Mohamad Taufek Abd Ghani |
Posted: 18 Aug 2012 02:11 AM PDT Saban hari ada saja kes samun pecah rumah. Saya diberitakan di Kg Daching, Lenggeng terdapat 3 kes samun pecah rumah sebelum waktu sahur beberapa hari lepas. Salah seorang mangsa menurut ceritanya ialah bilal Masjid Kg Daching, dimana perompak tersebut turut melarikan duit kutipan zakat yang diuruskan oleh bilal tersebut. Perompak tolong balut luka mangsa 18/08/2012 Rembau: Seorang warga emas menerima 29 jahitan di muka selepas dilibas dengan besi paip oleh perompak yang memecah masuk rumahnya di Kampung Anak Air Kundur di sini, pagi semalam. Dalam kejadian jam 3 pagi itu, Ismail Yunus, 65, dipercayai diserang ketika sedang tidur di ruang tamu bersama anaknya, Mohd Izuan, 31. Mohd Izuan berkata, dia tertidur di ruang tamu bersama bapanya selepas menghantar pakaian untuknya dan ibu tirinya, Jainon Jais, 55, sebaik pulang dari solat Tarawih. "Saya hanya tersedar apabila dikejutkan seorang daripada lima perompak yang secara tiba-tiba melibas besi paip ke muka bapa menyebabkan rakan lain memarahinya. "Semua perompak menutup muka dengan kain dan berdasarkan loghat mereka, saya yakin mereka bukan warga tempatan. Bagaimanapun, mereka membantu membalut luka ayah. "Mereka kemudian melarikan diri dengan kereta Perodua Alza milik saya. Saya tidak berani melawan kerana mereka membawa kayu, parang dan batang besi," katanya ketika ditemui di rumahnya di Tama Desa Permai, Pedas di sini, semalam. Diikat guna selimut Mohd Izuan berkata, walaupun dia dan ibu tirinya tidak diapa-apakan dalam kejadian itu, tetapi mereka sekeluarga diikat menggunakan selimut sebelum berjaya melepaskan diri dan mendapatkan pertolongan orang ramai. Mangsa mendakwa kehilangan tiga telefon bimbit, pakaian raya yang dibeli untuk bapanya dan sejumlah wang tunai dalam kejadian itu. Penjenayah dipercayai memasuki rumah itu melalui tingkap depan rumah yang diumpil dan dipecahkan. "Ibu dan bapa trauma sehingga tidak sanggup tinggal di rumah itu lagi kerana bimbang kejadian sama berulang. Aidilfitri yang akan berlangsung esok pasti menjadi hambar bagi kami sekeluarga," katanya yang sepatutnya pulang beraya ke rumah isterinya di Pahang. Bertelagah ketika menyamun 18 Ogos 2012 REMBAU – Tindakan seorang perompak memukul kepala mangsa dengan batang paip besi menyebabkan dia dimarahi salah seorang daripada empat ahli kumpulan yang lain dalam kejadian samun di Kampung Anak Air Kundur, di sini, awal pagi semalam. Rakan perompak berkenaan memarahinya kerana tidak bersetuju dengan tindakan keterlaluan itu, malah salah seorang ahli kumpulan sempat beristighfar apabila melihat mangsa samun berkenaan cedera. Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, sekumpulan lima perompak bertindak memecah masuk rumah didiami seorang pesara tentera, Ismail Yunus, 65. di kampung berkenaan. Ismail berkata, ketika kejadian, dia bersama anak lelakinya tidur di ruang tamu rumah, sementara isteri Ismail, Jainon Jais, 55, tidur dalam bilik. Menurutnya, dia terpinga-pinga apabila dikejutkan dari tidur oleh lima perompak terbabit. "Berdasarakan dielek percakapan, perompak itu merupakan warga asing. Kumpulan perompak itu menutup sebahagian muka saya dan anak saya dengan kain itu, namun saya tidak sedar perompak itu mengarahkan kami diam. "Saya bertanya 'kenapa?', menyebabkan mereka terkejut dan secara tiba-tiba salah seorang daripada perompak berkenaan memukul kepala saya dengan batang besi paip sehingga darah bercucuran membasahi baju saya," katanya. Katanya, tindakan perompak itu menyebabkan salah seorang daripada ahli kumpulan memarahi tindakannya itu. "Dengan keras, dia mengingatkan rakannya bahawa tujuan datang ke rumah adalah untuk merompak dan bukan membunuh orang," katanya ketika ditemui Sinar Harian di satu lagi kediamannya di Desa Permai Pedas, di sini, semalam. Menurut Ismail, dia turut melihat salah seorang perompak beristighfar kerana tidak setuju dengan tindakan meluru rakannya itu. Perompak bantu hentikan darah ANAK lelaki Ismail, Mohd Izzuan Ismail, 31, menceritakan, selepas ayahnya dipukul, salah seorang perompak sempat membantu menghentikan pendarahan di kepala ayahnya dengan mengikat menggunakan kain pelikat. "Ketika itu, selimut yang digunakan menutup muka saya terjatuh dan nampak perompak berkenaan bersungguh-sungguh mengikat kepala ayah saya. "Selepas itu, perompak berkenaan dengan pantas menutup kembali muka saya dan mengarahkan kami diam. Masa itu, saya sebenarnya sangat risau dengan keadaan ayah yang cedera di kepala," katanya. Izzuan berkata, kira-kira 3.45 pagi, perompak berkenaan melarikan diri sebelum dia bersama ayah dan ibu tirinya itu berjaya melepaskan ikatan. "Disebabkan semua telefon bimbit dilarikan perompak itu, kami bergegas keluar dari rumah menahan kenderaan orang awam untuk mendapatkan bantuan," katanya. Izzuan yang merupakan kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri berkata, dia tidak menyangka gerak hati datang ke rumah ayahnya dan mengambil keputusan untuk bermalam akibat keletihan, membantu mengurangkan keresahan ayahnya yang mungkin panik jika berhadapan situasi berkenaan berseorangan. "Malam tadi (kelmarin), saya tergerak datang ke rumah ibu tiri saya untuk menghantar sehelai baju kemeja dan kain pelikat baru, sebagai hadiah hari raya. "Biasanya saya tidur lewat, namun selepas solat Terawih sekitar 10 malam, saya mengantuk menyebabkan saya ambil keputusan untuk tidur bersama ayah," katanya. Katanya, dia tidak sedar ketika perompak berkenaan masuk ke rumah menerusi tingkap yang dipotong besinya dan beberapa kepingan cermin dikeluarkan. "Sebelum perompak melarikan diri, mereka meminta kunci kereta saya menyebabkan saya terpaksa menyerahkan kunci berkenaan kerana bimbang diapa-apakan," katanya yang kehilangan kereta jenis Perodua Alza biru bernombor pendaftaran NCP 2558. Hanya ambil wang RM50 SEMENTARA itu, Jainon berkata, buat masa ini barangan yang dikesan hilang adalah wang tunai kira-kira RM50, tiga telefon bimbit milik mereka tiga beranak, baju raya Ismail yang baru dibeli anak tirinya itu, serta kereta milik Izzuan."Bagaimanapun, dokumen pengenalan diri kami tidak dilarikan perompak. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Mizan Md Dom mengesahkan insiden berkenaan. Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, perompak berkenaan memecah masuk rumah dengan bersenjatakan parang, kayu dan batang besi paip yang digunakan memukul kepala mangsa. "Mangsa dikejarkan dengan ambulans bagi mendapat rawatan lanjut di Hospital Tuanku Ja'afar, beberapa jam selepas kejadian," katanya. Akibat pukulan berkenaan, Ismail menerima 29 jahitan di kepala. |
Empat konstabel polis ditahan kerana merogol Posted: 18 Aug 2012 02:07 AM PDT Pendekatan Islam dengan peningkatan iman harus diperhebatkan di kalangan anggota keselamatan kita agar ianya sebagai aspirasi sebenar ciri-ciri anggota keselamatan dalam sebuah negara Islam. 4 polis durjana 18 Ogos 2012 SEREMBAN: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itu yang berlaku apabila empat anggota polis berpangkat konstabel yang diamanahkan menjaga keselamatan masyarakat didakwa merogol bergilir-gilir seorang remaja dalam satu kejadian di sebuah rumah di Port Dickson, di sini, tengah malam, 7 Ogos lalu. Turut diberkas, seorang lagi rakan serumah mereka yang turut memperkosa remaja berusia 19 tahun itu. Difahamkan, remaja terbabit berkenalan dengan seorang daripada anggota polis itu dua hari sebelum kejadian rogol berlaku dan bersetuju mengikut suspek pulang ke rumah. Sumber berkata, selepas berkenalan dengan lelaki itu, mangsa dibawa pulang ke rumah di Port Dickson sebelum dirogol secara bergilir-gilir. Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh ketika dihubungi mengesahkan laporan mengenai salah laku anggotanya itu. Empat konstabel polis ditahan kerana merogol 18 Ogos 2012 SEREMBAN – Lima lelaki termasuk empat polis berpangkat konstabel ditahan selepas dipercayai merogol seorang remaja di sebuah rumah di Port Dickson, 7 Ogos lalu. Kesemua mereka dikatakan mengenali antara satu sama lain dan bertindak merogol mangsa secara bergilir-gilir di rumah salah seorang daripada mereka. Menurut sumber, wanita berusia 19 tahun itu berkenalan dengan salah seorang anggota polis tersebut dua hari sebelum kejadian dan bersetuju mengikut lelaki itu pulang ke rumah. Katanya, selepas berkenalan dengan lelaki itu, mangsa dibawa pulang ke rumah sebelum dirogol secara bergilir-gilir. "Empat lelaki berusia 20 hingga 28 tahun itu dikenalpasti bekerja sebagai polis berdasarkan pakaian seragam yang dipakai salah seorang suspek," katanya di sini, semalam. Menurut sumber, selepas lima hari kejadian, wanita berkenaan kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Nilai, pada 12 Ogos, kira-kira 12 tengah malam. "Bertindak atas laporan itu, kira-kira jam 12 tengah hari, empat suspek ditahan di balai polis tempat mereka bertugas, manakala seorang lagi lelaki ditahan di sekitar Port Dickson, hari yang sama," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahahan. "Semua anggota polis berkenaan kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan siasatan masih dilakukan dari segenap aspek," katanya. Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota yang melanggar undang-undang. |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan