Isnin, 22 Oktober 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Setengah Bilion Bina Rumah Kos Rendah, Selangor, P Pinang Catat Sejarah

Posted: 21 Oct 2012 09:51 PM PDT

Keadilandaily

Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang catat sejarah ulung menyediakan RM500 juta untuk pembinaan rumah kos rendah tanpa bantuan Kerajaan Pusat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (Pakatan) itu sedia meneruskan pembangunan projek tersebut walaupun ia adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat.

"Kita bukan nak serang seperti yang dibuat Umno, tapi kita akan berikan fakta, rumah kos rendah ini tanggungjawab siapa? Tetapi Selangor dan Pulau Pinang catat sejarah buat pertama kali sediakan setengah bilion untuk bina rumah kos rendah.

"Masa saya jadi Menteri Kewangan, tanggungjawab bina rumah kos rendah adalah kerajaan Pusat, bukan kerajaan negeri. Kerajaan negeri hanya beri tanah dan mempercepatkan proses kelulusan pembinaan," katanya di depan 8,000 hadirin pada Majlis Makan Malam KEADILAN Selangor 2012 di perkarangan parkir Stadium Melawati Shah Alam, malam tadi sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke negeri itu.

Menyentuh kejayaan Selangor, Anwar menyifatkan Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar paling berjaya.

"Sebagai Menteri Besar, Selangor adalah yang paling berjaya dalam sejarah, tengok bagaimana beliau (Khalid) boleh kutip hutang daripada syarikat Talam. Tapi isu ini tidak pernah disiarkan. Lebihan wang negeri melebihi RM2 bilion, ini baru empat tahun memerintah.

"Apa beza (pentadbiran) Pakatan, kita tunjukkan pelaksanaan, contohnya apa yang kita buat selepas pilihan raya, beri air percuma kepada rakyat," kata Ketua Umum KEADILAN itu.

Prestasi kewangan Selangor mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2011 membanggakan apabila hasil wang pelaburan yang diperoleh pada 2011 meningkat sebanyak RM1.55 bilion berbanding tahun sebelumnya.

Pencapaian ini sekaligus mengekalkan peningkatan wang pelaburan negeri itu bagi tahun kelima berturut-turut.

"Saya tak jamin pemimpin Umno tidak ambil tanah negeri, bawa syarikat negeri dan komisen berbilion ringgit.

"Sebab itu paling penting integriti moral yang perlu ada dalam politik negara dan antarabangsa. Masalah kita dalam negara kerana (apabila) orang masuk politik itu untuk cari kekayaan. Menteri mana tidak ambil saham Bumiputera, lembu pun diambilnya," kata Penasihat Ekonomi Selangor itu.

Anwar turut mempersoal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sanggup mempertahan 'penyangak' negara daripada membela rakyat.

"Najib kenapa kamu pertahankan orang yang rompak negara, rasuah? Mengapa kamu tiada keberanian untuk lawan perkara ini?

"Nak jadi pemimpin kerana berani, tengok Syed Mokhtar (Al-Bukhari), nak apa pun boleh, KTM (Keretapi Tanah Melayu) dapat, beras dapat, gula dapat, Tanjung Pelepas pun terlepas," sinisnya.

Ancaman tak berair dan banjir

Posted: 21 Oct 2012 10:24 AM PDT

The Malaysian Insider
Oleh Subky Latif

Kira-kira 10 hari sebelum rencana ini ditulis tersiar berita dan gambar kolam takungan air di kawasan Sabak Benam diancam kekurangan air dan ia memungkin kawasan berkenaan akan putus bekalan air.

Lalu kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ditempelak betapa ia berdegil menolak pelan Langat-2 yang dirancang sebagai persediaan bekalan air yang secukupnya bagi Lembah Kelang khususnya dan Selangor amnya untuk beberapa dekat akan datang bahkan untuk sekurun lagi.

Orang ramai cuba dibimbangkan betapa Selangor bukan sekadar diancam bekalan air yang dirawat, bahkan kekurangan bekalan air termasuk yang tidak dirawat.

Sedang kerajaan Selangor mendapat nasihat dari pakarnya betapa pesat pun pertumbuhan kemajuan pembangunan dan pertambahan penduduk di negeri itu tidak diancam krisis air tanpa projek Langat-2 kiranya pelan rawatan air dibuat mengikut sistem yang betul.

Bagi Pakatan Rakyat sistem bekalan air itu yang mesti dibetulkan nescaya ia dapat menyelamatkan dana negeri dari meneruskan pelan Langat-2.

Untuk menjelaskan isu pertikaian air itu kepada umum maka TV1 mengadakan perbincangan mengenainya oleh orang-orang dirasakan tahu atas masalah itu.

Tetapi sesi perbincangan itu tidak membawa pakar dari Selangor bagi memberi pandangan kedua atas isu itu.

Maka penjelasan pihak sebelah samalah dengan perbicaraan tanpa pembelaan oleh pihak yang dituduh. Penjelasan itu seperti tidak memberi penjelasan saja.

Penjelasan Menteri Besar Selangor atas amaran kekurangan air di sekitar Sabak Bernam itu cuba diatasi dengan sistem menabur benih hujan di angkara yang diharapkan agar ada hujan lebat dan sementara itu ia akan menyiasat punca kekurangan air itu.

Dua tiga hari selepas itu tersiar berita bahawa ancaman air itu kerana ban di sungai yang menyalurkan air itu pecah. Makan semua pihak yang terbabit dikerah turun padang bagi membaiki kerosakan.

Di tengah kebimbangan orang akan ancaman krisis bekalan air itu keluar pula amaran beberapa kawasan di Selangor mungkin berdepan dengan ancam banjir dan orang ramai mesti bersedia untuk dipindahkan.

Dalam masa seminggu saja rakyat Selangor diancam dua kebimbangan berhubung air. Kebimbangan pertama putus bekalan dan kebimbangan banjir iaitu berlebihan air. Air tak ada pun susah dan air banyak pun susah.

Dalam masa sepuluh hari selepas berita susutan air di takungan Sabak Bernam itu lima enam hari Lembah Kelang disirami hujan yang amat lebat. Sehari sebelum artikel ini ditulis hujan di Kuala Lumpur turun dari pagi hingga ke petang. Dalam hujan lebat itu saya pergi ke Hulu Langat, sepanjang jalan hujan. Sudah beberapa hari pagi hujan, petang pun hujan.

Apakah memang sekarang musim hujan atau ia hasil semaian benih hujan di awan angkasa Selangor. Tetapi saya menunggu berita tentang kekurangan air di takungan Sabak Bernam itu. Tiada yang menyiarkan air masih kurang atau kembali penuh. Tetapi kekurangan itu bukan kerana negeri itu benar-benar diancam krisis air, tetapi ia disebabkan ban sungai yang pecah.

Apakah ancaman air di Selangor itu palsu atau hakikat, tunggu PRU 13. Kalau Putrajaya jatuh, maka kita akan tahu, ia benar anacaman atau tidak. Jika ia benar ancaman kerajaan baru akan menentukan apakah Langat-2 akan diteruskan atau sistsem bekalan akan disempurnakan.

Tetapi, kalau tiada perubahan dalam PRU 13, BN akan mengatakan Langat-2 adalah jawapan atas isu itu.

Tiada ulasan:

Nuffnang