Ahad, 10 Jun 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


KEHADIRAN AISHAH DI TELUK INTAN DISAMBUT HANGAT

Posted: 10 Jun 2012 02:00 AM PDT


TELUK INTAN, 8 Jun - Wan Aishah Wan Ariffin telah menerima sambutan hangat oleh warga Teluk Intan apabila hadir sebagai tetamu khas dalam majlis Sepetang Bersama Aishah baru-baru ini. Majlis telah diadakan di kediaman ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin di Kg. Perwira Jaya dekat sini. Ia adalah anjuran Nisa Teluk Intan, Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan.

Wan Aishah atau lebih dikenali dalam bidang seni suara sebagai Aishah satu ketika dahulu amat popular dengan beberapa lagu terutamanya lagu 'Janji Manismu'. Di sepanjang karier seni, beliau telah memenangi banyak anugerah. Kini beliau telah berhijrah dan lebih menarik lagi sebulan yang lalu telah menyerahkan borang ahli PAS kepada Mursyidul Am PAS.
Kehadiran Aishah disambut mesra oleh pimpinan Muslimat Teluk Intan.

Aishah bersama Ketua Muslimat Pn. Robiatun Abas (kanan) dan Timbalan Ketua Muslimat, Pn. Hjh. Faridah.

Majlis bermula jam 5.00 petang itu telah menarik bukan sahaja golongan remaja malah golongan umur pertengahan yang mungkin meminati beliau semasa zaman kemuncak Aishah di persada seni negara dahulu. Setiap ruang khemah telah dipenuhi dengan orang ramai yang ingin melihat sendiri artis kesayangan mereka satu masa dahulu.
Ketua Muslimat PAS menyampaikan ucapan.

YB Anuar turut menyampaikan ucapan.

Aishah menceritakan pengalaman beliau.

Acara bermula dengan ucapan aluan daripada Ketua Dewan Muslimat PAS Teluk Intan, Puan Robiatun Abas dan diikuti oleh YB Hj. Mohd. Anuar Sudin. Akhirnya,  para hadirin telah mendengar ucapan daripada Aishah. Beliau banyak menceritakan tentang pengalaman beliau sebagai penceramah PAS yang menerima begitu banyak rintangan, pengalaman semasa menyertai Himpunan Bersih 3.0 dan tentang amalan demokrasi di Malaysia berbanding negara-negara luar.
Orang ramai menikmati minum petang.


Ketua Muslimat sedang membuat cabutan bertuah.

Pengunjung bertuah....dapat minum petang bersama Aishah.


Beliau yang memiliki ijazah dalam bidang Sains Politik dari New Zealand berharap dapat meneruskan perjuangan di dalam PAS yang diyakini dapat membawa kepada kesejahteraan rakyat bersama-sama parti-parti di dalam Pakatan Rakyat.

Berikut adalah sebahagian daripada ucapan Aishah.


Selepas itu, slot dialog antara orang ramai yang hadir dengan Aishah telah diadakan yang banyak bertanya tentang perbandingan antara peribadi Tok Guru Nik Aziz dengan Perdana Menteri Malaysia dan tentang punca-punca beliau berhijrah serta masuk PAS.

Kemudian, cabutan bertuah telah diadakan di mana seramai 10 orang pengunjung bertuah telah berpeluang minum petang bersama Aishah.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang