan kaki cedera. Sementara itu, Presiden Syria, Bashar al-Assad dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Duta Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu-Liga Arab, Lakhdar Brahimi bagi membincangkan soal gencatan senjata selama empat hari sempena sambutan Aidiladha bermula Jumaat ini. Beliau tiba di Damsyik pada Jumaat lalu selepas mengadakan lawatan di Timur Tengah untuk mendapatkan sokongan pemimpin-pemimpin negara terbabit bagi menghidupkan harapan gencatan senjata di Syria. Konflik di Syria yang bermula pada Mac 2011 telah meragut lebih 30,000 nyawa. - Agensi | ||||
Jui Meng : Umno Makin Lemah Punca Soi Lek Sanggup Hina Islam Posted: 21 Oct 2012 08:51 PM PDT 6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Datuk Chua Jui Meng mengesa Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memohon maaf kepada umat Islam kerana mengeluarkan kenyataan menghina Islam di dalam blog video dan Facebook. Sebelum ini, Soi Lek yang juga Presiden MCA mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia. Soi Lek yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali, menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas dengan kehilangan pekerjaan sekiranya hudud dilaksanakan. Jui Meng yang juga Naib Presiden PKR menambah Presiden MCA itu sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana Soi Lek sendiri tidak memahaminya. "Dia dan pemimpin MCA sekarang semakin lebih keras 'menyerang' agama(Islam) dan saya pada hari ini menuntut beliau memohon maaf kepada umat Islam di Malaysia," kata Jui Meng ketika dihubungi TVSelangor. Tindakan ini ujarnya, disebabkan kegagalan pemimpin Umno memberikan penjelasan kepada Soi Lek sehinggakan sanggup mengeluarkan kenyataan tidak berasas berkenaan pelaksanaan hukum hudud. "Pemimpin Umno kini semakin lemah dalam medan politik, Umno kini sudah tidak mampu memperjuangkan sesiapapun sehingga untuk partinya sendiri. "Dalam keadaan ini, MCA sudah naik kepala terhadap Umno dan tidak peduli sekarang, keadaan Umno akan semakin lemah di masa akan datang dengan MCA berterusan menyerang Islam," katanya. Jelasnya, sehingga kini tiada seorangpun kalangan pemimpin Umno yang berani menegur sikap Soi Lek yang secara terang-terangan banyak kali memperlekeh agama Islam dan pelaksanaan hukum hudud. "Umno sudah tidak ada pendirian sendiri untuk berhadapan dengan MCA dan membiarkan MCA menyerang agama Islam," katanya. | ||||
Hamas boikot 'sandiwara' pilihanraya Tebing Barat Posted: 21 Oct 2012 08:42 PM PDT 6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Parti Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Fatah mengumumkan kemenangan di kebanyakan kerusi majlis dalam pilihan raya tempatan di Tebing Barat yang diboikot oleh parti Hamas. Presiden Suruhanjaya Pilihanraya Pusat (CEC), Hanna Nasser berkata bahawa 54.8 peratus dari 500,000 yang layak mengundi, telah keluar mengundi. Kemenangan Fatah sudah pun dijangka kerana mereka hampir tidak dicabar mana-mana pihak selepas Hamas, yang menguasai Gaza, memulaukan pilihanraya tersebut. Hamas mengharamkan pengundian di Semenanjung Gaza dan berkata mereka tidak akan mengiktiraf keputusan di Tebing Barat. Hamas enggan untuk mengambil bahagian dalam pilihanraya berikutan kegagalan rundingan perpaduan dengan Fatah. Ini menyebabkan Fatah bertanding hanya dengan Calon bebas dan kumpulan berhaluan kiri seperti Popular Front for the Liberation of Palestine (PFLP) dan Democratic Fron for the Liberation of Palestine (DFLP). Undi Sabtu lalu hanya diadakan di 93 daripada 354 majlis perbandaran di Tebing Barat, dan calon di 179 lokaliti lain telah menang tanpa bertanding. Pilihanraya di 82 kawasan yang selebihnya akan diadakan pada 24 November, ujar CEC. Walaupun sesetengah warga Palestin mengalu-alukan peluang untuk mengundi, yang lain pula ragu-ragu mengenai prospek perubahan. "Saya tidak mengharapkan banyak daripada pilihan raya ini kerana tidak calon yang berkelayakan," kata Mohammed Zahdeh, warga emas berusia 60 tahun dari Hebron. "Ini adalah satu sandiwara, bukan pilihan raya," kata Abu Abdullah, seorang peniaga berusia 56 tahun dari Nablus. "Kami mahu pilihan raya sebenar yang mewakili kami, di mana mereka mampu berkhidmat untuk negara mereka, dan bukannya hanya bersorak di sekitar slogan politik." Bagi pihak Hamas, mengadakan undi di Tebing Barat sahaja bermaksud mengukuhkan jurang antara dua pergerakan politik utama di wilayah Palestin. "Pilihan raya ini mengukuhkan mereka dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan konsensus kebangsaan,", jurucakap Hamas, Fawzi Barhum memberitahu agensi berita AFP. Mengadakan pilihan raya tanpa Gaza bermakna keputusan tersebut "tidak signifikan atau sah di sisi undang-undang," katanya. "Ini bukan pilihan raya untuk rakyat Palestin tetapi untuk Fatah," sambungnya lagi. (Al-Jazeera) harakah/- | ||||
Arab Saudi beri jaminan proses haji selamat Posted: 21 Oct 2012 08:40 PM PDT 6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, semalam memberi jaminan keganasan yang berterusan di Syria tidak akan mengganggu perjalanan ibadat haji di Mekah. Putera Ahmad Abdul Aziz memberi jaminan bahawa semua jemaah haji akan berpeluang menjalankan ibadat itu dengan tenang dan lancar tanpa sebarang gangguan. Beliau juga menolak kemungkinan tentera Syria menceroboh negara ini bertujuan menimbulkan kekacauan, ekoran Arab Saudi menyokong pemberontak di negara itu. "Mereka yang datang melakukan ibadat haji adalah umat Islam dan agama ini tidak mengajar untuk menyakiti antara satu sama lain. "Sesiapa yang menggunakan ibadat haji sebagai medium politik, mereka akan dihantar pulang, dan kerajaan Arab Saudi tidak memandang ringan sebarang tindakan untuk mencetuskan kekacauan," katanya. Duta Arab Saudi ke Lebanon pada Rabu lalu berkata, negara ini bakal memberi visa kepada pelarian Syria di Lebanon, Turki dan Jordan yang ingin menunaikan ibadat haji musim ini. Agensi berita SANA pada bulan lalu melaporkan, Arab Saudi melarang rakyat Syria memasuki negara ini untuk menunaikan haji musim ini, tetapi perkara itu dinafikan oleh kerajaan Arab Saudi. "Kerajaan (Arab Saudi) tidak pernah melarang mana-mana rakyat Syria memasuki negara ini untuk menunaikan haji, termasuk jemaah dari Iran yang dikatakan bakal mencetuskan kekacauan. "Kerajaan Iran memberi jaminan mereka akan memastikan perjalanan ibadat haji musim ini akan berjalan lancar," ujar Ahmad. Lebih 1.6 juta jemaah dari seluruh dunia kini berada di tanah suci Mekah bagi menunaikan rukun Islam kelima itu. - AFP | ||||
Posted: 21 Oct 2012 08:39 PM PDT 6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - ALOR SETAR - Majlis Belia Negeri Kedah menyifatkan dakwaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa jika Pas melaksanakan hukum hudud, 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan, boleh membantutkan usaha kerajaan mewujudkan suasana harmoni antara kaum. Bendahari Kehormatnya, Shaharol Niza Omar berkata, kenyataan beliau dilihat sebagai tidak menghormati sensitiviti penganut agama Islam dan juga Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Menurutnya, kenyataan berkenaan boleh mengundang salah tanggapan penganut agama lain bahawa Islam adalah agama menindas golongan pekerja umatnya, sedangkan hakikatnya bukanlah yang diamalkan dalam perundangan Islam. "Sebagai rakan dalam komponen Barisan Nasional, tidak sepatutnya kenyataan itu dikeluarkan oleh seorang presiden parti berdasarkan kepada khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada beliau daripada individu tidak dikenali. "Kita amat kesal kerana ini bukan pertama kali beliau mengeluarkan kenyataan yang menghina agama Islam dan memperlekehkan perundangan Islam," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. Shaharol berkata, mereka minta pemimpin bukan Islam tidak lagi memberikan sebarang komen dan pandangan mengenai Islam, sebaliknya perkara berkaitan Islam diselesaikan serta dibahaskan sesama umat Islam. "Tidak pernah sekalipun umat Islam di negara ini memperkatakan tentang budaya dan agama yang dianuti penganut lain, walaupun ada antara mereka kebelakangan ini kerap berbahas mengenai perundangan Islam. "Kita tuntut beliau segera mohon maaf kepada seluruh umat Islam demi keharmonian dan hubungan yang akrab," katanya. sinar/- | ||||
Posted: 21 Oct 2012 08:38 PM PDT 6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - TERUK...kereta mangsa dipecahkan kumpulan bermotosikal, kelmarin. ALOR SETAR: Sekumpulan 200 lelaki dipercayai Mat Rempit bertindak ganas dengan memecahkan cermin kereta dinaiki dua lelaki sebelum membelasah mereka, menyebabkan seorang daripada mangsa parah dalam kejadian di Jalan Pegawai, di sini, awal pagi kelmarin. Kejadian kira-kira jam 2 pagi itu menyebabkan mangsa remaja berusia 18 tahun parah di kepala serta badan dan kini masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, manakala rakannya berusia 21 tahun dirawat sebagai pesakit luar HSB. Difahamkan, sebelum kejadian, kedua-dua mangsa menaiki Proton Saga Aeroback dikatakan dalam perjalanan ke sebuah restoran di Lebuh raya Darulaman, di sini, untuk menikmati makan tengah malam bersama rakan. Sebaik tiba di satu persimpangan lampu isyarat, pemandu kereta itu mahu membelok ke kiri sebelum dikatakan terlanggar seorang Mat Rempit sehingga terjatuh menyebabkan kumpulan berkenaan mengejar mangsa bersama rakan-rakannya sejauh satu kilometer. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan berkata, kumpulan remaja yang menunggang motosikal itu dipercayai menyerang dan terus membelasah mangsa serta memecahkan cermin kereta mangsa menggunakan topi keledar dan besi papan tanda. metro/- | ||||
Posted: 21 Oct 2012 08:32 PM PDT 6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KOTA TINGGI – Tanggal 16 Oktober lalu merupakan sambutan ulang tahun kelahiran terakhir buat seorang bapa sebelum dia menemui ajal selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri yang turut mengakibatkan anak perempuannya maut kelmarin. Kejadian pukul 11.45 pagi di Kilometer 16 Jalan Tanjung Sedeli–Kota Tinggi berhampiran simpang Kampung Mawai Lama di sini itu mengakibatkan Md. Hanafi Tasrip, 65, dan anak bongsunya, Anira, 19, maut di tempat kejadian. Dua beranak tersebut tersepit selama tiga jam selepas kereta jenis Proton Wira Aeroback yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori membawa muatan pasir. Mayat mereka dikeluarkan oleh pasukan penyelamat dengan bantuan tiga buah trak tunda. Difahamkan, kejadian berlaku apabila pemandu lori dari Tanjung Sedeli ke Kota Tinggi tersebut gagal mengawal kenderaan berat berkenaan sebelum merempuh kereta mangsa yang berada di laluan bertentangan. Pemandu lori terbabit tidak cedera. Kosmo | ||||
Posted: 21 Oct 2012 08:20 PM PDT 6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KETAGIH...Sara (duduk) bermain permainan komputer membiarkan anaknya tertidur di sebuah pusat siber di Pasir Gudang. PASIR GUDANG: Dengan alasan bosan menguruskan rumah tangga, seorang suri rumah berusia 20-an menghabiskan masa enam hingga lapan jam sehari di sebuah pusat siber di sini, semata-mata untuk bermain permainan komputer. Lebih mengejutkan, akibat ketagihan permainan itu, wanita bergelar ibu yang menjadi pelanggan tetap kafe siber berkenaan membawa anak lelakinya berusia tiga tahun ke pusat terbabit sejak lebih setahun lalu. Lebih malang, wanita terbabit tidak memberikan anaknya makan hingga kanak-kanak berkenaan terpaksa mengutip sisa makanan di kawasan berhampiran termasuk makanan kucing. Pengurus pusat siber berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Raihan, 30, berkata, wanita dari Masai itu mengunjungi pusat sibernya sejak lebih setahun lalu bersama seorang kanak-kanak lelaki yang diakui anak tunggalnya. Menurutnya, wanita terbabit mendakwa dirinya suri rumah dan dipercayai tidak bekerja serta meluangkan masa dari pagi hingga petang di pusat siber itu kerana ketagih bermain permainan komputer. metro/- | ||||
Posted: 21 Oct 2012 08:17 PM PDT 6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak menjadi kesalahan baginya dan pemipin Pakatan Rakyat untuk menggunakan jet dalam program bertemu rakyat. Dalam ucapannya ketika bertemu sekumpulan penduduk di Puchong, Anwar secara berseloroh berkata langkah itu juga boleh mengelakkan daripada serangan menggunakan cat dan batu. "Kita naik bas kena baling cat. Naik kereta kena baling batu. Jadi kita naik jet. Biar mereka tak boleh baling batu. Kalau baling, kena muka mereka balik. "Memang ada syarikat yang bagi pinjam. Dulu tak bagi. Sekarang bagi sebab dia tahu kita akan menang. Sekarang ada lima syarikat yang nak bagi pinjam," katanya. Kenyataannya itu bagi mengulas isu jet yang digunakannya ketika program Jelajah Merdeka Rakyat ke Sabah pada bulan lalu. Isu berkenaan dilaporkan dengan meluas dalam media pro-BN dan dijadikan modal dalam kempen ceramah pemimpin pro-BN – dengan jolokan "Buyjet (Beli jet)" – sebagai sindiran untuk mempertikai belanjawan alternatif Pakatan. "Seolah-olah dosa besar naik jet. Ingat bapak dia punya jet?," kata Anwar lagi dalam majlis yang turut dihadiri oleh menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan beberapa orang anggota exco negeri. Dalam program bersama kira-kira 200 orang penduduk itu, Anwar turut menerima borang keahlian PKR daripada penduduk kawasan tersebut. Kampung berkenaan merupakan antara tujuh lokasi sekitar negeri Selangor yang dilawatinya hari ini dalam program Jelajah Merdeka Rakyat Anwar. Selain Desa Ayer Hitam, Anwar bersama kumpulan pemimpin Pakatan itu akan mengunjungi Pantai Morib, Kuala Langat, Banting, Klang, Ijok dan terakhir di Shah Alam. Beliau juga dijadualkan menghadiri Majlis Makan Malam Keadilan Selangor dan Ceramah Merdeka Rakyat di perkarangan Stadium Melawati, Shah Alam malausiakini/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan