. |
- Terdapat Perbezaan Ketara Diantara UMNO & PAS Menyebabkan ramai Artis Pilih PAS
- Penyanyi Ning Baizura dan Shahrifah Aini bakal sertai PAS?
- Imam Muda Digantung Kerana Benarkan TGNA Jadi Imam
Terdapat Perbezaan Ketara Diantara UMNO & PAS Menyebabkan ramai Artis Pilih PAS Posted: 03 Jul 2012 11:30 PM PDT Alhamdulillah, ramai artis berhijrah PETALING JAYA: "Sebenarnya baru kini saya faham bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan," kata Abby Abadi. Beliau merupakan seorang lagi artis yang dibuka pintu hatinya untuk menerima pancaran cahaya hidayah daripada Allah SWT. "Sekiranya saya tidak dibenarkan lagi keluar di televisyen …..tak apalah, sebab saya sayangkan agama saya. "Demi agama Islam, saya tidak lagi takut kepada manusia dan bimbang akan kehilangan semua kerana ianya datang daripada Allah," katanya ketika berceramah di atas pentas PAS di Kuala Kedah baru-baru ini. Kelmarin Hairie Othman, pelakon filem Leftenan Adnan menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am Tuan Guru Nik Abdul Nik Mat pada majlis Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Johor di Johor Baharu. Nampaknya semakin ramai golongan artis dilanda gelombang kebangkitan Islam dewasa ini dan kembali insaf untuk mempelajari ilmu- ilmu agama bagi mendekatkan diri kepada Allah. Di antara mereka ialah selebriti seperti Bob Lokman, penyanyi Aishah, pelawak Leman Raja Lawak, Sham Kamikaze dan Raja Dangdut Iwan Syahman yang kembali ke pangkal jalan dan mengenal siapa diri mereka sendiri dalam erti kata yang sebenarnya. Insaf Kebanyakan artis yang telah insaf memilih pentas PAS untuk menceritakan pengalaman mereka dan ingin bersama-sama berjuang untuk menegakkan kalimah Allah melalui parti Islam itu. Artis seperti Abby Abadi sedar bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan. Perjuangan PAS yang mengadunkan kerja-kerja dakwah untuk melaksanakan hukum Allah dan pada masa yang sama melibatkan diri dengan aktiviti politik adalah bersesuaian dengan jiwanya. Apatah lagi PAS dipimpin oleh para ulama' seperti Nik Aziz dan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menguasai ilmu duniawi dan ukhrawi, lebih-lebih lagi mereka mempunyai pengalaman yang luas dalam pentadbiran dan kenegaraan menurut acuan Islam. Kini mereka melihat parti Umno sebagai sebuah parti sekuler, perkauman, memisahkan agama dan politik dan ahli-ahlinya semakin jauh daripada Islam berdasarkan peristiwa dan insiden yang berlaku mutakhir ini. Budaya rasuah, samseng, adu dumba, memfitnah, video lucah, senaman buntut dan berbagai penyelewengan dalam Umno selama ini adalah tidak lagi dipandang sesuai dan relevan pada masa ini. Sebaliknya mereka melihat PAS sebagai sebuah parti yang bukan sahaja mampu menyekat gejala sosial dan keruntuhan moral terutama di kalangan anak muda dan remaja hari ini tetapi sentiasa berusaha untuk mendaulatkan Islam. Dekatkan diri dengan Allah Dalam gerakerja dan aktiviti PAS, terdapat pengajian ilmu agama, usrah, tamrin, halaqah termasuk penganjuran ibadat-ibadat khusus seperti solat berjemah, berdoa, bermunajat yang bertujuan untuk mendapat pengampunan dan mendekatkan diri kepada Allah. Memandangkan terdapatnya perbezaan yang ketara ini di antara Umno dan PAS maka ramai artis mengambil keputusan untuk menyertai perjuangan PAS yang menerima Al Quran dan As-Sunnah sebagai perundangan yang tertinggi seperti tercatat dalam perlembagaan PAS. Sesungguhnya para artis ini telah menyahut seruan Allah seperti firmanNya dalam ayat 11 dari Surah Ar-Raad, yang selalu kita dengar, yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri sendiri." Penghijrahan beramai-ramai artis juga membuktikan bahawa perjuangan PAS selama ini berada pada landasan yang betul dan benar dan sekaligus menolak tohmahan Umno yang masih berpegang dengan fahaman kuno bahawa agama dan politik tidak boleh bercampur. Abby Abadi merupakan contoh seorang artis yang memahami hakikat bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan. Alhamdulillah, semakin ramai artis berhijrah….. -FMT Source: http://greenboc.blogspot.com/2012/07/terdapat-perbezaan-ketara-diantara-umno.html |
Penyanyi Ning Baizura dan Shahrifah Aini bakal sertai PAS? Posted: 03 Jul 2012 05:00 PM PDT BARU-BARU ini kita dikejutkan dengan berita yang agak luar biasa tentang biduanita terkenal tanahair Datuk Shahrifah Aini rupa-rupanya tidak pernah mengundi seumur hidupnya, rujuk sini [Free Malays]. Rentetan peristiwa itu terdapat desas-desus yang mengatakan Datuk Shahrifah Aini akan menyertai Parti Islam, PAS dan mengumumkannya secara rasmi pada bulan Julai ini. Nampaknya berita itu dilihat ada kredibilitinya apabila Sinar Harian turut memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen daripada Parti Islam, PAS kawasan Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang turut menyebutnya. Malah turut disebut juga seorang lagi penyanyi terkenal tanah air, Ning Baizura yang juga dikatakan akan menyertai Parti Islam, PAS tidak lama lagi [Sinar]. Kebelakangan ini semakin ramai golongan artis yang sudah tidak takut lagi untuk menyatakan pendirian politik mereka kepada umum jika menyokong Pakatan Rakyat. Tidak seperti beberapa tahun dahulu, di mana golongan ini kebanyakannya hanya berani menyatakan pendirian politik mereka jika menyokong Umno dan Barisan Nasional. Satu perkembangan baik buat negara. Sebelum ini penyanyi terkenal Aishah dan pelakon drama Waris yang sedang hangat ditayangkan di televisyen, Hairie Othman menyertai PAS. ReJaM© "Apa pun, selamat datang untuk meraikan demokrasi... " Source: http://milosuam.blogspot.com/2012/07/penyanyi-ning-baizura-dan-shahrifah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FzwLfhy+%28MiLo+SuaM%29 |
Imam Muda Digantung Kerana Benarkan TGNA Jadi Imam Posted: 03 Jul 2012 03:00 PM PDT Maklumat terbaru! Imam Muda Masjid Jamek Pasir Gudang, Johor Bharu telah digantung tugas hanya kerana membenarkan Tuan Guru Nik Abd Aziz menjadi Imam ketika Solat Jumaat minggu lalu di masjid berkenaan. -fb ULASAN GB Jika berita di atas benar, maka UMNO benar-benar sedang menuju kehancurannya bermula di negeri paling selatan semenanjung. Ini bererti UMNO menggunakan segala caranya untuk menyekat dan menghalang umat Islam yang berlainan parti politik untuk mengimamkan solat dan sifat munafiq UMNO juga menjadi semakin jelas lantarannya. Kita doakan kesejahteraan dan keselamatan untuk Imam Muda tersebut yang lebih memuliakan dan menghormati ulamak dan kehancuran untuk UMNO lantaran menjadikan "rumah Allah" itu hanya untuk golongan mereka. Source: http://greenboc.blogspot.com/2012/07/imam-muda-digantung-kerana-benarkan.html |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan