Isnin, 16 Julai 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Rakyat Selangor Bakal Hilang Air Percuma Sekiranya Projek Langat 2 Diteruskan

Posted: 16 Jul 2012 05:26 AM PDT

KENYATAAN MEDIA
YB DR. XAVIER JAYAKUMAR
EXCO NEGERI SELANGOR

Isu Air Di Selangor : Rakyat Selangor bakal hilang Air Percuma Sekiranya Projek Langat 2 Diteruskan

Saya ingin mengulas kenyataan Datuk Noh Omar, Menteri Pertanian Asas Tani merangkap Timbalan Pengerusi UMNO Selangor  yang mengatakan bahawa rakyat Selangor akan terus diberikan air percuma sekiranya Barisan Nasional berjaya merampas Selangor dalam PRU 13 yang akan datang.

Saya ingin menegaskan bahawa kenyataan Noh Omar itu tidak berasas dan merupakan retorik politik berdasarkan beberapa fakta :-

1) Kos penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor dan Pembinaan Loji Langat 2 adalah bernilai RM8.65 Bilion. Selain dari itu Kerajaan Negeri juga terpaksa membayar RM60 juta 'royalti air' setiap tahun kepada Pahang bagi air mentah tersebut .

2) Walaupun dana keseluruhannya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan tetapi sumber dana tersebut diperolehi dari pinjaman dari Japan International Cooperation Agency (J.I.C.A) dari Negara Jepun.

3) Bagi membayar bagi kos projek, kerajaan Pusat (melalui pembekal dan pengedar air tunggalnya, iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tiada pilihan lagi melainkan mengenakan kadar tariff (harga air) yang tinggi kepada pengguna iaitu rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.
(Kita menjangkakan bahawa harga akan akan meningkat sehingga 70% selepas Loji Langat 2 siap sepenuhnya  dijangka pada tahun 2014)

4)  Sekiranya kenaikan air tersebut berlaku dimana rasionalnya untuk memberikan  20 meter padu Air Percuma kepada rakyat Selangor dan pengguna-pengguna yang lain.

5) Harus juga diingat bahawa Syabas adalah sebuah syarikat korporat swasta yang berorientasi 'keuntungan' (Profit making company) dan kita tidak nampak Syabas mampu mengorbankan keuntungannya bagi tujuan tersebut.

6) Syabas juga dilaporkan menanggung hutang bernilai RM2.8 bilion kepada operator loji rawatan air dan dalam keadaan kewangannya yang meruncing ini maka adalah sukar untuk Syabas memberikan Air Percuma.

7) Harus diingat bahawa rekod kami menunjukkan bahawa kerajaan Negeri membelanjakan RM144 juta setahun bagi pemberian 20 meter padu Air Percuma kepada Rakyat Selangor .

Jadi berdasarkan fakta-fakta di atas jelaslah Noh Omar hanya bercakap kosong, sekadar menabur gula-gula politik bagi mengaburi mata rakyat Selangor.

YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor


Tarikh : Isnin 16 Julai, 2012

'Buku Jingga Wanita' Janji Suri Rumah RM50 Sebulan

Posted: 16 Jul 2012 02:00 AM PDT

Wanita Pakatan Rakyat melancarkan Agenda Wanita Malaysia (AWM) - ala Buku Jingga - yang memperuntukkan pelan pembangunan "mengangkat martabat Wanita" melibatkan kos lebih RM5 bilion jika berjaya menawan Putrajaya.

Ia antaranya memperkenalkan Caruman Wanita Nasional RM50 bulanan kepada suri rumah dan caruman antara RM10 hingga RM100 oleh suami kepada isteri sebagai simpanan hari tua, perubatan dan tabung bantuan musibah.

"Pakatan berhasrat memperkenalkan Caruman Wanita Nasional khusus sebagai pengiktirafan terhadap peranan wanita dalam masyarakat.

"Kita mempercayai bahawa bantuan jika diberikan tidak boleh berbentuk sekali sekala, tetapi bantuan perlu bersifat membina dan berterusan," kata Ketua Wanita DAP Chong Eng.

Perkara lain yang ingin dilaksanakan, Penubuhan Sokongan Wanita Bersepadu (PADU) di peringkat nasional dan menubuhkan Pusat Wanita Berdaya untuk menggerakkan latihan dan ilmu kepada kumpulan wanita.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, Chong berkata, Majlis Pimpinan Wanita Pakatan - yang tubuhkan hari ini - turut bersetuju untuk menubuhkan satu suruhanjaya.

Ia bertujuan menangani masalah keganasan rumah tangga dan seksual terhadap wanita, sekiranya berkuasa, tambahnya.

Turut hadir dalam sidang media itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, exco kerajaan Selangor Teresa Kok, Ketua Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof,

Sementara itu, Zuraida berkata, risalah terbaru Wanita Pakatan itu akan dicetak 9,000 naskhah dan dibahagikan kepada setiap parti gabungan Pakatan untuk diedarkan.

Katanya lagi, Wanita Pakatan juga akan mengadakan siri jelajah untuk memberi penjelasan kepada rakyat selepas pelancaran rasmi agenda tersebut pada 3 September depan di Selangor.

Sumber: Malaysiakini

MB Cadang Ambil Alih Operasi SYABAS

Posted: 16 Jul 2012 01:30 AM PDT

SHAH ALAM, 16 JUL : Ekoran krisis air yang sengaja ditimbulkan bagi menakutkan rakyat, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri mempunyai hak untuk mengambil alih pengurusan operasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah Kerajaan Pusat tidak memberi sebarang maklumbalas terhadap dua surat yang dihantar Kerajaan Negeri pada 19 Disember 2008 dan 21 Januari 2011 untuk membatalkan perjanjian konsesi tersebut.

Menurutnya, tindakan itu dibuat menggunakan kuasa di bawah Klausa 32 dalam perjanjian konsesi.

Menteri Besar juga memaklumkan beliau sudah menulis surat kepada Kerajaan Pusat dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) bagi mencari penyelesaian masalah ini.

Abdul Khalid menjangkakan keputusan dari Kerajaan Pusat akan diumumkan pada minggu depan.

"Sekiranya Kerajaan Pusat pentingkan keperluan rakyat Selangor, maka mereka akan menerima keputusan Kerajaan Negeri," katanya dalam sidang media di SUK hari ini.

Jelasnya, tindakan mahkamah terhadap Kerajaan Pusat akan diambil sekiranya mereka masih berdegil untuk tidak membenarkan Kerajaan Negeri mengambil alih penstrukturan semula industri air di negeri ini.

Dalam sidang media sama, Abdul Khalid turut mendedahkan laporan awal audit yang mendapati Syabas gagal melaksanakan kerja-kerja capex (capital expenditure) mereka dengan baik.

"Ini jelas ditunjukkan apabila Syabas setakat bulan April 2012, mempunyai tanggungan jumlah tertunggak kepada operator rawatan air dianggarkan sebanyak RM2.8 bilion. Syabas juga gagal menurunkan kadar air tidak terhasil (non-revenue water) kepada 20%," katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau memutuskan untuk meminta Setiausaha Kerajaan Negeri bersama Pengawal Selia Air Negeri untuk memantau perkhidmatan air oleh Syabas.

Katanya, jawatankuasa ini akan meminta Syabas memberi laporan harian untuk menerangkan kedudukan air semasa.

"Konsortium Abbas juga akan diminta menyertai jawatakuasa ini yang mana syarikat itu akan memanggil pakar bebas yang berpengalaman semasa krisis air 1998 untuk memantau kesahihan laporan dan maklumat oleh Syabas.

"Masalah kekurangan air tidak sepatutnya berlaku dan Kerajaan Negeri meragui pengumuman cadangan catuan air oleh Syabas kerana Pengawal Selia Air Negeri dan Ahli Lembaga Pengarah Syabas tidak dimaklumkan.

"Kerajaan negeri juga akan meneruskan usaha mencari sumber air alternatif seperti air tanah dan menambah baik kapisiti loji rawatan air sedia ada dengan mengguna pakai teknologi terkini," ujarnya.

Syabas sebelum ini memaklumkan akan menghantar kertas cadangan kepada Span bagi melaksanakan program catuan air di Kuala Lumpur, Klang dan Hulu Langat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ruslan Hassan berkata, cadangan itu akan dikemukakan minggu depan dalam usaha mengurangkan masalah pengguna di tiga kawasan terbabit yang didakwa berdepan krisis air serius.


Sumber: Selangorku

Sepetang Bersama Wanita Kota Raja Dalam Program Bengkel Kreatif

Posted: 15 Jul 2012 08:45 AM PDT

Kampung Jawa, 15 Julai 2012 - Program Bengkel Kreatif untuk Wanita Kota Raja telah diadakan pada petang ini di Dewan Orang Ramai Kampung Jawa.

Program yang dianjurkan Wanita Kota Raja dan Pejabat ADUN Seri Andalas, YB Dr Xavier Jayakumar dan diselaraskan Puan Norhayati ini bermula dari jam 2 petang hingga 5.30 petang.

Hadir bersama-sama dalam program ini adalah YB Dr Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

Aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah menggubah bunga, membalut hamper dan menganyam ketupat. Aktiviti melukis untuk kanak-kanak turut diadakan.

Para hadirin juga didedahkan dengan program-program Kerajaan Negeri Selangor terutamanya yang dapat membantu golongan wanita untuk terus maju.

Program berakhir pada jam 5.30 petang dengan jamuan teh.




















Gotong-royong di Hulubalang

Posted: 15 Jul 2012 08:15 AM PDT

Klang, 15 Julai 2012 - Aktiviti gotong-royong turut diadakan di sekitar kawasan Hulubalang. Pembersihan kawasan perumahan termasuk mencuci longkang turut dibuat bagi mengelakkan nyamuk aedes daripada membiak.

Penduduk disitu turut meminta YB Dr Xavier Jayakumar supaya dapat memberi bantuan membina pagar disebabkan kejadian motor sering berlaku.

Aktiviti gotong-royong diakhiri dengan sedikit jamuan ringan.

Aktiviti Gotong-royong di ShahBandaraya

Posted: 15 Jul 2012 08:00 AM PDT

Klang, 15 Julai 2012 - Bagi menjamin kawasan persekitaran sentiasa bersih dan bebas penyakit, aktiviti gotong-royong sentiasa diadakan didalam DUN Seri Andalas. 

Pada hari ini, YB Dr Xavier Jayakumar turun padang bersama-sama orang ramai untuk kerja-kerja pembersihan di ShahBandaraya.

Dua Warga Emas Terima Sumbangan Kerusi Roda Pada Program Titian Silaturrahim

Posted: 15 Jul 2012 07:30 AM PDT

Kampung Jawa, 15 Julai 2012 - Satu majlis titian silaturrahim bersempena dengan menjelangnya bulan Ramadhan telah dianjurkan oleh Ketua Kampung, Tuan Haji Ismail dan Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung, Kg Jawa telah diadakan pada pagi ini.

Majlis yang bermula pada pukul 9 pagi ini telah dihadiri oleh YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas serta YB Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja.

Dalam majlis tersebut, sumbangan keperluan sempena Ramadhan telah diberikan. YB Dr Xavier Jayakumar turut menyerahkan dua buah kerusi roda kepada dua orang warga emas.











Tiada ulasan:

Nuffnang