Khamis, 19 Julai 2012

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


YB Dr Halimah sertai rombongan EXCO KERAJAAN SELANGOR serah surat ISU AIR

Posted: 19 Jul 2012 07:21 AM PDT

PUTRAJAYA 19.7.12

ISU AIR SELANGOR
Kerajaan Selangor memandang serius tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor(SYABAS) yang telah menunjukkan prestasi yang begitu tidak professional dalam isu air di Selangor.
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terpanggil untuk bertindak atas dakwaan dan tindakan SYABAS yang mencetuskan panik dan kebimbangan di kalangan rakyat  Selangor dengan kenyataan-kenyataan yang menggambarkan seolah-olah ada krisis air di Selangor.
 SYABAS juga membuat kenyataan mahu mencatukan air di Selangor kerana dikatakan sudah mencapai tahap yang begitu serius.

Justeru, kerajaan Selangor sebagai kerajaan yang bertangungjawab dan memandang berat tentang bekalan keperluan asas kepada rakyatnya iaitu AIR terus memutuskan untuk menghantar delegasi EXCO KERAJAAN SELANGOR untuk menghantar surat yang menyatakan hasrat mahu 'campurtangan' dalam urusan pengendalian bekalan air di syarikat yang telah dipilih oleh pemerintahan BN dulu khususnya SYABAS yang dengan kenyataan dan tindakan mereka mengakui mereka gagal menjalankan tugas mereka dengan cekap dan berkesan seperti yang dimeterai dalam perjanjian konsesi air. Peruntukan dalam klausa 32 memberikan ruang untuk kerajaan negeri sebagai pihak yang penting dalam perjanjian tersebut untuk 'campurtangan' sekiranya syarikat SYABAS gagal memainkan peranan.
Rombongan EXCO yang berlepas daripada SUK untuk bertemu dengan MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR, PETER CHIN terdiri daripada Dr. Xavier, YB Iskandar, Yb Ronnie Liu dan YB Dr Halimah Ali.
Surat berkenaan menyatakan kepada Menteri Air bagi pihak kerajaan Persekutuan tentang pasukan profesional yang mempunyai pengalaman tentang air akan dihantar untuk melihat urusan pengendalian SYABAS untuk mempastikan hal ehwal pembekalan air berjalan dengan lancar dan optima. Pasukan yang terdiri daripda CEO KDEB, 1jurutera, 1 akauntan, dan penasihat undang-undang  akan meneliti kesahihan yang dikatakan krisis air seperti yang digembar gemburkan oleh SYABAS dan Menteri UMNO-BN. Analisa secara objektif dan pencarian faktor utama kekecohan yang menyebabkan gangguan bekalan air mahu diselesaikan oleh kerajaan Selangor demi menjaga keselesaan rakyat lebih-lebih ketika ummat Islam menghadapi Ramadhan.





Tiada ulasan:

Nuffnang