Khamis, 19 Julai 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Dapat penyakit selepas tarik tikus dari mulut kucing

Posted: 19 Jul 2012 06:50 AM PDT

29 Syaaban 1433H. [MOD] -

GAYLORD terlantar di sebuah hospital di Bend pada 5 Julai lalu.

BEND, Oregon - Seorang tukang pateri, Paul Gaylord dijangkiti penyakit hawar selepas dia menarik seekor tikus daripada mulut kucing.

Ketika kejadian, kucing peliharaannya yang bernama Charlie tercekik tikus yang dimakannya.

Gaylord, 59, kemudian menarik tikus tersebut dari mulut kucing itu.

Kejadian itu berlaku di rumah trelernya.

Kucing tersebut kemudian mati manakala Gaylord terpaksa dirawat di sebuah hospital di sini.

Namun, Gaylord semakin pulih daripada penyakit itu. - Agensi

Ikut kamilah hendak mengundi di mana – pengundi pos

Posted: 19 Jul 2012 06:44 AM PDT

29 Syaaban 1433H. [MOD] -

TUMPAT: "Ikut kamilah kami nak mengundi di mana pun," beritahu beberapa anggota polis ketika proses perbicaraan pengundi pos bagi Dun Wakaf Bharu di sini, baru-baru ini.

Perkara itu didedahkan pembantah pada perbicaraan bantahan senarai pengundi baru pada daftar tambahan suku pertama tahun ini yang diadakan di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat.

Mengulas itu tersebut Adun Wakaf Bharu, Che Abdullah Mat Nawi berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan anggota polis terbabit telah didaftarkan dalam Dun tersebut.

"Jelas SPR mempertahankan 35 anggota polis yang difahamkan bukan bertugas sepenuh masa di Balai Polis Wakaf Bharu untuk disenaraikan sebagai pengundi pos.

"SPR cuba bermain politik. Saya amat hairan macamana SPR boleh menolak bantahan yang dibuat. Sedangkan hanya ada belasan anggota anggota sahaja yang berkhidmat di Balai Polis Wakaf Bharu," katanya di sini.

Pada proses perbicaraan tersebut dua pembantah, Alias Awang, 45 dan Azoha Awang, 49 membantah 37 anggota polis yang bertugas di luar lokaliti Wakaf Bharu, disenaraikan sebagai pengundi di Dun berkenaan.

Alias memberitahu beberapa pengundi pos anggota polis yang tinggal di Bachok dan Gua Musang disenarai sebagai pengundi baru Dun Wakaf Bharu.

Che Abdullah yang juga anggota Exco kerajaan negeri memberitahu ada anggota polis menurunkan tandatangan yang berbeza dengan apa yang ada di Borang 10A.

Menurutnya kalau tandatangan berbeza ia jelas menunjukkan ada pihak lain yang menyenaraikan nama pengundi pos terbabit dan bukannya empunya diri.

(ikuti berita lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran hadapan)

HARAKAHDAILY/-

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Sabtu

Posted: 19 Jul 2012 06:41 AM PDT

29 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini akan mula menjalani ibadah puasa pada Sabtu, 1 Ramadhan bersamaan 21 Julai ini.

Perkara itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

HARAKAHDAILY/-

Kelantan anugerah banglo kepada johan tilawah

Posted: 19 Jul 2012 06:27 AM PDT

29 Syaaban 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Johan tilawah al Quran peringkat Antarabangsa dari Kelantan Ustaz Muhammad Anuar Ghazali menerima sebuah banglo dari kerajaan negeri.

(Ustaz Anuar bersama replika banglo yang diterimanya dari MB hari ini)

Replika hadiah rumah itu disampaikan oleh Menteri Besar pada majlis sambutan Ihya Ramadan peringkat negeri Kelantan.

Anuar johan tilawah quran tahun ini merupakan anak jati negeri ketiga menerima sumbangan hadiah rumah dari kerajaan negeri.

Sebelum ini pelajar cemerlng Nik Nur Madihah dan selebriti bola sepak, Khairul Fahmi Che Mat menerima sumbangan yang sama dari kerajaan negeri.

Sempena majlis ini, lima dari enam anak jati Kelantan yang memenangi johan tilawah peringkat antarabangsa menyampaikan bacaan masing-masing.

Akir Hayy dan Habin Faizal Mohamed Ad Dawuudi memenuhi bual bicara Awal Ramadhan.

HUDUD

Menteri Besar ketika berucap di majlis itu mengucapkan shukur ekoran pihak yang menentang syariat Islam selama ini akhirnya menerima hukuman hudud.

Malah ianya dicadangkan diadakan di sebuah negeri yang diperintah penentang hukum itu selama ini.

"Cume bezanya, hukuman itu juga dicadangkan agar dikenakan juga ke atas orang bukan Islam yang menyebabkan mereka kata 'sudah hilang akal'

"Tak apalah kaedah manapun, tapi yang penting mereka sedar hanya hukuman Islam dapat selamat manusia," kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Turut berucap di majlis itu adalah Datuk Nik Mohamad Amar.

HARAKAHDAILY/-

CCTV: Polis pukul pekerja hotel guna buntut pistol

Posted: 19 Jul 2012 06:24 AM PDT

29 Syaaban 1433H. [MOD] -

Seorang inspektor polis didakwa telah memukul dua pekerja hotel dengan buntut pistol selepas bertengkar dengan salah satu pekerja di Seremban semalam.

Kejadian itu dirakam oleh CCTV hotel tersebut dan pihak
pengurusannya telah menyerahkan video itu kepada Ahli Parlimen DAP Rasah, Anthony Loke, yang kemudian memuat-naik video itu dan berkongsinya di laman Facebook beliau. (Bahagian 1, Bahagian 2)

Menurut Loke, inspektor tersebut telah pergi ke hotel berkenaan pada awal pagi semalam dan menginap di sebuah bilik sebelum membeli ais krim dari hotel tersebut.

Dipercayai inspektor tersebut terbabit dalam pertengkaran dengan salah seorang pekerja hotel (yang memakai topi dalam video) mengenai harga ais krim, yang seterusnya membawa kepada kejadian tersebut.

Loke memberitahu Malaysiakini bahawa inspektor tersebut telah memukul pekerja berkenaan dengan buntut pistol dan menariknya ke sebelah lain hotel dan dipukul lagi.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Seremban Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan bahawa polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu.

MALAYSIAKINI/-

Bayi lima bulan koma dipercayai didera pengasuh

Posted: 18 Jul 2012 09:04 PM PDT

29 Syaaban 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR - Seorang bayi lelaki berusia lima bulan, koma selepas mengalami pendarahan otak dipercayai akibat hentakan kuat pada kepala hujung bulan lalu.

Ia kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Kejadian malang yang menimpa Muhammad Taufiq Daniall Amriizwan, dipercayai berlaku sewaktu berada dalam jagaan pengasuhnya yang berusia lingkungan 50-an, di Kulim.

Ibunya, Rosmira Ramli, 28, berkata, Muhammad Taufiq menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di bahagian otak pada hari dimasukkan ke hospital iaitu 20 Jun lalu.

"Namun sehingga hari ini, bayi saya masih tidak sedarkan diri dan dimaklumkan oleh doktor bahawa peluang untuk sembuh agak tipis," katanya kepada media di pekarangan HSB, hari ini.

Beliau tidak mengetahui punca kejadian dan hanya dimaklumkan pengasuh bahawa bayinya tiba-tiba tidak sedarkan diri dan kebiruan.

"Pengasuh maklumkan bahawa dia sempat memberi susu dan sendawakan bayi saya sebelum membiarkannya tidur sementara pergi melihat kanak-kanak lain dalam jagaannya.

"Namun tidak lama kemudian, dia kata terdengar suara bayi saya menangis dengan kuat sebelum menyedari Muhammad Taufiq bertukar kebiruan dan tidak sedarkan diri," katanya yang bekerja di sebuah pasar raya di Kulim.

Rosmira berkata, hasil pemeriksaan doktor menunjukkan bahawa Muhammad Taufiq mengalami pendarahan otak dan ia hanya boleh berlaku akibat hentakan kuat.

"Saya hairan bagaimana perkara itu berlaku sedangkan pengasuh mendakwa tidak tahu apa-apa dan hanya sedar apabila bayi saya tidak sedarkan diri.

"Apatah lagi apabila Muhammad Taufiq berada dalam keadaan sihat dan aktif pada sebelah pagi sebelum dihantar ke rumah pengasuh pada hari kejadian. Apa pun saya serahkan kepada polis untuk siasat," katanya yang agak kesal dengan kejadian itu.

Susulan itu, satu laporan dibuat oleh doktor dari jabatan kanak-kanak Hospital Kulim pada 20 Jun di Balai Polis Kulim manakala laporan kedua dibuat bapa mangsa, Amriizuan Ibrahim, 29, pada keesokan harinya di Balai Polis Langgar (Kota Setar).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh mengesahkan menerima laporan mengenai kes berkenaan dan siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana kecuaian.

"Tiada unsur dera sebab tiada kesan cedera pada luaran badan mangsa. Polis sudah merakamkan keterangan pengasuh sebelum menyerahkan laporan siasatan kepada pihak pendakwaan," katanya.

SINAR HARIAN/-

DIAMBANG RAMADHAN

Posted: 18 Jul 2012 08:35 PM PDT

29 Syaaban 1433H. [MOD] -

الْحَمْدُ لِلَّهِ القَائِلِ :
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ ِالاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ رَسَوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ .
اَمَّا بَعْدُ, عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah !
Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Kita berada di ambang Ramadhan yang sekian lama kita nantikan. Ramadhan merupakan anugerah Allah kepada kita untuk melahirkan manusia yang bertaqwa sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat yang dibacakan tadi. Ibadat puasa merupakan salah satu kewajipan yang diperintahkan oleh Allah menggunakan kalimah difardhukan "كُتِبَ عَلَيْكُمْ " seperti difardhukan Hukum Qisas, Hukum Jihad Fi Sabilillah dan sebagainya. Namun apakan daya manusia seringkali memilih-milih untuk mengerjakan perintah Allah berdasarkan selera dan keselesaan mereka dan menganggap remeh apa yang tidak disukai mereka.

Hadirin yang dikasihi Allah,

Puasa tidak hanya sekadar meninggalkan makan dan minum semata-mata tetapi memerlukan jihad melawan hawa nafsu yang selama ini menjadi raja kepada kebanyakan manusia dan tidak ada cara yang lebih baik bagi mengawalnya kecuali dengan cara berpuasa. Namun jika silap cara kita menunaikan puasa maka sia-sia sahajalah ibadat tersebut tanpa dapat melahirkan insan-insan bertaqwa di penghujung Ramadhan. Sabda Rasulullah SAW :

كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ اِلاَّ الْجُوْعُ وَالعَطْشُ وَكَمْ مِنْ قاَئِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِياَمِهِ إِلاَّ السَّهَرُ
Berapa ramai orang yang berpuasa sedangkan tiada sebarang faedah yang diperolehinya daripada puasa tersebut kecuali hanya lapar dan dahaga. Dan berapa ramai orang yang bangun malam sedangkan tiada sebarang faedah yang diperolehinya daripada bangun malamnya kecuali hanya penat dan lelah. – Hadis Riwayat Ahmad.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Terdapat beberapa tanda bagi mengenalpasti samada puasa kita diterima oleh Allah atau tidak. Ianya boleh dinilai melalui keselarasan amalan kita dengan perintah Allah sepanjang Ramadan dan selepas kita menjalani sebulan Ramadhan nanti Jika sekiranya setiap hari kita berpuasa dan setiap hari yang berlalu menambahkan lagi kekuatan kita untuk melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya maka besarlah harapannya puasa kita di terima Allah.

Jika sekiranya hari-hari yang mendatang hanya menambahkan dosa atau tidak ada sebarang peningkatan terhadap kualiti dan kuantiti ibadat kita maka dibimbangi kita akan hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.

Hadirin mukminin yang dirahmati,
Di antara ciri-ciri orang yang beriman dan bertaqwa adalah kegembiraan mereka dalam menyambut kedatangan Ramadhan. Kegembiraan mereka bukan hanya kerana peluang perniagaan yang terbuka luas, bukan hanya kerana boleh menguruskan badan dan bukan juga kerana mahu mengurangkan ataupun berhenti merokok, tetapi kerana kesedaran tentang kelebihan Fadhilat Ramadhan itu sendiri.

Orang yang beriman akan berusaha melipatgandakan amal ibadat melebihi daripada usaha mempelbagaikan juadah ketika berbuka. Disamping itu orang yang bertaqwa akan memastikan mereka tidak berlebih-lebih dan melakukan sebarang pembaziran sepanjang Bulan Ramadhan ini.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Sebahagian Umat Islam melakukan beberapa kesilapan dalam menghayati Ramadhan. Keghairahan kita melakukan ibadat terutamanya solat Terawih biasanya hanya bertahan selama separuh daripada Bulan Ramadhan sahaja.

Sepuluh hari yang terakhir daripada Ramadhan menunjukkan kemerosotan bilangan jemaah yang amat ketara walaupun kelebihannya terutamanya dalam mencari Lailatul Qadar jauh lebih besar daripada hari-hari sebelumnya. Ramai di antara kita tidak mahu terlepas untuk menunaikan Solat Terawih yang hukumnya hanya disunatkan tetapi tidak merasa sebarang kerugian ketika meninggalkan Solat Fardhu berjemaah walaupun hukumnya adalah Fardhu Kifayah.
Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Keghairahan bertadarrus menyebabkan kita sering berlumba-lumba untuk mengkhatamkan Al-Quran melalui program Tadarus sebelum berlalunya Ramadhan. Ini menyebabkan sebahagian dari kita hanya bergotong royong dalam menghabiskan bacaan tanpa ada sebarang peningkatan dalam mutu bacaan.

Kita hanya membaca dan mendengar bacaan tanpa ada proses pembelajaran kerana tertekan mengejar waktu untuk mengkhatamkan Al-Quran sehingga akhirnya banyak berlaku kesilapan dan pahala yang diharapkan bertukar menjadi laknat tuhan. Sewajarnyalah apabila mutu bacaan sudah dipertingkatkan maka kita beralih kepada usaha pemahaman.

Setelah pemahaman terhadap Al Quran dapat dicapai maka berusahalah seboleh mungkin untuk menghayati segala ajaran Al-Quran. Janganlah kita hanya menjadi golongan yang hanya mementingkan bacaan tetapi kembali kepada Allah sebelum dapat mengamalkan apa-apa daripada ajaran Al-Quran.

Hadirin mukmin sekelian,

Di antara kesilapan pihak pengurusan masjid dan surau di seluruh Negara ini adalah kerana kebanyakkannya menghentikan kelas-kelas pengajian sepanjang Ramadhan yang mulia ini. Sebahagian besar daripadanya hanya memulakan semula semua pengajian hanya setelah berlalunya sebulan Syawal.

Ini menyebabkan kebanyakkan Umat Islam tidak menuntut ilmu selama dua bulan walaupun ianya amat penting dan merupakan kewajipan setiap orang Islam. Alangkah baiknya jika kuliah Maghrib yang diadakan selama ini digantikan dengan tazkirah selepas Terawikh, kuliah dhuha, kuliah subuh dan sebagainya.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Setiap kali tibanya saat menjelang Ramadhan, kedengaran suara-suara sumbang yang mempertikaikan mengenai kaedah Rukyah (melihat anak bulan) yang dilaksanakan di seluruh Negara. Ada yang mengatakan bahawa apa perlunya membazir masa dan kewangan sekadar berpesta di pantai-pantai dan bukit bukau sedangkan bukan sekadar bulan, malah planet, bintang dan komet pun boleh diketahui kedudukannya dengan kiraan.

Ada juga yang lebih sinis mengatakan jika nak menyambut Ramadhan pastinya anak bulan tidak akan kelihatan berbeza dengan menyambut Syawal yang pastinya jelas kelihatan.
Perlaksanaan Rukyah sebenarnya adalah menjadi tanggungjawab Fardhu Kifayah yang wajib dilaksanakan oleh pemerintah pada setiap 29 Syaban tahun Hijriah. Tanggungjawab ini telah digalas dengan sempurna oleh Jabatan Mufti Negeri Perak melalui Bahagian Falak.

Di Negara ini kita menggunapakai Kaedah Rukyah dan Hisab untuk menentukan awal bulan. Melalui kaedah ini, ditetapkan bahawa hilal akan kelihatan sekiranya ketika matahari terbenam, hilal berada di atas ufuk melebihi 2 darjah dan jaraknya dari matahari melebihi dari 3 darjah atau umur hilal melebihi 8 jam

Maka disamping pengiraan falak yang dikira terlebih dahulu, aktiviti rukyah hilal tetap dilaksanakan sebagai pengesahan. Jika pada 29 Syaaban, hilal dapat dilihat dengan mata dan pengiraan yang telah dibuat menunjukkan bahawa ianya sepatutnya kelihatan, maka keesokan harinya akan diiktiraf sebagai 1 Ramadhan.
Namun sekiranya anak bulan tidak kelihatan samada melalui mata kasar atau pengiraan, maka keesokkan harinya dikira sebagai 30 Syaban.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Hilal ditakrifkan sebagai bentuk bulan yang pertama kali kelihatan selepas fasa ijtimak. Bulan sentiasa berubah-ubah bentuknya berdasarkan hari-hari dalam taqwim Hijriah. Biasanya pada hari ke-15 dalam bulan Hijrah, bulan akan kelihatan penuh. Pada hari ke-28 pula bulan akan hilang kerana ketika itu bulan sedang mengalami fasa bulan gelap. Jadi selepas fasa bulan gelap, barulah hilal akan muncul iaitu pada 1 haribulan setiap bulan.

Hadhirin yang dirahmati Allah,
Sesekali kita mendengar suara-suara sinis masyarakat mempertikaikan; mengapa Hilal lewat dilihat di Negara ini berbanding Negara-negara berada di sebelah barat seperti negara Arab Saudi, Mesir dan sebagainya.

Sebenarnya perkara ini timbul kerana ketika fasa bulan gelap, bulan berada terlalu dekat dengan matahari. Semakin jauh ke sebelah barat, semakin jauh kedudukan bulan daripada matahari. Ketika ini cahaya bulan yang malap akan lebih mudah kelihatan kerana cahaya matahari yang terlalu kuat sudah semakin jauh dari bulan. Oleh kerana itulah Hilal akan lebih mudah kelihatan di negara-negara sebelah barat berbanding negara-negara sebelah timur.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ , وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ, وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ, أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.


خطبة كدوا
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :
شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًۭى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍۢ فَعِدَّةٌۭ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا۟ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ﴿١٨٥﴾
اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Marilah kita berusaha melakukan perubahan sempena Ramadhan pada tahun ini. Jika selama ini kita tidak pernah melakukan Qiamullail maka inilah peluang bagi kita untuk melakukannya sebelum kita bersahur atau selepasnya. Jika kita jarang meninggalkan Sunat Witir sepanjang Ramadhan maka teruskanlah melakukannya walaupun sesudah berlalunya Ramadhan. Jika kita sanggup berjemaah Terawih sepanjang Ramadhan maka teruskanlah berjemaah dalam Solat Fardhu sesudah Ramadhan. Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'du ayat 22 :

وَالَّذِيْنَ صَبَرُوْا ابْتِغَآء َوَجْهِ رَبِّهِمْ وَأَقَامُوْا الصَّلوة وَأَنْفَقُوْا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلاَنِيَةً وَيَدْرَءُوْنَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ أُوْلَئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ

"Dan mereka yang sabar kerana mengharapkan keredhaan tuhan mereka semata-mata dan mereka mendirikan sembahyang serta membelanjakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka samada secara sembunyi ataupun secara terang-terangan dan mereka menolak kejahatan dengan cara melakukan kebaikan. Mereka itulah disediakan balasan yang baik di Hari Akhirat".

Hadirin yang dirahmati Allah,

Ramadhan seharusnya dimuliakan dan dihormati oleh setiap warga Negara yang tidak kira apa agama sekalipun. Oleh kerana Islam adalah agama persekutuan, maka semua penganut agama lain wajib turut sama menghormati Ramadhan.

Segala aktiviti maksiat yang sememangnya diharamkan oleh semua agama mestilah dihentikan serta merta. Tidak sepatutnya hanya Umat Islam sahaja yang sibuk menghormati kebebasan penganut agama lain, sedangkan hakikatnya, kebebasan tersebut merupakan pelanggaran terhadap tuntutan agama mereka sendiri.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ.اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ . اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ. اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.

Ya Allah kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Ibni Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah, Ghafarullah Lahu.

رَبَّنَا آتنِاَ فِيْ الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِيْ اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ.
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ.
وَاشْكُرْوْهٌ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ.

JAIPk/-

10 hari tertimbus dalam selut

Posted: 18 Jul 2012 08:30 PM PDT

29 Syaaban 1433H. [MOD] -

KEADAAN terowong yang dirakam sejurus selepas ia dilanda banjir.

KEADAAN kereta Rosemary yang remuk selepas dikeluarkan dari tempat kejadian.
LONDON: 'Kesibukan' polis menyebabkan dua mayat mangsa banjir lumpur terbiar di bawah selut selama 10 hari lapor media semalam.

Sebelum ini, pasukan penyelamat menutup sebuah terowong yang dilanda banjir lumpur tanpa menyedari Rosemary Snell dan pasangannya terperangkap dalam kereta di situ.

Ahli majlis tempatan, Ron Bond, berkata dia sangat berang kerana mayat Rosemary, 67, dan lelaki yang setakat ini hanya dikenali sebagai Mike terbiar dalam lumpur di Terowong Beaminster Dorset begitu lama.

Namun, pegawai polis Dorset, James Vaughan, berkata pasangan terbabit dipercayai mati 'serta-merta' disebabkan beban berat lumpur berkenaan. Bekas pekerja sosial dan pemandu pelancong berdaftar, Rosemary baru saja menjalin hubungan dengan Mike, 70-an, selepas menetap di kawasan kampung di Misterton, Somerset.

Pasangan itu dilihat menaiki kereta Skoda Fabia perak pada petang 7 Julai lalu.

Saksi, Ivor Herring, 66, berkata dia melihat Rosemary ada di kerusi penumpang depan kira-kira jam 4 petang dan melambai kepadanya. "Itulah kali terakhir saya melihat dia," katanya. Pasangan itu dipercayai dalam perjalanan ke Beaminster.

Pada malamnya, mereka dalam perjalanan pulang ke Misterton dalam hujan lebat apabila runtuhan tanah, lumpur dan pokok meranapkan kereta mereka ketika keluar dari terowong. Anggota penyelamat dikejarkan ke situ selepas dimalumkan orang awam, tetapi mereka pulang selepas alat pengesan haba digunakan gagal mengesan sebarang pergerakan di bawah runtuhan.

Laluan itu kemudian ditutup kepada lalu lintas dan ia terbiar tidak dibersihkan untuk beberapa lama kerana pasukan penyelamat sibuk menguruskan banyak insiden lain di kawasan berkenaan.

Hanya selepas Rosemary tidak muncul dalam temu janji makan tengah hari dengan jirannya dua hari kemudian, barulah kehilangan wanita itu disedari. Polis segera dimaklumkan dan selepas disiasat, pasangan itu didapati menggunakan kad kredit mereka di Beaminster pada 7 Julai.

Akhirnya, pelbagai maklumat susulan yang dikumpul membawa polis ke terowong berkenaan.

Apabila diperiksa dengan teliti, didapati kereta dinaiki Rosemary dan Mike tertimbus kira-kira dua meter di bawah lumpur.

Beban berat runtuhan itu menyebabkan kereta mereka remuk sama sekali.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, mereka memang "sibuk" apabila orang ramai menghubungi pihak berkuasa untuk meminta bantuan. "Ada 150 amaran banjir pada ketika itu dan penghuni 180 rumah dipindahkan, selain 400 insiden lain yang dimaklumkan kepada polis," katanya. - DM

Ditipu bomoh muda

Posted: 18 Jul 2012 08:15 PM PDT

29 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Seorang 'tok bomoh' muda berjaya memperdayakan seorang warga emas menyerahkan rantai berlian sebagai upah bagi perubatan membuang 'minyak orang mati dibunuh' di rumah mangsa di Kampung Losong Haji Mat Shafie, di sini, empat tahun lalu.

Bagaimanapun, 'tok bomoh' berkenaan yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas dakwaan menipu mangsa, Wan Ngah Embong, 71, mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan itu.

Tertuduh, Norasman Mohd Sidi, 26, dari Lorong Kemunting, Pasir Panjang, di sini, mengaku tidak bersalah memperdayakan dan menyatakan kepada mangsa bahawa dia boleh memberi bantuan perubatan untuk membuang 'minyak orang mati dibunuh' yang kononnya ditanam di rumah mangsa.

Norasman mengaku tidak bersalah memperdaya mangsa dengan tipu helah sehingga mangsa menyerahkan seutas rantai emas bertatahkan berlian sebagai upah tugasannya itu dalam kejadian di Kampung Losong Haji Mat Shafie, kira-kira jam 11 pagi, 18 Jun 2008.

Dengan itu, Norasman mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat, selain boleh juga dikenakan denda jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Nur Aizat Ashari di hadapan Majistret Noradila Ab Latif manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

sinar harian/-

Anwar: Akta Keharmonian menunjukkan PM tak ikhlas

Posted: 18 Jul 2012 08:08 PM PDT

29 Syaaban 1433H. [MOD] -

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ikhlas untuk menghapuskan undang-undang yang zalim, maka beliau tidak perlu menggantikan Akta Hasutan 1948 dengan undang-undang yang serupa.

"Isu asas adalah sama ada anda menyokong undang-undang zalim.
Jika anda mengatakan tidak, maka tidak timbul persoalan untuk memperkenalkan akta baru bagi menggantikan atau untuk membuat pindaan," katanya ketika ditemui wartawan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta petang semalam.

Minggu lepas, perdana menteri mengumumkan Akta Hasutan era penjajahan akan dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional yang akan membolehkan lebih banyak ruang untuk mengkritik kerajaan.

Bagaimanapun, Anwar mendakwa bahawa dengan mengantikan undang-undang tersebut, parti dominan pemerintah, Umno, akan masih menyalahgunakannya.

"Ia akan menjadi seperti Akta Perhimpunan Aman - Mungkin nama yang berbeza, tetapi impaknya adalah sama," katanya.

Anwar turut mengecam penggunaan slogan BN 'Janji ditepati' sebagai tema bagi Hari Merdeka, dan mendakwa gabungan itu menyalahgunakan sambutan tersebut untuk tujuan politik.

malaysiakini/-

RM300,000 Bantu Nelayan Kuala Selangor

Posted: 18 Jul 2012 08:05 PM PDT

29 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA SELANGOR 19 JULAI: Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan kewangan dan pelbagai peralatan bernilai kira-kira RM300,000 kepada nelayan di Kuala Selangor Ahad lalu demi menjaga kebajikan golongan tersebut.

Penyerahan bantuan kepada nelayan ini disampaikan oleh Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari kepada 40 nelayan dalam bentuk kewangan serta peralatan antaranya enjin bot berkuasa kuda, pukat dan jaring bernilai RM300,000 bagi meringankan bebanan mereka.

Menurutnya, bantuan ini menunjukkan Kerajaan Negeri memandang berat akan masalah dihadapi golongan nelayan yang memerlukan sokongan dan bantuan.

"Kerajaan Negeri prihatin tentang masalah rakyat. Kerana itu hasil bumi kita pulangkan semula kepada rakyat. Kerajaan Negeri hanya membuka pintu kepada anda semua, hasilnya dari Allah Taala yang memberi anugerah kepada kita," katanya dalam Program Penyerahan Peralatan Nelayan Daerah Kuala Selangor di Dewan Orang Ramai Kampung Assam Jawa, Kuala Selangor di sini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Dr Yaakob juga menggesa semua pihak agak mensyukuri nikmat yang dianugerahkan Allah.

"Di lautan, siapa ternak ikan? Siapa beri ikan makan? Ini semua urusan Allah Taala. Sebab itu, nelayan yang mendapat tangkapan ikan yang banyak, harus juga mengeluarkan zakat yang banyak sebagai tanda bersyukur," ujarnya.

selangorku/-

Sorok barang dalam kain

Posted: 18 Jul 2012 07:55 PM PDT

29 Syaaban 1433H. [MOD] -

PARIT BUNTAR, Buntar - Sebuah pasar raya di sini mengalami kerugian RM2,000 setelah sebahagian barang runcit premis itu dicuri sekumpulan individu disyaki warga asing secara terancang, minggu lalu.

Penyelia pasar raya yang hanya ingin dikenali sebagai Eau berkata, kejadian berlaku pada 13 Julai lalu sekitar jam 7.30 malam apabila empat lelaki dan tiga wanita melarikan tiga beg berisi pewangi kenderaan, barangan makanan dan lampin pakai buang setelah berlagak seperti pelanggan kedai.

Menurutnya, kesemua suspek didapati memasuki premis pasar raya itu secara serentak setelah dihantar seorang individu lain dengan menggunakan sebuah kereta.

"Kesemua suspek masuk ke dalam kedai secara berpisah dan memenuhkan raga dengan barangan runcit sebelum berkumpul di suatu penjuru kedai yang terlindung daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk memasukkan barang ke dalam beg.

"Berdasarkan siasatan kamera CCTV, kami mendapati terdapat seorang wanita yang bertindak memantau pergerakan pekerja kedai dan jika ada kakitangan kami meluru ke arah mereka, wanita terbabit terus berpura-pura bertanyakan barang untuk mengalih perhatian," katanya sewaktu ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Kata Eau, keadaan kedai yang dipenuhi pelanggan menyebabkan pihaknya tidak menyedari perbuatan licik kumpulan itu dan lebih mengejutkan, rakaman CCTV mendapati mereka menyembunyikan satu beg barangan yang dicuri di dalam kain salah seorang suspek wanita.

Jelasnya, ketika kejadian, dia sedang dalam waktu rehat dan percaya perbuatan itu dilakukan setelah ketiadaannya.

"Rakaman CCTV jelas menunjukkan mereka memasukkan beg berisi barang dicuri ke dalam kain salah seorang suspek.

"Dua lagi beg dilarikan seorang suspek wanita tidak bertudung manakala suspek lain beredar dari kedai sebaik sahaja menerima panggilan telefon kira-kira 15 minit kemudian," katanya.

Eau berkata, laporan polis dibuat di Balai Polis Parit Buntar pada malam kejadian dan pihak mengesyaki kes kecurian itu dilakukan oleh satu sindiket curi barang runcit.

"Saya turut mendapat maklumat kejadian sama berlaku di sebuah pasar raya berdekatan sehari selepas itu dan percaya sindiket ini terdiri daripada penjenayah profesional," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi, mengesahkan laporan kes kecurian itu dan menegaskan perkara itu masih dalam siasatan.

sinar harian/

Setelah 48 Tahun, Penduduk Kampung Berembang Akhirnya Dapat Rumah Baru

Posted: 18 Jul 2012 07:36 PM PDT

29 Syaaban 1433H. [MOD] -

AMPANG, 19 JULAI: Perasaan gembira dan sebak terpapar di wajah lebih 640 penduduk kampung apabila mereka menerima kunci kediaman pangsapuri baru mereka hari ini daripada Kerajaan Selangor.

Mereka seperti Wan Kamariah Che Man, 80, seorang peneroka asal Kampung Berembang yang duduk di kampung itu sejak 1964.

Beliau berasa syukur dan memuji tindakan prihatin kerajaan negeri dalam memastikan hak mereka untuk memilik kediaman akhirnya ditunaikan.

Beliau mengakui, perubahan pemerintahan kerajaan daripada Umno-BN ke Pakatan Rakyat mampu membantu golongan yang berpendapatan rendah.

"Ini yang kami perjuangkan selama ini. Alhamdulillah akhirnya terlaksana. Selama ini kami minta bantuan kepada Umno, tetapi tidak ada apa yang kami dapat.

Terima kasih kepada Yb Iskandar dan Azmin Ali kerana bersusah payah mendapatkan hak kami untuk mendiami rumah tetap," katanya apabila menerima kuncinya untuk unit pangsapuri Berembang Indah.

Majlis penyerahan kunci dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad dan Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali.

Turut serta Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Datuk Ahmad Omar, Ketua Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, Datin Paduka Alinah Ahmad dan Pegawai Daerah Gombak, Zaharin Mohd Saad.

Perasaan gembira ini turut dikongsi Emi Daud, 80 yang lega penantiannya untuk mendapat rumah sendiri berakhir.

Beliau yang telah menetap di rumah setinggan hampir 30 tahun lalu tidak sabar untuk mendiami rumah baru menjelang bulan Ramadhan dan Aidilfitri.

Chua Chin Chai, 56 yang telah menetap di Kampung Berembang selama lebih 20 tahun turut berkongsi kegembiraan bersama keluarga apabila mereka bakal menduduki rumah baru dalam masa terdekat ini.

"Saya banyak gembira. Sudah dekat 9 tahun lebih tunggu rumah ini, akhirnya dapat. Rasa senang hati," luah beliau dengan nada gembira.

Projek Pangsapuri Berembang Indah dimulakan pada 2005 namun gagal disiapkan ekoran beberapa masalah teknikal.

Pada tahun 2008, kerajaan negeri mengarahkan pemaju supaya menyiapkan projek ini dengan kemudahan tersusun dan terancang.

Pangsapuri ini dilengkapi dengan 7 buah lif, 385 petak meletakkan kenderaan, surau, ruang kedai, tandas awam, dewan orang ramai dan gelanggang serbaguna. Ia dibangunkan oleh Syarikat Perspektif Masa Sdn Bhd (PMSB).

Pangsapuri ini merupakan penempatan semula bagi 649 keluarga penduduk Kampung Berembang yang terjejeas dengan projek pembangunan di kawasan itu.

Setiap keluarga mendapat pangsapuri tersebut pada harga RM 35,000.

Dalam majlis sama, Abdul Khalid meminta penjelasan daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan pemaju ekoran kelewatan pemberian sijil layak menduduki bangunan (CF) kepada penduduk.

Menurut Timbalan Yang diPertua MPAJ, Abdul Hamid Hussain, kelewatan ini disebabkan pembinaan pam pembentungan oleh pihak pemaju yang tidak mengikut pelan asal seperti yang dipersetujui oleh Indah Water konsortium (IWK).

Namun, perkara ini berjaya diselesaikan apabila pemaju memberikan jaminan kepada Abdul Khalid dan penduduk akan menyelenggara pam tersebut selama 5 tahun.

Saya minta penduduk rumah pangsa ini tidak dikenakan apa-apa bayaran tambahan untuk menguruskan pam ini selama 5 tahun. Kalau (pam) tidak boleh guna, kita boleh minta mereka (pemaju) tukar," kata Abdul Khalid.

Tegas Abdul Khalid, beliau berharap masalah CF ini akan diselesaikan dalam tempoh seminggu selain meminta PNSB memantau perkembangan pangsapuri dalam tempoh enam bulan.

Beliau turut meminta penduduk menubuhkan jawatankuasa pengurusan bertindak bagi memastikan kemudahan pangsapuri dapat dijaga sebaiknya.

selangorku/-

Perancah runtuh di Singapura

Posted: 18 Jul 2012 07:29 PM PDT

29 Syaaban 1433H. [MOD] -

LOKASI perancah tapak pembinaan stesen tren bawah tanah runtuh di Singapura semalam.

SINGAPURA – Dua pekerja terbunuh manakala lapan yang lain cedera apabila perancah di sebuah tapak pembinaan stesen tren bawah tanah di sini runtuh semalam, kata beberapa pegawai pertahanan awam.

Kemalangan tersebut adalah yang terbaharu menimpa rangkaian tren metro di sini selepas dua gangguan perkhidmatan besar-besaran berlaku pada Disember tahun lalu.

Insiden itu merupakan kemalangan tapak pembinaan terburuk di Singapura sejak tahun 2004.

Pada tahun itu, sebuah terowong tren bawah tanah yang sedang dibina runtuh dengan menyebabkan empat orang maut.

Seorang jurucakap pertahanan awam memberitahu wartawan bahawa pasukan penyelamat telah menemui mayat dua pekerja tersebut yang didapati hilang sebelum ini.

Lapan pekerja lain cedera ringan dan dirawat di sebuah hospital berdekatan.

Menurut jurucakap berkenaan, hanya perancah tersebut runtuh tetapi terowong yang sedang dibina masih kukuh.

Pada bulan ini, Pihak Berkuasa Pengangkutan mendenda syarikat pengendali rangkaian tren metro di sini, SMRT sebanyak AS$1.59 juta (RM5 juta) berhubung dua gangguan perkhidmatan itu yang menyebabkan ribuan pekerja terkandas. – AFP

Jadi ‘bodoh’ disihir isteri

Posted: 18 Jul 2012 07:22 PM PDT

29 Syaaban 1433H. [MOD] -

MANGSA...Sufian menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.

KUALA LUMPUR: Tergoda kejelitaan dan janji indah seorang ahli perniagaan dari Indonesia, seorang lelaki tempatan meninggalkan isteri dan anak-anaknya untuk berkahwin dengan wanita itu sebelum wang tunai dan rumahnya yang keseluruhannya bernilai RM850,000 dikikis perlahan-lahan.

Lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Sufian, 45, berkata kebahagiaan dikecapinya apabila berkahwin dengan Talya, 35, hanya untuk beberapa bulan sebelum dia bertukar pak turut dan diperlakukan seperti hamba.

"Malah, saya selalu dicaci serta dipukul hingga saya pernah cuba membunuh diri sebelum diselamatkan," katanya ketika ditemui.

Sufian, percaya dia bertukar bodoh, dayus dan penakut disebabkan perbuatan sihir Talya selepas menemui beberapa bukti menjurus ke arah itu.

Kini, selepas berjaya meloloskan diri daripada cengkaman Yalya, baru Sufian sedar bahagia yang diimpikannya umpan ke neraka dunia.

metro/-

Nik Aziz: PRU bila-bila OK, tapi bukan musim haji

Posted: 18 Jul 2012 07:02 PM PDT

29 Syaaban 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU - "Buatlah bila-bila sekalipun, tetapi bukan bulan haji."

Demikian kenyataan Mursyidul Am, Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditanya spekulasi mengatakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan diadakan September nanti.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas sudah lama bersedia untuk mengadakan PRU dan hanya menunggu tarikh pembubaran Parlimen.

"Saya tidak apa-apa kalau pilihan raya nak diadakan pada bila-bila pun, kalau hendak buat esok (hari ini) pun tidak apa dengan syarat jangan pada bulan haji," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Projek D'Perdana Sri Cemerlang di sini, semalam

Pada majlis itu juga seramai 60 warga miskin terpilih di bahagian Parlimen Kota Bharu mendapat sumbangan berupa wang tunai RM300 seorang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Penganalisis Politik, Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang menyatakan tarikh terbaik mengadakan PRU13 pada September ini.

Nik Abdul Aziz berkata, ketetapan tarikh pilihan raya itu tidak penting, sebaliknya perkara yang perlu dititik beratkan adalah memastikan kedaulatan Islam sentiasa terjamin selepas PRU13.

"Saya mahu asalkan selepas pada pilihan raya ini kedaulatan Islam benar-benar kita nampak seperti mana di Kelantan ini," katanya.

sinar harian/-

Tiada ulasan:

Nuffnang