Ahad, 30 September 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Rapat Pimpinan Nasional 2012,Memimpin Agenda Reformasi

Posted: 29 Sep 2012 08:48 PM PDT

Firman Allah di dalam Surah Al – Baqarah ayat 148;

“Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”

Di temurapat, saya ulangi ingatan akan amanah kita sebagai pimpinan; memimpin agenda Reformasi, memenuhi perintah Allah untuk berlumba – lumba mengerjakan kebajikan, demi rakyat semuanya.

Reformasi yang kita perjuangkan bukan berkisar soal pertukaran regim semata-mata, bukan soal menggantikan yang lama dengan yang baru, yang ingin kita laksanakan adalah lebih daripada itu – kita mahukan satu reformasi sistem; reformasi yang menjunjung maruah manusia, memperkasakan rakyat dengan kuasa politik, mengangkat nilai budaya dan memastikan setiap rakyat menikmati limpahan ekonomi yang dikecapi.

Umno – Barisan Nasional kini sudah di hujung hayatnya. Bergelumang dengan rasuah, kronisme dan kebejatan yang kronik, elit penguasa ini terlupa bahawa rakyat memerhati dan menilai. Jangan sekali – kali kita memperkecilkan kebijaksanaan rakyat untuk memilih dan melakukan perubahan.

Dengan penuh tawadhu', tidak sesaat pun saya lupakan teman – teman yang mempertahankan saya ketika saya teruk dihina, diaibkan, dipenjarakan dan dilempar dengan pelbagai tohmahan dan fitnah. KEADILAN terbina kerana keringat mereka yang lama, namun belum cukup dengan itu, kita perlu cungkil kekuatan baru, yang menjadikan agenda perjuangan kita lebih utuh dan teguh.

KEADILAN lahir atas kesedaran – menentang kezaliman dan kebejatan – kini merupakan satu parti yang kuat. Kita bergerak sebagai satu jentera, hanya satu. Bersama – sama teman Pakatan Rakyat yang lain – PAS dan DAP – kita mampu untuk mengambil alih Putrajaya dan mentadbir kerajaan pusat jauh lebih baik daripada mereka yang sedia ada.

Pilihan Raya Umum ke 13 semakin hampir. Ini pertarungan agung kita. Kita wajib menang. Menang untuk melawan kezaliman. Menang untuk kita selamatkan negara ini. Menang untuk kita semarakkan Reformasi. Menang untuk kita kibarkan panji Keadilan sejagat raya.

Lawan tetap lawan! Reformasi!

ANWAR IBRAHIM

[KLIP] Semarak Reformasi

Posted: 29 Sep 2012 07:16 AM PDT

Audit Buktikan SPR Laksana Penipuan Besar-Besaran

Posted: 29 Sep 2012 07:14 AM PDT

KeadilanDaily

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sebanyak 64,100 pengundi pos dimasukkan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh sehari, tanpa melalui prosedur.

"Audit mendapati ada  penipuan besar-besaran dari daftar pemilih. Penemuan 64,100 pemilih pos dimasukkan dalam daftar pada 9 April 2010, berkemungkinan besar tidak melalui proses semakan dan bantahan rasmi.

"Sebanyak 77, 246 nama pengundi baru yang tidak ada dalam daftar pemilih PRU 12,imasukkan.

"Bezanya apa? Permohonan dibuat bertahun-tahun sebelum PRU 12. Ada lima, lapan tahun tetapi tidak semena-mena nama-nama itu terpancar semula," kata Ketua Pembangkang pada majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Tertutup Melawati itu yang dihadiri kira-kira 3,000 pemimpin

Menyifatkan ia didalangi Umno lantaran tidak yakin memenangi PRU 13, Anwar memberi amaran keras kepada SPR supaya membersihkan daftar pemilih itu.

Tambah memeranjatkan, kata Anwar, SPR mendaftar pengundi yang tiada alamat.

"Ini bukan perkara baru, sebanyak 5.75 juta pemilih tiada alamat dalam daftar pemilih SPR, 3.3 juta hanya ada nombor rumah.

"Ada 4.38 juta pemilih tanpa nombor rumah. Dia jawab, di kawasan Dayak, Kadazan, nombor rumah tiada tapi takkan sampai 4 juta. Manakala 1.99 juta boleh diperbaiki, ada alamat tapi tidak dibetulkan," katanya.

Selain taktik pertambahan pengundi meragukan, beliau berkata, kaedah SPR untuk menipu melibatkan isu lokaliti dan persempadanan.

"Kita tahu beberapa nama diumumkan oleh kawan-kawan kita yang terlibat tentang soal lokaliti. Lokaliti ini dulu banyak tetapi dikurangkan. Dulu jika ada enam, sekarang jadi tiga.

"Selangor sahaja jumlah lokaliti berkurang daripada 24,479 kepada 13,813. Masalahnya, kita mahu semak satu persatu jadi susah sebab kawasan jadi besar," katanya.

Selain itu, katanya masalah pemilih pos juga berlaku kecurigaan kerana nombor kad pengenalan tidak sepadan.

"Ada 304,136, ini bukan jumlah kecil. Kita tak kata semuanya penipuan tetapi ada kejanggalan tentang tarikh permohonannya.

"Malah, sebanyak 2,522 pemilih tentera dan polis tanpa nombor kad pengenalan baru yang berpadanan dengan nama-nama mereka," katanya.

Tiada ulasan:

Nuffnang