Anwar Ibrahim |
- Pemandu Teksi: Penuhi Tuntutan Atau Kami Protes
- {VIDEO] Langat 2: Kerajaan Persekutuan Masih Tidak Terima Hakikat
- Samy Vellu Luluskan Projek Kondo Batu Caves
- Pelancaran Himpunan Raksasa Kebangkitan Rakyat 3 November 2012 (Sabtu)
- Nota Perbahasan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri – Peringkat Jawatankuasa
- [VIDEO] Najib, Nak Tolong Rakyat Tak Bankrap, Curi Duit Rakyat Boleh Bankrap
- [VIDEO] Kalau Kita Nak Bawa Perubahan, Rakyat Mesti Berani
- [VIDEO] Negara Ini Selamat Kalau Kita Pertahankan Hak Rakyat
Pemandu Teksi: Penuhi Tuntutan Atau Kami Protes Posted: 31 Oct 2012 02:05 AM PDT Pemandu teksi tetap mahu permit individu dikeluarkan – dan dengan tanpa syarat – sebagai salah satu daripada 11 tuntutan mereka yang terkandung dalam memorandum yang diserahkan di bangunan Parlimen hari ini. Memorandum itu diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Kumpulan tersebut, yang dikenali sebagai Tuntutan Pemandu Teksi Malaysia (TEKSI), juga mahu kadar meter dikaji semula dan pemandu dibenar menggunakan kereta bukan Proton, kerana tidak puashati dengan masalah ketahanan dan kos penyelenggaraannya. Presiden protemnya, Mohd Ridzwan Mohd Daud memberi amaran, jika kerajaan tidak memberi perhatian sewajarnya atau ia tidak dipenuhi menjelang pilihan raya umum akan datang, maka TEKSI akan mengadakan protes berterusan di setiap negeri sehingga tuntutan mereka dipenuhi. Pada masa ini, permit teksi dikeluarkan kepada syarikat, yang kemudiannya memajaknya kepada pemandu teksi. Jika kerajaan berkeras untuk mengeluarkan permit kepada syarikat, pemandu harus dikecualikan daripada membayar sewa bagi kenderaan mereka pada hari Ahad dan cuti umum yang diwartakan, atau jika mereka dimasukkan ke hospital, kata kumpulan itu. Mereka mahu kerajaan: - Mengadakan program kesedaran mengenai hak pengguna dalam pengangkutan terutama mengenai teksi; - Menarik balik sekatan ke atas tempat teksi boleh beroperasi seperti lapangan terbang; - Mengkaji perkhidmat bas percuma ‘Go KL’ supaya ia mensasarkan pelancong asing dan bukan penduduk tempatan; dan - Menubuhkan sebuah agensi untuk menjaga kebajikan pemandu teksi. |
{VIDEO] Langat 2: Kerajaan Persekutuan Masih Tidak Terima Hakikat Posted: 31 Oct 2012 12:16 AM PDT |
Samy Vellu Luluskan Projek Kondo Batu Caves Posted: 31 Oct 2012 12:14 AM PDT Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu individu yang bertanggungjawab meluluskan Kondominium Mendedahkannya pada ceramah Merdeka Rakyat di sini malam tadi, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembinaan dua blok kondominium 29 tingkat berhampiran Kuil Sri Subramaniar Swamy itu mendapat kelulusan MIC dan Umno pada 2007. Beliau menempelak pemimpin MIC kerana menipu rakyat India, malah meletak kesalahan ke atas Kerajaan Selangor. Ia ekoran tindakan Samy berdemonstrasi bersama masyarakat India pada 26 Oktober lalu kononnya membantah pembinaan kondominium tersebut. "Samy Vellu buat tunjuk perasaan, padahal dia yang luluskan projek pada 2007, ingat Tuhan dia tidak tahu? Sudahlah tipu rakyat, Tuhan pun dia nak tipu," kata Ketua Pembangkang. "Lepas itu mereka cabar Menteri Besar hentikan pembinaan, saya beritahu Khalid (Ibrahim), kita jangan ikut kata mereka dulu, kita siasat, cari siapa yang luluskan dan kita dakwa orang yang bertanggungjawab," tegasnya disambut tepukan gemuruh lebih 5,000 penduduk Kuala Langat. Sebelum ini, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar menjelaskan, kelulusan pembinaan kondominium itu dikeluarkan oleh pihak majlis pada 31 Mei 2008 manakala ahli majlis baru di bawah Pakatan mengangkat sumpah pada 5 Julai 2008. "MIC dah dapat duit hasil penjualan tanah kuil dan luluskan projek yang menyalahi peraturan alam sekitar dengan ketinggian 29 tingkat, sekarang nak lepaskan diri tuduh kita pula, nak suruh kita bayar. Kepada rakyat India, usahlah sokong lagi pemimpin penipu seperti ini," kata Anwar. Semalam di Parlimen, Khalid mengumumkan penubuhan pasukan petugas bebas untuk menyiasat isu berkaitan pembinaan kondominium tersebut. "Kami mahu tunjukkan kepada rakyat bahawa kami telus membuat keputusan, jadi kami akan menubuhkan jawatankuasa bertindak khas yang akan diketuai seorang bekas hakim," katanya. |
Pelancaran Himpunan Raksasa Kebangkitan Rakyat 3 November 2012 (Sabtu) Posted: 30 Oct 2012 11:35 PM PDT Taman Seremban Jaya, Seremban, Negeri Sembilan 1) 4.30 – 6.30 ptg – Karnival / Konsert / Pidato Rakyat 2) 7.00 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib Oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim Lokasi: Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban 3) 8.30 – 12.00 mlm – Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat 4) Pemidato: i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim ii. YB Dato' Seri Haji Hadi Awang iii. YB Lim Kit Siang iv. Pimpinan Utama Pakatan Rakyat |
Nota Perbahasan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri – Peringkat Jawatankuasa Posted: 30 Oct 2012 09:43 PM PDT Oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang
B 24 – Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MS 294)
B- 050000 – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) (MS308)
B- 030400 – Hubungan Ekonomi Dan Perdagangan (MS 307)
Pelaburan Langsung Asing atau FDI
Perdana Menteri YAB Pekan dan media perdana kepunyaan UMNO/BN selalu mewar-warkan kejayaan program Pelan Transformasi Ekonomi atau Economic Transformation Plan (ETP) tetapi hakikatnya ia merupakan "indah khabar dari rupa". Pelaburan Langsung Asing atau FDI ke Malaysia menyusut 35.2% pada separuh pertama 2012 (Januari-Jun) kepada cuma RM13.6 billion, berbanding RM21 billion pada separuh pertama 2011. Itupun ia didokong oleh pelaburan dalam sector minyak dan gas 37.2% daripada keseluruhan Pelaburan Langsung Asing atau FDI pada separuh pertama 2012. Ini menunjukkan kebergantungan FDI Negara kepada sector minyak dan gas sedangkan Pelaburan langsung Asing dalam sector yang lebih produktif seperti sector pembuatan dan perkilangan cuma pada tahap 23.7%. Jumlah pelaburan di dalam sector pembuatan yang diluluskan oleh MIDA juga menurun 5.8% kepada cuma RM25.8 billion pada separuh pertama 2012 berbanding RM27.4 billion pada separuh pertama 2011. Ini menunjukkan pelaburan dalam sector yang lebih produktif iaitu sector pembuatan menurun dan ini agak membimbangkan. Perhatian juga perlu diberi kepada perbezaan ketara di antara pelaburan yang dijanjikan atau "committed investments" yang diperincikan oleh ETP dengan jumlah pelaburan sebenar atau "actual investment". Untuk separuh pertama 2012, Koridor Pembangunan Sabah cuma meraih pelaburan sebenar berjumlah RM9.5 billion berbanding RM36.0 billion "committed investments" yang diwar-warkan dalam ETP. Koridor Pembangunan Pantai Timur pula cuma mencatat pelaburan sebenar berjumlah RM1.0 billion berbanding dengan RM11.9 billion yang diwar-warkan dalam ETP. Manakala Koridor Pembangunan Iskandar Malaysia cuma mencatat RM3.6 billion pelaburan sebenar berbanding RM10.7 billion committed investments yang diwar-warkan di dalam ETP. Koridor Pembangunan Tenaga Diperbaharui Sarawak pula cuma mencatat pelaburan sebenar berjumlah RM1.7 billion berbanding RM3.4 billion yang diwar-warkan dalam ETP. Jika dibandingkan dengan prestasi Pelaburan Langsung Asing ke Thailand yang tidak mempunyai progam seperti ETP tapi bersandar kepada system politik yang terbuka. Pada separuh pertama 2012, Pelaburan Langsung Asing ke Thailand meningkat 62% daripada RM20.5 billion kepada RM33.1 billion, iaitu hampir tiga kali ganda Pelaburan Langsung Asing ke Malaysia pada separuh pertama 2012. KDNK per capita Thailand pula tumbuh pada kadar purata 6.4% antara 2009-2011 berbanding kadar purata 3.2% untuk Malaysia semasa YAB Pekan menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Pada separuh pertama 2012, Indonesia pula menarik RM32.2 billion Pelaburan Langsung Asing, meningkat 28.1% berbanding separuh pertama 2011. Pada tahun 2011 pula Pelaburan Langsung Asing ke Indonesia berjumlah USD19.3 billion, hampir dua kali ganda berbanding Malaysia iaitu USD10.0 billion.
B- 040100 – Perkhidmatan Dan Amalan Perdagangan (MS 308)
Menurut nota pelaburan oleh CIMB Research, Genting Berhad menjual Genting Sanyen kepada 1MDB dengan harga RM2.3 billion adalah “timely and profitable exit”. Dalam ertikata lain, ianya menguntungkan Genting Berhad tetapi tidak untuk 1MDB. Mengikut CIMB Research lagi, penjualan Genting Sanyen oleh Genting Berhad lebih tinggi harganya berbanding dengan penjualan Tanjong Power.
1MDB membeli aset Tanjong Power pada kadar USD1 juta per Megawatt dimana dua dari tiga IPPnya di Malaysia masih mempunyai tempoh hayat Power Purchasing Agreement (PPA) 10 tahun.
Manakala 1MDB membayar USD1.38 juta per Megawatt untuk Genting Sanyen, iaitu premium 40% daripada kos benchmark USD1 juta per Megawatt sedangkan hayat PPA Genting Sanyen hanya tinggal tiga tahun sahaja lagi.
Menurut CIMB Research lagi, setelah ditolak nilai buku atau "book value" aset Genting Sanyen, keuntungan bersih yang diperolehi Genting Berhad atas penjualan Genting Sanyen kepada 1MDB ialah RM1.9 billion, iaitu hampir dua pertiga daripada nilai keseluruhan BR1M-2.0 yang diberi kepada rakyat jelata yang berjumlah RM3.0 billion.
CIMB Research menilai asset tenaga Genting Sanyen hanya RM1.6 billion sahaja. Ini bermakna 1MDB membayar RM744 juta melebihi nilai sebenar asset tenaga Genting Sanyen.
Para analisa kewangan berpendapat Genting Berhad akan menggunakan RM2.3 billion ini untuk melabur di China, India dan Indoensia dalam sektor tenaga juga. Ini bermakna Genting Berhad menggunakan hasil jualan Genting Sanyen untuk melabur di luar Negara. Baru-baru ini Genting Berhad telah menandatangani perjanjian pembelian tenaga (PPA) di Indonesia selama 25 tahun dan akan membina stesyen janakuasa elektrik arang batu di Banten, Jawa Barat berharga RM3.2 billion.
Manakala bagi Tanjong Power pula, 1MDB membayar RM8.5 billion kepada Tan Sri Ananda Krishnan untuk asset-aset janakuasa tenaga Tanjong Power di dalam dan luar negara iaitu pada purata harga USD1 juta per Megawatt sedangkan tempoh hayat PPA salah satu daripada aset janakuasanya cuma tinggal 3 tahun sahaja lagi. Jika BN terus memerintah dijangkakan tempoh PPA akan dilanjutkan hingga 10 tahun lagi menjadikan baki tempoh hayat PPA 13 tahun lagi manakala yang dua lagi tinggal 10 tahun.
Kos asal pembinaan stesen janakuasa letrik ini 18 tahun yang lalu dianggarkan USD1 million per Megawatt. Sepatutnya setelah 18 tahun stesyen janakuasa pertama beroperasi dan 11 tahun untuk dua lagi stesyen janakuasa, sudah tentu nilai asset-aset ini menyusut dan dianggarkan nilai sebenar paling tinggi cuma RM5 billion sahaja.
Mengapa asset-aset stesyen janakuasa elektrik Genting Sanyen dibeli dengan harga melebihi 40% dari nilai sebenar dan Tanjong Power 70%?
P- 00525 – Dana Projek Berimpak Tinggi di Bawah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaburn (JKMP) – (MS 310) Di dalam Bajet 2013 RM582 juta telah diperuntukkan untuk dibayar pampasan kepada syarikat2 konsesi lebuh raya. Kami mempersoal kewajaran memberi pampasan kepada syarikat2 konsesi kerana mereka sudah memperolehi keuntungan berlipat ganda melalui konsesi tol lebuhraya yang telah dianugerahkan kepada mereka.
P- 18009 – Program Pembangunan Perindustrian (MS 310) Pada 29 Oktober 2012 baru-baru ini Proton Holdings Bhd dan Honda Motor mengumumkan perjanjian kerjasama dalam bidang peningkatan keupayaan teknologi termasuk membangun enjin Proton sendiri, pengeluaran pelbagai produk baru dan perkongsian platform dan kemudahan kilang yang tidak digunapakai sepenuhnya. Usahasama ini melibatkan pengeluar dan pengedar kenderaan bermotor terkemuka dunia Honda Motor diharap dapat memulih Proton yang menghadapi masaalah sejak kegagalan dalam rundingan dengan Volkswagen sebelum dan selepas diambilalih oleh DRB-Hicom dari Khazanah. Ini akan memberi DRB-Hicom dan Proton peluang untuk berkembang sebagai pembuat dan pengeluar peralatan asal (OEM- Original Equipment Manufacturer) Beberapa persoalan yang saya pohon diperjelaskan i. kenapa perkongsian strategic ini dibenarkan selepas Proton di swasta kepada DRB-Hicom Berhad sedang Proton boleh dipulihkan sebelum itu melalui perkongsian dengan Volkswagen? ii. Apa kelebihan perkongsian ini berbanding yang ditawarkan oleh Volkswagen. iii. Selepas penyusunan ini Proton bercadang mengurangkan pembekal peralatan yang banyak diusahakan oleh bumiputera daripada 300 kepada 100. Apa implikasi kepada usahawan yang selama ini bergantung kepada perusahaan Proton. iv. Adakah perkongsian atau usahasama ini dapat bertahan untuk jangka panjang atau hanya sementara sahaja. |
[VIDEO] Najib, Nak Tolong Rakyat Tak Bankrap, Curi Duit Rakyat Boleh Bankrap Posted: 30 Oct 2012 05:27 PM PDT |
[VIDEO] Kalau Kita Nak Bawa Perubahan, Rakyat Mesti Berani Posted: 30 Oct 2012 05:24 PM PDT |
[VIDEO] Negara Ini Selamat Kalau Kita Pertahankan Hak Rakyat Posted: 30 Oct 2012 05:22 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan