Ahad, 17 Jun 2012

Khalid Samad

Khalid Samad


Tabung Haji Juga Tangguh Jamaah Haji Ke Makkah

Posted: 16 Jun 2012 06:24 PM PDT

SHAH ALAM, 15 JUN: Isu menangguhkan ibadat haji tidak seharusnya dijadikan isu besar kerana selama ini pun Lembaga Tabung Haji dan kerajaan Arab Saudi juga turut menangguhkan pemergian jamaah haji ke Makkah berikutan koata yang diberikan amat terhad.

MP Shah Alam, Khalid Samad berkata ilmuan agama disaran supaya mendengar dan meneliti semua hujah yang dikeluarkan sebelum membuat tafsiran atau sebarang hukum berhubung isu pengguhan ibadah Haji sekiranya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ketika musim Haji.

Beliau dalam temuramah khas dalam program terus terang terbitan TV Selangor menegaskan, hasrat yang disuarakan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man supaya kerajaan tidak mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ketika musim haji merupakan cadangan yang disokong oleh pihak lain.

Menurutnya, soal memilih pemimpin dan pemerintah merupakan satu perkara yang terkandung dalam agama Islam dan bukannya bersifat duniawi.

Katanya, sekiranya Umno-BN benar-benar menghormati suara orang Islam, perkara ini perlu diberikan perhatian serius dan bukannya diputar-belitkan.

"Pilihanraya ini bagi PAS satu perkara yang amat penting kerana ianya masa bagi menentukan pemimpin dan pemerintah kepada masa depan negara dan umat Islam itu sendiri.

"Ini merupakan satu perkara yang tidak boleh dipandang remeh dan kita pisahkan sebagai tanggungjawab keagamaan kita," katanya

Tegasnya, PAS sejak dahulu sehingga kini kekal dengan pendirian bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan.

Khalid yang juga AJK Tertinggi Pas Pusat menambah, meskipun tidak berada dalam sausana menjelang pilihanraya, umat Islam yang berkemampuan juga terpaksa menagguhkan hasrat mengadakan ibadat haji ekoran sisitem kuota yang selama ini diamalkan oleh kerajaan menerusi Tabung Haji serta kerajaan Arab Saudi.

Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Umno-BN akan menafikan hak sebahagian besar rakyat jika mengadakan PRU-13 pada musim haji tahun ini.

Hadi menyatakan, hanya segelintir umat Islam yang dapat membezakan di antara wajib mudayyak yang tidak boleh ditangguh dan wajib muwassaa yang boleh ditangguh.

Abdul Hadi berkata, Umno yang memisahkan politik daripada agama tidak peduli kepada musim haji yang menafikan hak sebahagian besar rakyat, kerana kaedahnya wajib menang dengan apa cara sekali pun.

Berita ihsan Selangorku
-Pejabat YB Khalid Samad-

Tiada ulasan:

Nuffnang