Ahad, 8 Julai 2012

Direct Free Kick

Direct Free Kick


Tingkatkan keselamatan di tempat letak kereta hypermarket.

Posted: 07 Jul 2012 10:51 PM PDT

Pasar raya besar atau hypermarket mesti mempertingkat kawalan keselamatan di tempat letak kereta mereka.

Pada 3 Julai lepas seorang wanita telah diserang dan cuba dirompak di sebuah hypermarket di Ampang.

Wanita yang malang itu telah ditikam dan dikelar di leher dan tangan beliau di dalam cubaan rompakan tersebut.

Kejadian itu telah berlaku di tempat letak kereta hypermarket tersebut.

Paling mengejutkan serangan itu berlaku di siang hari iaitu pada jam 2.30 petang.

Oleh yang demikian, saya menggesa agar semua hypermarket mempertingkatkan keselamatan di tempat letak kereta mereka.

Mereka mestilah menambah bilangan pengawal keselamatan di tempat-tempat letak kereta itu dan meningkatkan kekerapan rondaan.

Pihak pengurusan hypermarket-hypermarket mestilah mengadakan perbincangan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk mengenalpasti tindakan-tindakan agar kejadian 3 Julai itu tidak berulang.

Pihak Polis juga perlu meningkat rondaan oleh anggota-anggota mereka.

Serangan minggu lepas itu membuktikan bahawa penjenayah-penjenayah semakin berani di dalam tindakan mereka. Perkembangan sedemikian tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.

Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan
Dan Setinggan
Negeri Selangor /
Ahli Dewan Negeri Chempaka
8 Julai 2012

Tiada ulasan:

Nuffnang