Direct Free Kick |
BUKIT BOTAK : UMNO CUBA RAMPAS KEJAYAAN PAKTAN RAKYAT, BERI TAWARAN PALSU. Posted: 12 Jul 2012 05:39 AM PDT KAJANG, 2 JULAI 2012 : Gara-gara dengki dengan kejayaan Pakatan Rakyat Selangor menyelesaikan masalah Projek Perumahan Bukit Botak, pemimpin Umno Selangor sekali cuba merampas kejayaan tersebut dengan menawarkan harga yang tidak munasabah kepada peserta skim itu. Menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad, ADUN dari Umno Selangor sekarang berlumba-lumba untuk menonjolkan diri sebagai wira bagi menyelesaikan apa yang mereka sendiri gagal selesaikan selama lebih 20 tahun, "Apa yang saya tahu, ada ADUN Umno tawarkan harga antara RM60 ribu hingga RM70 ribu. Lepas tu ada lagi seorang lagi ADUN Umno menawarkan RM42 ribu. "Saya bimbang nanti ada pula YB Umno yang tawarkan harga RM10 ribu pula, jadi macam sarkis. "Ini bukannya jual beli ikan, tetapi melibatkan berjuta-juta ringgit, lagipun harga yang kita tawarkan jauh lebih rendah dari harga sebenar," kata Iskandar ketika ditemui selepas Majlis Dialog Bersama Penduduk Pangsapuri Anggerik di sini baru-baru ini. Masalah Projek Perumahan Bukit Botak yang lebih 20 tahun terbengkalai dan gagal diselesaikan oleh pentadbiran Umno-BN yang lama akhirnya berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang lima tahun setelah Pakatan Rakyat menerajui Selangor. Kerajaan Selangor menawarkan harga RM99,000 kepada peneroka asal kawasan ini dan jauh lebih rendah berbanding harga sebenar yang mencecah lebih RM160,000. Pengurangan harga dibayar subsidi sebanyak RM 79.6 juta oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Iskandar turut mengingatkan pembeli unit kediaman Projek Perumahan Bukit Botak agar tidak termakan dengan tawaran palsu Umno. "Saya harap penduduk tak percaya sebab dah lebih 20 puluh tahun, mereka tak buat apa, tak diselesaikan. "Bila kita berjaya selesaikan dalam masa tak sampai lima tahun pentadbiran Pakatan Rakyat, mereka tawarkan macam-macam pula," ujarnya lagi. - NAZLI IBRAHIM, Media SelangorKu. |
77,378 UNIT KEDIAMAN GUNA METER PUKAL DAPAT AIR PERCUMA. Posted: 12 Jul 2012 05:32 AM PDT SHAH ALAM, 12 JULAI 2012 : Sebanyak 77,378 unit kediaman pangsapuri yang masih menggunakan meter air pukal di Selangor telah menerima rebat air percuma semenjak program ini diperkenalkan pada Jun 2010. Demikian ujar Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad di Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pagi ini. "Semenjak rebat air percuma diperkenalkan pada Jun 2010, lebih kurang RM11.87 juta nilai rebat air percuma telah diberi kepada 250 kawasan kemajuan pangsapuri yang terdiri daripada 77,378 unit kediaman," kata Iskandar di hari terakhir persidangan Dun itu. Selain itu, Iskandar turut memberitahu, sistem kupon yang digunakan pada awal program rebat air percuma telah dimansuhkan berikutan beberapa masalah seperti salah guna kupon oleh pihak pengurusan bangunan dan kelewatan tuntutan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Selain itu, Kerajaan Negeri juga terpaksa menanggung kos tambahan bagi kerja-kerja mencetak kupon. "Jesteru itu pada 2011, penggunaan kupon telah dimansuhkan dan diganti dengan kaedah pengebilan amaun rebat air percuma secara automatik pada bil air unit kediaman setiap pembeli. "Kaedah baru ini lebih telus, mudah dan sukar untuk disalah guna oleh pemaju, Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Jawatankuasa Bersama (JMC). "Pada 2012, kaedah pemberian air percuma dipermudahkan melalui konsep 'Lapor dan Dapat' dengan format tuntutan kepada Syabas yang lebih ringkas supaya pengagihan rebat air percuma dapat dibuat secara lebih berkesan dan meluas kepada semua pangsapuri kos rendah di Negeri Selangor," jawab Iskandar lagi. - Nazli Ibrahim, Media SelangorKu. |
You are subscribed to email updates from Direct Free Kick To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan