Mohamad Taufek Abd Ghani |
Lima Anggota Polis Ditahan Bantu Siasatan Kematian Koperal Posted: 08 Jun 2012 07:09 PM PDT Lima Anggota Polis Ditahan Bantu Siasatan Kematian Koperal Sabtu Jun 9, 2012 KLANG: Lima anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang anggota polis trafik berpangkat koperal maut selepas dipercayai dirempuh sebuah motosikal dinaiki dua lelaki di Jalan Bunga Raya, Taman Gembira di sini, Ahad lepas. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata mereka yang ditahan itu terdiri tiga anggota berpangkat koperal, seorang sarjan dan seorang sarjan mejar ditahan awal pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan. Beliau berkata kelima-lima mereka berumur antara 45 hingga 51 tahun itu berada dalam operasi mencegah lumba haram yang disertai Koperal Mustaghni Tabri, 48, yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini hari ini akibat kecederaan parah dalam kejadian tersebut. "Siasatan mendapati Koperal Mustaghni dicederakan bukan akibat langsung terkena pukulan helmet tetapi terkena lontaran satu objek yang dipercayai dilakukan seorang koperal lain dalam pasukan polis yang menjalankan operasi pada malam tersebut. "Kita telah menjumpai beberapa objek dan sedang menunggu keputusan laporan forensik untuk menentukan mana satu objek yang menjadi suspek," kata Tun Hisan dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini, Jumaat. Bagaimanapun beliau enggan mengulas mengenai objek-objek yang dijumpai itu.Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, Mustaghni yang sedang menjalankan operasi mencegah lumba haram dipercayai dirempuh serta dilibas dengan topi keledar oleh pembonceng sebuah motosikal menyebabkan beliau cedera di belakang kepala akibat hentakan kuat. Mengulas lanjut, Tun Hisan berkata polis turut menahan enam Mat rempit Rabu lepas (6 Jun) berumur dalam lingkungan 16 hingga 22 tahun berhubung kejadian itu, lima daripada mereka terdiri pelajar sekolah sekitar Klang dan seorang penganggur. "Tangkapan dibuat berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai dan suspek munasabah yang kita lihat," katanya dan menambah bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Tun Hisan berkata kertas siasatan berhubung kejadian ini akan dapat diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya Isnin depan untuk tindakan selanjutnya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata tahun ini sahaja terdapat dua kejadian anggota polis dicederakan oleh Mat rempit termasuk kes Mustaghni. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan