:: cina islam | 2011 :: |
- Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a
- Ahlan Ya Ramadan Karim
- Penyakit Kita 3 serangkai boleh dirawat sendiri
- MAJIKAN & PEKERJA BERINOVATIF PENGGERAK TRANSFORMASI KKP
- Jalan Kampung Perlu Dinaiktaraf serta Masalah Penduduk Yang Masih Memerlukan Bantuan
- Peniaga Kecil Melayu/Bumiputera Ditekan dengan Peraturan Baru MBM
- Samseng upahan ganggu ceramah Anwar ditangkap
- Fahami Konsep ketaatan kepada pemimpin
- Awang Adek perlu bersih nama
- Umno itu sudah terlalu fakir dalam perjuangan
- OKU pohon semua masjid ada RAM
- Kes Yasser: Suha saman
- Koperal kecewa gaji rendah
- Umno gerun hadapi fenomena sertai PAS
- 50 murid cirit birit dan muntah selepas makan nasi goreng
- Tuduh Pemuda PAS menipu: Umno dituntut penjelasan
- 'Buku Jingga Wanita' janji RM50 sebulan untuk suri rumah
Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Posted: 16 Jul 2012 01:51 AM PDT 26 Syaaban 1433H. [MOD] - Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t. Semoga diberi taufiq dan hidayah untuk kita memiliki kesemua sifat-sifat tersebut amiin… |
Posted: 16 Jul 2012 01:42 AM PDT 26 Syaaban 1433H. [MOD] - Ramadan datang lagi menemui orang-orang yang beriman dengan menjanjikan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Sebenarnya sebagai seorang mukmin yang rindukan Ramadan, mereka sudah mula menunggu kedatangannya sejak bulan Rejab lagi. Malah mereka mengharapkannya dalam doa mereka agar sempat bersama Ramadan sehingga akhirnya. Sebuah hadis daripada Anas bin Malik menyebut: عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا دَخَلَ رَجَبٌ ، قَالَ : " اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ " . Maksudnya: Daripada Anas bin Malik r.a bahawa nabi SAW ketika masuk bulan Rejab berdoa: "Ya Allah berkati kami pada Rejab dan Syaaban dan sampaikan kami ke Ramadan." (Riwayat Tabarani) Persoalan sekarang, bagaimana pula dengan mereka yang tidak pernah rindukan Ramadan? Hal ini kerana pada mereka datang Ramadan atau tidak, sama sahaja, malah ada yang rasa susah dengan kedatangannya. Ertinya mereka tidak gembira dengan kedatangan Ramadan. Bolehkah mereka berpuasa Ramadan nanti dalam keadaan itu? Ibadah setahun sekali ini tidak menjanjikan kepada kita bahawa setiap orang akan bertemu. Hal ini kerana umur kita bukan kita yang menentukannya. Ramai juga boleh berpuasa pada tahun lalu, puasa kali ini tidak bersama kita lagi. Malah ada yang sedang menunggu pada tahun ini pun belum tentu sempat berpuasa pada hari pertama. Oleh sebab itu peluang yang Allah berikan ini tidak harus disia-siakan. Sebaiknya mulai bulan Rejab lagi mereka akan berpuasa sebagai persiapan awal sekali gus melatih untuk lebih maju ke hadapan. Malah mereka harus membuat persiapan untuk bertemu bulan Ramadan seperti berikut: 1. Bersihkan hati daripada sifat tidak ikhlas. 2. Banyakkan puasa sunat terutama puasa Syaaban. 3. Banyakkan ibadah sunat seperti solat sunat, baca al-Quran dan bersedekah. 4. Belajar tentang hukum hakam puasa, iaitu tentang sah batal dan seumpamanya. 5. Berdoa supaya kita dapat sampai ke Ramadan dan dapat melakukan puasa dengan sempurna. Seterusnya menjelang Ramadan, kita perlu berazam untuk melakukan puasa bagi memenuhi tawaran Allah dan Rasul-Nya iaitu diampunkan dosa mana-mana yang terdahulu. Tawaran ini terdapat dalam hadis berikut: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ" : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ ، وَلَوْ عَلِمْتُمْ مَا فِي فَضْلِ رَمَضَانَ لَتَمَنَّيْتُمْ أَنْ يَكُونَ سَنَةً ". Daripada Abi Hurairah dia berkata sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa dengan penuh rasa keimanan dan penuh rasa keinsafan, diampunkan dosanya mana-mana yang terdahulu. Dan kalau kamu tahu kelebihan Ramadan nescaya kamu mengharapkan Ramadan itu setahun." (Riwayat al-Rabi' bin Habib) Dalam hadis yang lain juga daripada Abu Hurairah r.a baginda bersabada: مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ Maksudnya: "Sesiapa yang mendirikan malam Ramadan dengan penuh rasa keimanan dan penuh rasa keinsafan, diampunkan dosanya mana-mana yang terdahulu." (Muttafa' Alaih) Hadis seterusnya berbunyi: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ" :مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ ". Daripada Abu Hurairah sesungguhnya dia berkata, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang mendirikan Lailatulqadar dengan penuh rasa keimanan dan penuh rasa keinsafan, diampunkan dosanya mana-mana yang terdahulu." (Riwayat Ahmad) Berdasarkan hadis di atas, pembaca perlu mengambil perhatian serius bagaimana menghidupkan Ramadan sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya. Yang penting di sini, tawaran beroleh keampunan Allah mana-mana dosa yang terdahulu, harus disahut dengan sebaiknya kerana syaratnya amat mudah; puasa dengan penuh keimanan; dan puasa dengan penuh keinsafan. Berpuasa dengan penuh keimanan bermaksud, puasa semata-mata kerana yakin kepada Allah dan rukun iman yang lain. Maka kerana yakin, mereka tidak sanggup menipu dalam berpuasa. Ternyata syarat ini ramai yang berjaya walaupun ramai juga yang berpuasa kerana takut kepada undang-undang dan malu kepada kawan-kawan. Ada juga yang berpuasa kerana isteri suruh atau bapa mentua suruh atau bos suruh. Manakala syarat kedua, berpuasa dengan penuh keinsafan ramai yang gagal. Hal ini kerana ramai yang berpuasa, tapi kekal sifat sombongnya. Mereka tidak dapat rasa benar-benar sebagai hamba Allah. Mereka berpuasa tetapi tidak rasakan puasa ini boleh mendidik jiwanya. Dan mereka berpuasa tidak dapat rasakan bahawa dengan puasa ini boleh meninggikan maruah Islam dan umatnya. Dan kalaupun mereka bersimpati kepada orang susah, miskin sekadar mengharapkan pahala yang berganda. Mereka gagal dalam hal ini mungkin kerana hadis di atas gagal difahamkan mesej sebenar. "Ihtisaban" dalam hadis di atas selalu difahamkan sebagai mengharap pahala, lalu kerana itu mereka berpuasa kerana hendakkan pahala. Mengapa kita mengharapkan pahala sedangkan Allah sudah tawarkan yang lebih besar iaitu pengampunan? Semoga selepas ini kita dapat betulkan semula bagaimana kita seharusnya berpuasa dalam bulan Ramadan. Selamat menjalani ibadah Ramadan Karim, kulu ammin wa antum bilkhair Fikrah Islamiah |
Penyakit Kita 3 serangkai boleh dirawat sendiri Posted: 16 Jul 2012 01:33 AM PDT 26 Syaaban 1433H. [MOD] - Anda tahu penyakit tiga serangkai? Penyakit ini dulu-dulunya dikenali dengan penyakit orang kaya-kaya. Tetapi sekarang penyakit itu sudah tidak memilih bulu, bahkan kanak-kanak juga ada yang terkena penyakit itu. Tahukah anda mengapa semua itu boleh berlaku dan bagai cara mengatasinya? Sebenarnya penyakit ini apabila singgah pada seseorang, doktor tidak boleh memberi jaminan untuk sembuh. Apa yang boleh dilakukan ialah sekadar memberi ubat untuk bertahan sahaja. Lazimnya mereka akan makan ubat itu sehingga akhir hayatnya. Walau bagaimanapun hasil tinjauan, pemerhatian, pembacaan dan keterangan doktor, saya dapati ada isu yang boleh diperhalusi. Dalam hal ini saya simpulkan begini; ketiga-tiga penyakit itu adalah diundang sendiri oleh ampunya diri, lalu kerana itu dia sendirilah yang perlu menolaknya. Adapun ubat-ubatan yang dimakan hanya sebagai usaha luaran yang tidak banyak membantu ke arah penyembuhan. Di sini saya perturunkan hasil kajian saya supaya dengan itu anda dapat merawatnya sendiri dengan izin Allah. Bil Penyakit Punca Rawatan 1Kencing manis Pemakanan yang tidak mengikut sistem yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul lalu jadilah makanan itu tidak seimbang. Gula berlebihan dalam badan bukan kerana banyak guna gula, tetapi kerana saluran dan fungsi tubuh badan yang tidak lagi mengikut sistem yang betul. 1.Makan dan minum mengikut sunnah iaitu 1/3 untuk udara, 1/3 untuk makanan dan 1/3 untuk air. 2.Seterusnya makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. 3.Makanan yang seimbang diperlukan seseorang terdiri dari karbohidrat, lemak, dan protein yang darinya mengumpulkan 2000 kalori sehari. 2Darah tinggi Sikap dan tindakan manusia dalam kehidupan yang mudah stress, cepat marah orang, suka sangka buruk kepada orang lain, dan suka hasad dengki atas kejayaan orang lain. Hakikatnya dia tidak redha dengan ketentuan Allah ke atas dirinya dan orang lain. 1.Jangan stress maka apa yang berlaku diserahkan kepada Allah dan fikirkan positif yang pastinya ada hikmahnya. 2.Jangan cepat marahkan orang, sebaliknya nilai diri; mungkin kita yang bersalah. Setelah itu mintalah maaf. 3.Jangan sangka buruk sebaliknya bersangka baik apa yang kita lihat tidak sesuai dengan kita. 4.Jangan dengki dengan kejayaan orang lain sebaliknya kongsikan kegembiraan dengan kejayaannya. 3 Jantung Ibadah terutama solat yang dilakukan untuk Allah tidak menepati kehendak Allah dan Rasul. Cara berdiri, rukuk, duduk dan sujud yang betul boleh mencantikkan jantung. Begitu juga dengan puasa, cara sahur, tidur, solat sunat dan cara berbuka puasa yang betul boleh mengaktifkan jantung. 1.Belajarlah solat cara Rasulullah. 2.Belajarlah cara puasa, sahur, imsak, berbuka puasa dengan yang betul. 3.Belajarlah cara zikir dengan betul. Mungkin anda yang membaca artikel ini rasa tidak logik kerana tidak ada bukti saintifik dan tidak disokong oleh mana-mana doktor. Tidak mengapa, kalau tidak mahu mempercayainya. Malah kalau anda menentangnya saya tidak berkecil hati. Tetapi kalau anda cuba kaitkan apa yang ditulis dengan ciptaan Allah, anda akan lihat betapa semua yang terjadi di dunia ini sangat bersangkut paut dengan takdir Allah. Allah menciptakan manusia tentu Allah tahu yang terbaik untuk manusia lalu disediakan panduan dan peraturan. Jadi, kalau manusia tidak mengikutnya pasti akan menerima akibat yang buruk. Bandingannya samalah kalau kita milik sebuah kerata, manual yang disediakan untuk memudahkan kita mengendalikan kereta itu. Sebagai contoh, had kelajuan, tempoh servis dan tempoh masa kegunaan sesuatu alat dalaman. Kalau kita tidak mematuhinya pasti pendek hayat kereta itu. Kalau anda percaya dengan kajian saya dan bersetuju dengan punca dan cara merawatnya, cubalah dengan hati yang ikhlas. Nanti Allah akan kembalikan kesihatan anda kepada yang sebaiknya. Selamat mencuba. Fikrah Islamiah/- |
MAJIKAN & PEKERJA BERINOVATIF PENGGERAK TRANSFORMASI KKP Posted: 16 Jul 2012 12:52 AM PDT 26 Syaaban 1433H. [MOD] - الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ، اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً، وَهُوَ الْعَزِيْزُ الْغَفُوْرُ. اَشْهَدُ اَنْ لآ ِالَـهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلـِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، إِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. Muslimin yang di Rahmati Allah, Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa iaitu melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat. Muslimin yang di Rahmati Allah, Hidup adalah anugerah Allah s.w.t. Manusia hidup di dunia yang sementara, di mana akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi. Manakala, kerja merupakan tanggungjawab dan amanah. Kerja hendaklah dengan niat kerana Allah semata-mata kerana ianya adalah satu ibadah untuk bekalan di akhirat kelak. Dalam al-Quran diterangkan bahawa Allah SWT menciptakan manusia dan jin adalah untuk beribadah dan menjadi hamba Allah iaitu menguruskan dunia ini dengan sebaik mungkin mengikut standard peraturan yang ditetapkan-Nya. Sebagai pekerja Allah di atas dunia ini samada bekerja dengan kerajaan, swasta dan bekerja sendiri, Kita mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Persekitaran kerja yang selamat perlu dihayati dan diamalkan. Islam menegaskan supaya kita melakukan sesuatu kerja dengan cara selamat dan sihat dan tidak melakukan kerosakan di muka bumi ini. Muslimin yang di rahmati Allah, Islam memerintahkan kita melakukan sesuatu kerja dengan cara yang sebaik-baiknya dengan mengutamakan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Seperti firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 195 berbunyi ; وَأَنفِقُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا تُلْقُوا۟ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى ٱلتَّهْلُكَةِ ۛ وَأَحْسِنُوٓا۟ ۛ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُحْسِنِينَ ﴿١٩٥﴾ Maksudnya : "Dan belanjakanlah apa yang ada pada kamu untuk menegakkan agama Allah dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan. Perbaikilah segala usaha dan perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha supaya banyak amalannya". Dengan membudayakan amalan kerja selamat dan sihat, sekaligus memelihara dan melindungi nyawa manusia agar kehidupannya dapat diteruskan sebagai hamba Allah SWT. Akan tetapi sekiranya nyawa tidak dipelihara maka akan terjadilah kebinasaan dan kerosakan dan seterusnya membawa kepada kematian yang sia-sia. Firman Allah SWT dalam surah al- Nahl ayat 70: وَٱللَّهُ خَلَقَكُمْ ثُمَّ يَتَوَفَّىٰكُمْ ۚ وَمِنكُم مَّن يُرَدُّ إِلَىٰٓ أَرْذَلِ ٱلْعُمُرِ لِكَىْ لَا يَعْلَمَ بَعْدَ عِلْمٍۢ شَيْـًٔا ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌۭ قَدِيرٌۭ ﴿٧٠﴾ Maksudnya: " Dan Allah yang menciptakan kamu; kemudian Ia mewafatkan kamu; dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah sehingga menjadilah ia lupa akan sesuatu yang telah diketahuinya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. " Oleh yang demikian kita patut bersyukur atas nikmat yang Allah SWT kurniakan ke atas kita melalui nyawa yang diberikannya dan dengan nyawa itulah kita dapat menikmati indahnya kehidupan, keindahan alam dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah SWT kepada kita. Muslimin yang di rahmati Allah, Kerja merupakan tanggungjawab dan amanah. Manusia perlu bekerja untuk menyara diri dan keluarga. Bukan itu sahaja, ianya adalah tanggungjawab untuk memajukan dunia. Kualiti pekerjaan dalam memberi perkhidmatan berinovatif sebagai penggerak transformasi KKP dapat memuaskan kepada dua pelanggan iaitu Allah SWT dan manusia sekaligus menyempurnakan amanah terhadap diri, ahli keluarga, sesama makhluk dan terhadap Pencipta. Kehidupan kerja selamat perlu dihayati dan diamalkan. Pekerja perlu tahu punca dan akibat kemalangan. Di mana, kemalangan yang berlaku di tempat kerja adalah berkaitan dengan pengabaian keselamatan dan kecuaian pekerja itu sendiri sehingga mengakibatkan kematian, kecacatan dan kecederaan. Bukan itu sahaja, aspek kesihatan di tempat kerja juga perlu di hayati dan diamalkan di mana pekerja yang terdedah kepada risiko-risiko bahaya yang mengancam kesihatan mereka di mana kesannya hanya akan dapat dilihat dalam jangka masa yang panjang iaitu setelah pekerja itu bersara. Firman Allah SWT dalam surah al-Qasas ayat 77: وَٱبْتَغِ فِيمَآ ءَاتَىٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلْءَاخِرَةَ ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ ٱلدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِن كَمَآ أَحْسَنَ ٱللَّهُ إِلَيْكَ ۖ وَلَا تَبْغِ ٱلْفَسَادَ فِى ٱلْأَرْضِ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلْمُفْسِدِينَ ﴿٧٧﴾ Maksudnya: " Dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu; dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan". Ketika mengulas perkara yang sama mengenai kecemerlangan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan, Rasulullah SAW bersabda: Mafhumnya: "Sesungguhnya Allah azza wajalla sangat suka (bahkan cinta) jika seseorang daripada kamu, apabila melakukan kerja, maka dia bekerja dengan tekun." (Riwayat Baihaqi) Muslimin yang di rahmati Allah, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di bawah Kementerian Sumber Manusia adalah satu agensi kerajaan yang bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan para pekerja terjamin. Tema pada tahun ini amat lengkap di mana penglibatan majikan dan pekerja perlu seiring untuk mencapai amalan Budaya Kerja Selamat dan Sihat. Bagi membolehkan seseorang itu bekerja dengan selamat, tempat kerja mestilah bebas dari terdedah kepada bahaya, ia perlu dikenalpasti dan langkah kawalan atau pencegahan hendaklah dilaksanakan. Disamping memastikan semua pekerja diberi pengetahuan, kemahiran dan maklumat yang sesuai untuk melakukan sesuatu kerja atau tugas dengan selamat. Sekiranya semua ini dapat dipraktikkan dengan berkesan, maka sudah pasti keselamatan di tempat kerja akan dapat dicapai dan pekerja dapat menjalani kehidupan dengan selamat dan sihat. Di antara matlamat sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, adalah untuk memberi kesedaran kepada majikan dan pekerja serta masyarakat umumnya, tentang keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan cara menerapkan semangat berpasukan dalam menyelesaikan permasalahan berkenaan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Dengan ini, dapat menghindar berlakunya kemalangan atau musibah yang tidak diingini di tempat kerja. Muslimin yang di rahmati Allah, Menurut data yang direkodkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), bilangan kes maut akibat kerja telah meningkat secara global. Adalah dianggarkan setiap tahun, seramai 2.3 juta pekerja maut akibat daripada kemalangan di tempat kerja dan penyakit pekerjaan manakala setiap tahun sebanyak 317 juta kes kemalangan berlaku di tempat kerja. Di Malaysia, Kerajaan sentiasa berusaha untuk mengurangkan kadar kemalangan dan penyakit pekerjaan di tempat kerja setanding dengan negara maju. Manakala, statistik tempatan yang dikumpulkan oleh Kementerian Sumber Manusia, sehingga 2011, kadar kemalangan di tempat kerja bagi seribu orang pekerja ialah 3.4. Berdasarkan kajian dan analisa ke atas kadar kemalangan tersebut, oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, didapati trend kadar kemalangan industri Negara mengalami satu penurunan yang stabil. Penurunan kadar kemalangan ini adalah dipercayai disebabkan oleh faktor peningkatan kesedaran dan amalan budaya kerja selamat dan sihat di kalangan majikan dan pekerja di Negara ini. Namun masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan agar kadar kemalangan ini sejajar dengan negara maju. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَات فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ. خطبة كدوا اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ : اَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ، وَإِن يَمْسَسْكَ ٱللَّهُ بِضُرٍّۢ فَلَا كَاشِفَ لَهُۥٓ إِلَّا هُوَ ۖ وَإِن يَمْسَسْكَ بِخَيْرٍۢ فَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ قَدِيرٌۭ ﴿١٧﴾ Maksudnya : " Dan jika Allah mengenakan (menimpa) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapapun yang dapat menghapusnya melainkan Dia sendiri dan jika ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.( Surah al-An'am ayat : 17) اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ. عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. Muslimin yang di rahmati Allah, Para pekerja perlu tahu yang mereka mesti bekerja di persekitaran selamat dan sihat supaya pengamalan kerja selamat dapat dihayati dengan sepenuhnya. Kerjasama semua pihak amatlah perlu di mana, para majikan dapat memainkan peranan dalam pengamalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Apa yang penting, aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlu dilihat daripada pelbagai dimensi, kerana setiap kerja yang dijalankan akan menimbulkan risiko dan bahaya kepada kesihatan. Kehidupan kerja selamat akan dapat diperolehi dengan beberapa kaedah iaitu bekerja mengikut prosedur kerja selamat serta patuh kepada peraturan keselamatan. Pekerja hendaklah peka dan patuh kepada peraturan keselamatan dan peraturan kerja yang berkaitan di tempat kerja. Pekerja hendaklah juga menjauhi perbuatan yang tidak selamat dan mengamalkan Budaya Kerja Selamat dan Sihat di tempat kerja. Maka, bersempena dengan sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara yang ditetapkan pada minggu ke 2 bulan Julai setiap tahun dan pada tahun ini ianya bermula pada 8 hingga 14 Julai dengan tema "Majikan & Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi KKP". Kerajaan melalui Majlis Negara Bagi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan di bawah Kementerian Sumber Manusia, merasakan tema ini amat bersesuaian dalam meningkatkan amalan kerja selamat di semua sektor industri. Penyataan tema tersebut menyentuh tentang tekad dan semangat yang perlu ada pada setiap majikan dan pekerja di Negara ini dalam menghadapi perubahan yang perlu demi memastikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan berada di tahap baru yang lebih memuaskan. Kehidupan yang berkualiti hanya dapat dinikmati apabila kita bekerja di dalam suasana yang selamat dan sihat. Untuk mewujudkan tempat kerja yang selamat dan sihat, para majikan dan pekerja perlu berperanan untuk mencegah, menghapuskan serta mengurus risiko yang terdapat di tempat kerja dan persekitarannya dengan baik. Muslimin yang di rahmati Allah, Marilah, sama-sama kita berusaha menghayati kehidupan kerja selamat dengan mengamalkan Budaya Kerja Selamat dan Sihat. Dengan semangat budaya kerja seumpama ini diharap dapat menjamin kesejahteraan ummah dan akan menggalakkan daya saing Negara di dalam dunia globalisasi yang serba mencabar ini. Mudah-mudahan kita semua diteguhkan pendirian untuk sentiasa mengamalkan sikap yang baik dan dijauhi serta dihindari dari segala malapetaka. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ. اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ . اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ. اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ. Ya Allah kurniakanlah sepenuhnya taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah. رَبَّنَا آتنِاَ فِيْ الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِيْ اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ. |
Jalan Kampung Perlu Dinaiktaraf serta Masalah Penduduk Yang Masih Memerlukan Bantuan Posted: 16 Jul 2012 12:35 AM PDT 26 Syaaban 1433H. [MOD] - BEKENU - Kampung Selanyau terletak dalam Kawasan Parlimen Sibuti. Sebuah perkampungan yang majoritinya adalah masyarakat kaum Kadayan. Kebanyakan mereka adalah petani dan ada juga yang bekerja dengan kerajaan dan syarikat swasta. Perjalanan dari bandaraya Miri ke Selanyau mengambil masa lebih kurang 50 minit. Baru-baru ini kita buat kunjungan ke kampung tersebut untuk meninjau keadaan kehidupan masyarakat disitu. Secara amnya penduduk disitu hidup dalam keadaan aman damai dan tiada sebarang gangguan dari pencemaran alam. Cuma ada beberapa masalah yang perlu diambil perhatian oleh pihak pemerintah iaitu masalah jalan kampung yang agak sempit dan juga beberapa kerosakan yang boleh mengakibatkan kemalangan sekiranya pengguna kenderaan atau penunggang motorsikal tidak memandu dengan cermat lebih-lebih lagi pada waktu malam. Mereka juga memohon agar dipasang lampu jalan kerana pada waktu malam jalan tersebut agak gelap. Mungkin selama ini penduduk kampung ada buat aduan tetapi tidak diambil peduli oleh pihak yang berkenaan dan mungkin ada sesetengah pihak beranggapan isu ini remeh temeh tetapi sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan sudah tentu ini akan merosakkan jalan tersebut dengan lebih teruk lagi. Sebelum sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku, mereka mengharap agar pihak kerajaan dapat menurap jalan tersebut serta membaiki jalan yang rosak dan lopak itu dengan segera. Disamping itu terdapat juga masalah keluarga yang memohon bantuan E-Kasih dan juga PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin) masih belum dapat ditunaikan oleh pihak yang menjaga hal-ehwal kebajikan masyarakat. Menurut salah seorang penduduk disitu, dia mengadu kepada pihak kami yang dia sudah 4 kali mengisi borang PPRT tetapi sehingga kini masih belum dapat jawaban yang memuaskan dari pihak yang berkenaan. Apabila diaju kepada pihak yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kebajikan masyarakat, jawaban mereka amat mengecewakan dimana kata pegawai bertugas disitu "Borang PPRT belum diterima atau mungkin tercicir, kena buat sekali lagi." Sudah 4 kali beliau memohon tetapi sehingga kini masih belum lagi menerima jawaban yang positif. Kita mendesak agar pihak kerajaan melaksanakan tugas dengan amanah, jujur dan adil kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik, kerana setiap mereka yang layak seharusnya diberi keutamaan bukan hanya diberi kepada mereka yang ada kepentingan politik atau kroni saja. Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak |
Peniaga Kecil Melayu/Bumiputera Ditekan dengan Peraturan Baru MBM Posted: 16 Jul 2012 12:08 AM PDT 26 Syaaban 1433H. [MOD] - MIRI: Peraturan baru Majlis Bandaraya Miri (MBM) untuk para peniaga di gerai Bazar Ramadan pada tahun ini sangat menyusahkan dan membebankan terutama sekali kepada para peniaga kecil yang kurang berkemampuan. Kami menerima banyak aduan dari pengusaha atau peniaga kecil tentang bayaran sewa gerai Bazar Ramadan sebanyak RM300 yang dikenakan untuk setiap gerai adalah terlalu mahal dan mereka mahu dikurangkan dengan harga yang berpatutan. Encik Kasim seorang penjual 'Burger' memberitahu pihak kami tentang masalah peraturan baru yang dikenakan kepada setiap peniaga yang hendak menjual di gerai Bazar Ramadhan mesti melakukan pemeriksaan kesihatan termasuk suntikan kesihatan untuk membolehkan mereka berniaga disitu. Menurutnya, Kos suntikan termasuk pemeriksaan kesihatan adalah terlalu tinggi boleh mencecah ratusan ringgit dan belum lagi terpaksa bayar sewa sebanyak RM300 untuk tapak gerai dan juga lain-lain kos, ini sudah tentu membebankan mereka yang kurang berkemampuan. Bulan ramadhan adalah bulan untuk menambah rezeki untuk para peniaga kecil Melayu/Bumiputera untuk menampung Kos serta belanja untuk persiapan Hari Raya Aidil Fitri. Dengan pendapatan tambahan ini sekurang-kurangnya dapat menampung Kos pembelanjaan seharian mereka. Sepatutnya pihak pemerintah atau pihak yang berkuasa mengambil berat masalah rakyat yang berpendapatan rendah, bukannya dengan menambahkan beban mereka dengan Kos tambahan yang melampau seperti mengenakan syarat-syarat ketat untuk berniaga. Memang niat pihak berkuasa untuk menjaga kebersihan dan kesihatan untuk para peniaga dan pengguna adalah baik tetapi tidak semestinya mengenakan caj yang melampau untuk menekan para peniaga kecil Melayu/Bumiputera yang kurang berkemampuan. Kita mendesak agar pihak kerajaan atau pihak MBM menarik balik peraturan yang membebankan para peniaga kecil tersebut. Kalau hendak laksanakan juga peraturan atau caj bayaran tersebut, pihak yang berkenaan sepatutnya mempertimbangkan atau kurangkan caj agar para peniaga kecil dapat sama-sama meneruskan perniagaan mereka pada bulan ramadhan tahun ini. Kerajaan sepatutnya meringankan bebanan rakyat bukannya menambahkan bebanan keatas peniaga dan juga pengguna semata-mata untuk menampung Kos perbelanjaan Negara. Kita harap pihak kerajaan mengambil perhatian serius terhadap masalah dan aduan rakyat ini sebelum ramadhan dengan mengambil tindakan sewajarnya. Pihak berkuasa seharusnya adil kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak |
Samseng upahan ganggu ceramah Anwar ditangkap Posted: 15 Jul 2012 11:58 PM PDT 26 Syaaban 1433H. [MOD] - SELALU sangat ceramah Pakatan Rakyat diganggu oleh samseng upahan terdiri daripada mat rempit yang menunggang motorsikal secara berkumpulan untuk membuat bising di kala ceramah berlangsung. Pernah sebelum ini samseng-samseng upahan seperti ini membaling mercun, melontar batu malah ada yang berani menyerang orang, contohnya kisah Samseng Jalan Kebun dulu rujuk sini [Ketua samseng]. Namun lain halnya dengan kisah salah seorang samseng upahan yang mengganggu ceramah Anwar Ibrahim di Langkawi semalam, apa punya malang nasib dia telah ditangkap kerana mengganggu ceramah. Difahamkan samseng itu nyaris-nyaris dipukul oleh orang ramai, mujur ada pihak yang menenangkan, kalau tidak memang jadi lempeng kena bedal. Bagaimanapun, samseng itu dikatakan mengaku telah diupah oleh parti lawan untuk menganggu ceramah Anwar Ibrahim, dia kemudiannya dihantar ke Balai Polis. Di bawah ini rakaman video ketika samseng upahan itu ditangkap. harakahdaily/- |
Fahami Konsep ketaatan kepada pemimpin Posted: 15 Jul 2012 11:44 PM PDT 26 Syaaban 1433H. [MOD] - Baru-baru ini berlangsung Seminar Fiqh Mentaati Pemimpin di Kuala Lumpur bagi membincangkan isu ketaatan kepada pemimpin sesebuah negara. Isu ini penting bagi menjelaskan konsep ketaatan kepada pemimpin agar umat tidak terbabas dalam memberi ketaatan kepada pemimpin. Sebenarnya ketaatan kepada pemimpin sering diperbincangkan dalam kuliah pengajian di masjid dan surau tetapi kefahaman tentang konsep ketaatan itu selalunya tidak mencapai maksud sebenar. Apatah lagi kalau perbincangan itu menyentuh isu politik. Taat kepada pemimpin adalah wajib berdasarkan firman Allah s.w.t.: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً Maksudnya: Wahai orang yang beriman taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan pemimpin dalam kalangan kamu. Jika kamu bertelingkah dalam sesuatu perkara maka rujuklah kepada Allah dan Rasul (al-Quran dan Hadis) jika kamu benar-benar beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, demikian lebih baik dan sebaik-baik tindakan. (Surah al-Nisa': 59) Ketaatan kepada Allah dan Rasul adalah mutlak, maka tidak siapa yang boleh berpaling daripada mentaati kedua-duanya. Malah mereka yang ingkar daripada perintah itu dalam bahasa kasarnya boleh disebut sebagai kafir. Firman Allah s.w.t. قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ الْكَافِرِينَ Maksudnya: Katakanlah Muhammad kepada umat Islam, taatlah kepada Allah dan Rasul, maka jika kamu berpaling sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang Kafir. (Surah Ali Imran : 32) Jadi, ketaatan kepada Allah dan Rasul ini semua sudah maklum, dan semua umat Islam sudah akur dengan perintah itu. Cuma dalam hal ini, tahap ketaatan kita masih rendah. Kalau kita sembah Allah dalam solat sekadar perbuatan dan amalan, tidak pada hati dan jiwa. Kita kata taat kepada Allah tetapi kita masih mengumpat orang, kita kata taat kepada Allah tetapi kita masih mendedahkan aurat, kita kata taat kepada Allah tetapi kita masih cuai dalam melaksanakan ibadah lain. Bayangkan kalau ketaatan kepada Allah pun masih tidak boleh diberi 100 peratus, bagaimana ketaatan kepada pemimpin. Di sinilah barangkali kita lihat ramai umat Islam gagal untuk mentaati pemimpin mereka. Malah kadang-kadang kita taat kepada pemimpin kerana ada udang di sebalik batu, kita taat tetapi ada maksud yang kita harapkan daripada pemimpin itu. Siapa Pemimpin Kita Apabila menyebut pemimpin, tidak seharusnya kita rujuk hanya kepada pemimpin negara atau negeri sahaja. Sabda Rasulullah s.a.w: عَنِ ابْنِ عُمَرَ، عَنِ النَّبِيِّ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ: كُلُّكُمْ رَاعٍ، وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، فَالأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ، وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ، وَمَسْئُولٌ عَنْهُمْ، وَامْرَأَةُ الرَّجُلِ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ، وَمَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ، وَعَبْدُ الرَّجُلِ رَاعٍ عَلَى مَالِ الرَّجُلِ، وَمَسْئُولٌ عَنْهُ، أَلا فَكُلُّكُمْ رَاعٍ، وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، مِنْ هُنَا لَمْ يُخَرِّجَاهُ. Maksudnya: Daripada Ibnu Umar daripada Nabi s.a.w. katanya, setiap kamu adalah pemimpin, dan dia bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpin, maka ketua negara yang memerintah adalah pemimpin, dan dia bertanggungjawab terhadap apa yang diperintah, dan lelaki itu pemimpin terhadap keluarganya, dan dia bertanggungjawab terhadap mereka. Dan isteri seseorang lelaki (suami) itu pemimpin terhadap rumah suaminya dan anaknya, dan dia bertanggungjawab terhadap apa yang diamanahkan kepadanya. Dan hamba seorang tuan adalah pemimpin terhadap harta tuannya, dan dia bertanggungjawab terhadapnya. Ketahuilah semua kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap apa yang diperintahkan. Di sinilah kedua pihak itu tidak mungkin dipisahkan. Jelas di sini, pemimpin terdapat banyak jenis dan kategori. Maka bapa pemimpin kepada keluarga, isteri pemimpin kepada rumah dan anak suami, malah hamba juga menjadi pemimpin untuk menjaga harta tuannya. Maka setiap seorang daripada mereka itu dipertanggungjawab terhadap apa yang diamanahkan kepadanya. Dalam sesebuah kariah ada pemimpin, dalam masjid ada pemimpin dan dalam organisasi ada pemimpin. Pemimpin tersebut boleh dinamakan dengan pelbagai panggilan mengikut kedudukannya: PM, menteri, YDP, ketua, pengerusi, presiden, nazir dan pegawai dll. Ketaatan Kepada Pemimpin Tidak Mutlak Ketaatan kepada pemimpin seperti yang dijelaskan di atas tidak mutlak berbanding ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Namun walaupun tidak mutlak ketaatan itu tetap penting dalam proses pentadbiran dan pengurusan manusia. Tanpa ketaatan, pengurusan akan jadi tidak terurus malah boleh jadi pemimpin itu akan melakukan semua kerja seorang diri. Apalah ertinya sesuatu pentadbiran kalau arahan pemimpin tidak dipatuhi oleh orang bawahannya. Walau bagaimanapun ketaatan kepada pemimpin boleh gugur apabila pemimpin itu mengarahkan sesuatu perintah ke arah perkara yang maksiat atau melanggar syariat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: لا طَاعَةَ لِمَخْلُوقٍ فِي مَعْصِيَةِ الْخَالِقِ Maksudnya: Tiada ketaatan terhadap makhluk pada hal-hal maksiat kepada pencipta. (Riwayat Ahmad, Tabarani) Oleh sebab itu, setiap arahan dan perintah perlu dilihat kepada tujuannya. Jika jelas bercanggah dengan Islam, boleh abaikan dengan cara yang baik. Sebaliknya jika ada kebaikan daripada perintah itu maka perintah itu perlu ditaati. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: لا طاعة لأحد فى معصية الله إنما الطاعة فى المعروف Maksudnya: Tiada ketaatan kepada seseorang pada perkara dosa kepada Allah, sesungguhnya ketaatan hanya pada yang baik sahaja. (Riwayat al-Bukhari Muslim dan Abu Daud, Nasai dan Ibn Hibban) Berdasarkan dua hadis di atas, bolehlah dirumuskan bahawa ketaatan kepada pemimpin di semua peringkat adalah kerana kebaikan perintah dan arahannya. Ciri-ciri kebaikan sesuatu arahan pemimpin ialah: Arahannya tidak bercanggah dengan dasar Islam Dasar dan arahannya memberi manfaat kepada umum/rakyat Arahannya ada maslahah untuk menyelamatkan Islam dan umat Tindakannya tidak merugikan Islam dan umatnya. Oleh sebab itu sebagai rakyat sesebuah negara atau negeri, kita perlu halusi ciri-ciri kebaikan yang ada pada perintah dan arahan pemimpin tersebut. Jika menepati ciri-cirinya wajiblah kita taat kepada pemimpin negara dan negeri, tetapi jika sebaliknya wajiblah kita menolaknya. Berdasarkan itu, tidaklah semua arahan yang datang daripada pemimpin kesukaan kita perlu ditaati dan tidak juga semua arahan yang datang daripada pemimpin yang dibenci boleh ditolak. Semuanya mestilah dirujuk bersandarkan kepada ciri-ciri di atas. Katalah suatu arahan pemimpin berbunyi begini: "Semua umat perlu bertolak ansur dalam soal amalan agama lain ketika menyambut perayaan demi perpaduan masyarakat." Arahan ini jelas bertentangan dengan Islam dan merugikan Islam dan umatnya. Maka menyedari keadaan itu, kita tidak wajib taat arahan tersebut. Malah atas dasar itu tidak berdosa kalau kita abaikan arahan itu. Walau bagaimanapun arahan lain yang baik daripada pemimpin yang sama masih wajib ditaati. Malah tidak wajarlah dengan penolakan satu arahan, maka semua arahan yang baik kita tolak juga. Arahan Mengikut Peraturan dan Undang-undang Sebenarnya kebanyakan dasar dan arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin baik negeri mahupun pusat, belum pernah dibuat oleh Rasulullah dan kerajaan Islam terdahulu. Namun arahan tersebut sangat berkait rapat dengan kehidupan rakyat. Kalau semua yang diarah oleh kerajaan melibatkan rakyat di sudut pembangunan rohani dan jasmani wajiblah ditaati. Cuma dalam arahan itu kadang-kadang ada peraturan yang ditetapkan sama ada kerajaan pusat atau negeri dilihat seperti menyusahkan. Banyak prosedur yang perlu dilalui, namun percayalah kalau dilihat di sebaliknya akan kita temui kebaikan kepada rakyat secara umum. Oleh sebab itu peraturan tersebut wajib dipatuhi. Sebagai contoh; untuk berkahwin sesuatu pasangan itu perlu mengikuti kursus pra perkahwinan, mengambil ujian saringan HIV, dan mendapatkan pengesahan daripada Penolong Pendaftar Nikah tempatan. Peraturan itu memang seperti menyusahkan, tetapi kesannya adalah untuk kebaikan umat Islam walaupun peraturan itu tidak ada dalam Islam. Jika arahan ini tidak dipatuhi, mereka yang hendak berkahwin tidak mahu berkursus, tidak mahu ambil ujian saringan hiv, kemudian berkahwin sendiri di rumah pengantin perempuan dengan berwalikan bapa sendiri dan dua saksi. Walaupun perkahwinan itu sah mengikut Islam, tetapi proses perkahwinan yang dijalankan itu adalah satu kesalahan. Pasangan itu telah tidak taat kepada pemimpin, dan boleh didakwa. Hakikatnya mereka berdosa kerana melanggar peraturan kerajaan. Dan setiap yang berdosa ertinya mereka menempa jalan ke neraka. Begitu juga dengan peraturan lalu lintas, semua aturan itu jelas untuk kepentingan pengguna jalan raya. Jika kita membantah lalu tidak mahu ikut peraturan, selain berdosa, dia mendedahkan dirinya kepada bahaya kemalangan. Bayangkan kalau dia meninggal dunia dalam keadaan melanggar peraturan jalan raya, sudah tentu dia mati dalam keadaan berdosa. Berbalik kepada seminar yang telah pun berakhir itu, kita tidak ada alasan untuk tidak mentaati pemimpin. Oleh sebab itu rakyat Selangor sebagai contoh, mereka wajib mentaati pemimpin negeri yang terdiri daripada Sultan, Menteri Besar dan EXCOnya. Dan pada masa yang sama mereka juga wajib mentaati pemimpin di peringkat pusat yang terdiri daripada Yang diPertuan Agung, Perdana Menteri dan Menteri selagi arahannya tidak bercanggah dengan Islam. Jika semua ini dapat difahami dan dihayati oleh Rakyat Malaysia, kita akan berada dalam negara ini dengan selamat, maju dan jaya. Fikrah Islamiah |
Posted: 15 Jul 2012 11:28 PM PDT 26 Syaaban 1433H. [MOD] - MULA-mula akhbar mendedahkan Timbalan Menteri Kewangan, Dr. Awang Adek Hussin dikatakan ada peranan memungkin seorang saudagar diberi hak mencetak dua juta keping not kertas dua ringgi semasa dia menjadi orang besar di Bank Negara. Dia dikatakan terus mendapat banyak faedah dari saudagar itu sekalipun dia sudah lama keluar dari Bank Negara. Kali kedua saya terbaca Cikgu Bard, orang kuat PKR berasal dari Rembau mengulangi dakwaan terhadap Dr. Awang Adek seperti yang didedahkan oleh akhbar tadi dan mencabar timbalan menteri itu supaya segera membuat penjelasan apakah dakwaan itu betul atau sebaliknya. Cikgu Bard memilih Bachok, pangkalan politik Awang Adek sendiri untuk membuat cabaran itu di hadapan sekitar 8,000 pendengar, dipercayai ramai ahli UMNO mendengar dakwaan terbuka itu. Cikgu Bard biasanya ada bukti kukuh bila dia membuat kenyataan. Dialah orang mendedahkan penemuan cincin bernilai RM24 juta di KLIA dihantar kepada isteri Perdana Menteri dari sebuah syarikat di New York. Nyonya Rosmah dan suaminya tidak membuat penjelasan atas dakwaan itu. Kini Cikgu Bard orang kepercayaan Perdana Menteri pula untuk membersihkan namanya dari tohmah semasa berkhidmat di Bank Negara dulu. Awang Adek telah ditolak oleh pengundi dalam PRU 2008 dulu. Perdana Menteri Abdullah Badawi tidak mengambil orang kalah pilihanraya untuk menjadi menteri. Apabila Najib jadi Perdana Menteri, dia jadikan Awang Adek sebagai senator diamanahkan menjadi Timbalan Menteri Kewangan yang menteri kewangannya ialah Najib juga. Kementerian Kewangan adalah yang besar dan penting. Ia ditadbirkan oleh dua orang penting yang amanahnya dipersoal. Menteri kewangannya dipertikai amanahnya dalam banyak perkara dan dilihat boros membelanjakan wang Negara. Dia mengambil Awang Adek yang disangsikan juga amanahnya untuk jadi timbalan menterinya. Menterinya Najib terkenal sebagai orang yang tidak peduli terhadap saksiah dan amanahnya yang dipersoal. Seolah-olah kiamat dunia jika dia membuat penjelasan. Apa jadi pada integriti Kementerian Kewangan dan kedudukan kewangan negara apabila kementerian itu diletakkan di bawah dua orang diragui integritinya? Dr. Awang baru ditohmah. Seorang yang didakwa tidak lagi bersalah selagi tidak diputuskan bersalah oleh mahkamah. Dr. Awang belum boleh dikira orang salah. Dia baru ditohmah dan orang yang ditohmah sentiasa diragui untuk memikul amanah besar. Dengan tohmah itu dia sudah jadi timbalan menteri yang diragui. Apabila Kementerian Kewangan diterajuai oleh lebih dari seorang yang dpersoal integriti dan amanahnya, maka dunia hilang keyakinan terhadap pentadbiran kewangan kita. Untuk itu Awang Adek perlu tampil kemuka untuk membuat penjelasan bagi membersihkan nama baiknya. Kita mahu Awang Adek membersihkan namanya supaya dalam PRU 13 nanti kiranya dia menjadi calon nanti, dia tidak diragui pengundi dan jika dia terpilih sebagai orang yang bersih, pengundi Bachok tidak malu beroleh wakil rakyat yang ada kelas dan maruah. Jika dia tidak membersihkan namanya, ia menambah sakit peluang menang bagi BN. Jika dia menjadi Menteri Besar bayangan, maka dengan nama tidak bersih itu tdak diduga memberi peluang untuk mengambil Kelantan. Jika dia tidak mengambil apa-apa langkah membela diri, maka orang mulai menyangka akan sebab dia meninggalkan Bank Negara sedang dia berkedudukan tinggi dan menyertai UMNO sedang UMNO Kelantan tidak menjamin peluang yang cerah. Dan orang juga boleh menyangka, menyertai UMNO itu bukan kerana hendak berjuang demi dakyat dan negara, tetapi untuk mencari perlindungan. UMNO biasa memberi kekebalan kepada sesiapa yang dipercayai salah laku dalam sesuatu perkara. Awang Adek belum dikira bersalah tetapi belum dikira bersih. harakahdaily/- |
Umno itu sudah terlalu fakir dalam perjuangan Posted: 15 Jul 2012 11:21 PM PDT 26 Syaaban 1433H. [MOD] - Muhyiddin menyeru agar UMNO mempertahankan kerusi Gelang Patah habis-habisan kerana Gelang Patah merupakan kawasan yang menempatkan pusat pentadbiran negeri Johor dan mempunyai infrastuktur yang terbaik di negeri Johor. Di dalam kawasan ini jugalah terletaknya Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan berbagai-bagai infrastruktur terbaik di negeri Johor. Kenyataan seperti ini yang datangnya dari Timbalan Perdana Menteri dan ianya membayangkan bahawa negeri Johor juga merupakan negeri yang sangat ditakuti oleh BN dalam menghadapi PRU yang akan datang ini. Kenyataan yang membayangkan ketakutan dari pihak BN tidak pernah kita dengar sebelum ini jika ia melibatkan negeri Johor kerana Johor sebelum ini merupakan kubu kuat BN sejak negara mengadakan pilihanraya. BN dan UMNO di negeri Johor sebelum ini hanya mengambil pilihanraya umum sebagai satu pesta sahaja kerana bak kata orang UMNO semasa parti itu kuat dahulu, 'calon UMNO tidak payah turun berkempen. Hantarkan songkok untuk mewakili calon-calon-calonnya sahaja sudah cukup dan BN akan menang'. Tetapi kenyataan yang datang dari seorang Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan anak Johor ini, amat jelas yang BN di Johor tidak boleh lagi bercakap takbur seperti dahulu. Keadaan sudah berubah dan rakyat lebih fokus untuk mencari pemimpin dan parti yang lebih berguna dari dahulu. Muhyiddin meminta UMNO dan BN Johor perlu melipat gandakan usaha untuk mempertahankan Gelang Patah daripada ditawan oleh Pakatan Rakyat. Ia bermakna Johor terutamanya di Gelang Patah UMNO sedang berada di posisi defensif di tengah-tengah kemaraan pengaruh Pakatan Rakyat sekarang ini. Jika Gelang Patah yang merupakan kubu tradisi BN Johor sudah berada di posisi defensif, bagaimana agaknya di kawasan-kawasan lain yang lebih lemah dari Gelang Patah? Mungkin apa yang dikatakan oleh setengah pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di Johor yang mereka (BN) kali ini akan hilang sepuluh kerusi parlimen dalam pilihanraya umum yang akan datang itu memang akan menjadi kenyataan. Mungkin itu jugalah sebabnya kenapa Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS yang sekarang mewakili kawasan Kubang Kerian mengambil keputusan untuk kembali ke Johor untuk menjadikan impian PR menjadi pemerintah kepada kerajaan Johor menjadi kenyataan selepas PRU yang akan datang ini. Jika penekanan dan tumpuan kepada kawasan Gelang Patah ini keterlaluan mungkin ada kemungkinan yang Gelang Patah dan beberapa kawasan Parlimen di Johor akan kekal dalam BN dan yang lainnya akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Tidak ada perkara yang tidak menjadi kemungkinan dalam politik negara pada hari ini. Contohnya tidak pernah sesiapa terfikir yang UMNO akan menjadi seperti hari ini; fakir dalam perjuangannya serta miskin dalam nilai dan budaya bangsa yang dipimpinnya. Itu semualah yang menjadikan UMNO sudah hilang seluruh identitinya sebagai sebuah parti pemerintah yang bermaruah dan berintergriti sehinggakan parti itu tidak akan kebah dari stigma yang terlalu buruk di sisi pandangan rakyat yang ramai. - http://aspanaliasnet.blogspot.com |
OKU pohon semua masjid ada RAM Posted: 15 Jul 2012 11:08 PM PDT 26 Syaaban 1433H. [MOD] - Tarikh 16 July 2012 Kepada Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya, MALAYSIA Y.A.B. Dato' Seri. PER: PERMOHONAN MEMBAIK PULIH KESELURUHAN MASJID DIMALAYSIA. Salam sejahtera Y.A.B Dato Seri,dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas, 2. Saya salah seorang warga orang kurang upaya yang sepenuhnya menggunakan kerusi roda selepas terbabit kemalangan 12 tahun lalu ingin mengusulkan beberapa perkara yang sangat penting untuk kami warga OKU,dimana kemudahan setiap masjid wajib ada RAM bagi memudahkan kami bersolat dimasjid dan tak terlepas solat jumaat. 3. Saya dilahirkan sebagai seorang Islam dan saya dididk sebagai seorang Islam,dan nilai nilai murni Islam terlalu menebal dihati saya, tetapi saya terlalu sedih kerana saya tidak dapat bersolat jumaat bersama sama dengan saudara Islam yang lain. Dan saya juga memahami nasib nasib warga OKU yang lain dimana pasti mempunyai keinginan untuk bersolat dimasjid. 4.Seandainya saya menjalani kehidupan di amerika syarikat atau juga di israil tidaklah saya hairan sekiranya kerajaan mereka tidak menyediakan kemudahan khusus untuk saya beribadat dimasjid, tetapi saya sangat hairan sekiranya Dato' Seri sebagai seorang islam tetapi tidak memahami kami warga OKU yang juga sama sama ingin beribadat kepada pencipta kami ALLAH SWT. 5. Saya melihat Dato'Seri melupakan kami yang warga OKU untuk hidup saksama dengan masyarakat lain,sedangkan slogan Dato Seri, "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan" Jika difikir balik masih relevenkah slogan itu? 6.Dato'Seri menaikkan pelbagai bonus kakitangan kerajaan kakitangan buruh dan memberi kepelbagaian bonus kepada mereka yang terbabit,tetapi adakah Dato'Seri memberikan bonus bonus itu juga kepada kami warga oku? Pasti tidak bukan, Bahkan elaun elaun yang ada pada JKM juga sudah lama tidak diupdate,sedangkan barang-barang makan sentiasa naik jadi dimana hak kami sebagai warga OKU, Kami juga rakyat Malaysia, bukan pendatang asing yang harus dianak tirikan. 7. Saya berharap Dato'Seri fikir dan kaji balik tentang permohonan saya ini,dan saya sangat berharap permohonan saya ini diluluskan,kerana saya meminta kepada seorang yang juga beragama Islam dan seseorang mempunyai kuasa dalam pemerintah. Dan saya berharap Dato'Seri memahami maksud saya. Sekian, Nur Ikhwan Arifin |
Posted: 15 Jul 2012 11:04 PM PDT 26 Syaaban 1433H. [MOD] - ZURICH: Balu Yasser Arafat akan memulakan tindakan undang-undang di Perancis ekoran dakwaan pemimpin veteran Palestin itu meninggal akibat keracunan radioaktif, kata peguamnya semalam. Menurut Marc Bonnant, Suha Arafat memutuskan untuk mengemukakan aduan perundangan pada bulan ini. Kata Bonnant, prosiding perundangan itu akan dilakukan di Perancis kerana Yasser meninggal dunia di sebuah hospital tentera negara itu pada 2004. "Suha memang menyokong tindakan menggali semula mayat suaminya bagi membolehkan siasatan dibuat. "Dia akan mengemukakan dakwaan ke atas beberapa individu yang tidak diketahui kerana meracun suaminya," katanya. Institut Fizik Radiasi di Switzerland - yang menganalisis contoh biologi diambil daripada tubuh Yasser - menemui bahan polonium dalam kuantiti luar biasa dan keputusan itu dilaporkan rangkaian berita al-Jazeera bulan ini. Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, dan Suha dilaporkan memberi persetujuan supaya contoh diambil daripada mayat Yasser selepas mayatnya digali semula dari kuburnya di Ramallah. Anak saudara Yasser, Nasser al-Qidwa, Khamis lalu mendakwa Israel meracun pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin itu dan menggesa pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan. - AFP |
Posted: 15 Jul 2012 10:57 PM PDT 26 Syaaban 1433H. [MOD] - KANGAR - Seorang anggota Polis berpangkat koperal di sini kecewa apabila gaji yang diperolehnya lebih rendah berbanding gaji Koperal lantikan Time Based. Beliau yang berusia 40an dan enggan dikenali berkata, beliau dan rakanya mewakili hampir 3,000 anggota senasib dengannya di seluruh negara memohon pihak berkaitan supaya mengkaji semula taraf gaji yang diberikan kepada mereka. Menurutnya, di Perlis lebih kurang 36 anggota berpangkat koperal yang terpaksa menerima gaji yang rendah walaupun taraf pangkat mereka sama dengan Koperal Time Based. "Kami merupakan koperal yang sebelum ini mengambil Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), baru lulus satu bahagian tiba-tiba diumumkan bahawa PTK dimansuhkan, kalau tidak salah saya pada 2010. Sejak itu kami tidak mendapat anjakkan gaji. "Semua koperal yang senasib dengan kami terkilan kerana koperal hakiki gajinya lebih rendah daripada Koperal Time Based, walaupun ada di antara kami yang berkhidmat lebih lama. Perbezaan gaji melebihi RM300," katanya ketika ditemui Sinar Harian. Menurutnya, walaupun kenaikan gaji diumumkan April lalu, gaji yang diperoleh mereka masih berada di takuk lama dan tidak dapat menyaingi Koperal Time Based. Difahamkan, gaji maksimum bagi Koperal Time Based ialah RM3,347.78 manakala koperal hakiki gaji maksimumnya RM2,993.38, perbezaannya sebanyak RM354.40. "Kami berterima kasih kepada kerajaan yang meluluskan kenaikan gaji dan Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang memperjuangkan hak pekerja, namun kami koperal hakiki masih ketinggalan dari segi tangga gaji. "Kami berharap pihak yang berkaitan prihatin terhadap nasib yang diterima koperal hakiki dan memohon jasa baik pihak berkenaan untuk mengkaji semula tangga gaji. Kami tidak memohon gaji yang lebih dari Koperal Time Based, etapi cukuplah jika gaji kami diselaraskan seperti mereka," katanya. sinar harian/- |
Umno gerun hadapi fenomena sertai PAS Posted: 15 Jul 2012 10:49 PM PDT 26 Syaaban 1433H. [MOD] - (Salah seorang yang menyertai PAS di Stadium Kuala Selangor) KUALA SELANGOR: Fenomena kemasukkan ramai bekas pegawai tinggi kerajaan menyertai PAS pada masa kini menggerunkan Umno-BN. Tindakan tersebut juga membuktikan PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) bersedia untuk menakluki Putrajaya. Demikian menurut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika menyampaikan ceramahnya dalam Himpunan Hijau Menuju Ke Putrajaya peringkat Negeri Selangor, di Stadium Kuala Selangor malam tadi. "Bekas orang nombor tiga dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari sudah pun menyertai PAS, jadi ahli seumur hidup dan saya juga nampak bekas Ketua Polis, Tan Sri Musa Hassan sedang mengintai-intai untuk bersama kita. "Hari ini Tan Sri Musa dah kata perangkaan jenayah yang dikeluarkan oleh PDRM tak boleh dipercayai sebenarnya jenayah meningkat dengan dahsyat," katanya yang popular dengan panggilan Mat Sabu. Dalam perhimpunan yang dihadiri kira-kira lebih 6,000 hadirin itu, tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan turut menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PAS. Mereka adalah bekas Pegawai Tadbir Diplomatik(PTD) selama 33 tahun yang juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ismail Hamzah dan bekas Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang, Abd Rahman Taib. Manakala seorang lagi adalah bekas Pengarah Sumber Manusia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang juga pernah menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang, Yusuf Hassan. Menurut Yusuf, kemasukan golongan pesara kerajaan dalam PAS akan dapat membantu parti itu mengurus tadbir kerajaan apabila PR memenangi pilihan raya kelak. "Saudara semua jangan takut kerana kita menyediakan pakar-pakar dari dalam kerajaan dari pelbagai bidang untuk membantu saudara-saudari semua mengurus tadbir negara ini dengan baik. "Pengalaman yang kami ada, akan kami curahkan untuk membantu rakyat dan menjadi negara yang paling baik," ujar beliau. harakahdaily/- |
50 murid cirit birit dan muntah selepas makan nasi goreng Posted: 15 Jul 2012 10:42 PM PDT 26 Syaaban 1433H. [MOD] - IPOH: Seramai 50 murid Sekolah Kebangsaan Sungai Rapat, Medan Gopeng di sini mengalami cirit birit dan muntah secara tiba-tiba dipercayai selepas makan nasi goreng di kantin sekolah pagi tadi. Kejadian berlaku antara jam 9 hingga 10 pagi seleaps murid tahun empat hingga enam mengadu sakit perut dan muntah. berita harian/- |
Tuduh Pemuda PAS menipu: Umno dituntut penjelasan Posted: 15 Jul 2012 10:39 PM PDT 26 Syaaban 1433H. [MOD] - JOHOR BAHRU: Pemuda PAS Johor mendesak Pemuda Umno membuat penjelasan ekoran dakwaan mereka terhadap PAS sebelum ini kerana terbukti dakwaan PAS sebelum ini. Ini berikutan perubahan pucuk pimpinan Pemuda Umno Johor mulai esok, kata Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat (gambar). "Saya mewakili rakyat Negeri Johor mahukan penjelasan daripada semua Ketua-ketua Pemuda UMNO yang telah menafikan dalam akhbar dan menuduh Pemuda PAS Johor dengan pelbagai tuduhan. "Rakyat Johor mahu tahu siapa yang menipu dalam pergolakkan Pemuda UMNO Johor. "Adakah Pemuda UMNO menipu rakyat Johor? Mereka yang menipu tidak layak menjadi pemimpin negeri dan negara ini," kata Suhaizan dalam kenyataannya hari ini. Baru-baru ini, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin Abu Bakar mengumumkan pertukaran Ketua Pemuda Umno Johor. Kketuanya, Mohd Fadil Muskon (gambar) disingkirkan dari jawatannya. Beliau digantikan oleh Ketua Pemuda Umno bahagian Parit Sulong, Datuk Zulkurnain Kamisan. Pengumuman ini dibuat sendiri oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno bahagian Pulai di Dewan Tan Sri Mohamed Rahmat di Johor Bahru 14 Julai lepas. "Pelantikan ini adalah rombakan kecil yang saya janjikan sebelum ini sebagai persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang," kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Dalam kenyataannya pada 28 Jun 2012 lalu, Suhaizan berkata, 16 Ketua Pemuda UMNO bahagian di Johor telah menolak kepimpinan Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Fadil Muskon. Mereka telah mendesak Ketua Pemuda UMNO Johor meletakkan Jawatan. Namun kepimpinan Pemuda Umno Malaysia dan Johor telah menafikan pergolakkan ini dengan menuduh beliau dan Pemuda PAS Johor dengan perbagai tuduhan. "Kini dengan perubahan kepimpinan UMNO Negeri Johor bermula esok membuktikan kebenaran kenyataan saya sebelum ini. "Mustahil bagi mana-mana parti politik membuat perubahan kepimpinan disaat-saat genting menghadapi pilihanraya terutamanya di Johor yang menjadi sasaran Pakatan Rakyat (PR) untuk menawannya," kata Suhaizan dalam kenyataannya itu. The Malaysian Insider dalam laporannya pula berkata, Pemuda Umno Johor berpecah dua dengan satu kumpulan yang dipimpin oleh Mohd Fadil Muskon bertembung dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Ghani Othman. Mohd Fadil Muskon, dikatakan mempunyai masalah dengan Ghani selepas menganjurkan perhimpunan taat setia kepada Sultan Johor pada 10 Jun lalu dalam isu pembelian nombor pendaftaran 'WWW 1'. "Fadil disuruh supaya tidak menganjurkan acara tersebut kerana ia akan memberikan imej negatif kepada Umno. "Semenjak itu, beliau tidak disukai dan kepimpinan negeri mahukan beliau digantikan," kata sumber kapada The Malaysian Insider, tulis Editornya, Jahabar Sadiq. Perhimpunan Menjunjung Taat Setia di Istana Pasir Pelangi dihadiri ramai tetapi hanya beberapa kerat pemimpin Umno negeri untuk menyokong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Dikhabarkan pemimpin Umno negeri mahu menjarakkan diri mereka dalam isu pembelian nombor pendataran kenderaan beharga RM520,000 oleh sultan pada ketika keadaan ekonomi yang tidak baik. harakahdaily/- |
'Buku Jingga Wanita' janji RM50 sebulan untuk suri rumah Posted: 15 Jul 2012 10:22 PM PDT 26 Syaaban 1433H. [MOD] - Wanita Pakatan Rakyat hari ini melancarkan Agenda Wanita Malaysia (AWM) - ala Buku Jingga - yang memperuntukkan pelan pembangunan "mengangkat martabat Wanita" melibatkan kos RM5 bilion jika berjaya menawan Putrajaya. Ia antaranya dengan memperkenalkan Caruman Wanita Nasional sebanyak RM50 bulanan kepada suri rumah tidak bekerja dan caruman antara RM10 hingga RM100 oleh suami kepada isteri sebagai simpanan hari tua, perubatan dan tabung bantuan musibah. "Pakatan berhasrat memperkenalkan Caruman Wanita Nasional khusus sebagai pengiktirafan terhadap peranan wanita dalam masyarakat. "Kita mempercayai bahawa bantuan jika diberikan tidak boleh berbentuk sekali sekala, tetapi bantuan perlu bersifat membina dan berterusan," kata Ketua Wanita DAP Chong Eng. malaysiakini/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan