Khamis, 12 Julai 2012

.

.


PAS kepada Ikhwan: Kemenangan beri inspirasi kepada semua

Posted: 11 Jul 2012 11:30 PM PDT



(Rombongan Presiden PAS bertemu Dr Mehdi Akif, mantan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin di rumahnya)
KAHERAH: Kemenangan pergerakan Islam Ikhwan Muslimin di Mesir memberi inspirasi bukan sahaja kepada PAS, malah seluruh parti Islam di seluruh dunia.
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kemenangan ini juga penting kepada politik Islam memandangkan Mesir merupakan sebuah negara yang terlibat dalam percaturan kuasa-kuasa besar politik dunia.

"Kedatangan ini satu penghargaan kepada gerakan Islam di Mesir khususnya Ikhwan atas kemenangan yang dicapai.

"Kemenangan ini tidak sama dengan kemenangan gerakan Islam di tempat lain kerana faktor georafinya, politiknya, jumlah kependudukannya yang ramai dan kebergantungan kuasa barat terhadapnya," katanya.

Perkara itu dinyatakan beliau dalam pertemuan dengan mantan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr Mehdi Akif di kediamannya di sini semalam.
(Dr Mehdi Akif bercakap intim dengan Ustaz Abdul Hadi dan Dr Syed Azman)
Selain menyampaikan penghargaan dari PAS, pertemuan itu juga bagi mendapat gambaran sebenar perkembangan di Mesir khususnya terhadap laporan media yang menggambarkan sedang berlaku pertembungan antara Mohamed Mursi dengan tentera.

Turut serta dalam pertemuan itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat serta wakil rombongan Kerajaan Negeri Kelantan yang diketuai Speaker Dun Kelantan Datuk Nassruddin Daud.

Dalam pada itu, Mehdi Akif berpendapat, kemenangan gerakan Islam di Mesir termasuk Presiden Dr Mohamed Mursi merupakan perancangan dan kekuasaan Allah SWT.

Katanya, jika dilihat dari segi logik, memang sangat sukar untuk gerakan Islam Mesir termasuk Mohamed Mursi untuk menang dalam keadaan tekanan dan perancangan jahat dari pihak musuh.

"Apa yang berlaku adalah ketentuan Allah yang melangkau semua perancangan pihak-pihak yang tidak mahu gerakan Islam menang di Mesir.

"Tiga bulan sebelum pilihan raya presiden, media masa serang Ikhwan sama ada dalam mesir dan luar. Maknanya kalau melihat kepada keadaan, dari segi logiknya memang sukar untuk Ikhwan dan parti Islam menang pilihan raya," katanya.

Mengulas laporan media tentang perkembangan semasa Mesir, Medi Akif berkata keadaan sebenar yang berlaku tidak seteruk  apa yang dilaporkan.

Sebaliknya, pentadbiran Mohamed Mursi sangat menghormati institusi di bawah kerajaan termasuk tentera, kehakiman dan perlembagaan negara.

Sementara itu, pertemuan hari ini adalah bersempena lawatan rasmi Presiden PAS ke sini selepas Ikhwan berjaya mencapai kemenangan dalam pilihan raya lalu.

Bertemu pelajar



Selain bertemu pimpinan Hamas dan Ihkwan, Tuan Guru Abdul Hadi malam tadi turut dijemput ke program dialog bersama mahasiswa Malaysia di sini.
(Antara pelajar Malaysia di Mesir yang mendengar ucapan pemimpin PAS)

Hampir 3,000 mahasiswa dari seluruh Mesir hadir dalam pertemuan itu yang disifatkan jarang-jarang berlaku.

Malah himpunan mereka semalam juga berjaya mengutip sumbangan lebih RM8,000 yang diserahkan kepada Presiden PAS untuk membantu dana pilihan raya.

Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/11604-pas-kepada-ikhwan-kemenangan-beri-inspirasi-kepada-semua

Calon DAP tidak lebih 60 orang

Posted: 11 Jul 2012 09:56 PM PDT


Lim Guan Eng
Ketua Menteri Lim Guan Eng
GEORGETOWN - Tidak mungkin DAP akan bertanding 90 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Katanya, walaupun pembahagian kerusi dalam Pakatan Rakyat (PR) belum selesai namun DAP hanya akan meletakkan tidak melebihi 60 orang bagi kerusi Parlimen.

"Kalau DAP bertanding 90 kawasan Parlimen, anda akan dilantik sekali untuk menjadi calon kami," katanya dengan nada bergurau kepada wartawan Sinar Harian pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah blog propembangkang, suarapakatanrakyat.com yang mendakwa DAP akan bertanding 90 kawasan Parlimen manakala PKR dan Pas masing-masing sebanyak 66 kerusi.

Menurutnya, DAP sedang menyediakan senarai pendek nama calon parti itu dan ia akan diputuskan oleh tiga ahli jawatankuasa parti dalam masa yang sesuai.

Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa Pas adalah parti yang paling kuat dalam PR, Guan Eng berkata, ketiga-tiga parti perlu kuat bagi memenangi PRU13 seterusnya menawan Putrajaya.

"Kalau PR nak menang kita tidak boleh bergantung kepada Pas sahaja yang kuat. Kalau satu parti sahaja yang kuat belum tentu PR akan menang.Apa yang paling penting, sokongan rakyat kepada PR," kata beliau.

Source: http://www.sinarharian.com.my/politik/calon-dap-tidak-lebih-60-orang-1.65740?localLinksEnabled=false

Tiada ulasan:

Nuffnang