Anwar Ibrahim |
- Syawal Menjadi Medan Kebangkitan Baru
- Menteri Digesa Dedah Perjanjian Tanah IPD Brickfields
- Borak Bersama Anwar 17 August 2012 #BorakAnwar
- “BORAK BERSAMA ANWAR” LIVE DI YOUTUBE #BORAKANWAR
- Konsep Kafir Harbi-Zimmi, Satu Penjelasan- Dr Muhammad Nur
- Tender Semula NFC: Umumkan Syarat Dan Butiran Perjanjian
- Jawatankuasa Pemantauan SYABAS Akan Keluarkan Kenyataan Akhbar Harian Status Terkini Isu Air
- KEADILAN Jelajah Seluruh Negara Sebar Kempen ‘Turunkan Harga Kereta’
Syawal Menjadi Medan Kebangkitan Baru Posted: 16 Aug 2012 01:08 AM PDT Bulan Ramadhan yang akan ditinggalkan ini pasti meninggalkan seribu kemanisan beribadah kepada diri kita. Semangat yang diperkuatkan dan diperkukuhkan sepanjang menghadapi dugaan Ramadhan ini pasti menjadikan kita lebih kuat untuk menghadapi cabaran dalam aspek kehidupan yang lain. Sambutan Syawal kali ini pastilah sangat bermakna kepada mereka yang menghayati semangatnya. Syawal diraikan sebagai simbol kemenangan iman melawan nafsu serta menundukkan upaya keinginan untuk mengingkari segala apa yang diperintahkan. Syawal ini seharusnya telah menganjakkan diri manusia ke satu dimensi baru yang lebih baik, menonjolkan sisi perjuangan yang lebih memberi inspirasi. Kita akan menghadapi satu pertembungan hebat yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja selepas ini. Pertembungan ini disebut-sebut sebagai satu pertembungan nilai, pemikiran , semangat serta keteguhan percaya antara yang benar dan yang batil. Inilah yang akan menjadi kayu ukur ke mana arah bangsa Malaysia akan berada untuk tahun-tahun yang berikutnya. Pertembungan ini akan menjadi titik tolak untuk membina negara dan bangsa yang lebih bermaruah dan dihormati. Keadaan sekarang, dimana kegemilangan telah pudar dan harapan adalah samar-samar adalah satu malapetaka yang dicipta pemerintah zalim yang tamak serta mengabaikan kesejahteraan rakyat. Anak muda harus mengadaptasi semangat Ramadhan dan Syawal untuk menempuh cabaran untuk mengembalikan maruah umat ini ke tempat yang selayaknya. Menjadi satu kerugian sekiranya kita melepaskan peluang terbaik ini untuk menjadi sebahagian catatan sejarah , sebagai generasi yang menggerakkan zaman ini ke hadapan. Bangkitkan keyakinan, serta istiqamah menuju ke gerbang kemenangan yang menjanjikan masa hadapan yang cerah. Fajar Syawal yang menjelang adalah satu waktu tepat untuk anak muda berubah, dan bangkit bersama -sama berganding bahu. Rapatkan jurang perkauman, hidup dalam satu makna bangsa, negara dan jiwa. Kesepaduan yang jitu bakal memberi impak berlainan dan menjanjikan kegemilangan baru. Kehidupan lalu jadikan satu hagemoni yang memberi pengajaran, agar generasi anak muda nantinya tidak akan mengulangi khilaf yang sama. Anak muda harus buka mata melihat sekeliling, memandang lebih jauh dan mendalami penderitaan bahawa bangsa ini telah kehilangan maruahnya sebagai sebuah bangsa yang bebas. Segala bentuk penindasan yang direkayasa secara halus, perlahan-lahan telah mengikat kaki dan tangan kita untuk hidup megah. Malangnya masih wujud sebahagian yang berpuas hati serta menyerah dengan kehidupan yang dilalui, tanpa menyedari bahawa yang diambil lebih banyak dari apa yang dinikmati serta tidak berpeluang berada pada tahap kehidupan yang lebih menjanjikan kedamaian. Justeru, saya mewakili Kelab Anwar Ibrahim ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat sekalian anak mua yang meraikan, serta mereka yang menerima tempias semangatnya. Pastikan Syawal ini akan menjadi saksi, kelahiran semangat baru, yang menjanjikan kemenangan paling manis dalam kehidupan yang pasti ditinta dalam lipatan sejarah yang akan dibaca berulang-ulang oleh pemberani zaman akan datang. Salam Aidilfitri, Minal Aidil Wal Faizin GENERASI PENGGERAK ZAMAN SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD |
Menteri Digesa Dedah Perjanjian Tanah IPD Brickfields Posted: 15 Aug 2012 09:50 PM PDT Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini mendesak Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menjelaskan secara terperinci mengenai pemberian tanah bekas tapak ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields, Kuala Lumpur. Nurul Izzah berkata, beliau menuntut penjelasan berhubung pertukaran tanah, terma dan kos yang dilakukan oleh pemaju Syarikat Primamuda Holdings Sdn Bhd bagi mendapatkan tanah tersebut. “Menteri juga perlu menggantikan balai polis tersebut bagi memenuhi keperluan penduduk Brickfields. “Sebarang kekurangan merupakan satu pengkhianatan kepada orang awam,” katanya pada sidang media semasa melakukan lawatan ke bekas tapak ibu pejabat daerah (IPD) Brickfields di ibu negara pagi ini. |
Borak Bersama Anwar 17 August 2012 #BorakAnwar Posted: 15 Aug 2012 08:47 PM PDT #BorakAnwar
|
“BORAK BERSAMA ANWAR” LIVE DI YOUTUBE #BORAKANWAR Posted: 15 Aug 2012 07:11 PM PDT Dari http://aicmalaysia.blogspot.com/2012/08/borak-bersama-anwar-live-di-youtube.html Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi ahli politik Malaysia yang pertama menjadi tuan rumah kepada Google Hangout, meluaskan pengaruh beliau dengan menggunakan media sosial, kepada golongan belia "celik teknologi" yang membentuk satu perempat daripada pengundi di Malaysia. Program "Borak Bersama Anwar" chat secara langsung di YouTube ditetapkan 10.30 malam waktu tempatan pada 17 Ogos, dua hari sebelum Malaysia meraikan Hari Raya Aidilfitri yang datang selepas berpuasa sebulan. Halaman Facebook dan Google + sudah mula membuat publisiti mengenai acara ini dilihat sebagai selangkah kehadapan meninggalkan Barisan Nasional (BN) dalam aktiviti di ruang siber. "Ahli-ahli politik telah menerokai ruang siber secara besar-besaran sebelum pilihan raya akan datang dan Anwar berada di barisan hadapan. Program Google Hangout beliau adalah yang pertama di negara ini," kata seorang sumber kepada The Malaysian Insider. Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah menjadi tuan rumah bagi Google Hangout pada Januari lepas sebagai sebahagian daripada kempen pilihan rayanya. Forum itu, dilakukan dalam bentuk sambungan video dan soalan video YouTube. Halaman Facebook dan Google + menerangkan program "Borak Bersama Anwar" sebagai acara Google Hangout dengan pemimpin "de facto" PKR merangkap ketua pembangkang yang akan disiarkan secara langsung melalui Youtube. "Kami menggalakkan orang ramai untuk menghantar soalan video mereka melalui Youtube dan berkongsi pautan pada Facebook atau laman acara Google Plus. Kami juga akan menyemak nota dan soalan-soalan anda untuk menentukan topik kami untuk malam itu. "Jika kami mendapati soalan-soalan anda menarik, anda akan dijemput untuk menjadi salah seorang panel kami dan akan bersama disiarkan secara langsung. Terima kasih, dan kami berharap untuk bertemu anda di program Borak Bersama Anwar," kata satu kenyataan yang disiarkan di kedua-dua halaman. Sumber dari PKR memberitahu, Anwar akan mengumumkan program Google Hangout dalam sidang akhbar Khamis ini, di mana beliau dijadual untuk bercakap tentang logo Merdeka Pakatan Rakyat (PR) dan tema kemerdekaan. The Malaysian Insider juga difahamkan, PKR merancang untuk membeli pengiklanan dalam internet untuk acara tersebut, satu langkah kedepan dalam pengiklanan politik di negara ini, dengan peningkatan penggunaan orang muda dalam ruang siber untuk mencari berita dan mengisi masa lapang dengan menonton di Youtube dan Vimeo. Tapak YouTube Malaysia telah dilancarkan pada awal tahun ini dan dilawat sebanyak 2 juta sehari dengan pengguna menghabiskan purata 30 minit satu sesi, menghampiri hampir dua juta penonton yang menonton program yang paling popular di Malaysia pada waktu prima iaitu Buletin Utama TV3 pada setiap lapan malam. Usaha Putrajaya untuk liputan internet yang lebih menyebabkan kadar penembusan bagi isi rumah meningkat kepada 62.9 peratus pada yang pertama suku tahun ini daripada 62.3 peratus pada tahun 2011, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bulan lepas. Malaysia mempunyai kira-kira 6.69 juta isi rumah. Pakatan pembangkang PR sentiasa dilihat sebagai mempunyai kelebihan dalam ruang siber berbanding BN tetapi dalam beberapa bulan kebelakangan ini, gabungan pemerintah telah berkembang kehadiran portal berita pro BN dan peningkatan penyokong mereka dalam laman Twitter. Walaupun kehadiran yang meningkat di internet, kempen pro-BN dipanggil "Saya Pilih Malaysia" telah menguasai gelombang udara dan ruang iklan perdana di stesen televisyen milik kerajaan dan swasta, serta surat khabar yang dikawal oleh Umno dan MCA. Kempen ini memetik kata-kata pengarah eksekutif syarikat berkait kerajaan dan penulis blog pro kerajaan. Anwar yang tidak diberikan peluang di media arus perdana telah menggunakan Internet untuk menyampaikan mesej akan tetapi, kehadirannya dalam talian Internet masih lagi kurang berbanding pesaing beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Semakan di laman pemantauan media sosial www.socialbakers.com pagi ini menunjukkan Najib mempunyai 1,135,529 tanda suka di Facebook dan 801,833 pengikut di laman Twitter berbanding Anwar yang mempunyai 379,612 tanda suka di Facebook dan 179,830 pengikut Twitter. Pengikut-pengikutnya berharap acara di Google Hangout akan mengembangkan pengikut Anwar di kedua-dua laman Facebook dan Twitter. "Kita perlu mendekati golongan muda kerana terdapat kira-kira tiga juta pengundi pertama dari 12 juta pengundi berdaftar," kata seorang pegawai PKR kepada The Malaysian Insider, sambil menambah "Google Hangout hanya salah satu daripada cara kita akan gunakan untuk mendapatkan untuk lebih mengenali orang-orang yang menghabiskan banyak masa di dalam siber". |
Konsep Kafir Harbi-Zimmi, Satu Penjelasan- Dr Muhammad Nur Posted: 15 Aug 2012 11:26 AM PDT Sesungguhnya, di bulan Ramadan yang penuh dengan kerahmatan Ilahi ini, kita dikejutkan dengan pandangan seorang Tok Guru yang mendakwa bahawa umat Islam di Malaysia haram menyokong DAP kerana DAP menentang hudud and tidak mahu mendaulatkan Islam. Tuan Guru Haji Abdullah Samah, seorang guru pondok dari Geting, Tumpat, Kelantan, berhujah bahawa umat Islam di negara ini tidak boleh menyokong PAS dan PKR justeru kedua-dua parti tersebut bersekongkol dengan DAP. KEADILAN berpendirian bahawa konsep kafir harbi (boleh diperangi dan dibunuh) serta kafir zimmi (patuh kepada pemerintahan Islam) perlu diperjelaskan kepada umum secara lebih tepat. Ini bagi memastikan supaya konsep ini difahami mengikut perkembangan semasa bersesuaian dengan perkembangan dunia pemikiran Islam yang bersifat global. Sebenarnya, begitu ramai figur ulama dan cendekiawam Islam yang telah memberikan pandangan mereka yang lebih bersifat kontemporari berasaskan pemahaman yang nyata mengenai perbezaan di antara syari?h dan fiqh serta menganalisis fiqh berasaskan realiti semasa (fiqh al-waqi?, Sheikh Rashid Ghanoushi (Ketua Parti al-Nahdah, Tunisia), yang kini menjadi penasihat kepada Kerajaan baru Tunisia, dalam beberapa tulisan ilmiahnya menyatakan bahawa idea kafir harbi dan kafir zimmi serta kewujudan Negara yang boleh diperangi (dar al-harb) memang relevan pada zaman keagungan empayar Islam di masa yang silam. Namun, pada hari ini, ketika umat Islam tergabung dalam sebuah entiti dunia yang terbahagi di antara warga Muslim dan bukan Muslim yang berimbangan serta semakin bersifat global, maka kedudukan kafir harbi dan kafir zimmi sudah tidak praktikal lagi. Justeru, beliau menganjurkan konsep al-muwatinun (kewarganegaraan) diguna pakai sebagai alternatif yang praktis. Fahmi Huwaidi, seorang pemikir Islam dari Mesir, secara khusus, menyetujui pandangan Sheikh al-Ghanoushi. Beliau telahpun menghasilkan sebuah karya yang berjudul ?uwatinun La Zimmiyyun?(Kewarganegaraan Bukan Zimmi). Karya beliau yang bersifat ijtihadi dalam konteks pemikiran politik Islam semasa ini, amat bermanfaat untuk di telaah secara kritis guna meleraikan polemik yang sedang digembar-gemburkan ini. Shaikh Taha Jabir al-lwani (Iraq), Munir Shafiq (Jordan), Shaikh Faisal Mawlawi (Lubnan), Shaikh Jaafar Idris (Sudan) turut membahaskan tajuk ini dengan memberikan pandangan yang serupa. Umumnya, mereka bersetuju bahawa konsep-konsep berkaitan – kafir zimmi, kafir harbi dan kafir musta?in ? memang dicipta oleh para ulama fiqh silam dalam membahaskan isu-isu fiqh siasah syariah. Walaubagaimanapun, bagi mereka ia wajar dikaji semula kesesuaiannya dalam konteks sistem politik dunia pada masa ini yang sentiasa dinamik dan berkembang. Lebih menarik lagi, disarankan agar semua pihak mengkaji perkembangan terkini yang sedang berlaku di bawah kerajaan baru Mesir yang dipimpin oleh Dr Muhammad Mursi (seorang tokoh Ikhwan al-Muslimun). Beliau dan rakan-rakannya sedang berusaha untuk merealisasikan konsep kewarganegaraan Mesir yang sama rata (al-muwatinun al-misriyyun al-musawuun). Di bawah kerangka ini, konsep kafir harbi dan kafir zimmi dalam mengklasifikasikan rakyat telah tidak menjadi relevan lagi. Hasilnya, semua warganegara Mesir (Muslim, Kristian Koptik dan penganut agama minoriti lain), berhak mendapat perlindungan yang sama rata di bawah Perlembagaan Mesir. Adalah jelas, cara UMNO menggarap persoalan ini dengan menggunakan pandangan Tuan Guru Haji Abdullah Sa?ah di atas adalah ketinggalan zaman dan tidak menepati perkembangan politik dunia Islam semasa. Kita berpandangan bahawa melalui laporan Utusan Malaysia tersebut, UMNO kini telah memulakan kempen pelampau agama demi mengekalkan kedudukan mereka. Sesungguhnya, sekiranya pendekatan ini diteruskan Negara yang dicintai ini akan berada di ambang krisis yang besar. Adalah amat mengaibkan, selepas diamanahkan mengurus Negara selama 54 tahun, demi mengekalkan kuasa, UMNO terpaksa menggunakan pendekatan lapok ini, dengan menjadikan orang Melayu berada dalam keliru dan bingung. Sikap ini juga akan menjadikan masyarakat bukan Islam menjadi tersepit dan cemas. Akibatnya, perhubungan diantara rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama ini akan menjadi tegang. Apakah agenda tersembunyi UMNO dengan sengaja menimbulkan polemik ini? KEADILAN berpandangan bahawa dengan sikap yang diperagakan ini, nyatalah UMNO telah begitu terdesak dan bengkrap dalam menarik sokongan rakyat Malaysia seluruhnya, sehingga terpaksa memperalatkan pandangan seperti ini sebagai alat propaganda politik murahan. Jelas dan nyata, UMNO tidak layak lagi diamanahkan mengurus Negara selepas PRU ke 13 nanti, kerana telah kehilangan arah, hilang kawalan diri dan tandus formula mengemudi rakyat kearah kegemilangan masa depan. Wallahu?lam. Dr Muhammad Nur Manuty |
Tender Semula NFC: Umumkan Syarat Dan Butiran Perjanjian Posted: 15 Aug 2012 11:05 AM PDT Saya memandang berat kenyataan yang dibuat Dato' Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 13 Ogos 2012 bahawa proses tender semula NFC sedang berjalan memandangkan kekusutan dan liabiliti kewangan membabitkan NFCorp yang dimiliki keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil masih belum diselesaikan. Sehingga kini, Dato' Seri Najib Tun Razak masih belum mengesahkan perkara-perkara berikut: 1. Bahawa pembekuan aset yang diumumkan pada 14 Januari 2012 dahulu telah berjaya mengutip kembali semua perbelanjaan yang melanggar tujuan asal pemberian dana oleh kerajaan dari NFCorp, termasuklah memindahmilikkan aset-aset kondominium yang dibeli; 2. Dapatan dari audit oleh sebuah pasukan audit bebas yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga kini masih belum dibentangkan kepada rakyat; 3. Bahawa NFCorp akan membayar setiap satu sen dari RM250 juta dana rakyat yang digunakan sebelum ini apabila projek tersebut diberikan kepada kontraktor baru yang dilantik kerajaan. Adalah menjadi tanggungjawab ketiga-tiga orang menteri, iaitu Dato' Seri Najib Tun Razak (sebagai individu yang mempengerusikan jawatankuasa tender yang menganugerahkan kontrak kepada NFCorp), Tan Sri Muhyiddin Yassin (sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika itu) dan Dato' Seri Noh Omar (sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika skandal dibongkar) untuk mendapatkan jaminan peribadi (personal guarantee) setiap anggota keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil bahawa dana awam RM250 juta akan dikembalikan sepenuhnya. Melalui jaminan peribadi ini, sekiranya mereka gagal membayar dana awam RM250 juta itu apabila lantikan mereka sebagai kontraktor kepada projek ini ditamatkan, maka kerajaan wajarlah menyita apa-apa harta mereka untuk membayar balik dana tersebut. Saya tidak yakin bahawa ketiga-tiga menteri terbabit komited untuk mengutip kembali dana awam tersebut melihatkan tindakan mereka selama ini yang berdolak-dalih. Oleh sebab itu, saya berpendapat tindakan menjalankan proses tender kali kedua untuk melantik kontraktor baru adalah satu muslihat untuk melupuskan hutang NFCorp sebanyak RM250 juta tanpa disedari oleh rakyat Malaysia melalui satu lantikan kontraktor baru. Saya menyeru Dato' Seri Najib Tun Razak mengesahkan perkara-perkara berikut: 1. Bahawa tidak akan ada sebarang hutang NFCorp yang akan dilupuskan dan NFCorp perlu membayar sepenuhnya RM250 juta melalui jaminan peribadi; 2. Bahawa tidak akan ada suntikan dana baru ke dalam projek NFC ini walaupun kontraktor baru dilantik kerana dana sedia ada sebanyak RM250 juta perlu digunakan dan diperolehi dari NFCorp terlebih dahulu; dan 3. Bahawa tidak ada sebarang lantikan baru akan dibuat sehinggalah dana RM250 juta dikutip sepenuhnya. Kegagalan Dato' Seri Najib Tun Razak melaksanakan ketiga-tiga perkara ini mengukuhkan lagi pandangan rakyat bahawa Umno/Barisan Nasional cuba sedaya upaya melindungi Dato' Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya. RAFIZI RAMLI |
Jawatankuasa Pemantauan SYABAS Akan Keluarkan Kenyataan Akhbar Harian Status Terkini Isu Air Posted: 15 Aug 2012 11:02 AM PDT Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang ditubuhkan Kerajaan Selangor dan dipengerusikan oleh Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri akan mengeluarkan kenyataan akhbar setiap hari selepas selesai mengadakan mesyuarat harian dengan pengurusan SYABAS. Langkah ini bertujuan memaklumkan perkembangan terkini tentang status pembekalan dan perkhidmatan air kepada seluruh rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Cara ini juga membuktikan Kerajaan Selangor sangat telus dalam menangani isu pembekalan air demi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan setimpal dengan kadar tarif air yang dibayar. Kerajaan Selangor komited untuk mengambil alih syarikat konsesi menerusi kaedah penyusunan semula yang merupakan jalan terbaik untuk menguruskan industri perkhidmatan air di Selangor dan Lembah Klang. |
KEADILAN Jelajah Seluruh Negara Sebar Kempen ‘Turunkan Harga Kereta’ Posted: 15 Aug 2012 11:00 AM PDT KEADILAN akan menjelajah ke seluruh negara bermula 24 Ogos ini bagi mengedar pelekat kenderaan kepada pengguna jalan raya sempena kempen 'Turunkan Harga Kereta' dalam usaha menerangkan kepada rakyat berhubung mekanisme menurunkan harga kereta. Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, penjelajahan itu akan dimulakan dengan edaran pelekat kereta dengan slogan 'Turunkan Harga Kereta' pada Jumaat ini di Plaza Tol Jalan Duta dan Karak, manakala Sabtu di Plaza Tol Sungai Besi. Menurut beliau, bermula 2 September, forum 'Turunkan Harga Kereta' di sekitar Lembah Klang termasuk Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Alor Setar, Kuching dan Kota Kinabalu melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat turut diadakan. "KEADILAN yakin desakan menurunkan harga kereta adalah tuntutan yang disokong sebahagian besar rakyat Malaysia," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini. Justeru, beliau mengajak rakyat Malaysia membantu mempromosi kempen dengan mengguna logo Turunkan Harga Kereta' di facebook dan twitter. Nik Nazmi berkata, sebanyak 50,000 pelekat dicetak dan KEADILAN turut melancarkan laman facebook kempen beralamat diwww.facebook.com/turunkanhargakereta. "Selepas cuti raya Aidilfitri, pelekat kereta ini akan dicetak dan diagihkan ke seluruh negara melalui pejabat KEADILAN tempatan. "Logo kempen yang dipilih tidak melambangkan unsur politik. Rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan kepercayaan politik boleh bersatu dan bersetuju. Masanya telah tiba untuk memastikan harga kereta di Malaysia tidak membebankan rakyat," katanya. Turut memeriahkan kempen ialah kehadiran jentera gerak kerja, iaitu sebuah kereta Proton Tiara berusia 15 tahun yang menjadi kereta rasmi program jelajah sumbangan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin. "Kempen ini dibuat sempena balik kampung. Kita akan ke tempat awam dan kempen ini akan menjadi gelombang besar selepas hari raya," kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin, yang juga pengerak kempen. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan