Ahli Parlimen Kota Belud |
Mengapa Harga Getah Sabah Rendah Berbanding Semenanjung? Posted: 04 Sep 2012 09:19 AM PDT (Dipetik dari laman web Lembaga Industri Getah Sabah. Klik disini untuk ke laman web tersebut.)Harga getah mentah seperti lateks, kepingan tidak diasap, kentalan dan sekerap di Sabah adalah berbeza dengan harga di Semenanjung Malaysia disebabkan oleh kos-kos yang lebih tinggi di Sabah seperti berikut:-
2. Kos Pemprosesan Getah Kos memproses getah di Sabah adalah lebih tinggi berbanding dengan Semenanjung Malaysia. Ini adalah kerana:- 2.1 Semua alat ganti, bahan kimia, bahan pembungkusan dan bahan-bahan lain harus diimport dari Semenanjung Malaysia. Harga bahan-bahan tersebut adalah lebih tinggi kerana dikenakan kos tambahan perkapalan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah. 2.2 Harga minyak diesel untuk industri di Sabah adalah lebih tinggi daripada di Semenanjung Malaysia. Minyak diesel diperlukan untuk kegunaan mesin pengering getah di kilang getah. 2.3 Mutu getah yang rendah daripada para pekebun kecil Sabah juga menyebabkan peningkatan kos pemprosesan kilang kerana ianya memerlukan mesin tambahan dengan motor berkilowatt tinggi. Penggunaan mesin tersebut meningkatkan kos modal, kos pemakaian elektrik, air dan bahan kimia. 3. Kos Perkhidmatan Pembelian Getah LIGS telah melaksanakan perkhidmatan pembelian getah secara langsung di ladang (farm gate) pekebun kecil sejak tahun 1970 sebagai tanggungjawab sosial untuk membantu para pekebun kecil memasarkan getah mereka. Perkhidmatan ini dijalankan di kampung-kampung diseluruh Sabah. Kebanyakkan kampung-kampung ini berselerak dan terpencil. Keadaan jalan ke kampung-kampung juga kurang baik serta berbukit-bukau dan sebahagian dari jalan-jalan ini hanya boleh dilalui dengan kenderaan berpacuan empat roda. Untuk memastikan semua pekebun kecil menikmati harga yang sama di seluruh negeri, harga getah juga diseragamkan di semua daerah tanpa mengambil kira lokasi sama ada ianya terletak di kawasan terpencil (520 km jauh dari kilang) ataupun berdekatan dengan kilang memproses getah. Jarak yang jauh dikebanyakkan lokasi pembelian ini menyebabkan kos pengangkutan dan kos pengendalian yang tinggi. Ini jauh berbeza dengan di Semenanjung Malaysia di mana harga getah yang dibeli di ladang (farm gate price) diantara negeri-negeri dan juga dalam setiap negeri adalah tidak seragam. Oleh demikian, kos untuk pembelian getah secara langsung daripada para pekebun kecil di Sabah adalah lebih tinggi berbanding dengan Semenanjung Malaysia disebabkan oleh infrastruktur mereka yang jauh lebih baik. Getah mentah yang dikeluarkan oleh pekebun kecil di Sabah adalah lebih basah dibandingkan dengan di Sarawak. Contohnya, purata Kandungan Getah Kering (KGK) untuk getah kepingan tidak diasap di Sabah adalah 68% - 70% manakala KGK di Sarawak adalah 85% - 90%. Inilah sebabnya harga getah di Sarawak adalah lebih tinggi. Oleh yang demikian adalah sukar untuk menyamakan harga di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. |
You are subscribed to email updates from Ahli Parlimen Kota Belud To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan