Ahad, 16 September 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Mati dihempap traktor

Posted: 16 Sep 2012 02:47 AM PDT

29 Syawal 1433H. [MOD] -

JITRA - "Aku tak mau balik. Apa cerita pun kita habiskan kerja malam ini juga sebab duit dalam poket tinggal RM3 saja." Itulah luahan terakhir Nor Azman Abdul Majid, 31, sebelum maut dihempap traktor kepada adiknya Shazwan Suhaili Abdul Majid, 15, yang bersama mangsa menjalankan kerja-kerja pembersihan kebun getah di Kampung Paya Pahlawan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, mangsa yang bekerja sebagai Pembantu Am di Kolej Jururawat Alor Setar mengambil upah menjalankan pembersihan di kawasan kebun tersebut sebagai sumber pendapatan sambilannya.

Bapanya, Abdul Majid Mohd Noh, 62, mendapat panggilan daripada bapa saudara mangsa kira-kira jam 8 malam bahawa mangsa meninggal dunia akibat dihempap traktor dan bergegas ke tempat kejadian mendapati bahawa anaknya tidak lagi bernyawa.

Menurutnya, mangsa kebiasaannya melakukan kerja-kerja sambilan tersebut hanya waktu cuti sahaja kerana ingin mencari sumber sampingan bagi menampung keluarganya.

"Setibanya pak cik di tempat kejadian, keempat-empat tayar traktor tersebut sudah ke atas dan mendapati mangsa terperosok di antara tempat duduk dan bumbung traktor tersebut.

"Sebelum itu, adiknya yang kebetulan berada di situ menyaksikan kejadian tersebut cuba membantu mangsa yang tersepit namun gagal dan menghubungi pasukan bomba dan penyelamat untuk membantu," katanya ketika ditemui, kelmarin.


Mangsa ada balik rumah

Abdul Majid yang merupakan pemain wayang kulit Asun berkata, sebelum kejadian lebih kurang jam 4 petang, mangsa ada pulang ke rumah mendapatkan peralatan sepana yang selalu dibawa setiap kali mengambil upah menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Menurutnya, selepas mendapatkan peralatan tersebut, lebih kurang jam 6 petang mangsa kemudiannya tergesa-gesa ke tempat kejadian untuk menyelesaikan kerja-kerja pembersihan itu.

"Selalunya mangsa tidak pernah mengajak sesiapa daripada ahli keluarga untuk menemaninya tetapi semalam, mangsa mengajak adiknya itu untuk bersama-sama ke kawasan kebun tersebut.

"Sehingga sekarangnya adiknya masih trauma dengan kejadian tersebut dan tidak dapat menceritakan detik-detik berlakunya kejadian yang tragis itu," katanya.

Katanya, tiada sebarang luka di bahagian tubuh mangsa tetapi pinggangnya patah disebabkan traktor seberat enam tan menghempap mangsa.

"Sejam selepas kejadian adiknya memberitahu bahawa mangsa masih bernafas namun beliau disahkan meninggal dunia yang kemungkinan sukar bernafas kerana stereng traktor tersebut betul-betul berada di dadanya," katanya.


Mangsa seorang yang pendiam dan rajin

Pak Majid berkata, mangsa yang merupakan anak ketiga daripada lapan beradik adalah seorang yang pendiam dan rajin bekerja.

Menurutnya, mangsa tidak pernah merungut dengan masalah yang dihadapi sebaliknya menyelesaikan masalah tersebut tanpa membabitkan orang lain.

"Azman juga seorang yang tidak pandai memarahi orang lain walaupun mendapati mereka salah dan apabila dia sendiri yang dimarahi, dia hanya senyum tanpa menunjukkan rasa tidak puas hati atau sebaliknya.

"Kadang-kadang mangsa ada juga membantu pak cik yang bertindak sebagai teknikal di mana sahaja jemputan persembahan Wayang Kulit Asun diadakan," katanya.

Katanya, kehilangannya amat dirasai kerana dia adalah seorang anak yang baik dan mematuhi nasihat kedua ibu bapanya.

"Sebelum ini, setiap pertunjukan dia yang membantu tetapi kini tiada lagi. Masih ada juga adiknya membantu namun tidaklah secekap arwah yang sering kali mengikuti pak cik," katanya.

Mangsa meninggalkan dua orang puteri NurHafifi Azman dan Arfah Azman serta seorang balu Azizah Mohd Ali, 31, manakala mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Kunluang, Mukim Binjal, Jitra kira-kira jam 10.00 pagi semalam.


Mangsa gagal naik

Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Hasbullah Mohd Isa, berkata, pihaknya menerima panggilan tersebut lebih kurang jam 8.40 malam dan setibanya di tempat kejadian mendapati traktor tersebut terjatuh ke dalam parit dalam kebun berkenaan.

Menurutnya, beberapa anggotanya terlebih dahulu mengenal pasti tempat tersebut sebelum menjalankan operasi menyelamat mangsa yang tersepit.

"Disebabkan keadaan sekelilingnya terlalu semak dan gelap kerja-kerja menyelamat hampir memakan masa dua jam untuk mengeluarkan mangsa yang terbenam di dalam parit berkenaan.

"Sebanyak tiga buah jentolak digunakan dalam operasi tersebut. Dua buah digunakan untuk mengangkat traktor seberat 6 tan manakala sebuah lagi digunakan untuk membersihkan kawasan untuk memudahkan kerja-kerja menyelamat," katanya kepada Sinar Harian.

Hasbullah berkata, mangsa dipercayai terjatuh bersama traktor yang dibawanya ketika sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan sekitar kebun tersebut namun cubaannya untuk menaiki semula parit itu gagal.

"Dianggarkan kedalaman parit tersebut berukuran 4 sehingga 5 kaki kedalamannya dan cubaannya gagal apabila traktor tersebut terbalik ke belakang menyebabkan mangsa dihempap sehingga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mangsa dikeluarkan dari kawasan tersebut kira-kira jam 11 malam dan kemudiannya dikejarkan ke Hospital Jitra," katanya.

Sinar Harian

Al-Qaeda puji protes bunuh Duta AS di Libya

Posted: 16 Sep 2012 02:46 AM PDT

29 Syawal 1433H. [MOD] -

SANAA - Rangkaian Al-Qaeda di Yaman semalam memuji pembunuhan Duta Amerika Syarikat (AS) di Libya dengan menyifatkannya sebagai "perkembangan sangat penting."

Pada masa yang sama, ia juga menggesa pengikutnya membunuh diplomat-diplomat lain di dunia Islam.

Protes membantah filem yang mengaibkan Naib Muhammad SAW telah merebak ke 20 buah negara sejak Selasa lalu.

Selasa lalu, serangan ke atas pejabat konsul di Benghazi, Libya, Duta AS Christopher Stevens terbunuh bersama tiga kakitangan lain.

Di Mesir, di mana protes kali pertama tercetus, pihak berkuasa menggerakkan pasukkan keselamtan untuk menamatkan demonstrasi di pekarangan Keduataan AS di Kaherah.

Sinar Harian

Sindiket edar dadah tumpas

Posted: 16 Sep 2012 02:44 AM PDT

29 Syawal 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHRU – Polis negeri ini berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menyerbu sebuah rumah di Taman Desa Harmoni jam 1.30 pagi, Khamis lepas.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, hasil serbuan anggotanya berjaya merampas beberapa jenis dadah dan peralatan memproses dadah serta tiga kereta yang keseluruhan bernilai RM1 juta.

Menurutnya, premis kediaman berkenaan dipercayai menjadi tempat pemprosesan dan pembungkusan dadah sebelum diedarkan untuk pasaran sekitar negeri ini.
"Dadah dirampas yang disyaki ketamin, serbuk ekstasi, pil ekstasi dan pil eramin 5 dengan nilai rampasan RM713,440 dianggarkan untuk bekalan kepada 23,640 penagih sekitar negeri ini.

"Kita masih menjalankan siasatan lanjut dan percaya sindiket ini ada kaitan dengan serbuan makmal dadah di Muar yang dijalankan sebelum ini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini, semalam.

Mohd Mokhtar berkata, anggotanya turut menahan dua lelaki dan seorang perempuan yang berumur lingkungan 35 hingga 39 tahun yang sedang nyenyak tidur ketika serbuan.
Menurutnya, ketiga-tiga suspek didapati positif dadah hasil ujian saringan awal.

"Suspek ditahan reman sehingga 20 September ini dan akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 32 Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Mokhtar berkata, anggotanya sedang memburu dua lagi suspek untuk membantu polis bersabit kes serbuan makmal memproses dadah yang bernilai RM68 juta di Muar, Ahad lepas.

"Kita minta orang ramai yang mengenali atau ternampak kedua-dua suspek ini menghubungi talian hotline polis Johor 07-2212999 atau hubungi mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Mohd Mokhtar berkata, pihak polis juga sudah mengenal pasti beberapa individu yang terlibat dalam kes membaling molotov cocktail membabitkan kediaman dua pegawai kastam di Taman Pelangi dan Taman Sri Pulai Perdana, Khamis lepas.

"Kita percaya ada yang telah menghilangkan diri, tapi kita nasihatkan mereka serah diri sebelum kita menyiarkan gambar dan membuat tangkapan," katanya.

Sinar Harian

Bayi perempuan ditemui dipercayai dicampak

Posted: 16 Sep 2012 02:43 AM PDT

29 Syawal 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA - Mayat bayi perempuan ditemui di kawasan tempat letak kereta di Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya di sini hari ini dengan kecederaan parah di kepala akibat dicampak dari tempat tinggi.

Bayi dipercayai baru lahir dan berkulit cerah itu ditemui seorang penduduk di situ, Jundi Mat, 35, kira-kira pukul 11 pagi.

Jundi berkata ketika kejadian, beliau sedang mengambil motosikal kira-kira dua meter dari tempat bayi itu dicampak sebelum terdengar bunyi objek jatuh.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi seperti ada objek terjatuh di belakang saya dan setelah diperhati adalah seorang bayi," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Beliau yang pada mulanya menyangka itu adalah patung permainan terus memanggil individu lain di situ untuk mengesahkan penemuan bayi malang tersebut.

"Semasa saya menjumpai bayi tersebut dia dalam keadaan tertiarap, tidak menangis dan tidak bergerak," katanya, yang menetap di tingkat tiga blok 11 di kawasan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan seorang wanita berusia 20-an dipercayai terlibat dalam kes itu telah ditahan.

"Dipercayai bayi tersebut dicampak dari tingkat tiga blok itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh," katanya.

Bagaimanapun motif kejadian masih dalam siasatan dan mayat bayi tersebut dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

Sinar Harian

Kelindan lori cerita pengalaman ngeri ditimbus tanah

Posted: 16 Sep 2012 02:42 AM PDT

29 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - "Masa ditimbus tanah, saya sedar dan terasa ada orang pijak (tanah di atas) sebelum orang kampung menyedari saya tertimbus di dalam.

"Masa kejadian itu, saya berada berhampiran lori dan secara tiba-tiba, tanah itu runtuh dan menghempap kami, menyebabkan kami gagal menyelamatkan diri," kata seorang kelindan lori Mohd Hanifah Mohd Nawi, 19, ketika menceritakan pengalaman ngeri ditimbus tanah semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.50 petang itu, Mohd Hanifah bersama rakannya, Mohd Azharulnizam Daud, 24, yang juga pemandu lori ditimbus tanah ketika melihat adik Mohd Azharulnizam iaitu Mohd Zuraime, 17, melakukan kerja menarah tanah menggunakan jengkaut.

Mohd Hanifah bernasib baik apabila hanya patah tangan, bagaimanapun, Mohd Azharulnizam terkorban selepas tanah setinggi 10 meter yang sedang ditarah itu runtuh. Mohd Zuraime berjaya menyelamatkan diri.

"Saya tertimbus di dalam tanah rasanya dalam 20 minit, saya bernasib baik kerana berjaya diselamatkan oleh orang ramai," kata Mohd Hanifah kepada pemberita di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.

Katanya, kejadian yang menimpa mereka berlaku terlalu pantas dan jika diberi pilihan, beliau tidak lagi ingin melakukan kerja tersebut kerana serik serta takut setiap kali teringatkan insiden itu.

Sinar Harian

Barcelona terus gah, Real Madrid merundum

Posted: 16 Sep 2012 02:40 AM PDT

29 Syawal 1433H. [MOD] -

KELAB Barcelona semakin mengukuhkan kedudukannya selaku pandahulu La Liga selepas mencipta kemenangan bergaya 4-1 ke atas Malaga di Stadium Coliseum Alfonso Pérez, awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Kelab The Catalan di bawah kendalian pengurus baru, Tito Vilanova nyata memberi kesan positif kepada Barcelona apabila terus mencatat kemenangan kali keempat dengan meraih 12 mata setakat ini.

Pada perlawanan tersebut, meskipun Barcelona bermain di hadapan penyokong lawan, namun ia tidak menjejaskan prestasi anak buah Vilanova untuk mencipta jaringan.

Akhirnya, pasukan pelawat membuka tirai jaringan awal menerusi Adriano Correia pada minit ke-32 untuk berada di depan.

Bersambung babak kedua, Barca yang menguasai perlawanan terus mencipta jaringan menerusi penyerang sensasi, Lionel Messi pada minit ke-74.

Selang beberapa minit kemudian, Messi sekali lagi membolosi gawang lawan pada minit ke-78 untuk mengukuhkan kedudukan 3-0.

Namun, Malaga terus dihukum dengan kelincahan David Villa apabila mengesahkan kemenangan pasukan pelawat dengan menjaringkan gol keempat pada minit-minit terakhir perlawanan.

Bagaimanapun, gol pertama Malaga yang hadir pada minit ke-80 menerusi J. Mascherano nyata mengubat kekecewan peminat yang membanjiri Stadium meskipun sedih dengan kekalahan pasukan mereka.

Sementara itu, aksi di Stadium Estadio Ramón Sánchez Pizjuán, Real Madrid terus mempamerkan aksi kurang cemerlang apabila tewas kepada Sevilla 0-1, awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Pasukan tuan rumah nyata tidak mengambil masa lama untuk mengegar jaring pelawat menerusi P. Trochowski seawal minit kedua perlawanan.

Dengan kekalahan itu, Real Madrid berada di kedudukan ke-12 dengan mengumpul empat mata setakat ini.


Berikut keputusan La Liga (LFP):

Malaga (3) (1) Levante

Valencia (2) (1) Celta de Vigo

Getafe (1) (4) Barcelona

Sevilla (1) (0) Real Madrid

Sinar Harian

Biar PAS jaga Melayu jika Umno kalah

Posted: 16 Sep 2012 02:37 AM PDT

29 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: "PAS jaga Melayu jika Umno kalah di dalam PRU13, inilah jawapan untuk Datuk Seri Najib," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, Najib selaku Presiden Umno jangan duduk perasan Umno sahaja boleh menjaga Melayu.

"Sudah 55 tahun Umno diberi peluang bukan satu masa yang pendek tetapi terbukti Umno gagal menjaga Melayu. Melayu bukan diangkat martabat, sebaliknya bertambah merempat," ujarnya dalam satu kenyataan.


Katanya, bukti PAS boleh menggantikan Umno untuk menjaga orang Melayu boleh dilihat rekod pemerintahan di Kelantan yang berjaya menjelaskan hutang lapuk BN sebanyak RM220 juta daripada hutang peninggalan BN sebanyak RM718 juta.

Idris menambah, Negeri Kelantan berjaya diturunkan kadar kemiskinan daripada nombor 2 kepada 6.

"Sebelum Umno hendak mendabik dada mereka yang jaga Melayu, Umno tolong jawab terlebih dahulu tuduhan ini.

"Bukankah Umno yang menghilangkan 1.3 juta hektar tanah rezab Melayu selepas merdeka?" katanya.

Katanya lagi, Umno yang menyekat 118 projek ke Kelantan sejak 1991 (RMK6).

"Kenapa Umno yang berkuasa tidak menambah kerusi di Kelantan dan Terengganu pada PRU 2004?" tanya beliau lagi.

Beliau berkata, Umno mesti bertanggungjawab terhadap kehilangan saham bumiputera sebanyak RM52 bilion.

"Najib janganlah duduk ulang pita rakaman lama bila berhadapan pengundi Melayu, kononnya DAP yang akan dominan dalam PR manakala Soi Lek, Presiden MCA bila bercakap dengan orang Cina, kata Pas yang akan menguasai PR. Mana satu yang benar, atau kedua-dua pembohong besar" ujarnya.

Katanya, Umno hanya memainkan isu Melayu apabila sokongan politik semakin terhakis dengan meniupkan sentimen kononnya umno pembela Melayu.

Baginya, DAP dijadikan kambing hitam kononnya menindas Melayu dan Islam walaupun hakikatnya telah dibuktikan dengan fakta di Pulau Pinang, banyak projek diperolehi oleh kontraktor Melayu sedangkan yang menangis ialah kontraktor Umno yang menjadi broker dan makan komisyen.

Faktanya, kata Idris kontraktor Melayu dapat 100% daripada nilai projek JPS dan 98% daripada nilai projek JKR yang di bawah kendalian kerajaan negeri.

Jeklas Idris lagi, ertinya Melayu mampu, yang tidak mampu hanya Melayu Umno.

"Peruntukan untuk Jabatan Agama Islam Pulau Pinang semasa zaman Umno hanya RM12.5 juta telah meningkat zaman YAB Lim Guan Eng sebanyak RM64 juta (2012)," katanya.

Beliau menambah, hampir lima tahun DAP yang memerintah Pulau Pinang, tidak ada sebuah masjid dan surau diroboh sebaliknya ketika Umno memerintah Selangor, Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Surau al-Rahmah Seksyen 8, Surau Puchong Perdana ditutup manakala Masjid Bujal, Kemaman dan Surau Kampung Berembang Ampang diruntuh.

Harakah Daily

Pemuda PAS bukan anti hiburan

Posted: 16 Sep 2012 02:36 AM PDT

29 Syawal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Media hanya menggambarkan perjuangan pemuda PAS sebagai "anti konsert" sedangkan perjuangan mereka lebih daripada itu.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkifly Ahmad berkata, pemuda PAS terdiri daripada ramai profesional yang bersiap sedia dengan polisi sebagai model kepada seluruh generasi muda di negara ini.

"Bila pemuda buat demontrasi menghalang kehadiran artis-artis barat ke Malaysia, itulah yang dipaparkan dalam The Star, The sun, seolah-olah kerja pemuda ini anti konsert sahaja. Itu yang mereka momokkan kepda imej pemuda.

"Dalam pemuda ada ramai profesional dalam bidang perubatan, banking, finance, pengurusan, semua menjalankan kerja di samping menubuhkan NGO mereka yang berkhidmat kepada rakyat, juga ada polisi studi yang memberi input yang begitu baik," kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam forum bertajuk Negara Berkebajikan: Analisa, Realiti dan Praktikaliti di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi.

Ianya sebagai menjawab soalan audien yang ingin tahu sama ada pemuda PAS boleh menjadi model kepada pemuda-pemuda di Malaysia atau tidak.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu juga berkata, banyak program pemuda PAS yang tidak ditonjolkan media walaupun sebahagian besarnya membantu penghijrahan golongan tertentu.

"Pemuda PAS punya aktivisme yang cukup baik. Kebanyakan penghijrahan selebriti-selebriti atas usaha pemuda PAS sebenarnya.

"Awal-awal lagi mereka punya jabatan kesenian, sukan dan rekrasi dan mereka punya aktivisme yang cukup baik walaupun tak ditonjolkan media,"katanya.

Turut menjadi panel forum sempena Konvensyen Fiqh Politik itu ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkely Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli manakala ahli akademik, Dr. Maszlee Malik sebagai moderator.

Harakah Daily

Negara Berkebajikan: PAS hapus curiga bukan Islam

Posted: 16 Sep 2012 02:34 AM PDT

29 Syawal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Pendekatan strategik yang menepati dasar dan prinsip Islam seharusnya disokong oleh semua pihak khususnya orang Islam.

Merujuk kepada Negara Berkebajikan PAS, ahli akademik, Prof. Datuk Paduka Mohamad Abu Bakar berkata, istilah yang digunakan tidak penting asalkan kandungannya memartabatkan Islam dan masyarakat.

"Seandainya namanya Negara Berkebajikan ataupun Negara Kebajikan atau apa sahaja, kalaulah kandungannya, isinya berteraskan dan berprinsipkan Islam selari dengan tuntutan Ilahi maka ia seharusnya disokong oleh kita semua khasnya orang Islam," kata beliau dalam forum bertajuk Negara Berkebajikan: Analisa, Realiti dan Praktikaliti di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi.

Mohamad berkata, Rasulullah SAW sendiri pada zaman pemerintahannya tidak memperincikan istilah negara Islam tetapi kandungannya menjurus ke arah perubahan ke arah negara Islam.

"Dalam perjuangan Rasulullah SAW sendiri tak ada istilah yang lengkap memperincikan negara Islam tetapi kandungannya menjurus kepada satu perubahan negara yang diredai Allah yang mendapat pengampunan Ilahi," katanya.

Tambah beliau, dengan slogan Negara Berkebajikan, PAS sudah berjaya menghapuskan rasa curiga orang bukan Islam terhadap Islam yang disifatkannya sebagai halangan psikologi.

Namun katanya, PAS menghadapi cabaran besar untuk menterjemahkan idealisme yang terkadung dalam dokumen Negara Berkebajikan.

"Ini cabaran yang besar sama ada di Kelantan, Selangor, Kedah dan sebagainya dan yang penting kita buang istilah yang menakutkan sehinggalah halangan psikologi tadi dapat diatasi dan bagaimana (PAS) dapat menterjemahkan (Negara Berkebajikan) menjadi peradaban sehingga orang tersentuh dengan Islam," katanya lagi.

Transformasi biar ikhlas

Sementara itu beliau juga berkata, kerajaan yang berkuasa seharusnya mengambil berat soal keikhlasan dalam menjaga kebajikan rakyat.

Merujuk kepada transformasi yang disebut seorang lagi ahli panel, Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr. Puad Zarkashi, Mohamad berkata, Umno BN harus ikhlas dalam memenuhi permintaan rakyat, bukan sekadar untuk memancing undi dalam pilihan raya umum.

"Benar kata Dr. Fuad tadi dalam program transformasi banyak beri deviden itu ini tapi apakah itu ikhlas atau adakah kerana Umno makin lemah, rakyat makin diperkasa maka Umno jadi takut kepada rakyat maka ikut sahaja apa yang diminta rakyat.

"Apakah kerana takut kepada rakyat maka perdana menteri harus tunduk dan memberi apa sahaja yang diminta sampai ke Sabah dan Sarawak?

"Kita harap ada keikhlasan pada pemimpin Umno dalam mengkebajikan program-programnya," katanya.

Turut menjadi panel forum sempena Konvensyen Fiqh Politik itu ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkely Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli manakala ahli akademik, Dr. Maszlee Malik sebagai moderator.

Harakah Daily

Hari Malaysia: Mengisi dengan semangat Islam

Posted: 16 Sep 2012 02:31 AM PDT

29 Syawal 1433H. [MOD] -

Firman Allah, maksudnya: "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud. Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah" (Surah Al-A'raaf 7:11-12).

Sukacita saya mengulangi apa yang pernah saya ucapkan sebelum ini, bahawa kita hendaklah merdeka daripada penjajahan. Ini kerana penjajah membawa fahaman yang berlawanan dengan ajaran Islam. Penjajah yang membawa fahaman sekular dan kebangsaan, sedangkan fahaman ini ditolak oleh Islam.

Sebagaimana sifat iblis yang suka menghasut manusia supaya berbuat sesuatu yang berlawanan dengan perintah Allah. Sifat iblis ini adalah suatu penjajahan atas manusia yang beriman, maka iblis adalah penjajah pertama terhadap manusia. Oleh itu, kemerdekaan dari hasutan iblis adalah wajib, dan sebagaimana kita juga wajib merdeka dari fahaman kebangsaan dan sekular yang dibawa oleh penjajah.

Di dalam Al-Quran, seperti mana maksud ayat Surah Al-A'raaf di atas bahawa datuk manusia yakni Adam dan Hawa pernah dihasut oleh iblis ketika dalam syurga. Iblis menjalankan 'penjajahan' agar Adam dan Hawa mengikut hasutannya memakan buah dari pokok yang dilarang oleh Allah. Iblis melaksanakan pendekatan 'ghurur' dengan memujuk secara tipu daya, kononnya apabila memakan buah larangan itu Adam dan Hawa akan kekal selama-lamanya di dalam syurga.

Hakikatnya, pujukan iblis itu merupakan suatu penipuan ke atas manusia yang memang ada kelemahan (lupa). Akibat pujukan dan tipu daya iblis, lalu manusia yang lemah itu terpengaruh. Justeru itu Adam terpengaruh. Akibatnya Adam dimurkai Allah, lalu Adam dan Hawa dihalau keluar dari syurga dan dihumban ke dunia.

Walau pun begitu, Adam dan Iblis tetap berbeza. Adam telah mengaku salah dan memohon keampunan dari Allah. Sementara iblis tetap engkar untuk tunduk kepada perintah Allah, malah bersikap angkuh terhadap tuhan yang menciptanya. Iblis juga mempersoalkan perintah Allah agar sujud kepada Adam dengan katanya: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah." Iblis bangga dengan sifat api yang menyala dan meruap ke atas, sedangkan Adam dipandang hina kerana sifat tanah berada di bawah. Iblis tidak sujud sedangkan malaikat yang dicipta dari cahaya sanggup sujud kerana patuh perintah Allah SWT.

Inilah perbezaan besar sifat iblis dengan manusia. Atas perbezan inilah, sewajarnya kita kena merdeka diri dan negara ini daripada sifat iblis yang dilaknat Allah. Oleh kerana itu, semangat kesatuan di bawah sebuah negara merdeka, Hari Malaysia yang berlaku pada 16 September 1963 sejak dulunya, (masuk 51 tahun) harus dikenang dan dijadikan landasan bagi mengisi negara dengan nilai kemerdekaan menurut semangat Islam. Kita hendaklah mengisinya dengan prinsip dan sistem bernegara yang diajar oleh Islam.

Maksudnya di sini, kita tidak boleh mengisi negara ini dengan pemikiran penjajah Inggeris yang mirip menghasut umat Islam menerima fahaman mereka – menolak prinsip dan sistem bernegara yang diajar oleh Islam. Sedangkan umat Islam diajar oleh Nabi Muhammad SAW agar mengisi dan melaksana urusan negara ini berpandukan prinsip dan ajaran Islam. Inilah amanah Allah kepada semua umat manusia tidak kira Melayu, Cina, Inggeris mahu pun Arab.

Sesungguhnya, manusia sedia memikul amanah Allah, sebagaimana firman-Nya (bermaksud): "Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan" (Surah Al-Ahzaab 33:72).

Di atas kesanggupan memikul amanah tersebut, sebagai umat yang beriman tidak kira Melayu, Cina, India, mahu pun Inggeris atau Arab; kesemuanya haruslah menjadikan dunia ini sebagai medan melaksana amanah Allah. Medan (dunia) menuju ke akhirat.

Justeru segala isi alam ini (langit dan bumi) adalah kepunyaan Allah. Oleh itu, mana-mana pihak yang mengambil prinsip selain apa yang diamanahkan-Nya, maka ia hendaklah ditolak. Cara menolaknya mengikut lunas sekarang ialah jangan mengundi mereka.

Ambillah pengajaran daripada apa yang berlaku sekarang, apabila dunia kini sudah berubah. Lihatlah peristiwa 'Arab Spring' yang menyaksikan di beberapa negara sudah menolak pemimpin dan kerajaan yang bersengkongkol dengan Barat atau menjadi talibarut Israel. Ia berlaku di Mesir, Tunusia, Libya, Algeria dan sekarang di Syria. Inilah hakikat kebangkitan golongan yang ingin mengisi negara yang merdeka dengan amanah Allah. Mereka bersedia meletak agama bagi mengisi dunia menuju akhirat. Realiti ini sudah berlaku di Kelantan sejak 22 tahun dulu yang kini sedang bermula pula di dunia Arab.

Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk untuk kita terus berusaha melaksanakan amanah Allah di dunia ini.

Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan merangkap Al-Mursyidul Am PAS.
Pulau Melaka.

29 Syawal 1433 bersamaan 16 September 2012.

Harakah Daily

18 tahun BN perintah Sabah, apa rakyat dapat

Posted: 16 Sep 2012 02:23 AM PDT

29 Syawal 1433H. [MOD] -

KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin memberitahu mesti ada sebab kenapa beliau meninggalkan Umno serta sanggup kehilangan gaji.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan lebih 200 orang penduduk Kampung Bawan, Membakut bersempena Program Ambang Hari Malaysia di Sabah petang semalam.

"Saya hilang gaji sebagai timbalan menteri, tetapi saya tetap meninggalkan Umno Barisan Nasional.

"Kerana saya lihat dalam Umno sudah banyak kepincangan berlaku terutamanya dalam soa kroni serta melibatkan kewangan," jelasnya.

Jelasnya lagi, beliau meletakkan kebajikan rakyat Sabah lebih utama, walaupun Barisan Nasional merupakan lubuk emas untuk beliau mengumpul harta kekayaan.

Ahli Parlimen Beaufort itu turut menyatakan kalau beliau sanggup keluar dari Umno kenapa tidak rakyat Sabah membuat perubahan pada pilihanraya nanti.

"Umno Barisan Nasional telah memerintah Sabah selama 18 tahun namun apa yang Sabah dapat dari hasil pemerintahan mereka.

"Walaupun Sabah kaya namun negeri ini terus ketinggalan dari negeri-negeri di Semenanjung," katanya

Tambahnya lagi, sepanjang beliau bersama Umno apa yang ingin beliau lihat adalah perubahan kepada rakyat namun sebaliknya berlaku yang mana rakyat terus miskin tetapi pemimpin Umno BN terus membolot kekayaan.

"Rakyat Sabah hanya diumpan dengan jalan raya hanya selebar 8 kaki tapi keuntungan semuanya dibolot oleh mereka yang berkuasa.

"Saya yakin jika Pakatan Rakyat diberi peluang untuk memerintah, hak kebajikan dan pembangunan Sabah akan diutamakan," sambung beliau lagi.

Lajim memberitahu, Pakatan Rakyat akan menjadikan kebajikan rakyat lebih utama bukannya sepertimana dilakukan oleh Umno BN yang lebih mementingkan kroni.

"Bukan mudah untuk saya menyertai pembangkang, banyak risiko terutama dari pihak berkuasa.

"Yang tidak pernah ada fail di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun boleh diwujudkan," kata beliau sambil disambut tepukan orang ramai.

Sambil berseloroh, Lajim mengatakan ada satu janji Umno BN yang belum dilaksanakan dan kebanyakan penduduk mengatakan 'jambatan ajaib'.

"Yang mana di Kampung Berunai, jambatan telah disiapkan namun jalan tidak ada dan rakyat terpaksa menggunakan jambatan yang lama.

"Itulah jambatan ajaib, jambatan siap tetapi tiada jalan, malah rakyat masih menggunakan jambatan yang lama," ujarnya lagi.

Harakah Daily

Mat Sabu: Walau marah, jangan cerca agama lain

Posted: 15 Sep 2012 11:15 PM PDT

29 Syawal 1433H. [MOD] - Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu mengingatkan supaya umat Islam tidak mencerca agama lain dalam menyatakan kemarahan atas penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang didakwa menghina Rasulullah SAW. Tegasnya, kemarahan tersebut hanya perlu ditujukan kepada pembikin filem yang dianggapnya "cukup menjijikkan" dan terhadap Amerika Syarikat yang melindungi individu yang betanggungjawab terhadap filem itu.

"Jangan membalas dengan mencerca dan menghina agama lain. Kemarahan kita tertumpu kepada orang yang melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

"Jangan ada unsur-unsur untuk menghina agama lain sama ada Hindu, Buddha, Toisme atau Kristian. Ia bukan ajaran agama Islam," katanya ketika dihubungi Malaysikini hari ini.

Mohamad yang juga pengerusi biro demokrasi dan mobilisasi PAS pusat mengulas reaksi umat Islam ekoran sedutan filem itu di Youtube, telah membangkitkan kemarahan mereka di seluruh dunia sehingga berlaku demonstrasi di beberapa buah negara Islam antaranya di Mesir, Libya dan Sudan.

Malah sebelum ini juga pemimpin PAS, Umno antaranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengecam penerbitan filem tersebut.

Kerajaan mengumumkan akan menyekat penyiaran filem itu yang jelas menghina agama Islam.

Mengulas lanjut, Mohamad mendesak supaya kerajaan Amerika Syarikat memohon maaf kepada umat Islam seluruh dunia memandangkan sebelum ini ada insiden yang menghina Islam antaranya membakar al-Quran.

"Ia tidak sepatutnya terjadi di negara itu... Amerika perlu memohon maaf dan menghapuskan filem-filem yang seperti itu (selepas ini)," katanya.

Mohamad yang pernah ditahan bawah ISA berkata Pemuda PAS dijangka mengadakan perhimpunan membantah tindakan penyiaran filem itu selepas ini.

Perkara yang sama juga disuarakan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil, Jumaat lalu, yang mahu mengadakan perhimpunan yang lebih besar di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat dan menghantar memorandum bantahan jika tiada tindakan dibuat.

10,000 beli meja untuk Jamuan Pakatan

Posted: 15 Sep 2012 09:15 PM PDT


29 Syawal 1433H. [MOD] - JOHOR BAHRU: Lebih 10,000 orang rakyat Johor membeli kerusi untuk menyertai jamuan 1,000 meja yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Skudai, Johor malam tadi.

Ia dianggap antara jamuan berbayar terbesar yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Johor dan mendapat sokongan hebat rakyatnya.

Majlis itu diadakan di Sutera Mall, Skudai, Johor Bahru dengan disertai oleh para pemimpin kanan Pakatan Rakyat dari PAS, PKR dan DAP.

Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu, Naib Presiden Salahudin Ayub, Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfodz Mohamed dan juga Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution

Anwar yang berucap di majlis itu mengajak rakyat Johor jangan lagi toleh kebelakang dan terus mara ke hadapan walaupun pelbagai ancaman yang dibuat kepada Pakatan Rakyat.

"Masa rakyat Johor bersama Pakatan telah tiba dan kita akan terus mara ke hadapan," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

Mohamad Sabu juga mengajak rakyat Johor bersama politik baru dan menolak politik samseng dan perkauman.

Beliau juga turut menegaskan komitmen PAS bersama Pakatan Rakyat dan mempastikan semua rakyat negara ini melaksanakan politik baru.

"Politik perkauman dan ganas sudah ketinggalan," kata beliau merujuk kepada beberapa kejadian ganas terhadap pemimpin Pakatan termasuk kepada bas Merdeka Rakyat.

Salahudin Ayub pula dalam ucapannya melahirkan keyakinan beliau rakyat Johor akan bersama Pakatan untuk ke Putrajaya.

"Pakatan mempunyai potensi yang cerah di negara ini dan zaman Johor deposit tetap BN sudah berakhir," kata beliau di depan lebih 10,000 tetamu yang membeli meja untuk menyertai majlis itu.

Dr Asri: Umno masih guna hujah agama tahun 80-an

Posted: 15 Sep 2012 08:45 PM PDT

29 Syawal 1433H. [MOD] - Bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin mengkritik sesetengah pemimpin Umno yang didakwanya masih menggunakan hujah PAS pada 1980-an, antaranya berhubung isu sokongan kepada calon bukan Islam.

Dr Asri mendakwa masih terdapat pemimpin Umno mendakwa tidak boleh mengundi calon bukan Islam dalam pilihan raya, sedangkanPAS kini tidak lagi bercakap mengenai perkara itu lagi.

"Ini masalah kepada (pemimpin) Umno. Dia cuba menonjolkan dirinya lebih Islamis daripada PAS dengan mengambil tafsiran PAS era 80-an. Tak boleh pangkah, tak boleh undi, tak boleh campur dengan orang kafir.

"Saya dengar perkara ini masa saya sekolah rendah dulu. PAS pun tak bercakap (lagi) dan tapi Umno pula cakap, tak boleh undi non-Muslim.

"Saya tak sokong belah mana, tapi awak kata tak boleh untuk orang, tapi boleh untuk kamu, itu yang pelik," kata Dr Asri menjawab soalan hadirin berhubung mengundi dan memberi ketaatan kepada bukan Muslim.

Bercakap dalam forum fikah politik Islam di Shah Alam, Dr Asri juga beliau menggesa tindakan tersebut dihentikan dan memilih calon yang "kurang membawa mudarat dan memberi lebih manfaat".

Demo: Tembak gas buat apa?

Katanya, calon yang dipilih mewakili rakyat mestilah berfungsi boleh menyampaikan hasrat pengundi di kawasan yang diwakilinya.

Mengulas mengenai isu semasa seperti demontrasi terhadap dasar kerajaan, Dr Asri berkata perkara itu dibolehkan dengan syarat-syarat tertentu.

"Dalam kerajaan dalam bentuk demokrasi, boleh berhimpun tetapi mereka tidak boleh mengganas atau merosakkan harta benda.

"Tujuan berhimpun sekadar untuk mengubah apa yang mereka rasa sukar. Sebab itu, saya cadang kepada pihak kerajaan lain. Biar mereka berhimpun, kerajaan tolong beri air, roti. Jadi semua orang gembira.

"Terima kasih banyak daripada perdana menteri di atas perhimpunan ini, kes ini akan di bawa ke tengah. Cukuplah. Apa masalahnya. Yang pergi tembak (gas) buat apa. Ia mengundang masalah baru, melainkan dia mengganas," katanya.

Mengulas mengenai hukum memilih perdana menteri wanita, Dr Asri berkata tidak menyokong pandangan yang "mutlakkan" pengharaman wanita menjawat jawatan tersebut.

Beliau mengulas perkara tersebut selepas membentangkan kertas kerja bertajuk "Mentaati Pemerintah: Di antara Literal dan Maqasid" di Konvensyen Fikah Politik Islam Semasa di Shah Alam petang ini.

Dr Asri: Saya lebih suka negara sekular jika...

Posted: 15 Sep 2012 08:15 PM PDT

29 Syawal 1433H. [MOD] - Bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau lebih suka menerima konsep negara sekular berbanding negara yang menggunakan agama untuk kepentingan politik. Tegas profesor pelawat Universiti Oxford itu lagi, golongan agama "nampak buruk" apabila kumpulan tersebut menggunakan agama sebagai alat politik.

"Politik dan agama memang patut bergabung, kerana agama membimbing politik. (Tetapi apabila) agama dijadikan alat politik, saya lebih rela (terima) negara sekular.

"Saya lebih suka negara yang memisahkan agama daripada politik. Kalau agama itu digunakan untuk kepentingan politik, sekurang-kurangnya agama kita selamat, yang kena orang politik saja.

"Apabila orang buat salah, dan menghalalkan kesalahan itu atas nama Allah, lebih baik pisahkan sahaja," katanya.

Dr Asri menegaskan beliau lebih suka negara barat yang tidak menggunakan nama tuhan, daripada negara yang menggunakan nama tuhan sehingga tuhan itu kelihatan zalim.

"(Tuhan) kelihatan macam menghalalkan kesalahan. Sebab itu berhati-hati dalam fatwa-fatwa agama," katanya.

Beliau mengulas satu laporan akhbar Utusan Malaysia pada Ogos lalu yang mendakwa berdosa sekiranya menyokong parti DAP.

Laporan berkenaan memetik pandangan seorang guru pondok yang antara lainnya menyatakan bahawa DAP "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."

Berucap dalam sesi penggulungan di Konvensyen Fiqh Siasah di Shah Alam lewat petang semalam, Dr Asri berkata, beberapa ahli parlimen DAP Pulau Pinang menemui beliau berhubung isu berkenaan.

Beliau menjelaskan, sekalipun guru agama itu "memakai serban dan mempunyai pondok", tetapi guru tersebut belum berhak untuk "membuat keputusan yang besar" seperti itu.

"Ada akibat besar, bila kata orang kafir harbi ni... Dr Yusuf Qaradhawi cakap negara kafir harbi negara Israel sahaja, Amerika tidak termasuk kerana terlibat dengan perjanjian PBB dan sebagainya," katanya.

Tambahnya, kenyataan guru pondok berkenaan akan menyebabkan pengundi sukar membuat keputusan apabila ia "diruncingkan" lagi menjelang pilihan raya.

"Bagi orang Melayu, mengikut analisis pilihan raya, antara perkara yang akan mempengaruhi mereka adalah isu agama dan bangsa

"(Bila) orang besar agama kata, tak boleh dia kata salah, dah tak boleh buat keputusan dah," katanya sambil menggesa agamawan lebih memberi pandangan alternatif kepada rakyat.

Tiada ulasan:

Nuffnang